MELBOURNE

Monday, November 29, 2010

::Friendship::

Assalammualaikum...

"KAWAN"

Inilah yang pernah aku genggam sekuat hati aku dulu.. tapi hari ni, aku sendiri melepaskannya..

Banyak puisi.. banyak lagu-lagu.. banyak kata-kata semangat mengenai KAWAN.. Semuanya cantik.. semuanya indah.. Kini bagi aku, semua tu adalah RUBBISH..

Dulu aku ingatkan aku dah jumpa kawan sejati... kawan sehidup dan semati.. Tapi ternyata semua tu hanya mimpi..

Alhamdullillah, kehidupan mengajar aku sesuatu... Kehidupan ni mengubah presepsi aku terhadap perkataan KAWAN, apa yang dimaksudkan kawan... Aku tak tahu la samada ini adalah yang terbaik ataupun tak... Tapi buat masa sekarang, KAWAN adalah sesuatu yang tiada kelebihan, tiada keuntungan bagi aku..

Dulu aku mati-mati mempercayai kawan.. Kawan ini lah segala-galanya... mati hidup.. sedih tawa.. Sehinggakan aku sanggup berkorban demi kawan..

BODOH

Aku ini mudah mempercayai seseorang... Aku ingatkan aku akan dapat balik kepercayaan dia.. Tapi malangnya tu semua tak jadi.. Bila aku meletakkan kepercayaan kepada seseorang, lepas tu kepercayaan aku dipermainkan.. Malah digunakan untuk keuntungan dia...

Bila kita bertungkus-lumus mencari kerja sesama.. tetiba aku bersendirian..
Bila kita bertungkus-lumus membuat assignment.. tetiba aku dijadikan sumber jawapan..
Dan bila berjalan-jalan.. aku diabaikan..

Aku sedih.. pedih..

Aku nak marah.. Aku nak belasah dia..tumbuk..sepak dia.. tapi disebabkan perkataan KAWAN.. Seperti tembok yang menghalang aku daripada semua tindakkan tu..

Bagi aku semuanya sama.. baik yang baik ataupun yang buruk.. Semua orang cuba mengambil kesempatan untuk memajukan diri sendiri.. Apa yang penting? Bukan kerjasama tapi diri sendiri.. Kita hanya menggunakan perkataan KAWAN bila perlu je.. Dan bila dah x guna, kita simpan..ataupun kita buang je.. Betul la ada orang cakap:

"KAWAN ini seperti TANDAS.. Kita menggunakan ia bila perlu je.."

Kekadang aku cuba cari penyelesaian bagi masalah aku ini.. kenapa semuanya sama?? Adakah sebab semua kawan aku orang Malaysia? Atau sebab DUIT? POPULARITY?

Berakhir lah semuanya..

Mulai hari ini... aku hanya mempercayai agama aku..tuhan aku..rasul aku... family aku.. DIRI aku.. Cukup la setakat itu..

Dan orang sesekeliling aku, hanya la manusia... manusia yang ada sesuatu di hati mereka.. yang aku tak tahu.. Disebabkan itu aku berjanji pada diri aku.. aku tidak akan mempercayai manusia sehingga aku tahu isi hati mereka.. sehingga mereka betul-betul menjadi hak aku.. sehingga aku diberi hidayah untuk mempercayai mereka..

Semoga aku tidak selemah dulu..

Yang benar
FERZLY aka the 4th

Monday, November 22, 2010

::Aku Seorang Yang Sensitive::

Assalammualaikum..

Aku rasa aku ini seorang yang sensitive.. cepat terasa.. tapi bila aku terasa, aku akan senyap dan pendam.. Dan muka sentiasa terukir "senyuman palsu".. Aku confuse samada nak express-kan perasaan tu ataupun x.. Satgi kalau aku express-kan perasaan tu, ada orang kata:

"Itu pun nak terasa."

So, sebenarnya ada banyak perasaan yang aku telah pendam selama ni.. Untuk menjaga perasaan orang lain, untuk menjaga persahabatan, untuk menjaga silaturrahim yang telah lama terbina..

Adakah aku seorang yang berdendam??

Yang aku tahu, aku bukan jenis seorang yang suka berdendam..tapi suka pendam.. Bila aku dan terasa dengan seseorang, aku akan pendam rasa "tidak suka", bukan benci.. Tidak pernah ada niat untuk berdendam, membenci.. dan membalas dendam..

Aku tak benci seseorang tu, tapi bila aku dah tak suka, tak selesa dengan sikap seseorang.. Aku akan cuba menjauhi dia.. Aku pun faham, bukan semua orang selesa dengan kita dan kita pun bukan selesa dengan semua orang..

Adat dunia..

Ada orang suka kita...ada orang x suka kita... Ada orang selesa dengan sikap kita, ada orang kurang selesa dengan sikap kita... Walaupun kekadang tu bukan niat kita utk menyakiti hati orang lain, tetapi disebabkan sikap kita membuatkan kita x sedar apa yang kita dah lakukan...

Sedangkan lidah lagi tergigit..

Sesungguhnya aku pun pernah buat silap.. maka, ada kesilapan yang boleh kita terima dan ada kesilapan yang xboleh kita terima TAPI mungkin ada orang kata itu suatu kesilapan yang kecil...

Cara kita melihat sesuatu TAK SAMA..

Lagi satu, aku takut nak specific-kan statement aku kepada sesiapa, sebab aku takut bila aku express-kan perasaan aku tu akan menimbulkan rasa marah kepada orang yang aku specific-kan tu, malah mungkin akan melibatkan orang sekeliling dia.

Aku sendiri akui bukan senang kita nak menerima kesalahan kita, kelemahan kita.. keburukan kita...

So, selalunya aku akan general-kan stetament aku.. dan bila aku general-kan statement aku, semua orang akan terasa.. Kekadang tu, orang yang aku x bermaksud nak cakap kat dia, dia pulak yang terasa..

It's become a bit complicated..

Persoalan yang sentiasa bermain dalam kepala aku sekarang ni, adakah aku terlalu sensitive? adakah aku perlu sensitive? Hapuskan semua sensitivities aku, biar orang lain pijak kepala aku.. Mana yang aku perlu utamakan, hati aku atau hati orang??

Yang Sensitive
FERZLY aka the 3rd

Thursday, November 11, 2010

::My Articles::

Assalammualaikum...

Kali ni aku just nak share sikit je. Ada articles yg aku buat waktu zaman muda-muda dulu..

Jemput-jemput la download & baca ye..

Animal’s Rights
Walimatul Urs Agama atau Adat

Hopefully it will bring something good for you..

Thanks
FERZLY aka The 1st

Saturday, November 6, 2010

::Bumiku menangis::

Assalammualaikum..
Hujan turun dengan lebat pada hujung bulan October.. Keadaan menjadi sejuk, lembab, dingin.. sesuai untuk tidur sepanjang hari..

Alhamdullillah..

Dah 2 hari non-stop hujan.. Begitu lama Bumiku menangis.. Hati aku yang dulu berasa selesa menjadi risau.. Dan tertanya-tanya..
Kenapa engkau menangis, Bumiku? Adakah ini air kesedihan atau kegembiraan kepada kami? Berhenti lah menangis..

Bumi tidak memberi jawapan malah terus menangis.. melayan perasaan.. Aku berasa bersalah.. Sesungguhnya aku banyak melakukan dosa..

Air semakin membanjiri permukaan Bumi.. Melimpah-ruah segala sungai dan parit.. Dahulunya sawah padi terbentang luas, kini bagaikan sebuah lautan mengelilingi aku..
Bekalan air bersih ditutup.. bekalan elektrik terputus.. Yang ada hanya air mata mu yang masih mengalir.. Maka semua manusia kembali menghargai mu.. Yang dulu kami membuang segala sisa kehidupan kami di sungai mu.. Malah ada jugak yang membuang kawan-kawan kami yang dibunuh.. Membuang hasil penzinaan kami..Membuang segalanya yang ingin dibuang.. segala kejahatan dan kekotoran

Dah pada hari ini, di situ la kami mandi... di situ la kami membasuh.. di situ la kami men-cuci dan men-suci..

