MELBOURNE

Sunday, February 7, 2010

::Couple itu HARAM::

Assalammualaikum..

Post kali ni adalah satu email yang aku dapat daripada sesorang..
-------------------------------------------------
Couple: Hukum dan Pandangan

Assalmmualaikum..

"Dan janganlah kamu campur-adukkan yang hak dengan yang batil, dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedangkan kamu mengetahuinya.."
(surah al-Baqarah: 44)


Saya memulakan hujah saya dengan ayat al-Quran sebagai asas:

1. Saya x menafikan ramai yang kata "kami x buat apapun, duduk,borak2 je" dan yg lebih parah ada yang kata "walaupun couple tapi kami xpernah buat maksiat".

Hujah:
Firman Allah di dalam kalamnya:
"Dan jangalah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalha suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(surah al-Isra':32)


Sebenarnya zina terdiri dari pelbagai jenis. Saya x nafikan ada jugak pasangan couple yang x melakukan zina secara zahiri(hakikat) tapi mampukah pasangan ini mengelakan zina mata, tangan, kaki dan hati?
  • Zina mata - memandang pasangan, x kisah la reality ataupun imaginary.
  • Zina tangan - menaip mesej yang berunsurkan ayat cinta yang melalaikan, tersentuh dan berpegangan tangan.
  • Zina kaki - melangkah untuk bertemu pasangan sedangkan niat pertemuan adalah untuk seuatu yang lagho'.
  • Zina hati - terbayangkan pasangan.
  • Dan juga zina mata, lidah, telinga dan anggota lain.
Sekiranya pasangan couple dapat mengelakkan semua jenis kategori zina ni, teruskan bercouple. Tapi adalah sesuatu yang mustahil untuk setiap manusia yang dikurniakan akal dan nafsu dari tidak memikirkan mengenai pasangan masing-masing.

Jelaslah walau mengelak macam mana pun, zina tetap juga akan berlaku..sebab itu saya menegaskan couple adalah HARAM kecuali pasangan tersebut yakin tidak akan berlaku zina terhadap seluruh anggota badan dan hati.. NAMUN ITU ADALAH MUSTAHIL.

2. Niat x pernah menghalalkan cara. Islam telah menyatakan yang batil itu tetap batil dan yang hak tetap hak.
Perlu diingatkan dalam bercouple masih ada makhluk ketiga iaitu syaitan. Peranan syaitan adalah untuk menutup mata manusia agar sesuatu yang buruk itu dipandang indah. Syaitan telah berjanji dihadapan Allah untuk menyesatkan manusia dengan sesatan yg nyata. Tidak mustahil bagi syaitan untuk menjerumuskan pasangan yg tgh masyuk bercinta ke lembah zina. Nauzubillahi min zalik.
Hujah saya ini disandarkan pada firman Allah yang bermaksud:

"Dan juga kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan Allah, sedangkan mereka adalah golongan yang berpandangan tajam (mereka yg berpendidikan agama)"
(surah al-Ankabut: 38)


3. Couple bukan jaminan kebahagian. Alhamdullillah mungkin bidang undang-undang yang saya pilih mendedahkan saya kepada hakikat sebenar kehidupan rumahtangga kerana kehidupan harian saya di UKM banyak terisi dengan kes-kes kekeluargaan. Pada ketika ini, saya masih sibuk dengan kes perceraian seorang hamba Allah dari mahkamah syariah di satu negeri. Secara ringkas fakta kesnya, client saya telah bercinta selama 7 tahun tapi bernikah hanya dalam tempoh 40jam sahaja dan telah melafazkan cerai terhadap isteri dengan talak 2.
Pengalaman ini mendedahkan saya bahawa couple x menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga. Alasan yang dapat saya simpulkan adalah kerana perhubungan yang dibina berdasarkan nafsu dan hubungan sebelumnya yang tidak diredhai Allah tidak akan berjaya.
Kata Imam Nawawi:

"Aku mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu."

Alangkah indah akhlak muslim sekiranya cinta yang diberi berdasarkan kehidupan syariat yang telah dianjurkan.
Dalam sajak Aminah Qutbi buat bakal suaminya: (Beliau adalah asik kepada Syed Qutb yg mati di tali gantung kerana ketajaman penanya)

"sekiranya kita cinta kepada manusia, tak semestinya manusia cinta kepada kita."

