MELBOURNE

Saturday, January 23, 2010

Kenapa banyak "TANDA SOAL"???

Assalammualaikum..

"Kenapa banyak tanya?"

Suatu hari ada orang yg bertanya aku pulak soalan..selalunya aku yg duk tanya soalan..

Ferzly memang seorang yang banyak tanya.. kekadang itu entah apa-apa pertanyaan dia..

Haha..

Ada banyak alasan "kenapa aku suka bertanya"...

  • Dengan bertanya, aku dapat tengok REAKSI seseorang tu...kekadang tu, dengan jawapan seseorang tu, kita tahu mcm mana sikap dan perangai dia.. Dan melalui cara memberi jawapan pun, dah bagi first expression kat kita. Melalui cara ini, kita dapat kenal seseorang tu. Kekadang itu aku keluarkan dengan soalan yang biasa2 je, yang bodoh2. Tapi x semua manusia akan bagi jawapan yang sama, walaupun soalan tu adalah satu soalan yg mudah. Itu yang membuat aku "tersenyum". Best dengar jawapan yang berbeza-beza sebab kita semua ada persepsi yang berbeza.
"Soalan ini semua orang boleh jawab."
"Soalan ini fikir logic la."

Aku tahu semua orang boleh jawab... aku tahu soalan aku fikir logic je dah boleh jawab.. Tapi x semua jawapan kita sama.. x semua manusia fikir macam mana kita fikir.. Kekadang tu, kita dapat nampak KEBONGKAKKAN manusia dalam ilmu yang dia ada.. Aku takut aku jadi macam tu.. Biar orang nampak aku tak tahu apa2, bodoh.. daripada orang nampak aku BERLAGAK, RIAK dengan ilmu yang aku ada.. Minta simpang.. Takut..
  • Semakin banyak aku tanya, semakin banyak aku BELAJAR.. Kekadang tu, bukan aku x tahu, just terlupa..manusia kan mudah lupa.. dengan selalu bertanya, aku yakin dalam hidup aku... aku rasa seperti aku di-track yang betul.. Tapi ada jugak manusia yang jawab..
"Loorr, xkan itu pun tak tahu.."
"Ini budak kecik pun boleh jawab."

Aku hanya mampu tersenyum. Takut dengan azab Allah. Bukankah jawapan itu jawapan orang-orang yang RIAK?
  • Aku mungkin mahir dalam MATHS.. tapi aku JAHIL dalam ilmu Islam.. Kekadang tu, aku x berani nak buat keputusan, specially dalam bab-bab agama.. Dalam hidup aku, lebih banyak melibatkan soal agama daripada soal MATHS ataupun Science.. Dalam khidupan aku banyak tentang Islam, dan banyak yang aku perlu belajar.
Kekadang tu, waktu jalan-jalan kat Sunway Pyramid, aku terpandang pasangan couple..aku monolog dalaman:
"Depa ni pegang2, HARAM tu.. Tapi pandai-pandai je aku nak letak hukum HARAM, mana nak tau kot depa dah kahwin.. Thinks positive Ferzly.. Tapi kalau dah kahwin, boleh ke bermesra-mesra depan khalayak ramai? Apa hukumnya kalau pasangan yang dah berkahwin buat mcm tu? Kalau kena tangkap khalwat, mcm mana pulak? Adakah berdosa, x kisah dosa kecik ke besar, berdosa dak?"

Dari satu step persoalan ke satu step persoalan muncul dalam diri aku.. Sama la jugak aku tengok kekawan aku:
"Cara dia bagi nasihat macam marah je.. Setahu aku, Nabi Muhammad tak ajar macam tu.. Pernah ke Nabi Muhammmad marah para sahabat?"

Huhu.. Kekadang tu, situasi dan keadaan sekeliling membuat aku bertanya.. Dan interest aku sebenarnya kat tempat lain.. Bukan aku nak tanya cara2 memberi nasihat, tetapi nak tahu lebih dalam mengenai rasul aku..
  • Ada setengah orang tu, selagi dia x berhadapan dengan masalah, dia takkan bertanya.. Macam aku, aku kena selalu bertanya, FUTURE TEACHER.. Aku pasti, masa depan aku nanti lagi banyak persoalan akan ditujukan kat aku.. Just get my self be prepare.. Takkan la pada masa tu, baru nak pergi tanya ustaz. Dan pada waktu tu, adalah sudah terlambat bagi aku.. Kekadang tu, takkan la kita nak buat semuanya berdasarkan logic, Islam bukan berdasarkan logic tapi berlandaskan Al-Quran dan hadis... Kekadang tu, kalau kita fikir logic satu perkara tu mcm x berdosa tapi sebenarnya HARAM.. mcm minum arak, minum sikit x mabuk.. Islam kata kalau minuman yang memabukkan itu haram.. tapi dalam topic lain, Islam mengharamkan arak itu sendiri.. Itu la pentingnya, jangan lah semua perkara kita ikut akal logic fikiran...
Setakat ni, aku x nampak lagi keburukan bertanya.

Salah ke aku kalau aku banyak tanya?

::Dah nak abis post pun nak tanya lagi.. pening2.. Hehe..???::

Yang ????
FERZLY aka the 3rd.

No comments:

Post a Comment