Di tempat dimana kami membuang segala kekotoran dan kini kami menjadikan tempat itu sebagai men-cuci dan men-suci..

Hinanya kami..

Adakah selama ini kami tidak pernah BERSYUKUR??

Yang Ikhlas
FERZLY aka The 1st

Tuesday, November 2, 2010

::Oh Dunia, aku masih mencintaimu::

Assalammualaikum..

Uhh!! Dah dekat 2 bulan rupanya dah x menulis blog.. Macam-macam masalah timbul sejak akhir-akhir ni..

Biasalah kehidupan di dunia ni memang x akan tenang, x akan sunyi daripada ujian.. Ada je ujian akan diuji kepada kita.. Menguji keimanan kita..

Mula-mula laptop aku rosak... Pening kepala.. Abis semua data-data dalam laptop terhapus begitu saja.. Rasa pedih sangat.. macam nak menangis je.. Tapi pikir balik, tak guna kalau menangis.. Dah cuba abis baik, tetapi still rosak..

Abis movie-movie dan anime-anime yang aku baru download... Tapi x kisah la hal tu, sebab movie and anime tu, boleh cari lagi.. Yang aku sedihnya adalah gambar-gambar kenangan aku di Gold Coast... Gambar-gambar yang aku sayang sangat.. Dapat tangkap dengan Batman, Superman dan macam-macam lagi superheroes yang selama ni menjadi mimpi-mimpi aku..

:(

Waktu ujian itu diuji, aku begitu sedih.. Hanya Gold Coast terbayang di fikiran.. Siapa yang tak sedih? Bukan senang dah aku nak p sana.. Kecuali kalau aku dapat kahwin dengan anak dato' ke.. atau anak sultan ke..ataupun kahwin dengan orang OZ.. Baru la boleh p sana, senag-senang je..

Orang yang bersederhana dan "berjimat-cermat" macam aku ni, bertuah nak buang duit macam tu je.. Waktu nak p Gold Coast hari tu pun, pikir 2 3 kali sebelum nak p.. Itu pun pergi, makan minum semuanya dihadkan. Hehehe..

Oh Dunia!! Ternyata aku masih mencintaimu.

Walau macam mana pun, aku tetap memohon pada Allah agar memilih yang terbaik bagi aku..

"Ya Allah, kalau laptop ni baik untuk aku, menguatkan iman aku pada-Mu, tidak menyesatkan aku dari jalan-jalan Engkau.. Maka Engkau kurniakanlah ilham kepada aku untuk aku memperbaikinya. Kalau tidak, biarkan lah ia rosak."

Maka laptop itu pun rosak la.. aku dah no idea how to fix it.. Dah buat macam-macam, still x boleh berfungsi. Abis gambar-gambar aku di Gold Coast. Mungkin sebab hati aku dah jatuh cinta dengan Gold Coast.. Maka Allah taknak aku terlalu mengagungkan Gold Coast tu..

Sesungguhnya aku redha di atas kerosakkan laptop aku tu.. Dan sedar akan kesilapan dan kerosakan hati aku..

Selang beberapa hari.. IPOD Touch aku menunjukan tanda-tanda kerosakkannya... Laptop masih dibaiki, benda lain pulak nak rosak.. Hati aku bertambah sedih...pedih...sengsara..

Apakah ujian yang sedang aku hadapi ini??

Oh Dunia, lagi sekali aku masih mencintaimu!!

Tapi alhamdullillah... goncang-goncang sikit.. baling-baling sikit... dah elok..

Then, baru-baru ni, camera digital aku pulak menunjukan tanda-tanda nak kena hempuk kat lantai.. Aihh!! Pening kepala aku.. Bukan yang murah semua benda yang aku beli ni.. dan bukan senang aku nak beli benda-benda ni..

Kenapa Dunia?? Kenapa aku terlalu mencintaimu??

Wahai Dunia, aku dah penat memikirkan kamu.. Tiada apa yang kekal di dalam mu.. Begitu banyak kesedihan kamu berikan kepada aku. Walau begitu, masih ada perasaan cinta kepada mu.

Yang masih mencintai,
FERZLY aka the 3rd

Tuesday, September 21, 2010

::KCB kepada Allah::

Assalammualaikum...

KCB kepada Allah...pada post aku kali ni bukan la aku nak bercerita pasal Ketika Cinta Bertasbih... tapi mengenai KEIKHLASAN cinta..hati budi dalam melakukan ibadat kepada Allah..

KEIKHLASAN CINTA BERIBADAT KEPADA ALLAH

Bila kita menanyakan mengenai keislaman kita...semua orang akan mengakui dan menyakini keislamannya.. Tapi tiada siapa yang tahu hati budi seseorang itu.. Samada dia ikhlas atau pun tak...

Dan bila kita memepersoalkan akan keikhlasan hati dalam beribadat... akan terlahir pepatah BARAT.."Don't judge the book by its cover." Pepatah barat tu dah banyak diperdebatkan, diperbincangkan pada masa kini.. dan saya harap semua orang dah jelas dengan penggunaan pepatah barat tu..

Dan bila kita tengok seseorang tu baik, soleh..alim..warak... ada jugak yang kata itu adalah hipokrik, munafik... berpura-pura nak mendapatkan sesuatu... Yang sebaliknya kita mendoakan agar dia terhindar daripada penyakit-penyakit hati dan semoga menjadi pemimpin umat pada masa depan.. Itu yang terbaik..

Aku akui... aku pernah buat atau terniat macam tu... mungkin aku berpura-pura tapi aku bukan munafik.. hanya kurang KEIKHLASAN dalam hati aku...

KEIKHLASAN DALAM NIAT KERANA ALLAH:

Waktu zaman muda-muda dulu, pada first time aku berkerja sebagai peladang apple.. Ada orang kata semua kita buat ini, first thing kena niat kerana Allah..

Aku tak faham...

"Aku kerja untuk dapat duit... untuk hidup.. untuk bagi kat makbapak aku.. untuk menyenangkan hidup aku.. dan last sekali baru niat kerana Allah.."

Astaghfirullah hal azim..

Walaupun aku cuba untuk berfikiran secara rasional (kalau kita berfikiran secara rasional, memang dunia akan datang dulu, kemudian baru Allah)... memang susah nak niat kerana Allah.. Bayangkan setiap benda, langkah, detik... semuanya nak niat kerana Allah..

Mandi, makan, berus gigi... berjalan, bercakap.. melihat.. bernafas..

PELIK..

Macam mana nak niat sesuatu, yang hasilnya adalah berlainan daripada niat kita tu... kita kerja, mesti la niat nak dapat duit...

Itu la tandanya tiada keikhlasan dalam beribadat kepada Allah..

Then aku cuba untuk ubah mind set aku... buat apa-apa pun, first thing kena set mind, niat kerana Allah.. Walaupun sesuatu tindakan tu simple, macam bodoh-bodoh je.. Dan ikhlas aku cakap, pada waktu tu, aku saja-saja je nak main-main.. bermain dengan agama.. *nakal aku dulu*

Astaghfirullah hal azim..

Macam nak pakai stoking kerana Allah... nak buka surat kerana Allah..nak tekan suis on computer kerana Allah..

First time memang aku gelak seorang-seorang... seolah-olah aku mempersendakan agama.. *nakal aku dulu*

Astaghfirullah hal azim..

Tapi lama-lama, menjadi kebiasaan dalam kehidupan aku.. yang dulunya aku tergelak seorang-seorang.. sekarang aku mengamalkannya...

Lagi sekali.. PELIK..

Dulunya kena berhenti, fikir dulu...sebab nak set mind, nak niat kerana Allah... tetiba sekarang, secara spontan..aku sendiri niat kerana Allah.. tak payah nak berhenti, berfikir untuk niat kerana Allah...

Dulunya manual...sekarang dah auto...

KELEBIHAN NIAT KERANA ALLAH:

Sebenarnya kita boleh sedar... samada kita ikhlas dalam niat kerana Allah...ataupun kita main-main je dalam niat kita tu...

Bila kita betul-betul ikhlas dalam niat kita.. kerana Allah... Niat tu akan diperlihatkan dalam tindakan kita... dalam kesedaran kita...

