"KAWAN"
Inilah yang pernah aku genggam sekuat hati aku dulu.. tapi hari ni, aku sendiri melepaskannya..
Banyak puisi.. banyak lagu-lagu.. banyak kata-kata semangat mengenai KAWAN.. Semuanya cantik.. semuanya indah.. Kini bagi aku, semua tu adalah RUBBISH..
Dulu aku ingatkan aku dah jumpa kawan sejati... kawan sehidup dan semati.. Tapi ternyata semua tu hanya mimpi..
Alhamdullillah, kehidupan mengajar aku sesuatu... Kehidupan ni mengubah presepsi aku terhadap perkataan KAWAN, apa yang dimaksudkan kawan... Aku tak tahu la samada ini adalah yang terbaik ataupun tak... Tapi buat masa sekarang, KAWAN adalah sesuatu yang tiada kelebihan, tiada keuntungan bagi aku..
Dulu aku mati-mati mempercayai kawan.. Kawan ini lah segala-galanya... mati hidup.. sedih tawa.. Sehinggakan aku sanggup berkorban demi kawan..
BODOH
Aku ini mudah mempercayai seseorang... Aku ingatkan aku akan dapat balik kepercayaan dia.. Tapi malangnya tu semua tak jadi.. Bila aku meletakkan kepercayaan kepada seseorang, lepas tu kepercayaan aku dipermainkan.. Malah digunakan untuk keuntungan dia...
Bila kita bertungkus-lumus mencari kerja sesama.. tetiba aku bersendirian..
Bila kita bertungkus-lumus membuat assignment.. tetiba aku dijadikan sumber jawapan..
Dan bila berjalan-jalan.. aku diabaikan..
Aku sedih.. pedih..
Aku nak marah.. Aku nak belasah dia..tumbuk..sepak dia.. tapi disebabkan perkataan KAWAN.. Seperti tembok yang menghalang aku daripada semua tindakkan tu..
Bagi aku semuanya sama.. baik yang baik ataupun yang buruk.. Semua orang cuba mengambil kesempatan untuk memajukan diri sendiri.. Apa yang penting? Bukan kerjasama tapi diri sendiri.. Kita hanya menggunakan perkataan KAWAN bila perlu je.. Dan bila dah x guna, kita simpan..ataupun kita buang je.. Betul la ada orang cakap:
"KAWAN ini seperti TANDAS.. Kita menggunakan ia bila perlu je.."
Kekadang aku cuba cari penyelesaian bagi masalah aku ini.. kenapa semuanya sama?? Adakah sebab semua kawan aku orang Malaysia? Atau sebab DUIT? POPULARITY?
Berakhir lah semuanya..
Mulai hari ini... aku hanya mempercayai agama aku..tuhan aku..rasul aku... family aku.. DIRI aku.. Cukup la setakat itu..
Dan orang sesekeliling aku, hanya la manusia... manusia yang ada sesuatu di hati mereka.. yang aku tak tahu.. Disebabkan itu aku berjanji pada diri aku.. aku tidak akan mempercayai manusia sehingga aku tahu isi hati mereka.. sehingga mereka betul-betul menjadi hak aku.. sehingga aku diberi hidayah untuk mempercayai mereka..
Semoga aku tidak selemah dulu..
Yang benar
FERZLY aka the 4th
No comments:
Post a Comment