MELBOURNE

Tuesday, August 3, 2010

::Ferzly Nak Balik Malaysia::

Assalammualaikum
Pada post kali ni, aku ingin menge-post-kan salah satu email aku kepada KPM, yang jugak aku inginkan berkongsi dengan kekawan semua bertapa bertuahnya kita pada hari ni..

Cuba tanya dalam diri kita, pernah dak kita berterima kasih? Pernah dak kita berasa syukur?



Assalammualaikum,

Yang berbahagia dan dihormati kepada semua kakitangan kementerian pendidikan Malaysia(KPM) khususnya kepada Pn. Arniza, En. Asfia, Pn. Rohaya dan Pn. Dianawati..

Seperti nama email ni, saya Mohd Norferzly sudah berjaya menamatkan ijazah saujana muda di Monash University, Australia pada 16 July 2010. Alhamdullillah. Dan kini saya memohon kepada KPM untuk membenarkan saya pulang ke Malaysia. Saya dah mula memetik ulam2 di Australia dijadikan makanan harian. Tapi kalau KPM nak tanggung saya sampai hujung tahun ni. Saya sangat la berbesar hati.. kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.. Hehehe...

Di sini, saya sertakan jugak borang tiket penerbangan balik ke Malaysia. Harap KPM dapat meluluskannya. Dan disebabkan saya sudah apply borang tiket penerbangan ini, jika saya dapat menyambung pengajian saya pada tahun hadapan (honours year), saya akan guna duit saya sendiri untuk tiket penerbangan ke Australia semula. Semuanya sudah ternyata dalam perjanjian kita dulu, dimana KPM hanya akan menangung tiket penerbangan pergi dan balik pengajian, sekali sahaja. Tapi lagi sekali, kalau KPM sayang kat saya dan x berkira, saya sangat-sangat la berbesar hati..

Untuk pengetahuan semua pihak, saya akan menyambung mana-mana pengajian saya, samada tahun kepujian(honours year) ataupun KPLI, pada tahun hadapan, 2011. Saya menginginkan sedikit waktu bersama keluarga tersayang yang telah ditinggalkan selama 3.5tahun. Harap KPM membenarkan tindakan saya ini. Jika saya dapat menyambung tahun kepujian(honours) pada tahun hadapan, saya akan maklumkan kepada KPM sebelum December 2010.

Saya akhiri email saya pada kali ni dengan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak KPM samada yg masih kekal di KPM ataupun yang sudah meninggalkan KPM.. yang telah berusaha keras menguruskan kami, specially saya.. Hehe.. Dan saya harap semua kakitangan KPM tidak pernah lelah menguruskan kami dan terus menguruskan adik-adik dan kawan-kawan saya yang lain. Semoga berkat usaha KPM, akan membentuk Malaysia menjadi sebuah negara yang diberkati oleh Allah. Semoga ketenatan kakitangan KPM mendapat rahmat dan kemurahan-Nya. Amin..

"RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Dari Ferzly, one of anak Malaysia.



Kepada siapa sebenarnya aku berterima kasih? Adakah kekawan aku, rakyat ataupun kerajaan Malaysia? Ataupun diri aku??

Thanks from
The Ultimate Ferzly aka the 1st, 2nd, 3rd n 4th...

1 comment:

  1. bila masa plak ang masuk kumpulan nasyid saujana nie???hahahahahaha...drpd izzuddin wardi..huhuhu

    ReplyDelete