MELBOURNE

Wednesday, December 30, 2009

:: KL is't The Place 4 Ferzly ::

Assalammualaikum...

KL yg dimaksudkan Kuala Lumpur.. Atau lebih meluasnnya, SELANGOR.. atau secara amnya, kawasan bandar..

Mungkin aku bukan orang bandar.. mungkin memang betul kata mulut-mulut manusia kepada aku.. Kadang-kadang tu mulut kawan-kawan sendiri..

"FERZLY memang sesuai duduk dalam hutan.. xde adat & adap.."

Aku x kisah la orang nak cakap apa kat aku..

"FERZLY, keras kepala, hati batu... Degil, buas.. X dengar cakap.."

Yang penting, kita yang tahu siapa diri kita..

STUBBORN

Biasa la sebagai manusia seperti yang lain, aku still mempunyai kekurangan, yang ada diantaranya masih boleh diubah dan ada yang susah nak diubah...

Back to the main topic..

KL bukan tempat aku...

Apa yang ada kat KL ni?
Sunway Piramid, MidValley, Time Squre, KLCC... banggunan yg besar2, tinggi2..

Barang semua mahal... makan pun mahal.. Banyak asap, selalu JAM.. Busy selalu..

Abis2.. MyDin jugak destination utama aku... Tempat yg dituju.. Cari barang SIAM pun susah, cetak rompak pun takut2 nak jual..

Kalau nak p makan dalam supermarket, mahal giler... Specially kat STARBUCKS, minum kopi je macam makan nasi goreng USA 3 pinggan..

Memang la,"siapa suruh p minum kat STARBUCKS.."

Kalau dah semua member2 minum, xkan aku nak duduk je..

"FERZLY kedekut tahi hidung masin.."

Bukan xde duit...bukan x mampu...

Bagi aku, tu semua TAK PERLU.. just untuk "sekali-sekala", is not a good action actually.. It's still wasting the money, right?

Banyak benda yg kita laburkan duit kita untuk "sekali-sekala" tu boleh digunakan untuk benda lain.. betul dak?

Tapi semua ni bergantung pada cara hidup individu masing2 jugak... Susah nak blame siapa2, dan x boleh nak blame siapa2 sebenarnya..

Satu je, cari kawan @ member yang sama cara hidup dia dengan kita... betul dak?

Macam aku, cara hidup aku still cara hidup masyarakat cost rendah.. Mengamalkan cara hidup yg lowest-profile, banyak adyantages-nya.. Hehe..

Lantak orang la, nak kata aku kedekut ke....haji baghil ke...

Asalkan aku x rugi.. Hehe...

Yang Kedut
FERZLY aka the 3rd.

Tuesday, December 29, 2009

:: Aku Bukan Avatar ::

Assalammualaikum..

Haha....

Baru lepas tgk Avatar di pawagam berhampiran.. Citer dia memang best sebab banyak focuskan kepada alam sekitar...dan kekejaman dan kebodohan manusia yg terlalu bangga dengan technology dan mengetepikan kehidupan semula jadi..

Aku memang x suka manusia yg x berhati perut dan x tahu menilai alam semula jadi.

Manusia sekarang lebih agung-agungkan technology daripada alam semula jadi..

Reallity..

Haiwan dianggap suatu kehidupan yang menjijikkan.. Tumbuhan dijadikan sebagai suatu sumber keuntungan..

Manusia lebih sibuk mengerja harta dunia daripada menghargai persekitaran sekeliling dia..

Selfish and stupid..

Tapi at last, technology jugak yg membawa ke jalan penyelesaian.. Bukan salah technology, tapi salah kepada pengguna technology tu sendiri... iaitu kita la..

MANUSIA

Baik pengguna itu, baik la technology tu... Berguna pada manusia dan alam sekeliling...

Tapi pada zaman sekarang adakah kita menggunakan technology pada landasan yang betul?