Menjawab hujah awak:
"bercouple tapi endingnya ke pelamin"
Pendapat saya masih menegaskan Syariat tidak menghalalkan cara. Walaupun endingnya sesuatu yang baik, namun sedarkan awak yang permulaannya adalah sesuatu yang dimurkai. Sekiranya seseorang lelaki tersebut benar2 menyukai seorang perempuan, jumpalah ibubapa kan itu yang lebih baik untuk menzahirkan niat dihati, untuk apa bercouple kalo x berani jumpa ibubapa, bukankah itu tanda x bersedia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga?

  • Untuk maklumat awak, saya baru menyiapkan satu kajian mengenai faktor penceraian masyarakat di Wilayah Kuala Lumpur dan keputusannya amat mengejutkan kerana secara purata pasangan yang bercerai adalah yang telah lama bercouple sebelum kahwin.
FROM: (Doesn't need to mention name), Deparment of Islamic Law, 2010.
--------------------------------
Pernah dulu aku bercakap pasal couple tu HARAM... tapi ramai yang bangkang, marah.. "Ferzly pandai-pandai buat hukum".. Lepas tu, aku senyap..mungkin betul aku pandai-pandai buat hukum. Mungkin aku masih lagi kekurangan ilmu.....

Tapi bukan aku seorang je hidup atas bumi... dan bukan semua berfikiran macam aku, tapi still ada orang yang bersetuju dengan aku.

Alhamdullillah,
FERZLY aka The 1st

10 comments:

  1. i'm 1st hehe..

    rasa insaf sgt2 baca email tu huhu..adakah aku n kita yg baca post anda tgolong dlm golgn sbgitu? Inni akhafullah..Moga Allah tak sunyi dr petunjukNYA utk hamba yg kerdil n hina dina ini dalam pencarian "pemilik cinta setelah Allah dan Rasul"..

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum..

    Sampai pun motif aku tulis post kali.. untuk sama-sama kita lihat cermin dan menginsafi diri kita sendiri..

    Alhamdullillah..

    Aku berharap sangat sesiapa yang dah terlanjur bercouple, balik ke pangkuan jalan. Berhenti mengingati kekasih dan mengantikannya dengan Illahi. Perbetul niat mencintai seseorang bukan kerana dia cantik ke, sexy ke, cun ke..mahupun disebabkan hati budinya tapi disebabkan agamanya.

    Aku dulu pun pernah nak cuba-cuba bercouple sebenarnya..tapi biasa la.. Siapa yang x kenal FERZLY, banyak habiskan masa dengan binatang la, anime la, game la.. Last2, awek sendiri yang lari.. Huhu..

    Walaupun aku xde awek, aku pun kena insaf jugak, banyak masa aku dihabiskan kat benda-benda lagho'..

    Sesama la kita mengingati Allah.. Kalau semua rakyat mengingati kepada Allah dan melakukan segala seruanNYA, baru la Malaysia layak digelar negara Islam, kan?

    Hehehe..

    ReplyDelete
  3. Allah sayang aku rupanya......

    ReplyDelete
  4. السلام عليكم .....

    الحمدالله الذي أكرمنا بشرعه القيوم

    semoga email nie memberi manfaat kpd semua yg membaca...amenn

    tugas berdakwah sesuatu yg mulia namun x semua sanggup melakukan..ingatlah bahawa setiap insan akan dipersoal dgn tanggungjawab dakwah di akhirat kelak.Firman Allah yg bermaksud:
    ....Dan ingatlah ketika suatu umat di kalangan mereka berkata :" Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab : " Agar kami mempunyai alasan ( pelepas tanggungjawab)kepada tuhanmu dan supaya mereka bertaqwa"
    ( surah al-a'raf:164)

    kalo kita mencintai Allah ,insyaAllah Allah akan mengurniakan seseorang yg juga turut mencintaiNYA..janji ALLAH itu pasti berlaku..

    kata cendiakawan Ahmad Khalil Jum'ah dlm kitab Fursan min al-tarikh:
    " Ketika cinta menyapamu,janganlah silau dengan indahnya dia,tetapi lihatlah apakah cinta itu akan membuatmu semakin dekat kepada Allah atau tidak?..renung dan fikirkan..

    comparative law...UKM

    ReplyDelete
  5. Tunggu!!

