MELBOURNE

Friday, January 8, 2010

:: Aim 2010 ::

Assalammualaikum..

Bersesuaian dengan tahun baru... Semua org mesti ada aim baru.. azam baru untuk tahun ni...

2010

Aim aku untuk tahun 2010 adalah... KAHWIN.

Hehe..

Kahwin.. Bukan lah maksud aku nak kahwin dalam tahun ni jugak.. Tapi sebaliknya mempersiapkan diri, baik luaran atau pun dalaman(penting ni), untuk menjadi seorang suami, pemimpin keluarga..

X kisah aku masih solo ke? In complicated relationship ke?

Sebagai pemilik kepada tubuh badan yg bernama Ferzly, aku seharusnya fikir apa yg terbaik untuk beliau, untuk masa sekarang dan jugak masa depan beliau..

Aku kena BERUBAH dari segi fizikal dan mental.. specially mental la.. Bukannya berubah menjadi RUBAH, berjambul kuning.. Anyway, masih ada lagi pintu-pintu taubat utnuk orang2 yg beriman..

Amin..

Ferzly x pernah serious dalam hubungan dengan manusia.. Lebih fokus kepada teman2 haiwannya..

Bukan apa, aku kurang percaya pada KESETIAAN manusia.. Manusia hanya pandai berkata-kata.. janji-janji manusia hanya sekadar penyedap hati.. tapi tak pernah ditepati..

Macam mana aku nak memiliki seseorang yg dipercayai?

(Errmm..sejak akhir2 ni, semua member2 aku, semuanya pakat kahwin.. Dah alang2 nak kahwin hujung tahun ni, baik plan ramai2.. kahwin serentak..Jimat la sikit.. Hehe..)

Anyway, mungkin agak tercabar bila dengar dia ni dah kahwin, dia tu dah kahwin..

Aku?

X kisah la.. jodoh aku bukan tahun ni..bukan bulan ni.. Mungkin esok lusa, bulan depan, hujung tahun ni..tahun depan.. siapa yg tahu? Allah je yang Maha Mengetahui..

Aku tahu ada seseorang yang telah ditetapkan utk aku diluar sana.. Mungkin sebab aku sendiri belum bersedia untuk bergelar seorang SUAMI..

Dah umur 22 tahun, masih lagi giat dalam DUNIA ORANG TANPA AWEK (DOTA)..
Masih lagi setia dengan Naruto, ada yg terbaru Fairy Tail pulak..

Macam mana aku nak betul-betul serious dalam hubungan yang bakal aku tempuhi di masa depan kalau aku asik focus kat tempat lain..?

Itu la aku masih belum bersedia...

Anyway, jangan sedih, jangan risau... Sekarang ni nisbah perempuan kepada lelaki... 10:1.. Hanya nisbah perempuan solehah kepada lelaki je, x tahu berapa banyak?

So, apa2 pun, kalau inginkan wanita solehah, aku seharusnya menjadi lelaki soleh.. Bukan lelaki yg melakukan banyak buat perkara yg laroq..

Hehe...

Yang Ingin Kahwin
FERZLY aka the 3rd..

2 comments:

  1. Titipan Aminah Qutb(adinda Syed Qutb)buat bakal suami..

    Sekiranya kita cinta kpd manusia,X smestinya manusia cinta kpd kita,ttp sekiranya, kita cinta pd ALLAH,nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya,
    Sekiranya kita cinta pada manusia kita akan cemburu pd org yg mencintai org yg kita cintai,Ttp sekiranya kita cinta pd ALLAH,kita akan turut mencintai org yg melabuhkan cintanya jua kpd ALLAH,
    YA ALLAH YA TUHANKU,andainya dia adlh jodoh yg dittpkan olehMU kpdku,Maka Kau campakkanlah ke dlm hatiku,cinta kpdnya adlh keranaMU..Namun andainya dia bukanlah jodohku yg dittpkan olehMU kpdku, berikanlah kekuatan kpdku agar pasrah dlm mengharungi ujian, yg KAU beri kpdku...

    DOA RASULULLAH S.A.W DALAM SUJUDNYA...
    74. Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.(SURAH AL-FURQAN 25:74)

    P/S: Renung2kn n selamat beramal..Moga berjaya mendapatkan cinta sejati..Aminn..(",)

    ReplyDelete
  2. Suka comment ni.. selalu dengar..

    Tapi ramai diluar sana.. kurang faham bila dikatakan cinta seseorang kerana Allah..

    Dulu pun aku mcm confuse, mcm mana kita mencintai seseorang tetapi mencintai sesuatu yg lain... adakah cinta kita x setia?

    Tapi bila dah besar, baru faham apa itu CINTA sebenarnya..

    CINTA bukan la mcm mana yang digambarkan oleh movie2 love story yg kita tengok.. Memang pemikiran kita dah dicemari oleh orang barat.. Memang x sedar..

    Kepada yg masih belum sedar dan faham maksub sebenar CINTA... cuba lah hayati kisah-kisah cinta zaman-zaman nabi dahulu.. memang menarik, banyak yg kita boleh belajar dan tersedar..

    ReplyDelete