Ketuk kepala, tengok screen computer.. Hehe..

Yang D'Four
Ferzly aka the 2nd.

Thursday, December 24, 2009

::Malaysia.. There are no place to be..::

Assalammualaikum..

Lama aku dah meng-update blog.. Dynamics 4 The Ending...

Maklum la..sekarang banyak pulak hiburan..

Kat Malaysia, seriously memang banyak hiburan..

Kedai kopi buka almost 24hours.. Tgh malam ada je destination yg boleh dituju.. So, x boring duduk kat Malaysia ni..

Kawan pun ramai..kalau xde kawan.. senang nak cari kawan.. So, ada la kawan2 lepak..

Bestnya..

Ooo..lupa pulak... Kepada kawan2 yg rajin baca blog aku..terima kasih la.. Sekarang ni aku ada kat Subang Jaya..

Buat summer course kat Sunway Pyramid.. Member2 yg sama2 belajar, ada yang dah grad.. Tahniah..

Aku je yang lembab sikit.. Nak buat macam mana.. I choose the hard way.. Lagi pun, salah aku jugak.. Banyak main.. Hehe..

Nak buat macam mana.. Dunia penuh dengan hiburan..

Itu la, aku memang sokong sangat manusia berpindah di MARS.. Mungkin lebih baik.. Kurangkan hiburan..

Banyak sebenarnya nak bercerita..specially ketika aku dah balik Malaysia..

X sempat nak cerita.. Cerita dah jadi kenangan..

And one other things.. aku ada teman baru, Azizy dan Aziza.. Nanti aku ceritakan dalam post yg akan datang..

Ok, nak study ni..

Yang Sentiasa Tersenyum
FERZLY aka The 1st

Tuesday, November 24, 2009

::SMKTAM & Anak Kedah::

Assalammualaikum...

Aku terkilan.. Aku sedih.. Adakah "kita" x cukup pandai? Adakah "kita" x boleh maju?

Di suatu pagi yang tenang dan dingin...Sambil memperbaiki desktop ayahku ni, tiba-tiba kedengaran suara merdu kekasihku...

IBU: Angah, tolong beli cabai kering, ikan bilis dan telur 10 biji.
Angah: Yes mum.. anything else? (aku tersenyum..)
*Duduk Malaysia kena speaking.. Huhu..

*Aku terus mencapai kunci motor Honda yang dahulunya kepunyaan ayah, tetapi kini kepunyaan adikku.. Sebab dia dah ada lesen motor.. tanpa membuat masa, aku men-start motor dan terus memecut ke kedai Sunny yang tak berapa jauh daripada rumah aku.. Sampai di kedai, kelihatan ada seorang pak cik tengah melepak dengan tokei kedai tu, Uncle Jimmy.

Ferzly: Good morning, uncle Jimmy. How are you today?
Uncle Jimmy: Good morning, angah.

*Aku terus menyusur ke belakang untuk
memcari barang-barang yang
dipesan oleh mak aku..


*Sampai di kuanter pembayaran, tiba-tiba Uncle Jimmy memperkenalkan aku dengan Pak Cik tu.

Uncle Jimmy: Ini student oversea ni.. Dari Australia.. Baru balik bercuti ni..
*Aku tersenyum..

Pak Cik: Sekolah mana dulu?(Nada serious..)
Uncle Jimmy: Ayo.. Dia dari Sekolah Malik, maa..
*Aku just tersenyum tanda setuju..

Pak Cik: Tahu la, Sekolah Malik.. Dari sekolah mana? Sekolah asrama penuh mana? MARA mana?
Uncle Jimmy: Sekolah Malik maa..
*Aku tersenyum lagi..tengok uncle Jimmy
asik menyampuk perbualan kami..

Tiba-tiba, aku rasa aku faham apa yang pak cik ni nak tanya sebenarnya..

Ferzly: Ooo.. Saya duduk Malik dari form 1 sampai form 5, pak cik..