Kita akan rasa TAKUT melakukan sesuatu yang dilarang oleh kepada siapa yang kita niat tadi...

Kalau kita niat kerana mak kita... kita akan fikir mak kita sebelum kita nak buat tindakkan itu... lantas, terus teringat segala pesan dan akibat kalau kita melanggari pesan tu...

Macam tu jugak la, kalau kita niat kerana Allah... Bukannya kita rasa takut, kecut abis perut2..macam nampak hantu... Tapi kita rasa takut untuk melakukan sesuatu yang dimurkai...sebab atas dasar CINTA dan HORMAT kepada tuhan kita, agama kita..

Kalau kita x ikhlas... kita tak kan rasa ketakutan itu...

So, apa-apa pun terletak kat diri kita juga... Hanya kita jugak yang tahu sejauh mana keikhlasan niat dan diri kita dalam beribadat kepada Allah..

Tapi kekadang tu, kita niat kerana Allah.. tetapi ada sesetengah je kita rasa takut..dan yang lain rasa biasa je.. Jelas di sini, kita masih kurang keikhlasan dalam beribadat... itu la pada masa yang sama, kita jugak kena ada ILMU dalam beribadat ni..

KESIMPULAN:

Pada mulanya aku seorang yang nakal.. sebab aku tak faham, maka susah bagi aku untuk menerima sesuatu.. dan disebabkan sikap yang suka bermain-main... aku cuba mengamalkan sesuatu yang kurang jelas... dan pada masa yang sama, aku jugak cuba untuk mencari penjelasan tu..

Alhamdullillah, Allah sentiasa berpihak kepada sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada jalan Allah.. Insya-Allah..

Sikap yang suka bermain-main... boleh membawa kepada kebaikan..dan boleh membawa terus kepada kehancuran iman... Dan di sini, aku nasihatkan.. Kalau kita nak mencuba/mengamalkan sesuatu yang baik, pastikan kita mencari kesahihan kebaikan tersebut... walau se-simple mana pun kebaikan itu.. Sebab cara syaitan menyesatkan kita adalah bermula dengan kebaikan.. Maka seharusnya kita mempunyai ILMU dalam beribadat...

Ok la, setakat ni je la perkongsian jalan hidup aku... banyak sebenarnya nak bercerita.. jom la lepak sekali dengan aku, boleh bercerita dan berbincang dengan lebih panjang lagi.. Hehe..

"ANDA BUAT, ANDA DAPAT"

Yang Berkongsi Pengalaman Hidup..
FERZLY aka The 1st

Tuesday, August 17, 2010

::Dosa di Subuh Hari::

Assalammualaikum..

Sesungguhnya setiap hari kehidupan aku dimulai dengan senyuman...

Alhamdullillah..

Sedapnya bersahur hari ini... nasi + kicap + telur masin... + lauk special... Lauk special tu adalah makan bersama mak, ayah dan adik-adik... Alhamdullillah..

Tak kisah la apa pun hidangan yang dihidang di depan mata... lidah ni tetap terasa sedap pada saat bersama orang-orang yang tersayang....

:)

Sesudah sahur.. aku terkejar-kejar nak ke masjid... Solat Subuh... Dah lambat sebenarnya, sebab duk sembang-sembang dengan mak aku yang suka bercerita.. Kalau mak bercerita, sampai sahur esok pun x abis-abis.. Hehehe...

Terus memecut motor ke masjid..

Sampai je di masjid.. ada 5 minit lagi nak masuk waktu...

"Assalammualaikum!!" aku bagi salam memecah kesunyian masjid... Dah terbiasa kat Australia, masuk masjid kena bagi salam yang boleh didengari..

Zuuuup!! Semua mata tertumpu kat aku... Dalam hati,
"ya Allah, kuat ke aku bagi salam..?"

Sesudah solat tahiyatul masjid, aku duduk seketika sementara menunggu iqamah.. Yang kurang selesanya, mata-mata sentiasa menjeling, tertumpu kat aku...

Dalam hati,
"kenapa ek? Aku ada buat salah ke? Songkok pakai, pakaian menutup aurat.. Ada something ke kat belakang baju aku?"

Aku tengok sekeliling.. warna warni... semua berbaju melayu.. Aku tengok diri aku..
"Ya Allah, aku pakai T-shirt rupanya..! Sebab ni ke semua orang jeling kat aku?"

Aku x nak berburuk sangka, x baik.. tapi dalam hati, memang 80% orang jeling kat aku sebab pemakaian aku.. Mau taknya, semua orang berbaju melayu kemas, aku seorang je berT-shirt kain pelekat..

Tapi T-shirt aku plain, xde corak yang entah apa-apa.. Bro Bandar kata boleh pakai T-shirt waktu solat, asalkan tidak bercorak entah apa-apa..

Iqamah berkumandang... Justeru aku terus ke hadapan, ke saf pertama, belakang Imam..

Tetiba seorang pakcik tegur...

"Bagi yang tua di saf hadapan.."

Sebab dah tak sabar nak solat, dengan selamba aku menjawab..

"Menurut hadis mana pakcik..?"
Mungkin sebab dalam hati aku, terasa seperti semua orang sedang nampak salah aku(pakai T-shirt). Itu yang malas nak cakap banyak..

"Allahu Akbar!!"
Imam mengangkat takbir.. Aku pun terus niat dan solat subuh..

Sesudah solat.. aku terfikir balik apa yang aku cakap kat pakcik tadi...

"Astaghfirullah al azim, biadapnya aku.."

Mentang-mentang la aku pergi kuliah selasa, kuliah itu ini, berkawan dengan pak-pak arab.. Aku ingat aku dah faham agama?! Aku ingat aku dah bagus dalam agama?!

SIKIT PUN TAK...

Mungkin aku betul, tapi cara aku menjawab kepada orang tua...

SUNGGUH BIADAP!!

Dalam hati.."PANG!!" Aku tampar diri aku.. Kenapa la aku begitu lantang??

Malunya aku.. malu aku kat diri sendiri.. malu aku kat pakcik tu..

Malu aku kat depan Allah..

Apa yang aku belajar selama ni di Australia..?? Adakah ini hasilnya?? Belajar menjadi biadap, kurang ajaq kat orang tua?

"Ya Allah, ampuni lah kebiadapan aku terhadap pakcik tadi.. Ya Rohim, sesungguhnya aku menyesali segala tindakan aku.. Ya Allah, jauhi lah hati aku dari sifat riak dan bongkak.. Amin Ya Robb.."

Sesudah habis Imam membaca doa.. pakcik tu pun menghilangkan diri.. Mungkin tak nak jumpa aku dah...

"Ya Allah, sesungguhnya aku telah melakukan dosa di subuh hari.. Mengurangkan pahala puasa aku untuk hari ni.. Bodohnya hamba Mu ni.."

Aku pulang dengan air mata keinsafan dan hati yang sebak.. :(

Kepada kekawan, jaga la setiap pertuturan kita.. Terlajak perahu boleh diundur, terlanjur bicara peroleh kekesalan... satgi Isyak, harap boleh jumpa pakcik tu, minta maaf... :(

Yang pulang dengan kekesalan
FERZLY aka the 1st

Sunday, August 15, 2010

::Mari Bersedekah::

Assalammualaikum..
1st sekali, Dynamics 4 ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak..

Dalam bulan mulia ni, kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan..

BERSEDEKAH..

Adalah satu amalan yang dititikberatkan dalam bulan ni..

Tapi kat sini, aku bukan la nak bincang sepenuhnya pasal sedekah.. ada satu petikan dari buku yang aku baca tersentuh hati aku..

Rasulullah s.a.w bersabda, "Senyummu kepada saudaramu adalah sedekah, mengajak kepada kebaikan adalah sedekah, menunjukkan jalan orang yang tidak dapat melihat jugak sedekah, menyingkirkan batu, duri atau tulang dari jalanan adalah sedekah, mengosongkan air dalam timbamu untuk diberikan kepada orang lain adalah sedekah." HR. Ibnu Hibban dan At-Tirmizi.

Wah! Hebatnya pemimpin umat Islam kita berkata-kata..

