MELBOURNE

Wednesday, May 5, 2010

:: Dia Si siput BABI ::

Assalammualaikum..

Dia Si Siput Babi..

Siapa yang tak kenal siput babi?

Siput babi adalah sejenis siput, bukan sejenis babi.. Boleh dipegang, bukan najis mughallazah... dikatakan haram untuk dimakan..

Antara banyak-banyak binatang atas bumi ni, DIA la yang paling aku jaga keselamatannya..

Aku respect DIA..

Memang dikenali dikalang kawan-kawan, Ferzly the Siput-Babi-man..

Aku kesian mengenang nasib si DIA...

Hidup merempat dicelah-celah pokok...kekadang takut, sembunyi di bawah tanah.. Kehadirannya dalam suatu ekosistem dianggap suatu bala.. bencana.. musibah..

Digelarkan perosak.. Gunakan racun.. Dicampak, dibaling.. Keluar daripada komuniti..

Sedih..

Aku pun pernah hidup merempat.. merempat di negara orang... dan sekarang ni, x tahu la samada aku digelar merempat ataupun x.. Sebab sekarang ni aku duk kat Rusden.. Kalau digelar merempat...maka aku (merempat)^2 laa..

Senasib..

Kewujudan DIA x pernah dihiraukan oleh manusia... Buktinya, pernah jumpa dah siput babi dalam Zoo? X pernah pun.. Kalau ada pun, siput tu merempat dalam Zoo tu.. mana ada satu kawasan khas untuk siput babi.. x pernah aku jumpa lagi Zoo Siput Babi...

Sedangkan babi pun ada kandang khas dalam Zoo.. Nak katakan yang taraf babi lagi tinggi daripada si DIA di mata manusia...

Bukankah itu satu penghinaan, dimana babi lagi dihargai daripada si DIA..

X adil...

Pada hal, DIA adalah satu-satunya siput yang hidup di atas darat... Mana ada "siput daun", "siput pokok"..

Siapa yang sedar??

Tak de siapa yang sedar... dan tak de siapa yang kisah...

Kesian DIA..

Perjalanan hidup DIA terhad.. Kawasan kehidupan pun terhad disebabkan pembangunan manusia...

DIA hanya berhijrah bila hujan... x boleh jalan atas permukaan kering, sakit badan DIA... Bila waktu hujan, baru la memulakan kehidupan baru.. Itu pun belum pasti lagi..

Dirinya seperti SAMPAH.. malah lagi hina daripada sampah..

Bila orang pijak sampah, at least ada yang kutip, malah ada pulak kawasan khas untuk perlonggokkan sampah. Dan sesampah-sampah manusia pun, ada jugak tapak untuk pemulihan..

Tapi kalau DIA dipijak tak de siapa yang nak kutip.. malah ada yang buat-buat tak sedar bila terpijak..

Sakitnya hati aku tengok...

Tiada tempat bagi DIA untuk hidup dan mati dimata manusia..

DIA mengambil semua peluang untuk terus hidup.. tidak pernah lelah untuk terus mengesot dari satu tempat ke tempat yang lain...walaupun dia sedar dirinya lembik dan lembab, namun ketabahan untuk terus hidup terus cekal..

DIA bergantung pada cengkerangnya.. itu la rumah.. itu la pelindung, hujan dan panas.. Dan akhirnya, itu la jugak keranda baginya..

Kesiannya..

Aku pun pernah jugak terpijak si DIA.. Rasa bersalah giler, sedih..

Bila aku tengok cengkerang yang pecah menyucuk-nyucuk badan DIA.. Bendalir DIA semakin banyak, mungkin itu adalah darah baginya..

Duduk tersenyap, bersabar dengan karenah manusia.. menunggu saat-saat akhir di atas bumi Allah.. Adakah DIA telah menyerah kalah? Memilih mati daripada terus dihina oleh manusia...

"Biar semua manusia menghina mu, mengabai mu, tapi aku akan terus menghargai mu, menjunjung ketabahan mu dalam meneruskan kehidupan dalam kegelapan, yang penuh dengan penghinaan."

Apa yang aku boleh buat? Perlu ke aku tarik satu-satu sepirhan cengkerang tu..mesti bertambah sakit..

Bendalir semakin banyak..

Mungkin DIA akan kehilangan banyak darah... masih ada harapan ke? Aku semakin panik..Perlu ke aku menelefon 999? Nanti orang kata aku gila pulak..

Aku tak boleh buat apa-apa... hanya berdoa agar Allah mengurangkan kesakitan DIA, agar dipermudahkan nyawanya ditarik..

Sebak hati mengenang nasib si DIA..

*Di sini aku nak menyeru semua kawan-kawan aku supaya kita semua menghargai si DIA... Jangan sampai suatu hari nanti generasi muda kita tidak lagi mengetahui siapa diri DIA..

Dengan ini, saya sebagai wakil pembela nasib SIPUT BABI sedunia, ingin bersama-sama mengajak seluruh manusia untuk berkempen seumur hidup, untuk memelihara, menjaga spesis SIPUT BABI..dan berhati-hati ketika berjalan lepas hujan..dan kutip mayat siput babi yg dipijak.. dengan bertemakan

"Bersatu Untuk Siput Babi Untuk Generasi"

The Siput-Babi-man
FERZLY aka the 3rd

2 comments:

  1. salam...

    pas nie awak je yg buka zoo kat 'siput babi' nie...jadi perintis...nak x?

    ReplyDelete
  2. huhu...bagus jugak cadangan tu.. akan dipertimbangkan.. Hehe..

    ReplyDelete