Pak Cik: Lepas form 3, x pergi mana-mana ke?
Ferzly: Ooo..saya x pergi mana-mana.. Aku stay Malik jugak.. Setia pada yang satu..

Pak Cik: Oo.. ingatkan dari sekolah asrama mana tadi..
*Tiba-tiba aku terasa giler..
Lekeh sangat ke Sekolah Malik
tu, sehinggakan x percaya student
Malik boleh pergi oversea...
Aku pun menjawab..

Ferzly: Ye, saya dari Sekolah Malik.. Pak Cik jangan padang lekeh sangat Sekolah Malik tu.. Bukan semua student asrama penuh, pergi oversea..

Pak Cik: Errmm.. Orang mana ni? Orang KL ke?
Uncle Jimmy: Orang sini la maaa..

Pak Cik: Tahu la.. Asal mana?
Uncle Jimmy: Dia orang, orang sini maa. Ayah dia, Mat Teksi, yang selalu lepak sini jugak.. My bestfriend.. Ini anak dia laa..
Ferzly: Aaa.. Saya orang sini, pak cik.. Orang Kedah.. takda keturunan KL pun.. Mak ayah saya, semua orang utara.. Orang utara pun boleh p oversea jugak, pak cik..

Uncle Jimmy abis kira barang-barang aku..aku pun bayar dan minta diri dulu..

Ferzly: Ok lah, pak cik.. saya minta diri dulu.. Assalammualaikum..

Aku pun pulang dengan segera untuk memperbaiki desktop kat rumah tu..

::COMMENT::

Dari perbualan tu, aku terfikir..

Susah ke masyarakat nak terima yang student dari Sekolah Harian boleh berjaya?.. boleh pergi oversea jugak?
*Memang kami x pandai dari kecik, tapi kami pun nak berjaya jugak.. Jangan la pandang student sekolah harian macam kami ni x layak berjaya.
*Disebabkan pemikiran macam ni, pemikiran mak bapak macam ni la, student sekolah harian x bersemangat nak belajar. Sebab depa x nampak, x yakin yang depa boleh berjaya.. Yang depa yakin, jadi mat rempit, mat lepak..

Then, yang berjayanya kena asal dari KL, baru boleh p oversea... Orang Kedah x boleh p oversea..

Kena ubah mentality masyarakat orang kampung ni.. Jangan pandang tinggi sangat orang lain, tapi sebaliknya percaya pada diri sendiri yang kita pun boleh berjaya..

Yang Terfikir
FERZLY aka The 1st

Monday, November 23, 2009

:: Siapa sangka INI Ferzly ::

Assalammualaikum..

Dah sampai Malaysia.. Tenangnya hati melihat family aku..

Alhamdullillah..

Duduk saja-saja...melihat adik2 aku...yang bulat-bulat ni..aku terkenang waktu aku muda-muda dulu...

Aku dulu pun bulat jugak.. X sangka, kini aku berubah dengan memdadak..

Perubahan yang x disangka-sangka..Yang x dapat dibayangkan, hanya dapat diuraikan dengan kata-kata..
:: Yang ni 2 tahun.. baru belajar berjalan.. Aku anak manja, lambat boleh berjalan.. Asik duk bawa ketiak mak je.. Dah besar, siap boleh "terbang" lagi, duk jauh berbatu daripada mak.. Alhamdullillah.. Harap x sia-sia parent aku memelihara aku.. Huhu..::

::Hari jadi aku 6 tahun.. Kek kecik je, tapi cukup suka bila tiba hari jadi aku.. Mak ayah nanti belikan kek, makan luar..xde hadiah pun, x kisah.. Asalkan kena ada kek.. Hehe..::

::Ni gambar kami 4beradik.. X sangkakan, hodoh jugak aku dulu.. Hehe.. Alhamdullillah, sekarang dah hensem.. Haha...::

::Ni aku umur 10 tahun.. Dengan spect mata besar.. Gigi pun besar.. Perut pun besar.. Huhu.. X sangka..X sangka..::

Yang Semakin Tua
Ferzly aka the 2nd

Saturday, November 21, 2009

::FERZLY BALIK MALAYSIA?!::

Assalammualaikum...