Aku kagum.. ada perasaan nak bertemu, bertentang mata dengan baginda, berbincang pasal masalah umat..

Tapi aku tahu siapa diri aku.. itu la aku kena berusaha untuk jadi yang lebih baik..

Bersedekah bukan la semata-mata tentang DUIT dan HARTA... tapi ia merangkumi suatu aspek yang sangat besar dan luas..

Dalam hadis yang lain jugak ada mengfokuskan sedekah bukan sekadar harta..

Rasulullah s.a.w bersabda, "Janganlah kamu remehkan tindakan yang baik, meskipun hanya dengan memberikan tali penghubung atau dengan memberikan air yang ada dalam timbamu kepada orang yang meminta minum atau hanya dengan menampakkan muka yang manis ketika berjumpa dengan saudaramu sesama muslim atau hanya dengan menghibur orang yang bersedih atau hanya dengan memberikan tali selipar." HR. Ahmad, Musnad (15897) dan At-Tirmizi.

"memberi tali penghubung" adalah memperluaskan lagi silaturahim sesama kita.. "memberi tali selipar" adalah seperti memberi tali kasut kepada saudara kita/saling tolong menolong..

Siapa kata kita tak mampu bersedekah?

Hanya kita yang x nak bersedekah... pastu cari 1001 alasan..

Tak susahkan nak bersedekah? Bukan susah nak meraih keredhaan dari Illahi..

Selamat beramal..
FERZLY aka the 1st.

Tuesday, August 10, 2010

::Berakhir Satu Kisah::

Assalammualaikum...
Selama 3.5 tahun berada di Australia, kini aku menutup sebuah buku kehidupan aku di tempat asing..

"Hello, can I ask you, how to get to Clayton station?"

"Ooo.. Yes, you can take bus 703 to Middle Brighton and don't take 703 to Blackburn.. It is the other way.. Or you can take bus 631 to Southland.. But you have to wait at there.."

Sambil aku menunjuk ke pondok perhentian bus yang lain..

Tetiba aku terkenang waktu aku mula-mula menjejak kaki di Clayton ni... aku pun tanya benda yang sama..

Terukir senyuman kecil dibibir aku... Semoga budak tu akan berjaya dalam kehidupan dia.. Amin Ya Robb..

Dalam hati terbisik sesuatu..

"Wah, hebatnya aku.. dah tahu selok-beloh di Clayton ni.. Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa aku ditakdirkan pulang ke tanah air.."

Jauh di sudut hati, aku keliru... Samada aku perlu sedih ataupun gembira... Akhirnya, aku x rasa apa-apa pun.. Tak sedih, tak gembira..

BIASA jeee...

Degree yang aku genggam sekarang.. hanya la sekeping kertas, tak lebih daripada tu.. Adakah sekeping kertas ini yang manusia jadikan sebagai ganti diri aku ketika mencari kerja..?

SEDIH..

Jam 0418, aku masih lagi di depan laptop ni.. Tersenyum seorang diri, mengenangkan jalan-jalan kehidupan aku selama 3.5 tahun di tempat asing..

Alhamdullillah.. Bersyukur sangat..

Ya Allah, Kau la segala-segalanya.. Penentu hidup dan mati aku.. Penentu kebahagiaan dan kesedihan hati aku.. Aku bersyukur di atas semua kurniaan-Mu.. Tidak pernah ku impikan sebegini, tapi Kau berikannya kepada ku.. Kau berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang aku inginkan.. Sesungguhnya hanya Kau mengetahui apa yang terbaik bagi aku..

Alhamdullillah..

Kalau ini adalah masa untuk aku pulang ke Malaysia, maka akan ku pulang dengan kerelaan dan keikhlasan hati aku.. Aku redha.. Kerna aku tahu ini semua adalah yang terbaik bagi aku, yang telah Engkau susun kepada aku...

Amin Ya Robb..

Alhamdullillah..
FERZLY aka The Ultimate..

*Ferzly 1st, 2nd, 3rd!! Jom balik.. Packing semua barang ek..

Tuesday, August 3, 2010

::Ferzly Nak Balik Malaysia::

Assalammualaikum
Pada post kali ni, aku ingin menge-post-kan salah satu email aku kepada KPM, yang jugak aku inginkan berkongsi dengan kekawan semua bertapa bertuahnya kita pada hari ni..

Cuba tanya dalam diri kita, pernah dak kita berterima kasih? Pernah dak kita berasa syukur?



Assalammualaikum,

Yang berbahagia dan dihormati kepada semua kakitangan kementerian pendidikan Malaysia(KPM) khususnya kepada Pn. Arniza, En. Asfia, Pn. Rohaya dan Pn. Dianawati..

Seperti nama email ni, saya Mohd Norferzly sudah berjaya menamatkan ijazah saujana muda di Monash University, Australia pada 16 July 2010. Alhamdullillah. Dan kini saya memohon kepada KPM untuk membenarkan saya pulang ke Malaysia. Saya dah mula memetik ulam2 di Australia dijadikan makanan harian. Tapi kalau KPM nak tanggung saya sampai hujung tahun ni. Saya sangat la berbesar hati.. kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.. Hehehe...

Di sini, saya sertakan jugak borang tiket penerbangan balik ke Malaysia. Harap KPM dapat meluluskannya. Dan disebabkan saya sudah apply borang tiket penerbangan ini, jika saya dapat menyambung pengajian saya pada tahun hadapan (honours year), saya akan guna duit saya sendiri untuk tiket penerbangan ke Australia semula. Semuanya sudah ternyata dalam perjanjian kita dulu, dimana KPM hanya akan menangung tiket penerbangan pergi dan balik pengajian, sekali sahaja. Tapi lagi sekali, kalau KPM sayang kat saya dan x berkira, saya sangat-sangat la berbesar hati..

Untuk pengetahuan semua pihak, saya akan menyambung mana-mana pengajian saya, samada tahun kepujian(honours year) ataupun KPLI, pada tahun hadapan, 2011. Saya menginginkan sedikit waktu bersama keluarga tersayang yang telah ditinggalkan selama 3.5tahun. Harap KPM membenarkan tindakan saya ini. Jika saya dapat menyambung tahun kepujian(honours) pada tahun hadapan, saya akan maklumkan kepada KPM sebelum December 2010.

Saya akhiri email saya pada kali ni dengan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak KPM samada yg masih kekal di KPM ataupun yang sudah meninggalkan KPM.. yang telah berusaha keras menguruskan kami, specially saya.. Hehe.. Dan saya harap semua kakitangan KPM tidak pernah lelah menguruskan kami dan terus menguruskan adik-adik dan kawan-kawan saya yang lain. Semoga berkat usaha KPM, akan membentuk Malaysia menjadi sebuah negara yang diberkati oleh Allah. Semoga ketenatan kakitangan KPM mendapat rahmat dan kemurahan-Nya. Amin..

"RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Dari Ferzly, one of anak Malaysia.



Kepada siapa sebenarnya aku berterima kasih? Adakah kekawan aku, rakyat ataupun kerajaan Malaysia? Ataupun diri aku??

Thanks from
The Ultimate Ferzly aka the 1st, 2nd, 3rd n 4th...

Monday, August 2, 2010

::Hariku Semakin Singkat::

Assalamualaikum..

Huhuhu... topic post aku kali ni macam sedih je.. Macam aku dah nak mati je.. Tapi sebenarnya TAK..

::Hari aku semakin singkat::

Kalau 1 hari kita tu dipenuhi dengan gelak tawa, senyuman, suka ria... kita akan rasa hari tu begitu singkat...

Alangkah bagusnya kalau hari tu berpanjangan..
Alangkah bagusnya kalau hari tu tiada malam..
Alangkah bagusnya kalau hari tu tiada penghujungnya..

Tapi kalau fikir balik... selfish giler diri ni.. Macam mana dengan orang yang mempunyai bad day pada hari tu??

Allah tu Maha Adil... sebab tu la walau hari apa pun pada hari tu... Isnin ke, Selasa ke, Rabu ke.. Bad or not..

tetap 24jam...

Hari-hari aku penuh dengan senyuman... Tak pernah 1 hari aku bazirkan hari aku dengan air mata...

