MELBOURNE

Tuesday, September 21, 2010

::KCB kepada Allah::

Assalammualaikum...

KCB kepada Allah...pada post aku kali ni bukan la aku nak bercerita pasal Ketika Cinta Bertasbih... tapi mengenai KEIKHLASAN cinta..hati budi dalam melakukan ibadat kepada Allah..

KEIKHLASAN CINTA BERIBADAT KEPADA ALLAH

Bila kita menanyakan mengenai keislaman kita...semua orang akan mengakui dan menyakini keislamannya.. Tapi tiada siapa yang tahu hati budi seseorang itu.. Samada dia ikhlas atau pun tak...

Dan bila kita memepersoalkan akan keikhlasan hati dalam beribadat... akan terlahir pepatah BARAT.."Don't judge the book by its cover." Pepatah barat tu dah banyak diperdebatkan, diperbincangkan pada masa kini.. dan saya harap semua orang dah jelas dengan penggunaan pepatah barat tu..

Dan bila kita tengok seseorang tu baik, soleh..alim..warak... ada jugak yang kata itu adalah hipokrik, munafik... berpura-pura nak mendapatkan sesuatu... Yang sebaliknya kita mendoakan agar dia terhindar daripada penyakit-penyakit hati dan semoga menjadi pemimpin umat pada masa depan.. Itu yang terbaik..

Aku akui... aku pernah buat atau terniat macam tu... mungkin aku berpura-pura tapi aku bukan munafik.. hanya kurang KEIKHLASAN dalam hati aku...

KEIKHLASAN DALAM NIAT KERANA ALLAH:

Waktu zaman muda-muda dulu, pada first time aku berkerja sebagai peladang apple.. Ada orang kata semua kita buat ini, first thing kena niat kerana Allah..

Aku tak faham...

"Aku kerja untuk dapat duit... untuk hidup.. untuk bagi kat makbapak aku.. untuk menyenangkan hidup aku.. dan last sekali baru niat kerana Allah.."

Astaghfirullah hal azim..

Walaupun aku cuba untuk berfikiran secara rasional (kalau kita berfikiran secara rasional, memang dunia akan datang dulu, kemudian baru Allah)... memang susah nak niat kerana Allah.. Bayangkan setiap benda, langkah, detik... semuanya nak niat kerana Allah..

Mandi, makan, berus gigi... berjalan, bercakap.. melihat.. bernafas..

PELIK..

Macam mana nak niat sesuatu, yang hasilnya adalah berlainan daripada niat kita tu... kita kerja, mesti la niat nak dapat duit...

Itu la tandanya tiada keikhlasan dalam beribadat kepada Allah..

Then aku cuba untuk ubah mind set aku... buat apa-apa pun, first thing kena set mind, niat kerana Allah.. Walaupun sesuatu tindakan tu simple, macam bodoh-bodoh je.. Dan ikhlas aku cakap, pada waktu tu, aku saja-saja je nak main-main.. bermain dengan agama.. *nakal aku dulu*

Astaghfirullah hal azim..

Macam nak pakai stoking kerana Allah... nak buka surat kerana Allah..nak tekan suis on computer kerana Allah..

First time memang aku gelak seorang-seorang... seolah-olah aku mempersendakan agama.. *nakal aku dulu*

Astaghfirullah hal azim..

Tapi lama-lama, menjadi kebiasaan dalam kehidupan aku.. yang dulunya aku tergelak seorang-seorang.. sekarang aku mengamalkannya...

Lagi sekali.. PELIK..

Dulunya kena berhenti, fikir dulu...sebab nak set mind, nak niat kerana Allah... tetiba sekarang, secara spontan..aku sendiri niat kerana Allah.. tak payah nak berhenti, berfikir untuk niat kerana Allah...

Dulunya manual...sekarang dah auto...

KELEBIHAN NIAT KERANA ALLAH:

Sebenarnya kita boleh sedar... samada kita ikhlas dalam niat kerana Allah...ataupun kita main-main je dalam niat kita tu...

Bila kita betul-betul ikhlas dalam niat kita.. kerana Allah... Niat tu akan diperlihatkan dalam tindakan kita... dalam kesedaran kita...

Kita akan rasa TAKUT melakukan sesuatu yang dilarang oleh kepada siapa yang kita niat tadi...

Kalau kita niat kerana mak kita... kita akan fikir mak kita sebelum kita nak buat tindakkan itu... lantas, terus teringat segala pesan dan akibat kalau kita melanggari pesan tu...

Macam tu jugak la, kalau kita niat kerana Allah... Bukannya kita rasa takut, kecut abis perut2..macam nampak hantu... Tapi kita rasa takut untuk melakukan sesuatu yang dimurkai...sebab atas dasar CINTA dan HORMAT kepada tuhan kita, agama kita..

Kalau kita x ikhlas... kita tak kan rasa ketakutan itu...

So, apa-apa pun terletak kat diri kita juga... Hanya kita jugak yang tahu sejauh mana keikhlasan niat dan diri kita dalam beribadat kepada Allah..

Tapi kekadang tu, kita niat kerana Allah.. tetapi ada sesetengah je kita rasa takut..dan yang lain rasa biasa je.. Jelas di sini, kita masih kurang keikhlasan dalam beribadat... itu la pada masa yang sama, kita jugak kena ada ILMU dalam beribadat ni..

KESIMPULAN:

Pada mulanya aku seorang yang nakal.. sebab aku tak faham, maka susah bagi aku untuk menerima sesuatu.. dan disebabkan sikap yang suka bermain-main... aku cuba mengamalkan sesuatu yang kurang jelas... dan pada masa yang sama, aku jugak cuba untuk mencari penjelasan tu..

Alhamdullillah, Allah sentiasa berpihak kepada sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada jalan Allah.. Insya-Allah..

Sikap yang suka bermain-main... boleh membawa kepada kebaikan..dan boleh membawa terus kepada kehancuran iman... Dan di sini, aku nasihatkan.. Kalau kita nak mencuba/mengamalkan sesuatu yang baik, pastikan kita mencari kesahihan kebaikan tersebut... walau se-simple mana pun kebaikan itu.. Sebab cara syaitan menyesatkan kita adalah bermula dengan kebaikan.. Maka seharusnya kita mempunyai ILMU dalam beribadat...

Ok la, setakat ni je la perkongsian jalan hidup aku... banyak sebenarnya nak bercerita.. jom la lepak sekali dengan aku, boleh bercerita dan berbincang dengan lebih panjang lagi.. Hehe..

"ANDA BUAT, ANDA DAPAT"

Yang Berkongsi Pengalaman Hidup..
FERZLY aka The 1st