"Ferzly balik Malaysia?!"

Percaya dak? Hehe..

Selalunya susah bagi Ferzly nak balik Malaysia.. Maklum la, dah 3 tahun kat Australia, rambut pun dah tukar color...

Huhu..

Walau macam mana pun keadaan aku sekali pun.. X kisah la, rambut tukar color ke.. As long as masih ada imam dalam diri aku..Aku bersyukur sangat...

One thing, jangan dengar sangat mulut orang...yang penting hati budi kita.. imam kita.. kita dan Allah je tahu..

Waktu nak berangkat pulang ke tanah air..Sekali lagi Ferzly buat kerja giler.. Well, faham-faham je la perangai Ferzly..

Aku suka tengok persepsi orang sekeliling aku...apa pendapat orang sekeliling aku terhadap Ferzly..aka aku la..

Ada saja orang akan kata...ada yang baik, ada yang buruk...

Yang baik tu, memang best la dengar.. Tapi yang buruk tu, jadikan sebagai panduan. Tapi seriously, disebabkan ada yang buruk tu la, membuat aku lebih kenal diri aku..

Terima kasih...:: Ni la Ferzly di airport Tullamarine, Melbourne.. Nak membuktikan bahawasanya, bukan semua orang Islam itu terrorist.. Haha..::

:: Macam nak pergi ke Mekah je.. Salah flight ni.. Terbeli flight ke Malaysia la pulak...::

:: Kehidupan yang penuh dengan keraguan org disekeliling..::

Pengalaman di LCCT:
  • Tiba di LCCT kul 7am, subuh dah abis ke?..X kisah la, aku rasa macam ada lagi.. Solat je la, lagi pun aku musafir.. Di LCCT, aku mencari surau.. Alhamdullillah, lepas ambil beg, keluar terus jumpa SURAU..
  • Tiba di SURAU, tiba-tiba jumpa sekumpulan TABLIQK, maka wujud la perbualan:
FERZLY: Assalammualaikum..(sambil masuk perlahan-lahan, salam siapa yg boleh salam..)
TABLIQ: Walaikummussalam..

TABLIQ: Jemaah dari mana ni?

*Tanpa berfikir panjang dan sepontan..aku menjawab,
FERZLY: Dari Australia.(Jemaah!? tapi aku seorang je..betul ke jawapan aku? Hentam je la..)

TABLIQ: Mana jemaah yang lain?
FERZLY: Ooo.. Jemaah yang lain balik lambat sikit.. Semua nak balik tahun depan, bulan January. Nak kerja, cari duit..( Jemaah tu refer kepada kawan2 aku yang lain kot..)

*Masing-masing buat muka pelik..Aku rasa jawapan aku tu dah yang terbaik dah.. Tanpa membuang masa, Subuh pun macam dah nak abis.. Aku segera minta diri, nak solat.. Harap abang-abang Tabliqk tu faham apa yang aku cuba sampaikan..

Yang PELIK
FERZLY aka The 3rd

Tuesday, November 17, 2009

:: Pictures Of The Last Exam for this SEM ::

Assalammualaikum..

:: Study as hard as stone.. as hard as it can be.. ::

:: Study with SUSAN.. :P ::

:: Apa nak buat ek, kalau x reti nak jawab ni? Xkan nak tido kot? Suruh examiner tangkap gambar la.. Hehe.. At least kalau fail, ada bukti.. Haha.. ::

:: Ya Allah, rajinnya dia.. Jawab apa tu? Ke melukis gambar pokok apple lagi.. Haha.. ::


Yang Berusaha,
FERZLY aka the 3rd