Memang dah jadi prinsip aku... TAK SUKA MEMBAZIR..

Hehehe...

Walau macam mana 'bad' hari tu, aku akan berusaha mencari SENYUMAN untuk hari tu..

Bagi aku, KEBAHAGIAN bukan sesuatu yang telah ditetapkan tetapi sesuatu yang kita kena berusaha mencari untuk diri kita... untuk hari kita...

Kehidupan atas dunia ni, bukannya akan berkekalan.. Kita akan mati.. So, bagi aku, agak membazir la kalau suatu hari kita penuhkan hari tu dengan air mata, kemarahan, tension, sakit hati..

Tak rasa rugi ke, hari yang sepatutnya kita SENYUM.. tapi kita menangis, marah, tension..??

Seolah-olah macam BODOH je buat macam tu... Macam melepaskan sesuatu yang berharga, yang dah ada dalam genggaman kita..

::Hari aku semakin singkat::

Walaupun aku tahu hari aku semakin singkat... Aku tak sedih, tapi sebaliknya aku bersyukur pada Illahi kerna rahmat dan kemurahan-Nya aku masih lagi hidup dalam kehidupan yg singkat ni...

Well.. semua orang tahu kita semua akan mati... mungkin esok, lusa... bila-bila je..

Mati itu sudah pasti...

So, beringat-ingat la dalam apa sekali pun yang kita buat... Salah ke, betul ke... Tak semua benda yang happy tu, DIREDHAI...

Kita buat benda yang DIREDHAI, nescaya kita akan rasa happy... rohani dan jasmani...mental dan fizikal...

::Hari aku semakin singkat::

Bukan susah sebenarnya nak cari SENYUMAN...

Hidarkan semua perkara yang membusukkan hati... Nescaya SENYUMAN akan lahir secara semula jadi...

::Hari aku semakin singkat::

Seperti post kali ni pun ada penghujungnya.... macam tu jugak la hari-hari aku...

Lumrah kehidupan..

Walau macam mana pun, aku bersyukur sangat dengan segala kurniaan ke atas aku..

So, hiasi lah hari anda dengan SENYUMAN...

Yang tersenggeh,
FERZLY aka the 2nd


Monday, July 5, 2010

:: Wanita Di Hati ::


Assalammualaikum..

Adakah sudah tiba masa "mengawan"? Adakah masih terlalu awal bagi aku? Atau sudah terlewat..?

Buat masa sekarang, aku masih lagi mencari.. tapi aku tak jumpa yang berkenan...

Kenapa?

Aku ni seorang yang memilih ke?? Taste aku ni tinggi ke??

Apa yang aku lihat pada wanita??

*Saiz badan*
Aku suka wanita badan besar-besar aka GEMUK... sebab orang gemuk ni comel, cute.. Manja.. Hehehe.. Kalau dia marah, lagi bertambah comel.. Tapi sekarang ni, semua kawan perempuan sekolah dulu, semua dah kurus-kurus.. :(

Orang gemuk ni, hati depa kecik...mudah terasa.. Depa ni sebenarnya inginkan perhatian dan bila dapat perhatian tu, depa akan jaga elok-elok.. sebab depa tahu bukan senang depa nak dapat peluang ke-2... Depa akan menghargai sesuatu yang depa ada... Itu yang aku suka..

Lagi satu, perempuan gemuk x banyak saingan dengan lelaki lain... Aku x suka bersaing kerana perempuan.. nampak sangat kaum lelaki bodoh.. berebut seorang perempuan..

*Make-up*
Aku x suka perempuan yg suka ber-make-up... Specially yang make-up tebal-tebal.. Nak bagi nampak cantik konon, padahal nampak macam hantu.. Takut aku.. Aku suka perempuan yang biasa-biasa je.. pakai bedak sikit2 sudah..

Tapi sekarang ni, perempaun kalau pakai gincu.. macam nak bagi tahu semua orang yg dia pakai gincu.. nampak jelas gincu dia.. Kenapa ek? Bibir dia hitam ke? Negro relax je..

Kalau pakai maskara tu, bulu mata jadi lentik giler.. Takut aku, nampak macam x normal.. X nampak macam manusia biasa.. Tak suka perempuan nampak macam artis.. Bagi aku, kecantikkan pada artis tu tak PURE..

*Pakaian*
Of course, pemakaian kena menutup aurat.. Kalau pemakaian awal2 lagi x menutup aurat, memang dah out of list aku.. Sekarang ni, banyak perempuan pakai tudung tapi pakai t-shirt lengan pendek, baju body.. PELIK giler!! 1. entah apa-apa... 2. macam orang giler.. Tak cantik langsung..

Ke-2, aku x suka perempuan pakai seluar jin.. Sebab mana-mana seluar jin yang aku tengok, semua ketat kat bontut.. Kalau nak pakai, pakai la dengan baju labuh-labuh sikit..

Aku x suka perempuan pakai tudung lilit leher dia.. Aku suka perempuan yang pakai tudung lepas.. Menutup dada...

Dan the killer bagi aku adalah perempuan yang pakai kain batik.. Suka perempuan pakai kain batik.. Suka gadis kampung... Nampak manis.. Tapi sekarang ni, x ramai perempuan suka pakai kain batik.. Tak tahu kenapa??

*********

Aku tak kisah siapa pun perempuan tu... as long as dia tahu siapa diri dia dan agama dia, cukup la... Dia x reti masak, aku reti masak... Dia tak reti mengemas, aku reti mengemas.. Dia x reti basah baju, mesin basuh ada...

Sebenarnya, xde apa yang aku nak pada bakal isteri aku.. Cukup sekadar mencintai aku, sudah la..

Tapi masalahnya sekarang, aku sendiri x berkenan pada mana-mana perempuan zaman sekarang.. Semua perempuan yang aku kenal, suka make-up, suka pakai seluar jin, tudung lilit2.. Susahnya nak jumpa perempuan yg suka pakai KAIN BATIK, tudung menutup dada..

Nak balik Malaysia.. mengajar kat kampung-kampung pedalaman la.. nak mencari pasangan.. Hahaha.. sambil menyelam, minum air..

Yang searching,
FERZLY aka the 2nd

Thursday, June 10, 2010

:: Aku adalah Aku ::

Assalammualaikum..

Aku adalah aku

Adalah sesuatu yang ingin aku sampaikan tentang aku... apa yang aku cuba maksudkan adalah aku... apa yang dimaksudkan oleh "aku"?

Aku adalah aku

Aku adalah Ferzly... seorang lelaki yang berkaca mata, pinggan 30", dada 32", bahu 32.5".. Nak kata handsome, ada rupa... Nak kata smart, ada gaya.. Nak kata hot, terasa kehangatannya..

Aku adalah aku

Segalanya bagi aku adalah tentang aku... Senang kata, aku lebih mengutamakan diri sendiri daripada orang lain...

bukan mementingkan diri sendiri..

Aku adalah aku

Aku seorang yang lebih suka bersendirian daripada berkumpulan... tapi aku lebih prefer berpasangan daripada bersendirian..

Apa-apa pun, buat masa sekarang aku masih belum lagi mampu untuk menaruh kepercayaan dan harapan pada manusia...

Itu la sebabnya kalau nampak aku pergi mana2, aku seorang-seorang... p kerja seorang2, pergi NZ seorang-seorang..

Ada banyak advantages bergerak seorang daripada bergerak berkumpulan:
  1. Senang! Kemana nak pergi, atas kehendak kaki sendiri.. xperlu nak ikut kaki orang lain..
  2. Orang senang nak tegur kita... kalau bergerak dalam kumpulan, orang takut nak tegur kita.. Dan kita pun senang nak tegur orang.. Bergerak seorang dapat kenal lebih ramai orang..
  3. Kita xkan rasa tersisih ataupun menjadi bahan tawa/permainan..
  4. Lebih berdikari..
  5. Banyak belajar untuk terus bergerak..
Seronok sebenarnya bila kita bergerak sendiri...

Manusia
bukan boleh percaya sangat sebenarnya...

Manusia
hanya menjadikan kawan sebagai alat kemudahan untuk hidup

Manusia
hanya jadi kawan pada masa senang..

Lagi pun, manusia sendiri nasihat..."berkawan berpada-pada..."

Aku pelik..

Bila merokok, lagi best berjemaah.... Tapi bila solat, orang lebih prefer seorang-seorang.. Solat berjemaah x best ke?

Bila main bola, kena ada lebih daripada seorang...Kalau x cukup orang, kita sanggup call kawan2, berusaha cari orang bagi cukup team... Tapi bila solat, kita senyap-senyap je solat seorang-seorang..

Bila nak pergi jalan-jalan, nak buat apa-apa... nak buat berkumpulan, tapi bila azan berkumandang, semua orang lari masuk dalam bilik masing-masing...

Sekarang ni, bagi aku solat sepatutnya diutamakan utk berjemaah... yang lain x berjemaah pun xpe..

Dan dalam urusan lain, diri sendiri harus diutamakan sebelum kita nak fikir pasal diri orang lain... Ini bukan soal mementingkan diri sendiri ataupun tak, tapi ini adalah untuk kita untuk terus hidup..

Aku adalah aku

Aku adalah Ferzly..

Yang diakui,
FERZLY aka the 4th..

Monday, June 7, 2010

:: Aku Mencintai Beddo ::

Assalammualaikum..

Keadaan makin sejuk... setiap hari mendung... awan gelap dari pagi hingga ke malam.. Mana la Matahari menghilangkan diri??

Mungkin selama ni aku terlalu merindui Bulan sehinggakan aku melupakan tentang Matahari...

"Matahari, adakah engkau meminggirkan diri dari aku?"

Uuuuhhhh!! Kalau nak keluar rumah, kena pakai baju tebal2.. Stoking berlapis-lapis... Kalau boleh, macam nak bawa je selimut tebal aku bersama..

Beddo!!... Masjid Beddo!!... dah lama x pergi solat berjemaah... sebab sejuk hingga ke tulang sum-sum...

"Aaaah!! Semua tu alasan je, Ferzly."

Teringat waktu kecik-kecik dulu..waktu 1st and 2nd year.. Ooo.. terlupa lagi satu year... 3rd year..

Rajin pergi Beddo...

Baik dak? Huhuhu.. Baik apa, niat pergi Beddo x betul.. Hehehe...

Beddo selalu buat makan-makan... Sedap makanan orang Arab, pastu boleh makan banyak-banyak.. Nasi Arab, perrhh!! Sehingga menjilat pinggang plastik..

Suka-suka.. sedap-sedap..

Memang waktu dulu niat ke masjid, tak betul... tapi dari situ la secara tak langsung mendidik aku untuk terus ke masjid dan sembahyang berjemaah... make friends..

Aku dengar banyak alasan kawan-kawan aku.. Bila ada kenduri kat Beddo, semua orang macam takut je nak datang... alasan:

"Kalau ada makan-makan, baru nak datang Beddo, nak datang masjid...Nanti orang kata apa pulak.."

Bagi aku.... Biar la kita nak datang masjid, rumah Allah..at least kita datang masjid daripada pergi lepak kat Chatstone(the nearest shopping complex in Clayton)...

Waktu dulu pun, ramai je kata kat aku macam tu...

"Asalkan ada makan-makan je, ada je Ferzly."

So, what? Yang penting, perut aku terisi... Alhamdullillah... Hehehe...

Lagi pun, yang akan sound kita macam tu, orang Melayu je.. Orang Arab, orang Islam lain tak cakap macam tu kat kita... malah sambut lagi kedatangan kita... suruh tambah lagi...

Berapa orang sangat orang Melayu yang datang Beddo.. dan daripada jumlah yang datang Beddo tu, hanya beberapa orang je yang akan sound kita...

See!! Kebarangkalian untuk kita di-sound "datang makan je" adalah kecik... So, datang, makan, solat dan balik dengan perut yg kenyang dan pahala berjemaah..

Hehehe...

Lepas tu, sikit-sikit la kita betulkan niat kita..

"Bila CINTA dah berputik, benda susah jadi senang.. sejuk jadi panas... alasan jadi cabaran..
CINTAI la rumah Allah.."


Hari ni aku dapat appel free untuk lunch dan sebungkus kentang dibawa balik ditaja khas oleh Masjid Beddo..

Terima kasih Beddo.. Sayang Beddo..

Aku mencintaimu, Beddo..
FERZLY aka 2nd

Saturday, June 5, 2010

:: Hari ni Hari Sabtu ::

Assalammualaikum...


Aku tengok kat luar... awan mendung seperti kelmarin.. Tak gelap macam malam, sebab sekarang baru kul 11 pagi...

Aku tengok dapur... beras dah nak abis, bawang dah abis.. gula dah abis, tepung dah abis... ayam dah abis.. Banyaknya bahan masak dah abis.. nak makan apa nanti? Exam dah dekat ni..

Aku tengok timetable aku... Hari ni ada Palestin Rally kat Melbourne.. Yang sepatutnya aku pergi.. Start kul 2pm..

Kalau aku pergi Clayton beli barang, sempat ke aku pergi Melbourne? Kalau aku pergi Melbourne, sempat ke aku balik beli ayam sebelum kul 5pm..? Kedai ayam tutup hari Sunday..

Kekawan semua sibuk study, sebab exam dah dekat.. Exam aku lambat lagi, 14hb ni...

So, aku buat keputusan pergi beli barang dapur dulu la... then kalau sempat aku pergi Melbourne.. Kalau x, duduk rumah buat Berry Tart..

Hehehe..

Kekadang rasa bersalah pulak, aku pun nak memperjuangkan Palestin jugak.. Tapi hausemate aku pesan, nak memperjuangkan Palestin x semestinya kena pergi perhimpunan tu.. Banyak benda lagi kita boleh buat...

Lagipun, abg Budin pernah pesan kalau kita nak mempertahankan apa2 pun, kena utamakan orang rumah dulu... Kena utamakan tanggungjawab kita dulu...

Kalau aku x pergi Clayton hari ni, bila lagi aku nak pergi beli barang.. Nanti lapar pulak kekawan aku yang nak exam ni...

So, hari ni hari Saturday, aku pergi Clayton la beli barang dapur.. Sambil tu boleh beli barang utk buat Berry Tart aku..

Huhu..

Hari tu dah buat Chicken Carry Pie...

Jadi!!! Sedap!!!

Alhamdullillah...

Oklah, satu pengajaran hari ni... walau apa pun perjuangan kita, jangan lupa tanggungjawab kita... respon terhadap orang-orang sekeliling kita..

Yang Pergi Clayton Hari Saturday,
FERZLY aka the 3rd

Sunday, May 30, 2010

::The Secrets of Beauty ::

Assalammualaikum...
Getah pokok...

Nyanyian burung berkicauan di pagi hari, memecah kesepian dunia.. rerama melintasi anak mata, membuat hati terasa tenang..

Bertapa amannya dunia..

Kelihatan sepasukan semut mengiringi perjalanan aku.. Manakala lebah begitu khusuk menjalankan tugasnya di awal pagi untuk menjaga keseimbangan dunia..

Alhamdullillah..

Burung-burung berterbangan di atas kepala seperti meraikan sesuatu.. Angin bertiup merdu, membawa semangat untuk terus hidup, menempuh cabaran dan ujian Mu.. Pepohon melambai-lambai seperti mendoakan kejayaan manusia...

Aku melihat sekeliling... aku merasai keagungan-Mu..

Alangkah bahagianya..

Disebelah kanan, ada sepasukan semut dan kiri, pepohon yang melambai...

Tapi dalam poket kanan ada Ipod Touch 2nd Generation 16GB yang mampu mengisi lebih daripada 1000 lagu dan video, pelbagai games sudah di-install...

Manakala di poket kiri, ada LG Veiwty KU990 yang mempunyai camera 5.0megapixel, ISO800 dengan Image Stabilizer dan di-support lagi dengan DIVX...

Kekadangan tu, kita x sedar yang disekeliling kita, semuanya ada.. Dan kita, pada hari ni, terlalu mengagung-agung "i" dan "e"... Ipod, Ipad, Iphone.. E-book, E-mail, E-business, E-bay.. dan mungkin pada masa akan datang, kita akan mengagungkan lebih banyak huruf A-Z...