    Ada persoalan la..mungkin lebih kepada minta pendapat la..

    Macam zaman sekarang, makbapak sendiri menggalakkan anak-anak bercouple.. macam mana tu? Boleh bagi pendapat sikit..

    Kalau bagi aku, sepertimana yang dalam email tu cakap "Syariat tidak menghalalkan cara." So, pergi mana pun, pasangan couple tetap berdosa kalau melakukan zina, walaupun dapat keredhaan atau restu drpd pihak keluarga. Seharusnya, kalau pasangan tu sendiri dah tahu hukum bercouple, mereka sebalik kena nasihat balik makbapak mereka. Ada setengah tu, dah tahu, buat-buat x tahu.

    ReplyDelete
  6. salam.

    saya ada satu soalan. kalaulah couple itu haram, maka hubungan yang ada diantara lelaki dan perempuan itu juga adalah haram bukan?

    tetapi jika mereka berakhir ke jinjang perkahwinan, dan beranak pinak. adakah perhubungan ini boleh dikosider sebagai tidak elok dan anak2 yang d lahir kan juga adalah baka2 yang tidak elok atas perhubungan yang dibina berdasarkan nafsu dan hubungan sebelumnya yang tidak diredhai Allah

    cuma sekadar pertanyaan semata2, moga d beri petunjuk ke jalan yang di redhai oleh Allah S.W.T

    ReplyDelete
  7. السلام عليكم.....


    Menjawab soalan yg dibangkitkan:


    1.mengenai ibubapa yg mengalakkan couple.

    Setiap ibubapa inginkn yang terbaik buat anak2 namun kadang2 ada juga yg terlepas pandang,pendeknya x semua manusia itu tahu semuanya.Sebagai anak adalah menjadi kewajipan kita untuk mentaati kedua ibubapa selagi perintah tersebut x melanggar syara'.Tetapi jika jelas hukumnya maka perintah Allah adalah menjadi keutamaan untuk ditaati.yg jelas haramnya tetap haram dan yang jelas halalnya tetap halal..

    Sebagai muslim menegur pada benda yang salah adalah kewajipan kita termasuklah kesalahan kedua ibubapa kita.Cuma cara untuk menegur yg berbeza.Pendekatan paling hikmah adalah dituntut agar x ada hati yg terluka.Inilah sebaik-baik nasihat yg berkesan dan berguna.Ingatlah setinggi manapun pendidikan kita x mampu menandingi tingginya darjat kedua ibubapa kita kerana syurga seorang anak di bawah tapak kaki ibunya dan pintu syurganya adalah keredhaan kedua ibubapanya.
    Jangan meletakan keslahan kepada ibubapa krn mereka tlh berusaha yg terbaik utk anak2 mengikut pndgn mereka tapi fikirkan knp mereka bertindak sedemikian????...kalo mrka slah carilah metod paling indah utk menegur krn hati ibubapa sgt sensitif.

    2.Tahu tapi buat2 x tahu terhadap sesuatu hukum:
    mengenai persoalan ini adalah bergantung kpd cara dan niat seseorang.X semestinya individu itu berkenalan dgn seseorang yang berlainan jantina dgn tujuan bercouple.mungkin adalah bertujuan untuk kebaikan seperti study dan dakwah.
    sekiranya pasangan yg mengetahui hukum tetapi masih melakukan perkara tersebut jawapannya adalah diakhirat kelak.Setiap orang yg mengetahui hukum tetapi masih melakukan perkara tersebut akan dipertanggungkan dihadapan Allah kelak.Begitu juga pada orang yg bertanya ,sekiranya telah didapati hokum tersebut maka adalah menjadi tanggungjawab utk melaksanakan hukum tersebut.Dalam hal ini suka untuk saya menegaskn " tepuk dada tanyalah iman"

    pesanan saya buat semua eloklah kita mengadili dgn sebaik2nya sebelum menjatuhkan hukuman terhadap seseorang..I.Allah hukuman selepas pengadilan adalah sesuatu yg adil.

