MELBOURNE

Saturday, October 3, 2009

::Friend Is Still Friend::

Assalammualaikum...

Aku dah banyak dengar manusia bercakap...X kisah kalau nak cakap pasal aku, nak kutuk aku.. Tapi aku terasa bila orang cakap pasal kawan aku..

Mungkin sebab salah aku jugak.. Aku yang memulakan dulu..

Aku x tahu apasal aku nak terasa pulak? Pada hal, buat apa aku kisah, bukan hal aku pun...

Tapi kawan-kawan aku terlibat.. If you mess with my friend, you mess with me..

Berikutan dengan peristiwa malam ni.. Malam ni ada "Malam Gemilang" anjuran MASCA.. Terdetik niat nak pergi jugak, sebab ramai kawan-kawan aku pergi... Nak pergi jugak.. Mesti best jumpa kawan-kawan aku.. Dah la jarang jumpa kawan-kawan aku, satgi depa kata aku berlagak pulak.. Aku usrah pulak..

Pada hal aku ni gila serupa hantu jugak.. Kemana-mana ada jeee..x kisah la usrah ke, Famcy ke, ISMA ke.. Club X ke.. Mana-mana ada je Ferzly...

Tiba-tiba... "malam gemilang tu dikatakan malam maksiat.." Terputus niat aku..

Abis tu macam mana kawan-kawan aku..?

Jauh disudut hati aku, aku sedih... kalau hang kata malam tu, malam maksiat.. kawan-kawan aku ada kat sana.. Kira hang kata kawan-kawan aku berada kat tempat maksiat la.. Alaaa, aku yang pergi masjid pun, x semestinya masuk syurga..

Macam tu jugak, kata kat kawan aku x pergi class..x buat assignment... Aku yang pergi lecture, tutorial..pergi lagi extra class... Repeat jugak.. Apa bezanya aku dan kawan aku..

Kami sama je!!

Aku just terasa bila orang cakap buruk tentang kawan-kawan aku...depan aku.. Seolah-olah aku ni kawan x guna.. Biar jeee.. Orang cakap buruk terhadap kawan sendiri, aku tak marah...

Xkan x terasa apa-apa, bila orang lain kutuk2 kawan kita.. Of course la terasa kan..

Tapi macam mana aku nak marah, apa yang depa cakap tu betul... Macam mana aku nak bangkang, apa yang depa cakap tu berlandaskan Islam..

Aku x boleh nak mempertahankan kawan-kawan aku.. Aku x boleh nak kata kawan aku BETUL.. Aku x sanggup nak kata kawan aku SALAH..

Kalau la boleh letak perkataan SALAH tu kat aku.. Letak la kat aku.. Kawan aku tetap BETUL..

Tapi x bolehhh..aku x mampu nak buat apa-apa..

Maafkan aku, kawan..

Mungkin aku bukan seorang kawan yang terbaik.. Itu buat masa sekarang aku seorang yang x layak digelar KAWAN...

Friend Is Still Friend,
FERZLY aka the 2nd.

1 comment:

  1. yg mnegkritik itu sahabat....yang memuji itu musuh...

    ReplyDelete