Huhu..

Adakah technology melupakan kita tentang alam semula jadi??

Mungkin...

Nilai sesuatu kecantikkan semakin hilang disudut mata manusia...

Tak cukup ke dengan semua yang kita ada sekarang?

Kenapa kita perlu berkelahi?
...Padahal selama ni, kita berkongsi
Kenapa kita berperang?
...Kita hanya memusnahkan apa yang kita ada sekarang...

Semoga aku terus melihat kecantikan dunia lebih daripada kecantikan yang ditafsir oleh manusia..

Yang diperbuat daripada tanah,
FERZLY aka the 2nd

Friday, May 28, 2010

:: Saya ISLAM? ::

Assalammualaikum..

Alhamdullillah, hari ni, kita ada ahli baru dalam keluarga kita...

Dengan pelbagai fitnah yg telah dilemparkan pada umat Islam pada hari ini, still ada lagi manusia yang berminat untuk mengetahui apa itu Islam...cari apa itu Islam?

Lepas dia mengucap 2 kalimah shahadah yang panjang tu... Abu Omar(aka imam masjid Beddo) cetuskan satu persoalan untuk dia...

Dan persoalan tu jua seperti tamparan bagi aku...

Agak terkejut and terasa jugak la...

"Why made you choose Islam? How made you decide to choose Islam?"


Pernah dak kita tanya persoalan ni pada diri kita?

Kalau kita tanya diri kita pun, mesti ramai yg dapat jawab punya.. sebab kita Islam sejak lahir lagi. Ada sesetangah orang mungkin akan dapat jawab dengan alasan yg strong:
Islam ni agama yang menyatukan semua manusia.
Islam agama yang membawa keamanan dan kemakmuran atas dunia.
Islam mengajar manusia untuk menjadi manusia.
Islam membawa cahaya kepada manusia.

Kita akan memberi alasan yang mengagung-agungkan Islam... tapi adakah dalam hati kita benar-benar mengagungkan agama Islam?
Ramai yang kata, kita patut bersyukur dan bertuah sebab sejak lahir lagi dah Islam... Lahir dalam Islam... Tapi betul ke kita benar-benar rasa bertuah lahir dalam Islam?

Ada orang hanya di mulut je bertuah...hanya di mulut je agung... tapi perwatakan masih mengagung-agungkan budaya lain... Betul ke macam ni??

Tapi kalau kita cakap pasal perwatakan, penampilan... mula la keluar..
"Don't judge the book by its cover"
Huhu.. tapi kena ingat sekarang... para ulama dah lama mengkaji alasan tu.. Don't judge the book by its cover, tak boleh diguna-pakai dalam Islam...

Kalau nak suruh terang... kena buat post lain la.. menarik jugak topic tu..

So, sesama la kita fikir siapa diri kita sebenarnya...

Adakah kita hanya Islam pada Mycard & surat beranak...ataupun Islam pada hati dan budi..?

Yang Benar Tak Bohong
FERZLY aka the 1st

Sunday, May 23, 2010

::All about Mathematics::

Assalammualaikum..
Aku mungkin bukan seorang yg pandai.. nak kata bijak, pun x...

Yang ni aku boleh proof-kan, dengan result aku selama ni... Hehe..

Proven..

Walau macam mana pun, memang ternyata aku bukan seorang yang bodoh..

Sesiapa yang kenal aku, aku seorang yang suka keluarkan idea-idea yang pelik...

Ada setengah orang kata "idea bodoh". Anyway, at least, I try to come out with something rather than just copy and paste...or better than just sit and complain..

Contohnya ANAK(A)= HARTA(L) + ISTERI(OE)

Yang ni aku ambil daripada formula account.. and apply-kan dalam situasi yg berbeza..

Menarik..

Ramai yang berpendapat...

Mathematicians is a crazy..

Mungkin...

Ramai orang x nampak apa itu matematik sebenarnya... dan pada hal, matematik tu ada disekeliling kita...

Apa yang orang nampak, matematik adalah mengenai formula, number..integral..differential..

Tapi pada hal, matematik tu luas... luas sangat.. sedangkan setiap benda boleh dikaji dalam matematik..

Contohnya.. mencari jalan keluar... jalan keluar dari realiti ataupun masalah.. dan kajian jugak boleh dibuat terhadap binatang, object atau pun manusia sendiri..

Macam mencari jalan keluar untuk 100 pintu, jalan mana yg paling akan dipilih.. mencari pemilihan yg terbaik.. mengkaji cara sesuatu species membuat keputusan..

Semuanya ada relationship dengan matematik..

Menarik..

Of course mathematics is about formula... from the formula, it will produce a theory.. from theory, it relate to a phenomena..from phenomena, it will appear a life..

Someone said, "Aaaa...it just mathematics, not like engineering, medic.. That is easy.."

Here, no one realize how hard "mathematics" is? How big it can be?

Anyways, the questions is not about how difficult or big mathematics can be in a real life... but how wonderful, miracle it can be in our life...

Awesome..

Kekadang terfikir... aku begitu special sebab aku ambil bidang MATHEMATICS...dimana x ramai orang Malaysia yang sedar akan kelebihan bidang ni.... Yang kita tahu, Engineer, Doctor, Law...

Bila kita bercakap pasal engineer, kita boleh bercakap pasal chemical engineer, electrical engineer.. Doctor pakar, doctor sakit puan/tuan..tapi bila kita bercakap pasal matematik, matematics adalah subject di sekolah...

Huhu..

That is special sebab matematik ni x jelas, orang x nampak... dia datang secara senyap, dia pergi secara senyap..

I'm a Mathematicians,
FERZLY aka the 3rd.

Friday, May 7, 2010

:: The NATURE ::

Assalammualaikum..

This post is only about pictures.. a lot of pictures.. and the theme is NATURE..

You all have my permission to take them as yours.. because the nature is ours..

"All the pictures are around us.. Don't waste them.."

Enjoy.. :)

They are just tiny flowers

Just a bunch of flowers with a little bit focus.

Actually a normal can be abnormal.

From a simple can be complicated

The beauty is around us.

It just a drop of water.

Everything is perfect where they are.

Flowers..

Like blue berries..

The busy bee in the morning.

It is still early for SPRING..
With the difference angle, give the difference image.
Fruits

The duck that never get dirty.

Love flowers.. they all beautiful wherever they are.

Smile, you are in the picture.

Dragonfly.. Nice..

1..2..3.. JUMP!!

It make me feel like in Malaysia.

The ROS Garden.
Nice to see them freely swim around me.

The cute duck in Monash University.

Time to learn how to fly.

This is my "friend" that help me to "catch" all these above.
Picture of you
FERZLY aka the 3rd

Wednesday, May 5, 2010

:: Dia Si siput BABI ::

Assalammualaikum..

Dia Si Siput Babi..

Siapa yang tak kenal siput babi?

Siput babi adalah sejenis siput, bukan sejenis babi.. Boleh dipegang, bukan najis mughallazah... dikatakan haram untuk dimakan..

Antara banyak-banyak binatang atas bumi ni, DIA la yang paling aku jaga keselamatannya..

Aku respect DIA..

Memang dikenali dikalang kawan-kawan, Ferzly the Siput-Babi-man..

Aku kesian mengenang nasib si DIA...

Hidup merempat dicelah-celah pokok...kekadang takut, sembunyi di bawah tanah.. Kehadirannya dalam suatu ekosistem dianggap suatu bala.. bencana.. musibah..

Digelarkan perosak.. Gunakan racun.. Dicampak, dibaling.. Keluar daripada komuniti..

Sedih..

Aku pun pernah hidup merempat.. merempat di negara orang... dan sekarang ni, x tahu la samada aku digelar merempat ataupun x.. Sebab sekarang ni aku duk kat Rusden.. Kalau digelar merempat...maka aku (merempat)^2 laa..

Senasib..

Kewujudan DIA x pernah dihiraukan oleh manusia... Buktinya, pernah jumpa dah siput babi dalam Zoo? X pernah pun.. Kalau ada pun, siput tu merempat dalam Zoo tu.. mana ada satu kawasan khas untuk siput babi.. x pernah aku jumpa lagi Zoo Siput Babi...

Sedangkan babi pun ada kandang khas dalam Zoo.. Nak katakan yang taraf babi lagi tinggi daripada si DIA di mata manusia...

Bukankah itu satu penghinaan, dimana babi lagi dihargai daripada si DIA..

X adil...

Pada hal, DIA adalah satu-satunya siput yang hidup di atas darat... Mana ada "siput daun", "siput pokok"..

Siapa yang sedar??

Tak de siapa yang sedar... dan tak de siapa yang kisah...

Kesian DIA..

Perjalanan hidup DIA terhad.. Kawasan kehidupan pun terhad disebabkan pembangunan manusia...

DIA hanya berhijrah bila hujan... x boleh jalan atas permukaan kering, sakit badan DIA... Bila waktu hujan, baru la memulakan kehidupan baru.. Itu pun belum pasti lagi..

Dirinya seperti SAMPAH.. malah lagi hina daripada sampah..

Bila orang pijak sampah, at least ada yang kutip, malah ada pulak kawasan khas untuk perlonggokkan sampah. Dan sesampah-sampah manusia pun, ada jugak tapak untuk pemulihan..

Tapi kalau DIA dipijak tak de siapa yang nak kutip.. malah ada yang buat-buat tak sedar bila terpijak..

Sakitnya hati aku tengok...

Tiada tempat bagi DIA untuk hidup dan mati dimata manusia..

DIA mengambil semua peluang untuk terus hidup.. tidak pernah lelah untuk terus mengesot dari satu tempat ke tempat yang lain...walaupun dia sedar dirinya lembik dan lembab, namun ketabahan untuk terus hidup terus cekal..

DIA bergantung pada cengkerangnya.. itu la rumah.. itu la pelindung, hujan dan panas.. Dan akhirnya, itu la jugak keranda baginya..

Kesiannya..

Aku pun pernah jugak terpijak si DIA.. Rasa bersalah giler, sedih..

Bila aku tengok cengkerang yang pecah menyucuk-nyucuk badan DIA.. Bendalir DIA semakin banyak, mungkin itu adalah darah baginya..

Duduk tersenyap, bersabar dengan karenah manusia.. menunggu saat-saat akhir di atas bumi Allah.. Adakah DIA telah menyerah kalah? Memilih mati daripada terus dihina oleh manusia...

"Biar semua manusia menghina mu, mengabai mu, tapi aku akan terus menghargai mu, menjunjung ketabahan mu dalam meneruskan kehidupan dalam kegelapan, yang penuh dengan penghinaan."

Apa yang aku boleh buat? Perlu ke aku tarik satu-satu sepirhan cengkerang tu..mesti bertambah sakit..

Bendalir semakin banyak..

Mungkin DIA akan kehilangan banyak darah... masih ada harapan ke? Aku semakin panik..Perlu ke aku menelefon 999? Nanti orang kata aku gila pulak..

Aku tak boleh buat apa-apa... hanya berdoa agar Allah mengurangkan kesakitan DIA, agar dipermudahkan nyawanya ditarik..

Sebak hati mengenang nasib si DIA..

*Di sini aku nak menyeru semua kawan-kawan aku supaya kita semua menghargai si DIA... Jangan sampai suatu hari nanti generasi muda kita tidak lagi mengetahui siapa diri DIA..

Dengan ini, saya sebagai wakil pembela nasib SIPUT BABI sedunia, ingin bersama-sama mengajak seluruh manusia untuk berkempen seumur hidup, untuk memelihara, menjaga spesis SIPUT BABI..dan berhati-hati ketika berjalan lepas hujan..dan kutip mayat siput babi yg dipijak.. dengan bertemakan

"Bersatu Untuk Siput Babi Untuk Generasi"

The Siput-Babi-man
FERZLY aka the 3rd

Saturday, April 24, 2010

::The Bulletproof::

Assalammualaikum..

Sesungguhnya ketika aku menulis post kali, hati aku "berdarah".. Perasaan aku seperti awam hitam yang suram..

"I can take all the bullets.. I can take all the shoots on me... But one thing you should know, I'm not a bulletproot.."

Kecewa..

Mungkin salah aku.. tapi kenapa aku x melawan? Kenapa aku x balas semuanya? Kenapa aku terima semuanya? Kenapa aku x membela diri aku?? Kenapa aku senyap?

Kenapa aku biar orang marah aku sehinggakan aku rasa sangat RENDAH & HINA?

Kenapa?!

Penakut? Pengecut?!!

Dari kecik lagi, aku selalu berdoa.. agar diberi kekuatan untuk aku MARAH.. untuk aku berani MENINGGIKAN suara.. untuk aku berani TUMBUK seseorang yang aku marah.. Tapi sampai sekarang aku masih x mampu untuk melepaskan kemarahan aku..

Apa yang aku buat, just BERSABAR.. tapi sampai bila? Sampai semua orang sekeliling aku NAIK LEMAK...??

Semua kemarahan, aku jadikan air mata.. Aku tanggung sendiri. Aku neutralize kesemua kemarahan aku.. Demi menjaga keselesaan orang sekeliling aku..

Aku bukan NABI tapi aku sentiasa berusaha untuk jadi seperti NABI.. Aku x sempurna seperti NABI, tapi aku berusaha menyempurnakan diri aku seperti NABI..

Aku respect Rasullullah saw.. Aku tahu baginda seorang yang penyabar, sangat penyabar..

"Ya Rasullullah, macam mana la kamu boleh bertahan? Tak remuk ke hatimu? Tak tercalar ke hatimu? Dengan kutukkan, cacian dari bangsa, kaum sendiri.. Ya Rasullullah, kau ajarlah aku. Ajarlah aku apa itu sabar?"

Baru macam ni, aku dah rasa pedihnya bersabar nak menanggung kutukan, kemarahan kawan-kawan.. Macam mana la Rasullullah saw dapat tahan, dapat bersabar dengan karenah seluruh kaumnya, malah dapat hidup lagi dengan orang-orang yg mencaci dan hina baginda.

Aku mencintaimu, ya Rasullullah.

Memang sikap manusia suka "menembak".. Aku sabar pun salah, dikatakan pulak bagi muka sangat kat orang..

Aku x suka melafaskan kemarahan sebab aku takut aku menyakiti orang lain.. Aku tak nak hati orang lain tercakar sebab kemarahan aku.. Aku lebih prefer mendahului dengan kasih sayang dan kemarahan adalah cara yang paling last dan kalau boleh dielakkan, aku elak..

Aku berpegang pada satu statement,
"Apa yang kita buat, pasti akan dapat balasannya."

Tapi pada usia ni, aku mula ingin melepaskan pegangan itu..

Kita hormat orang, tapi belum tentu orang akan hormat kita.. Kita sayang kawan-kawan kita, tapi belum tentu kawan-kawan kita akan sayang kita.. Malah ada yang akan buat jahat kat kita, caci kita, hina kita.. maki hamun kita..

Mana kebenaran, "buat baik dibalas baik"..

Satu sifat aku... Hari ni aku terluka, esok pasti akan sembuh.. Aku yakin senyuman dapat menghilangkan kemarahan dan kesedihan.. Jangan menyimpan dendam, rosak hati..

"Sedangkan NABI ampunkan umat..inikan aku yang sekadar manusia.."

Hidup ni tak lama, sehari kita sedih.. kita dah membazir 24jam kehidupan kita yg sepatutnya kita gembira, kita senyum..

Sedih atau marah, FERZLY akan terus dan tetap akan SENYUM.. Biar senyuman itu PALSU atau BENAR, asalkan semua orang bahagia dengan senyuman aku, aku senang hati..

Inilah FERZLY.

*tak salah kalau nak marah.. tapi kalau kemarahan itu menyakiti seseorang, itu bukan mendidik tapi ia akan meninggalkan satu kesan parut kat hati dia.. Tegur la dengan kasih sayang dan kesabaran.. Ini la sebab aku tak suka marah.. Maaf..

The Forbidden to be Angry,
F.E.R.Z.L.Y aka the 2nd