    UKM

    ReplyDelete
  8. sambungan dari penjelasan diatas:

    1.haramkah semua bentuk hubungan lelaki dan perempuan?

    saya mulakan penjelasan dgn menggunakan firman Allah :
    "wahai manusia! sungguh,kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan ,kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.Sungguh,yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.sungguh Allah maha mengetahui (al-hujurat:13)
    jelaslah dari ayat ini hubungan antara lelaki dan perempuan adalah dibenarkan.TETAPI perlulah dibezakan antara hubungan profesional seperti classmate dgn hubungan couple.Hubungan profesional lazimnya adalah utk sesuatu niat yg murni seperti utk menuntut ilmu dan COUPLE lazimnya adalah sesuatu yg lagho',inilah sebenarnya yg ditegah didalam Islam.Oleh itu perkataan "menghampiri zina" didalam al-quran perlu difahami. Perbuatan menghampiri zina ini tidak wujud dlm hubungan profesional seandainya individu yg terlibat mengamalkan landsan syariat yg sebenar tetapi dlm bercouple terlalu banyak perbuatan yg menyumbang kearah penzinaan kerana couple itu adalah nafsu.jelaslah wujud perbezaan diantara kedua-dua jenis hubungan ini.
    hubungan perkenalan yg dibenarkan adalah yg bertunjangkan adab2 islam ,akhlak muslim serta panduan yang telah Islam anjurkan.I.allah setiap yg dilakukan berpandukan syariat akan diredhai ALLAH.Islam itu indah,telah dianjurkan adab2 muslim dan muslimah namun jarang sekali ada yg mengikutNYA.

    2.adakah anak yang lahir merupakan baka yg x elok?
    Pandangan saya:
    Allah telah menyatakan bahawa manusia adalah sebaik2 penciptaan dan diciptakan manusia adalah sebagai khalifah dimuka bumi ini.Oleh itu,x wujud perkataan baka yg x elok atau sbgnya.Seburuk2 perangai manusia masih lagi merupakan khalifah Allah d muka bumi.

    Penentuan didikan serta agama yg diberi menjadi asas yg membentuk peribadi seorang anak.Acuan yg disediakan akan membentuk kuih yg diinginkan.elok atau tidak adalah bergantung kpd persekitaran anak tersebut.Sekalipun status anak tersebut luar nikah ,beliau masih mempunyai peluang untuk mencipta kejayaan dan melahirkan keturunan yg baik berdasarkan acuan yg cantik.

    Kepada yang bertanya pernahkah kita fikirkan mengapa anak pasangan yang cerdik pandai zaman sekarang pun merupakan samseng disekolah?,kenapa terlalu banyak keruntuhan moral dikalangan remaja Islam?,kenapa banyak berlaku kes pembuangan anak? Semua ini berlaku tentu bersebab ..fikir dan renungkanlah..Allah xkan menzalimi hambaNYA jika hambaNYA mentaati segala perintahNYA.
    Fikirkan sejenak apakah yg kita akan tinggalkan untuk generasi akan datang???..adakah satu budaya yg banyaknya negative dari positive??..mulakan selangkah menuju kehidupan bersyariat yg dianjurkan Islam ,moga segalanya indah seperti indahnya Islam agama kita.Langkah yg kita ambil hari ini menentu masa depan generasi akan datang.

    Department of islamic law
    mod:comparative law,UKM

    P/S maaf ayat agak x tersusun.Sebagai memenuhi tanggungjawab berdakwah saya rasa terpanggil untuk menjawab persoalan yg telah ditimbulkan.

    ReplyDelete
  9. salam.

    terima kasih kepada yang menjawab persoalan saya (berkaitan baka baik atau tidak). bukanlah saya mengelak untuk berfikir sejenak, bahkan telah difikirkan apa yang sepatutnya. namun diri ini lemah dan hina, tidak dapat lari dari keraguan dan sifat ingin tahu. terima kasih sekali lagi. moga pengajaran dapat diambil dan sama2 lah kita sesama umat Islam memuhasabahkan diri.

    dan nasihat kepada saudara Ferzly, ana doakan semoga anta semakin matang dalam menempuhi hari2 mendatang. Insyallah

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum..

    Huhu..panjangnya org UKM menaip, rajin betul.. Anyway thanks la sebab berkongsi ilmu kat blog ni.

    Harap ramai yang dapat mengambil pengajaran daripada perbincangan ni.

    sama-sama la kita membesar dalam suasana Islam yang sebenarnya.

    Semoga Islam itu mematangkan aku dari segi mental dan rohani. Amin.

    ReplyDelete