MELBOURNE

Thursday, January 28, 2010

ANAK (A) = HARTA (L) + ISTERI (OE)

Assalammualaikum..

The general relationship between ASSET, LIABILITY and OWNER EQUITY:
ASSET = LIABILITY + OWNER EQUITY

Hari tu, lecturer ada tanya satu soalan mengenai ANAK.. Adakah anak ASSET ataupun LIABILITY? Jawapan dia depend pada anak tu sendiri, samada memberi kebaikan atau pun keburukan pada family dia..

Tetiba, aku tertanya balik, kalau mcm tu macam mana pulak ISTERI? Liability atau Asset?

So, untuk seterusnya, aku akan membentangkan hasil research/tafsiran yang aku dah buat, depend pada para pembaca untuk buat keputusan:

INTRO: Dalam research ni, aku menggunakan 3 variables; ISTERI, ANAK dan HARTA.. dan fixed variable adalah BUSINESS = FAMILY, maka HARTA=OWNER EQUITY. Secara automaticnya, ISTERI dan ANAK adalah asset/liability.

*Owner equity is the owner's right to the assets of the business.. So, kita ada hak ke atas harta rumahtangga kita (assets of the business).

LIMITATION:
  • Harta rumahtangga hanya daripada sebelah pihak iaitu SUAMI.. Bukan daripada harta bersama.
  • Harta merangkumi duit gaji dan equitments yang bernilai dalam system rumahtangga tu.
  • ANAK adalah hasil daripada persenyawaan sperma SUAMI dan ovum ISTERI yang sah. Bukan anak angkat ataupun anak haram.
HYPOTHESIS:
Secara amnya, kita dapat buat beberapa hipotesis secara general. Disebabkan equation kita adalah operasi TAMBAH, so jika ada peningkatan dalam 1 variable, maka akan meningkatlah variable yang lain:
  1. Semakin banyak anak, semakin banyak isteri.. hipotesis ini kurang sahih, tapi boleh dicapai.. Ada setengah, kahwin 4, tapi kalau dah lelaki mandul, xde anak jugak.
  2. Semakin banyak isteri, x semestinya semakin banyak anak.. boleh jadi, harta bertambah.. Secara logicnya, isteri jugak boleh jadi harta bagi suami.

ISTERI sebagai ASSET:
*adalah isteri yang memberi kebaikkan dalam rumahtangga..
ISTERI = ANAK + HARTA (1)
  • Secara bahasanya, ISTERI menghasilkan anak dan harta.. secara logicnya, isteri yang baik(asset) akan memberi kebaikkan kepada kita(SUAMI) di dunia dan di akhirat, walaupun dapat anak sebagai liability.
  • Rearrange equation (1), kita dapat mentafsir JENIS ISTERI:
  1. ISTERI - ANAK = HARTA ***** Isteri tolak/taknak anak menghasilkan harta. Secara logic, pasangan yang xde anak selalunya harta(rumah, kereta) lagi banyak, kira hidup mewah la.
  2. ISTERI - HARTA = ANAK ***** Isteri tolak/taknak harta menghasilkan anak. Kira seorang isteri yang x memandang kepada harta, tapi sebaliknya anak. So, kalau isteri yang xnak harta tu, faham2 la.. Dia nak anak sebenarnya..
DISCUSSION: Dalam equation ni, kita ambik ANAK=LIABILITY, dimana anak adalah suatu yang membebankan dalam system rumahtangga. Lebih kurang anak xguna la, menyusahkan kita je. Secara logic akal, anak merupakan bebanan, nak besarkan lagi, nak sekolahkan lagi..tapi at the end belum tentu dapat bela kita lagi.

ISTERI sebagai LIABILITY:
*adalah isteri yang menyusahkan.. buat abis beras je..
ANAK = ISTERI + HARTA (2)
  • Bahasanya, ANAK yang baik terhasil daripada ISTERI dan HARTA. Kalau xde harta, macam mana nak besarkan anak. Kalau xde isteri, macam mana nak dapat anak.*rujuk limitation
  • Rearrange equation (2):
  1. ANAK - ISTERI = HARTA ********* Anak tolak/taknak isteri menghasilkan harta. Dalam equation ni, boleh buat 2 tanggapan;PERTAMA: anak yang xnak isteri, bermaksud anak yang x kahwin (dara tua/ bujang lapuk) adalah harta sebab dia mesti tolong makbapak punya. KEDUA: anak tolak isteri, maksudnya dia tolak/taknak isteri(IBU=LIABILITY) sebab ibu dia menyusahkan bapak dia, dia baik dengan ayah dia je, so dia adalah harta bagi bapak dia. Tanggapan KEDUA tidak sah.*rujuk discussion kat bawah
  2. ANAK - HARTA = ISTERI ********* Anak tolak/xnak harta adalah dari isteri yang membebankan kita. Ini anak yang baik. Jenis anak yang x kisah sangat harta pusaka. Macam zaman sekarangkan, banyak anak yang berebut harta pusaka. So, equation(2) ni, dah la isteri bebanan(liability), nak bela anak lagi,at last anak tu adalah asset, yang baik. Dia xnak harta sebab dia lah harta.. macam pepatah melayu:
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

DISCUSSION: Disebabkan ANAK=ASSET, tanggapan KEDUA tidak sah, kerana anak yang derhaka/menyusahkan bukanlah asset. Bagi tanggapan PERTAMA, still ada jugak anak yang xkahwin lupa terus makbapak, ini jugak anak yang xbaik, so bukan asset.

FUTHER RESEARCH:
Dalam research diatas, kalau ANAK baik(asset), ISTERI bebanan(liability) dan sebaliknya. Kalau dapat isteri baik, anak macam hantu.. Kalau dapat anak baik, isteri puntianak la pulak.. So, sekarang ni, aku nak cuba ambil harta dunia adalah x perlu sangat(liability), tapi still ada effect dalam system kekeluargaan.
  • HARTA = LIABILITY
  • ISTERI = OWNER EQUITY sebab kita ada hak keatas isteri kita.
  • ANAK = ASSET
ANAK= HARTA + ISTERI (3)

RESULT: equation (3) = equation (2). Tapi (3), isteri bukan bebanan bagi kita, malah adalah harta kepada kita dan anak sebagai asset yang memberi kebaikan kepada kita. So, inilah equation untuk system kekeluargan yang betul.

CONCLUSION: So, untuk mendapat sebuah system kekeluargaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kita(SUAMI) sepatutnya menganggap isteri sebagai OWNER EQUITY bukannya LIABILITY. Lagi pun, sememangnya isteri itu adalah hak kita. Dan tidak mementingkan harta dunia semata-mata dalam system kekeluargaan. Jika kita terlalu mementingkan harta(asset), anak-anak akan terbiar dan menjadi tanggungjawab kita memikul dosa anak-anak(liability).

Hehe..
FERZLY aka The Ultimate 4

2 comments: