MELBOURNE

Wednesday, December 30, 2009

:: KL is't The Place 4 Ferzly ::

Assalammualaikum...

KL yg dimaksudkan Kuala Lumpur.. Atau lebih meluasnnya, SELANGOR.. atau secara amnya, kawasan bandar..

Mungkin aku bukan orang bandar.. mungkin memang betul kata mulut-mulut manusia kepada aku.. Kadang-kadang tu mulut kawan-kawan sendiri..

"FERZLY memang sesuai duduk dalam hutan.. xde adat & adap.."

Aku x kisah la orang nak cakap apa kat aku..

"FERZLY, keras kepala, hati batu... Degil, buas.. X dengar cakap.."

Yang penting, kita yang tahu siapa diri kita..

STUBBORN

Biasa la sebagai manusia seperti yang lain, aku still mempunyai kekurangan, yang ada diantaranya masih boleh diubah dan ada yang susah nak diubah...

Back to the main topic..

KL bukan tempat aku...

Apa yang ada kat KL ni?
Sunway Piramid, MidValley, Time Squre, KLCC... banggunan yg besar2, tinggi2..

Barang semua mahal... makan pun mahal.. Banyak asap, selalu JAM.. Busy selalu..

Abis2.. MyDin jugak destination utama aku... Tempat yg dituju.. Cari barang SIAM pun susah, cetak rompak pun takut2 nak jual..

Kalau nak p makan dalam supermarket, mahal giler... Specially kat STARBUCKS, minum kopi je macam makan nasi goreng USA 3 pinggan..

Memang la,"siapa suruh p minum kat STARBUCKS.."

Kalau dah semua member2 minum, xkan aku nak duduk je..

"FERZLY kedekut tahi hidung masin.."

Bukan xde duit...bukan x mampu...

Bagi aku, tu semua TAK PERLU.. just untuk "sekali-sekala", is not a good action actually.. It's still wasting the money, right?

Banyak benda yg kita laburkan duit kita untuk "sekali-sekala" tu boleh digunakan untuk benda lain.. betul dak?

Tapi semua ni bergantung pada cara hidup individu masing2 jugak... Susah nak blame siapa2, dan x boleh nak blame siapa2 sebenarnya..

Satu je, cari kawan @ member yang sama cara hidup dia dengan kita... betul dak?

Macam aku, cara hidup aku still cara hidup masyarakat cost rendah.. Mengamalkan cara hidup yg lowest-profile, banyak adyantages-nya.. Hehe..

Lantak orang la, nak kata aku kedekut ke....haji baghil ke...

Asalkan aku x rugi.. Hehe...

Yang Kedut
FERZLY aka the 3rd.

Tuesday, December 29, 2009

:: Aku Bukan Avatar ::

Assalammualaikum..

Haha....

Baru lepas tgk Avatar di pawagam berhampiran.. Citer dia memang best sebab banyak focuskan kepada alam sekitar...dan kekejaman dan kebodohan manusia yg terlalu bangga dengan technology dan mengetepikan kehidupan semula jadi..

Aku memang x suka manusia yg x berhati perut dan x tahu menilai alam semula jadi.

Manusia sekarang lebih agung-agungkan technology daripada alam semula jadi..

Reallity..

Haiwan dianggap suatu kehidupan yang menjijikkan.. Tumbuhan dijadikan sebagai suatu sumber keuntungan..

Manusia lebih sibuk mengerja harta dunia daripada menghargai persekitaran sekeliling dia..

Selfish and stupid..

Tapi at last, technology jugak yg membawa ke jalan penyelesaian.. Bukan salah technology, tapi salah kepada pengguna technology tu sendiri... iaitu kita la..

MANUSIA

Baik pengguna itu, baik la technology tu... Berguna pada manusia dan alam sekeliling...

Tapi pada zaman sekarang adakah kita menggunakan technology pada landasan yang betul?

Ketuk kepala, tengok screen computer.. Hehe..

Yang D'Four
Ferzly aka the 2nd.

Thursday, December 24, 2009

::Malaysia.. There are no place to be..::

Assalammualaikum..

Lama aku dah meng-update blog.. Dynamics 4 The Ending...

Maklum la..sekarang banyak pulak hiburan..

Kat Malaysia, seriously memang banyak hiburan..

Kedai kopi buka almost 24hours.. Tgh malam ada je destination yg boleh dituju.. So, x boring duduk kat Malaysia ni..

Kawan pun ramai..kalau xde kawan.. senang nak cari kawan.. So, ada la kawan2 lepak..

Bestnya..

Ooo..lupa pulak... Kepada kawan2 yg rajin baca blog aku..terima kasih la.. Sekarang ni aku ada kat Subang Jaya..

Buat summer course kat Sunway Pyramid.. Member2 yg sama2 belajar, ada yang dah grad.. Tahniah..

Aku je yang lembab sikit.. Nak buat macam mana.. I choose the hard way.. Lagi pun, salah aku jugak.. Banyak main.. Hehe..

Nak buat macam mana.. Dunia penuh dengan hiburan..

Itu la, aku memang sokong sangat manusia berpindah di MARS.. Mungkin lebih baik.. Kurangkan hiburan..

Banyak sebenarnya nak bercerita..specially ketika aku dah balik Malaysia..

X sempat nak cerita.. Cerita dah jadi kenangan..

And one other things.. aku ada teman baru, Azizy dan Aziza.. Nanti aku ceritakan dalam post yg akan datang..

Ok, nak study ni..

Yang Sentiasa Tersenyum
FERZLY aka The 1st

Tuesday, November 24, 2009

::SMKTAM & Anak Kedah::

Assalammualaikum...

Aku terkilan.. Aku sedih.. Adakah "kita" x cukup pandai? Adakah "kita" x boleh maju?

Di suatu pagi yang tenang dan dingin...Sambil memperbaiki desktop ayahku ni, tiba-tiba kedengaran suara merdu kekasihku...

IBU: Angah, tolong beli cabai kering, ikan bilis dan telur 10 biji.
Angah: Yes mum.. anything else? (aku tersenyum..)
*Duduk Malaysia kena speaking.. Huhu..

*Aku terus mencapai kunci motor Honda yang dahulunya kepunyaan ayah, tetapi kini kepunyaan adikku.. Sebab dia dah ada lesen motor.. tanpa membuat masa, aku men-start motor dan terus memecut ke kedai Sunny yang tak berapa jauh daripada rumah aku.. Sampai di kedai, kelihatan ada seorang pak cik tengah melepak dengan tokei kedai tu, Uncle Jimmy.

Ferzly: Good morning, uncle Jimmy. How are you today?
Uncle Jimmy: Good morning, angah.

*Aku terus menyusur ke belakang untuk
memcari barang-barang yang
dipesan oleh mak aku..


*Sampai di kuanter pembayaran, tiba-tiba Uncle Jimmy memperkenalkan aku dengan Pak Cik tu.

Uncle Jimmy: Ini student oversea ni.. Dari Australia.. Baru balik bercuti ni..
*Aku tersenyum..

Pak Cik: Sekolah mana dulu?(Nada serious..)
Uncle Jimmy: Ayo.. Dia dari Sekolah Malik, maa..
*Aku just tersenyum tanda setuju..

Pak Cik: Tahu la, Sekolah Malik.. Dari sekolah mana? Sekolah asrama penuh mana? MARA mana?
Uncle Jimmy: Sekolah Malik maa..
*Aku tersenyum lagi..tengok uncle Jimmy
asik menyampuk perbualan kami..

Tiba-tiba, aku rasa aku faham apa yang pak cik ni nak tanya sebenarnya..

Ferzly: Ooo.. Saya duduk Malik dari form 1 sampai form 5, pak cik..

Pak Cik: Lepas form 3, x pergi mana-mana ke?
Ferzly: Ooo..saya x pergi mana-mana.. Aku stay Malik jugak.. Setia pada yang satu..

Pak Cik: Oo.. ingatkan dari sekolah asrama mana tadi..
*Tiba-tiba aku terasa giler..
Lekeh sangat ke Sekolah Malik
tu, sehinggakan x percaya student
Malik boleh pergi oversea...
Aku pun menjawab..

Ferzly: Ye, saya dari Sekolah Malik.. Pak Cik jangan padang lekeh sangat Sekolah Malik tu.. Bukan semua student asrama penuh, pergi oversea..

Pak Cik: Errmm.. Orang mana ni? Orang KL ke?
Uncle Jimmy: Orang sini la maaa..

Pak Cik: Tahu la.. Asal mana?
Uncle Jimmy: Dia orang, orang sini maa. Ayah dia, Mat Teksi, yang selalu lepak sini jugak.. My bestfriend.. Ini anak dia laa..
Ferzly: Aaa.. Saya orang sini, pak cik.. Orang Kedah.. takda keturunan KL pun.. Mak ayah saya, semua orang utara.. Orang utara pun boleh p oversea jugak, pak cik..

Uncle Jimmy abis kira barang-barang aku..aku pun bayar dan minta diri dulu..

Ferzly: Ok lah, pak cik.. saya minta diri dulu.. Assalammualaikum..

Aku pun pulang dengan segera untuk memperbaiki desktop kat rumah tu..

::COMMENT::

Dari perbualan tu, aku terfikir..

Susah ke masyarakat nak terima yang student dari Sekolah Harian boleh berjaya?.. boleh pergi oversea jugak?
*Memang kami x pandai dari kecik, tapi kami pun nak berjaya jugak.. Jangan la pandang student sekolah harian macam kami ni x layak berjaya.
*Disebabkan pemikiran macam ni, pemikiran mak bapak macam ni la, student sekolah harian x bersemangat nak belajar. Sebab depa x nampak, x yakin yang depa boleh berjaya.. Yang depa yakin, jadi mat rempit, mat lepak..

Then, yang berjayanya kena asal dari KL, baru boleh p oversea... Orang Kedah x boleh p oversea..

Kena ubah mentality masyarakat orang kampung ni.. Jangan pandang tinggi sangat orang lain, tapi sebaliknya percaya pada diri sendiri yang kita pun boleh berjaya..

Yang Terfikir
FERZLY aka The 1st

Monday, November 23, 2009

:: Siapa sangka INI Ferzly ::

Assalammualaikum..

Dah sampai Malaysia.. Tenangnya hati melihat family aku..

Alhamdullillah..

Duduk saja-saja...melihat adik2 aku...yang bulat-bulat ni..aku terkenang waktu aku muda-muda dulu...

Aku dulu pun bulat jugak.. X sangka, kini aku berubah dengan memdadak..

Perubahan yang x disangka-sangka..Yang x dapat dibayangkan, hanya dapat diuraikan dengan kata-kata..
:: Yang ni 2 tahun.. baru belajar berjalan.. Aku anak manja, lambat boleh berjalan.. Asik duk bawa ketiak mak je.. Dah besar, siap boleh "terbang" lagi, duk jauh berbatu daripada mak.. Alhamdullillah.. Harap x sia-sia parent aku memelihara aku.. Huhu..::

::Hari jadi aku 6 tahun.. Kek kecik je, tapi cukup suka bila tiba hari jadi aku.. Mak ayah nanti belikan kek, makan luar..xde hadiah pun, x kisah.. Asalkan kena ada kek.. Hehe..::

::Ni gambar kami 4beradik.. X sangkakan, hodoh jugak aku dulu.. Hehe.. Alhamdullillah, sekarang dah hensem.. Haha...::

::Ni aku umur 10 tahun.. Dengan spect mata besar.. Gigi pun besar.. Perut pun besar.. Huhu.. X sangka..X sangka..::

Yang Semakin Tua
Ferzly aka the 2nd

Saturday, November 21, 2009

::FERZLY BALIK MALAYSIA?!::

Assalammualaikum...

"Ferzly balik Malaysia?!"

Percaya dak? Hehe..

Selalunya susah bagi Ferzly nak balik Malaysia.. Maklum la, dah 3 tahun kat Australia, rambut pun dah tukar color...

Huhu..

Walau macam mana pun keadaan aku sekali pun.. X kisah la, rambut tukar color ke.. As long as masih ada imam dalam diri aku..Aku bersyukur sangat...

One thing, jangan dengar sangat mulut orang...yang penting hati budi kita.. imam kita.. kita dan Allah je tahu..

Waktu nak berangkat pulang ke tanah air..Sekali lagi Ferzly buat kerja giler.. Well, faham-faham je la perangai Ferzly..

Aku suka tengok persepsi orang sekeliling aku...apa pendapat orang sekeliling aku terhadap Ferzly..aka aku la..

Ada saja orang akan kata...ada yang baik, ada yang buruk...

Yang baik tu, memang best la dengar.. Tapi yang buruk tu, jadikan sebagai panduan. Tapi seriously, disebabkan ada yang buruk tu la, membuat aku lebih kenal diri aku..

Terima kasih...:: Ni la Ferzly di airport Tullamarine, Melbourne.. Nak membuktikan bahawasanya, bukan semua orang Islam itu terrorist.. Haha..::

:: Macam nak pergi ke Mekah je.. Salah flight ni.. Terbeli flight ke Malaysia la pulak...::

:: Kehidupan yang penuh dengan keraguan org disekeliling..::

Pengalaman di LCCT:
  • Tiba di LCCT kul 7am, subuh dah abis ke?..X kisah la, aku rasa macam ada lagi.. Solat je la, lagi pun aku musafir.. Di LCCT, aku mencari surau.. Alhamdullillah, lepas ambil beg, keluar terus jumpa SURAU..
  • Tiba di SURAU, tiba-tiba jumpa sekumpulan TABLIQK, maka wujud la perbualan:
FERZLY: Assalammualaikum..(sambil masuk perlahan-lahan, salam siapa yg boleh salam..)
TABLIQ: Walaikummussalam..

TABLIQ: Jemaah dari mana ni?

*Tanpa berfikir panjang dan sepontan..aku menjawab,
FERZLY: Dari Australia.(Jemaah!? tapi aku seorang je..betul ke jawapan aku? Hentam je la..)

TABLIQ: Mana jemaah yang lain?
FERZLY: Ooo.. Jemaah yang lain balik lambat sikit.. Semua nak balik tahun depan, bulan January. Nak kerja, cari duit..( Jemaah tu refer kepada kawan2 aku yang lain kot..)

*Masing-masing buat muka pelik..Aku rasa jawapan aku tu dah yang terbaik dah.. Tanpa membuang masa, Subuh pun macam dah nak abis.. Aku segera minta diri, nak solat.. Harap abang-abang Tabliqk tu faham apa yang aku cuba sampaikan..

Yang PELIK
FERZLY aka The 3rd

Tuesday, November 17, 2009

:: Pictures Of The Last Exam for this SEM ::

Assalammualaikum..

:: Study as hard as stone.. as hard as it can be.. ::

:: Study with SUSAN.. :P ::

:: Apa nak buat ek, kalau x reti nak jawab ni? Xkan nak tido kot? Suruh examiner tangkap gambar la.. Hehe.. At least kalau fail, ada bukti.. Haha.. ::

:: Ya Allah, rajinnya dia.. Jawab apa tu? Ke melukis gambar pokok apple lagi.. Haha.. ::


Yang Berusaha,
FERZLY aka the 3rd

Tuesday, November 10, 2009

:: Ketika Cinta Bertasbih

Assalammualaikum..

*Credit to Kamil
Huhu... Cerita yang aku tunggu-tunggu selama ni.. sebab banyak persamaan aku dengan Hero dalam citer ni..

Hehe.. perasan pulak...

Dari segi rupa, memang dah dekat2 sama.. Aku pun ada tek lalat kat atas bibir.. Bukan nak tipu, memang betul pun.. Siap ada 2 lagi...

::Tengok!! Sama kan?.. Ni xde edit Photoshop ek..jangan nak buat fitnah pulak.. Huhu..Aku nampak gelap sikit sebab pencahayaan x sama.. Kalau x, memang sebiji la.. Hehe..::

Aku boleh minat citer ni sebab aku baca novel dia.. Banyak menceritakan tentang seorang lelaki yang selalu gagal... Tapi x pernah berputus asa.. Dan x kisah apa orang sekeliling dia cakap selagi dia tahu apa yang dia buat... Habis pengajian dia di Mesir selama 9 tahun.. Huhu, lama tuuu...

(Hehe.. Tetiba aku terasa pulak..)

::Ni la novel dia.. Best.. Novel dia lagi layan la, kalau nak compare dengan cerita dia.. Thanks to Warga Manallack::

Lagi pun sebab buku novel tu orang bagi sempena hadiah hari jadi aku yg ke-22... FERZLY, kalau orang bagi, memang suka.. itu yang aku baca tu.. Kalau aku beli sendiri, memang jadi collection je la..

Ferzly memang suka benda2 free ni.. Hehe...

Kepada kaum lelaki yang mengimpikan seorang isteri yang baik dan solehah.. patut tengok cerita ni.. Bertambah-tambah tekad untuk mencari pasangan hidup yang terbaik..

Tapi kepada yang dah bercouple, minta maaf la.. Dinasihatkan jangan terlalu khusyuk menonton citer ni.. Nanti clash pulak dengan awek.. Specially awek yang tudung x cukup benang, baju salah size..

Tapi kalau awek yang dah cukup semua.. Alhamdullillah, evolve-kan lah jadi isteri.. Hehe..

Yang Biyol Krena Exam,
FERZLY aka The 3rd.

Sunday, November 8, 2009

::Nur Kasih TV3::


Assalammualaikum..

Nur Kasih sebuah filem arahan Kabir Bhatia. Sebuah drama melayu yang berunsurkan Islamic sikit but still ada wanita membuka aurat dalam drama ni.. Hehe..

Bukan setakat itu je, ada jugak adegan-adegan berpelukan dalam cite ni. Walau bagaimana pun drama ni adalah "U", iaitu sesuai untuk tontonan umum.

Yang berpelukan tu, dah jadi suami isteri yang sah..Alhamdullillah.. tapi dalam drama je la...

Bukan 18XS.. Well, Malaysia kan sebuah negara "Islam". Hehe....

Walau bagaimanapun, drama ni tetap menjadi pujaan hati Ferzly, sebab mak Adam dan Aidil tu still cantik walaupun janda tua.

And kat sini saya ada link utk sapa yg nak mengikuti drama ni...
*Credit to Aku Muzik Hampa
So, apa yang saya dapat dalam drama ni... adalah saya sedar akan kemuliaan, kesucian seorang wanita yang bertudung...Kalau nak dibandingkan dengan wanita2 yang x bertudung, yang pakai baju ketat..Walaupun baik, tapi still ada kekurangan.

Susah nak diungkapkan, ada something kelainan pada wanita bertudung, seperti menghirup udara di waktu pagi di dalam hutan, berbeza dengan udara di waktu pagi di tengah sawah padi...

Kedua-dua udara sangat segar tapi kesegaran di dalam hutan berbeza kesegaran di tengah sawah padi.

Kesegaran tu susah nak diungkapkan, kena rasa sendiri...

Layan...

Thanks..
FERZLY aka the 1st.

::PLAN HIDUP::

Assalammualaikum...


X salah kalau kita nak merancang, kan? Sebab walau macam mana pun kita merancang, hanya Allah yang akan menentukannya..
Tapi, walau macam mana pun, kita tetap boleh menentukan jalan dan arah tuju kita...

Kita gagal atau lulus... kita kalah atau menang.. Kita dapat mengubahnya.. Hanya kadang-kadang tu, kita selalu menyalahkan takdir..

Dan aku percaya, x kisah lah ke mana hala tuju kita..kalah atau menang...gagal atau lulus.. Asalkan kita memilih jalan yang betul, kita x patut rasa menyesal..

Ada orang kata, kebenaran itu sebenarnya terletak pada persepsis setiap individual.. Ada orang kata, buat macam ni.. salah.. tapi ada jugak orang kata x salah.. macam kes rokok.. (aku pun dah malas)

Tapi bagi aku, kalau salah disisi Allah, maka salah la.. Selagi aku rasa benda yg aku buat x salah disisi agama, aku go on...

Simple like that..
X payah nak pening-pening kepala..

Kadang-kadang itu, orang Islam bertengkar soal isu halal haram, betul salah.. Sehinggakan endingnya, bermusuhan.. Dan kepada yang x berpengetahuan tinggi, x tahu nak pergi ikut sapa...

Huhu... Aku kena start plan bila aku nak kahwin, bila nak berkerja.. Sebab aku x nak jadi macam seseorang yang x tahu hala tujunya.. dan yg hanya duduk goyang kaki dan berserah pada takdir... Kan loser namanya...

Like I just said, "All the best, FERZLY.. because you are the BEST.. :)"

THE BEST
FERZLY aka The Ultimate 4

Tuesday, November 3, 2009

::Pictures Of You::

Assalammualaikum..

::SETEM.. Tiru cite Hustle, tapi not bad untuk Malaysia.. Boleh tahan la..::

::Dua orang? Ferzly pernah seorang x?::

::Panas dalam bilik.. Duduk luar sambil melihat bintang.. Bersama Zainal::

::Bosan duduk kat rumah.. Pergi Mc Donald tgh pagi.. Hehe..::

::Malam yg cerah...::

Yang Panas,
FERZLY aka the 3rd

Saturday, October 31, 2009

"Segerakan pinjaman pertanian kami"

ALOR SETAR 1 Jun - "Ke mana arah tuju kami pun tidak pasti tetapi kami tetap mahu menjadi petani berjaya." Itu antara luahan 10 peserta Projek Pembangunan Usahawan Komersial (Siswazah) yang masih menunggu bila projek tanaman cili fertigasi serta jagung akan menjadi kenyataan.

Salah seorang peserta, Mohd. Syawal Shafiee, 22, berkata, sudah enam bulan berlalu namun tanah seluas 2.4 hektar yang dipajak tetap tidak diusahakan kerana masih belum menerima pinjaman daripada pihak-pihak yang berkenaan.

Pemegang diploma perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, dia dan rakan-rakan tertarik untuk menyertai program tersebut setelah mengikuti kursus di Institut Pembangunan Keusahawan Universiti Utara Malaysia tahun lalu.

"Kami menyahut seruan kerajaan yang mahu golongan muda menceburkan diri dalam bidang pertanian.

"Namun sehingga kini permohonan kami untuk mendapatkan pinjaman untuk memulakan projek ini daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) masih belum diterima," katanya ketika ditemui di Kampung Padang Kunyit, Mukim Telaga Emas, Pokok Sena di sini hari ini.

Jelas Mohd. Syawal, pihak Tekun memberitahu hanya lima daripada mereka layak menerima wang pinjaman sebanyak RM30,000 seorang untuk menjalankan projek itu.

"Namun malangnya, kami dah tunggu dari bulan Disember sehingga kini dan wang pinjaman masih belum diterima.

"Kami terpaksa kumpul duit sendiri untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan tanah di sini kerana jika dibiarkan terbiar semak-samun pasti akan tumbuh," katanya.

Mohd. Syawal memberitahu, projek ini turut disertai tujuh siswazah yang merupakan rakan-rakannya serta tiga belia di kawasan itu yang berminat untuk menjadikan bidang pertanian sebagai salah satu cabang kerjaya.

"Kami tinggal menyewa di kampung ini kerana berasal dari tempat berlainan dan tempoh menunggu untuk mendapatkan pinjaman adalah sesuatu yang perit.

"Kami buat kerja sambilan untuk teruskan hidup dan makanan harian hanyalah 'hotdog' sahaja namun kami tidak mahu berpatah balik kerana inilah jalan yang kami pilih iaitu untuk menjadi usahawan petani," katanya.

Kata seorang lagi peserta, Mohd. Syukri Mustapha, 22, kesemua mereka layak untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah namun mereka bercadang menyambung pengajian jarak jauh kerana mahu melibatkan diri secara serius dalam bidang pertanian.

"Saya cuma harap pinjaman kami akan segera dapat kelulusan kerana kami tidak mahu impian kami untuk bergelar usahawan tani hanya menjadi angan-angan sahaja," ujarnya.

Penyelaras projek, Nordin Johan, 47, berkata, Jabatan Pertanian Daerah Pokok Sena memberi satu pam air serta 15 beg baja untuk membantu peserta projek ini namun kerana tiada wang yang mencukupi, projek itu tidak dapat berjalan.

"Saya lihat anak-anak muda ini begitu bersemangat dan kerana kerenah birokrasi yang begitu banyak, permohonan mereka untuk mendapatkan pinjaman tertangguh.

"Saya berharap pihak-pihak berkenaan akan segera mengambil tindakan bagi memastikan projek ini berjalan lancar dan tidak dibiarkan begitu sahaja," katanya.

::Utusan 02/06/2009::

Yang Berbangga,

FERZLY aka the 1st.

Tuesday, October 27, 2009

::Pictures 2 Days B4 Exam::

Assalammualaikum..

Dekat-dekat exam ni.. Ferzly rasa cuak, takut.. takut x boleh jawab.. Ferzly kena bina keyakinan Ferzly supaya Ferzly x gemuruh dalam exam hall nanti.. Kalau x, abis Ferzly..

Selamat la, paper yang Ferzly paling takut adalah paper yang paling last.. Alhamdullillah..

Doa-doakan la kat Ferzly..

Dalam-dalam ketakutan, Ferzly boleh jalan-jalan lagi..Ye la, nak hilangkan rasa takut tu.. Baru boleh study dengan aman dan tenteram.. Terima kasih kepada yang banyak membantu.

::Comelkan tomato-tomato ni.. Nampak segar::

::Ni adalah salah satu mercu tanda Bandar Clayton yg x seberapa ni..::

::Ni la ANGAH aka Ferzly aka Dynamics 4...Boleh tahan budak ni, rasanya still solo and available..Hehehe::

:: Bunga indah dipandang tapi x semua berbau harum.. Nak buat macam mana? Ini la kehidupan..::

::Lebah yang sangat comel..Apa yang penting? KERJA SAMA!!::

The Photographer
FERZLY aka the 3rd.

Thursday, October 22, 2009

::Picture Of Yesterday::

Assalammualaikum..
Semalam aku sakit perut.. So x sempat nak balik rumah, dan x berani la tanggung risiko.. So, guna je la tandas kat Australia ni..

Tapi lepas membuang tu, aku confuse.. Apa yang patut aku buat? Keputusan yang mana yang lebih baik?

Dia tulis kalau solid, down.. Kalau liquid, up.. How about both, liquid and solid, mix together.. So jawapan dia, tengah kot.. Tapi kalau tengah, x jadi apa2 pun.. Mungkin kot, sebab dia tulis "Water Saving".. Biar je la...
Yang ni library aku.. Library yang aku selalu pergi la.. Ferzly pergi library ke? Hehehe... Dekat-dekat exam je..

Ferzly xde kerja....

Hehe.. Ni waktu kat building engineering, budak engineering tengah bertanding robot depa.. Dan pertandingan tu, dimenangi oleh student Malaysia.. No. 1 dapat kat cina Malaysia, no. 2 dapat melayu Malaysia. Bangga jadi Malaysian.

Hehe..

The Photographer
FERZLY aka the 3rd

Wednesday, October 21, 2009

::DINO PPOU::

Assalammualaikum..

Kali ni aku nak bercerita sikit tentang salah satu hobi aku yg laroq..

Hehehe..

Waktu aku main game ni, aku tersenyum seorang-seorang.. Aku tanya diri aku, kenapa aku letak nama dino aku dengan nama tu? Pastu aku jawab soalan aku.. aku tersenyum..

Hehehe..

Dino ni aku letak nama aku, FERZLY.. Sebab Dino ni nampak GAGAH.. Kuat.. Macam Ferzly yang sebenarnya...Hehe..

Pastu Dino ni, dia tersenyum.. Nampak dak? Hehe... Macam Ferzly jugak.. Dan kulit Dino ni, cerah sikit.. Antara Faris, Billy dan Ferzly..Ferzly la paling cerah..

Dan Dino ni, ada parut la, kotor sikit.. Nampak sangat Dino ni lasak, buas.. Macam Ferzly.. Hehehe..

Yang ni, FARIS.. sebab muka serious sikit.. Faris la yang paling serious, antara aku dan Billy. Itu la aku letak nama dia Faris... Huhu..

Dan antara kami bertiga, aku rasa Faris la yg paling banyak bulu.. sebab dia suka beli pisau cukur yg canggih-canggih.. Aku beli pisau cukur yg dalam pack ada 10.. Jimat, boleh guna seumur hidup..

Yang ni, BILLY.. Sebab kepala besar dan bulat.. Sebab dulu, waktu PPOU, Billy botak.. macam Sharul sekarang.. So nampak bulat..

Dan Dino ni, ada jangut macam Billy.. itu la sebab aku letak nama Dino ni, Billy...


Tapi hairan la, kenapa xde DINO betina dalam game ni? Kalau ada, boleh aku letak semua student PPOU..

Nanti aku gelarkan team DINO aku ni sebagai "DINO PPOU".

Smart tak? Hehehehe..
(Abis la aku, kena belasah aaa.. Hehe.. Jangan marah, nanti nampak tua.. Hehe.Sorry, this just a game.. Hehehe...)

Yang Creative
FERZLY aka the 3rd.

Tuesday, October 20, 2009

::Picture Of Today::

Assalammualaikum..


:: Abg Mat Noor.. On the way ke library.. Kena study hard, sebab dah dekat dgn exam.. Huhu.. Dekat exam baru nak study hard..::


::Dah penat study.. baring-baring atas rumput sambil melihat gejala-gejala org barat yg mencabar nafsu.. Penat je aku study!! Hehehehe..::


:: Ini la telephone aku yg pecah screen.. Dah dibaiki oleh Ferzly.. Senang je, beli and gantikan je.. aku ni kan buas sangat.. telephone baru dapat 2 bulan, rosak.. Camera jatuh gaung.. Selamat la aku x jadi apa-apa.. Huhu..::

Yang Buas,
FERZLY aka the 3rd

Monday, October 19, 2009

::Picture Of The Day::

Assalammualaikum..

::Dalam class::


::Pergi makan dengan Abg Raden dan abg2 yg lain::::Dalam Train Australia::
Yang Bosan Study,
Ferzly aka The 2nd

Saturday, October 17, 2009

::Jangan Poligami::

Assalammualaikum..
Tarik nafas dalam-dalam..........
Aaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!

Senang je aku cakap, "aku boleh berlaku adil"....

"Jangan!!"

Jauh disudut hati aku berbisik...

Tiba-tiba aku takut... aku gementar.. aku berpeluh.. aku x yakin...

Bukan senang nak memuaskan hati manusia
Bukan hanya sekadar DUIT
Bukan hanya sekadar SEX

Betul, SEX & DUIT adalah sebahagian daripada kebahagiaan.. tapi x menjamin kebahagiaan.

Ini melibatkan perasaan dan kasih sayang....

Aku gementar, bila aku imbas kembali yang aku pernah ada cita-cita untuk hidup berpoligami..

Serious, aku memang ada niat nak berpoligami.... Aku tarik balik niat aku tu... Aku x berani.. Aku x yakin..

Bukan senang nak memuaskan hati manusia.. hati manusia bukan seperti bekas yang akan penuh, yang akan cukup.. manusia xkan puas..

Sepertimana aku yang rasa x cukup seorang, nak 4... Seperti itu jugak yang seorang, kena bahagi 4..

Lagi la x cukup...

Belum tentu lagi aku dapat memuaskan hati seorang... Inikan 4 orang...

Aku tak nak... Aku tak nak.. Aku tak nak.. TAK NAK!!!!!!

::Tiba-tiba kedengaran Azan Subuh.. aku terbangun dari tido.::

"Alhamdullillah, mimpi rupanya...Ya Allah, aku nak 1 je. Kurniakanlah 1 je kat aku, x nak 4.. Ya Allah, aku xnak 4.. x nak 4."

Mata aku berair.. tubuh aku gementar..

Astaghfirullah hal azim.. Astaghfirullah hal azim..

Astaghfirullah hal azim, allazi la ila hailla, huwal hayyum qayyum, wa a tubu ilaik..

Yang tergetar,
FERZLY aka The 1st

Saturday, October 3, 2009

::Friend Is Still Friend::

Assalammualaikum...

Aku dah banyak dengar manusia bercakap...X kisah kalau nak cakap pasal aku, nak kutuk aku.. Tapi aku terasa bila orang cakap pasal kawan aku..

Mungkin sebab salah aku jugak.. Aku yang memulakan dulu..

Aku x tahu apasal aku nak terasa pulak? Pada hal, buat apa aku kisah, bukan hal aku pun...

Tapi kawan-kawan aku terlibat.. If you mess with my friend, you mess with me..

Berikutan dengan peristiwa malam ni.. Malam ni ada "Malam Gemilang" anjuran MASCA.. Terdetik niat nak pergi jugak, sebab ramai kawan-kawan aku pergi... Nak pergi jugak.. Mesti best jumpa kawan-kawan aku.. Dah la jarang jumpa kawan-kawan aku, satgi depa kata aku berlagak pulak.. Aku usrah pulak..

Pada hal aku ni gila serupa hantu jugak.. Kemana-mana ada jeee..x kisah la usrah ke, Famcy ke, ISMA ke.. Club X ke.. Mana-mana ada je Ferzly...

Tiba-tiba... "malam gemilang tu dikatakan malam maksiat.." Terputus niat aku..

Abis tu macam mana kawan-kawan aku..?

Jauh disudut hati aku, aku sedih... kalau hang kata malam tu, malam maksiat.. kawan-kawan aku ada kat sana.. Kira hang kata kawan-kawan aku berada kat tempat maksiat la.. Alaaa, aku yang pergi masjid pun, x semestinya masuk syurga..

Macam tu jugak, kata kat kawan aku x pergi class..x buat assignment... Aku yang pergi lecture, tutorial..pergi lagi extra class... Repeat jugak.. Apa bezanya aku dan kawan aku..

Kami sama je!!

Aku just terasa bila orang cakap buruk tentang kawan-kawan aku...depan aku.. Seolah-olah aku ni kawan x guna.. Biar jeee.. Orang cakap buruk terhadap kawan sendiri, aku tak marah...

Xkan x terasa apa-apa, bila orang lain kutuk2 kawan kita.. Of course la terasa kan..

Tapi macam mana aku nak marah, apa yang depa cakap tu betul... Macam mana aku nak bangkang, apa yang depa cakap tu berlandaskan Islam..

Aku x boleh nak mempertahankan kawan-kawan aku.. Aku x boleh nak kata kawan aku BETUL.. Aku x sanggup nak kata kawan aku SALAH..

Kalau la boleh letak perkataan SALAH tu kat aku.. Letak la kat aku.. Kawan aku tetap BETUL..

Tapi x bolehhh..aku x mampu nak buat apa-apa..

Maafkan aku, kawan..

Mungkin aku bukan seorang kawan yang terbaik.. Itu buat masa sekarang aku seorang yang x layak digelar KAWAN...

Friend Is Still Friend,
FERZLY aka the 2nd.

Thursday, October 1, 2009

Batman The Brave and the Bold V1 2009

Synopsis:

Citer batman ni ada 4 cerita dalam 1 cerita.. Best kepada peminat Batman.. Gambar pun boleh tahan.. Layannn..

Download:

http://www.megaupload.com/?d=35A90GTM
*Credit to Dynamics 4

Thanks
Ferzly

Sunday, September 27, 2009

::Tepuk Tak Berbunyi::

Assalammualaikum...

"Aku x kisah"

Aku tahu siapa aku...?
Aku x sehebat budak-budak yang lain...

pandai bermain bola..
pandai bermain Dota..
pandai berkata-kata...

Aku x sewarak abg-abg yang lain..
hafal al-Quran
hafal sunnah

Aku adalah Ferzly, seorang yang tak mempunyai apa-apa..

hanya setakat TV plasma 42", tiada akan menjamin apa-apa..walaupun ada warranty 3 tahun lagi..[Hehe..xde kena-mengena]


[...Kembali ke mood jiwang...]
Aku tak kisah kalau "dia" x memandang aku... Aku tak kisah kalau "dia" x bercerita tentang aku...

Biar lah dia tidak menyedari kehadiran dan kewujudan aku..asalkan dia bahagia di mata ku...

Aku redha...

Cukup la..cukup la sekadar aku yang "bertindak"..

Aku yang bertepuk x berbunyi

Aku x memaksa dia untuk menunggu aku..dan aku akan tetap terus berusaha untuk berubah...

Mungkin aku bukan untuk dia...dan dia berhak memiliki seseorang yang lebih baik..

Bukan aku..

Kalau nak tunggu aku berubah, bila? Adakah aku dah cukup sesuai untuk dia? Belum..

Dengan kehadirannya membahagiakan aku...menenangkan aku... Cukup sekadar itu...

Alhamdullillah..mungkin masa terlalu awal untuk membuat keputusan..

Dia bukan milikku..

The Single & Available
Ferzly aka The 1st

::Ferzly VS Benci::

Assalammualaikum..

"Bila kita DISAKITI, kita belajar untuk MEMBENCI...Dan bila kita MENYAKITI, kita pulak akan DIBENCI.."

Seolah-olah tiada jalan penyelesaian... Seperti roda..

Adakah aku menpunyai sifat BENCI?

Kebencian membawa kepada Kesakitan.. Dan Benci tiada penamatnya..

Manusia terus membenci sesama dan terus menyakiti sesama.. Apa guna?

Kadang-kadang tu, aku "kena" dulu...aku DISAKITI.. Dan mereka x sedar yang mereka MENYAKITI aku.. Dan aku terus MEMBENCI...

Dan BENCI yang membawa aku untuk MENYAKITI mereka...dan aku pulak DIBENCI...dan MENBENCI..disakiti..menyakiti... Mana penamatnya?

So, siapa yang memulakan MEMBENCI dan siapa yang harus berhenti MEMBENCI?

Aku

Tapi adakah itu akan menyelesaikan segalanya?

Tak Tahu...


Bersabar..
FERZLY the 1st.

Wednesday, September 23, 2009

::Persepsi Orang Melayu::

Assalammualaikum...

"Setiap orang ada persepsi masing-masing"

Hehe..

Ayat ni, aku masih ingat lagi.. walaupun pada waktu tu, bukan kena pada batang hidung aku.. Tapi aku terasa jugak..

Kalau kita cakap pasal.."Persepsi Orang Melayu", adakah statement di atas boleh dibuktikan benar?

Errmmm..

Persepsi orang melayu... adakah orang melayu kolot?

"Wei, aku orang Melayu.. Hang kata aku kolot ke? Hang pun orang Melayu.. Melayu murtad ke?"

Huhu..

Berapa diantara kita boleh terima statement tu..? Nak buat macam mana..Kebanyakkan orang melayu x dapat terima kritikkan.. Termasuk aku jugak la. Bak kata orang tua-tua...

"Biar mati anak, jangan mati adat"

Ada beberapa perkara yang aku dah buat test, tengok reaction pelajar melayu tentang beberapa perkara. Dan ini just pendapat aku je, conclusion yg dapat aku buat la.

Jaga tepi kain orang:
---Kebanyakkan(bukan SEMUA) orang melayu selalu salah faham apa itu "jaga tepi kain orang" dan "ambil berat". Kalau kita menginginkan kebaikan terhadap seseorang itu atau menginginkan yang terbaik terhadap diri seseorang itu... Itu bukan menjaga tepi kain dia, itu mengambil berat.
---Bagi aku, x salah kalau kita nak tahu apa perkembangan diri kawan-kawan kita, macam mana keadaan dia.. sihat ke? Kalau sakit, sakit apa? Study macam mana?
---Tapi of course, kalau bertindak keterlaluan, itu adalah menjaga tepi kain orang.

*tapi ada suatu situation, yang aku x pasti adakah aku bertindak kerterlaluan:

Kalau kawan kita x buat kerja sekolah, kita tanya dia, "Dah buat ke?".."Tak buat lagi!".. Kenapa? Ada masalah ke? Susah ke?" Dia x jawab. Dan aku berusaha nak tahu apa punca dia x buat kerja sekolah. Adakah itu suatu tindakan keterlaluan? Atau pun patut aku biar je, asalkan aku dah siap. Cukup la. Tapi aku rasa seperti selfish pulak. Patut ke aku rasa aku selfish, bukan salah aku pun? Atau better selfish daripada jaga tepi kain orang. [Solution please!]

Hipocrik:
"Kita memang tak boleh jadi orang lain.. tapi kita boleh jadi orang yang lebih baik" Nur Kasih Episod 10 [21:49/38:16]
---Kawan aku pernah cakap, jangan percaya semua orang atas dunia sekarang, semuanya hipocrik. Kalau macam tu, macam mana dengan mak bapak kita.
---Aku percaya kepada seseorang itu, kalau dia ikhlas dalam perhubungan dia. Itu sebab aku percaya kepada mak ayah aku, family aku..dan orang yang ikhlas menyayangi aku.
---Tapi kebanyakkan orang melayu, nampak orang baik sikit..."Dia tu hipocrik je.." Huhu.. Kalau kena kat telinga sendiri, PANASSS je..
---Bagi aku, kita xde hak nak cakap seseorang tu hipocrik, sebab kita x tahu apa niat dalam hati dia. Mungkin dia buat sesuatu tu dengan keikhlasan hati dia. Itu bukan hipocrik.

"Don't judge the book by its cover."

Huhu..

Banyak lagi yang perlu diperbetulkan.. dulu, aku pun ada persepsi macam tu jugak..

Sekarang ni, makin besar, makin belajar.. Sikit-sikit memperbaharui persepsi aku..

Yang rajin terlebih
FERZLY aka the 3rd.

Monday, September 21, 2009

::Di Hari Raya::

Assalammualaikum..

Ada beberapa perkara yang tak patut aku buat di hari raya..

Nak kata malu... malu kot.. Ada jugak marah..

X semua orang yang aku jumpa, aku salam...minta maaf.. sepenuh hati..

Bukan x nak salam.. pikir 2,3 kali..
"Nak salam ke x nak salam? x10"

Pening kepala aku... Kenapa aku rasa was-was nak salam dia.. nak jumpa dia..

Aku takut, dah la aku x pernah tegur dia sejak aku duduk kat luar... dulu, waktu duduk kat Deakin Hall(accommodation in uni), kami baik sangat..

Semenjak duduk luar masing-masing dah buat hal sendiri.. So, semua rasa macam ganjil sikit...

Aku takut... selama ni, dah la aku x pernah nak tegur dia, hari raya baru nak tegur dia.. nak minta maaf semua.. Nak melawak-lawak pun dah xde modal..

Bagi sesiapa yang kenal Ferzly yg sebenarnya... Ferzly seorang yang susah nak minta maaf.. Ada perasaan malu nak cakap dengan orang yang kenal.

Aku selesa dengan orang yang aku x kenal... Tapi aku malu, takut nak tegur dengan orang yang aku pernah baik dengan dia, tiba-tiba kami menyepi, buat hal masing-masing.. Then, muncul kembali, aku dah rasa x selesa.

Hehe.. Nampak je senyum dibibir, siapa tahu di hati menyimpan seribu rahsia... Kenangan menyimpan rasa...

So, x semua kawan yang aku jumpa and salam pada hari raya.. kadang-kadang tu, buat-buat x nampak.. jalan bertemu bahu pun, x bertegur sapa.. X nak jumpa dia.. takut...

Mesti ada orang kata aku berlagak... sombong...

Bukan x nak jumpa...x tahu apa ayat nak dimulakan.. x tahu apa nak cakap..

So, aku minta maaf la kat kawan-kawan yang tersedar tingkah laku aku tu..

Sebenarnya, aku tunggu hang tegur aku dulu.. Hang pun senyap jeee, aku pun senyap je la..

Raya sebulan...harap ada masa kita berjumpa dan berbual macam dulu...

Maaf,
FERZLY aka the 2nd.