MELBOURNE

Friday, May 7, 2010

:: The NATURE ::

Assalammualaikum..

This post is only about pictures.. a lot of pictures.. and the theme is NATURE..

You all have my permission to take them as yours.. because the nature is ours..

"All the pictures are around us.. Don't waste them.."

Enjoy.. :)

They are just tiny flowers

Just a bunch of flowers with a little bit focus.

Actually a normal can be abnormal.

From a simple can be complicated

The beauty is around us.

It just a drop of water.

Everything is perfect where they are.

Flowers..

Like blue berries..

The busy bee in the morning.

It is still early for SPRING..
With the difference angle, give the difference image.
Fruits

The duck that never get dirty.

Love flowers.. they all beautiful wherever they are.

Smile, you are in the picture.

Dragonfly.. Nice..

1..2..3.. JUMP!!

It make me feel like in Malaysia.

The ROS Garden.
Nice to see them freely swim around me.

The cute duck in Monash University.

Time to learn how to fly.

This is my "friend" that help me to "catch" all these above.
Picture of you
FERZLY aka the 3rd

Wednesday, May 5, 2010

:: Dia Si siput BABI ::

Assalammualaikum..

Dia Si Siput Babi..

Siapa yang tak kenal siput babi?

Siput babi adalah sejenis siput, bukan sejenis babi.. Boleh dipegang, bukan najis mughallazah... dikatakan haram untuk dimakan..

Antara banyak-banyak binatang atas bumi ni, DIA la yang paling aku jaga keselamatannya..

Aku respect DIA..

Memang dikenali dikalang kawan-kawan, Ferzly the Siput-Babi-man..

Aku kesian mengenang nasib si DIA...

Hidup merempat dicelah-celah pokok...kekadang takut, sembunyi di bawah tanah.. Kehadirannya dalam suatu ekosistem dianggap suatu bala.. bencana.. musibah..

Digelarkan perosak.. Gunakan racun.. Dicampak, dibaling.. Keluar daripada komuniti..

Sedih..

Aku pun pernah hidup merempat.. merempat di negara orang... dan sekarang ni, x tahu la samada aku digelar merempat ataupun x.. Sebab sekarang ni aku duk kat Rusden.. Kalau digelar merempat...maka aku (merempat)^2 laa..

Senasib..

Kewujudan DIA x pernah dihiraukan oleh manusia... Buktinya, pernah jumpa dah siput babi dalam Zoo? X pernah pun.. Kalau ada pun, siput tu merempat dalam Zoo tu.. mana ada satu kawasan khas untuk siput babi.. x pernah aku jumpa lagi Zoo Siput Babi...

Sedangkan babi pun ada kandang khas dalam Zoo.. Nak katakan yang taraf babi lagi tinggi daripada si DIA di mata manusia...

Bukankah itu satu penghinaan, dimana babi lagi dihargai daripada si DIA..

X adil...

Pada hal, DIA adalah satu-satunya siput yang hidup di atas darat... Mana ada "siput daun", "siput pokok"..

Siapa yang sedar??

Tak de siapa yang sedar... dan tak de siapa yang kisah...

Kesian DIA..

Perjalanan hidup DIA terhad.. Kawasan kehidupan pun terhad disebabkan pembangunan manusia...

DIA hanya berhijrah bila hujan... x boleh jalan atas permukaan kering, sakit badan DIA... Bila waktu hujan, baru la memulakan kehidupan baru.. Itu pun belum pasti lagi..

Dirinya seperti SAMPAH.. malah lagi hina daripada sampah..

Bila orang pijak sampah, at least ada yang kutip, malah ada pulak kawasan khas untuk perlonggokkan sampah. Dan sesampah-sampah manusia pun, ada jugak tapak untuk pemulihan..

Tapi kalau DIA dipijak tak de siapa yang nak kutip.. malah ada yang buat-buat tak sedar bila terpijak..

Sakitnya hati aku tengok...

Tiada tempat bagi DIA untuk hidup dan mati dimata manusia..

DIA mengambil semua peluang untuk terus hidup.. tidak pernah lelah untuk terus mengesot dari satu tempat ke tempat yang lain...walaupun dia sedar dirinya lembik dan lembab, namun ketabahan untuk terus hidup terus cekal..

DIA bergantung pada cengkerangnya.. itu la rumah.. itu la pelindung, hujan dan panas.. Dan akhirnya, itu la jugak keranda baginya..

Kesiannya..

Aku pun pernah jugak terpijak si DIA.. Rasa bersalah giler, sedih..

Bila aku tengok cengkerang yang pecah menyucuk-nyucuk badan DIA.. Bendalir DIA semakin banyak, mungkin itu adalah darah baginya..

Duduk tersenyap, bersabar dengan karenah manusia.. menunggu saat-saat akhir di atas bumi Allah.. Adakah DIA telah menyerah kalah? Memilih mati daripada terus dihina oleh manusia...

"Biar semua manusia menghina mu, mengabai mu, tapi aku akan terus menghargai mu, menjunjung ketabahan mu dalam meneruskan kehidupan dalam kegelapan, yang penuh dengan penghinaan."

Apa yang aku boleh buat? Perlu ke aku tarik satu-satu sepirhan cengkerang tu..mesti bertambah sakit..

Bendalir semakin banyak..

Mungkin DIA akan kehilangan banyak darah... masih ada harapan ke? Aku semakin panik..Perlu ke aku menelefon 999? Nanti orang kata aku gila pulak..

Aku tak boleh buat apa-apa... hanya berdoa agar Allah mengurangkan kesakitan DIA, agar dipermudahkan nyawanya ditarik..

Sebak hati mengenang nasib si DIA..

*Di sini aku nak menyeru semua kawan-kawan aku supaya kita semua menghargai si DIA... Jangan sampai suatu hari nanti generasi muda kita tidak lagi mengetahui siapa diri DIA..

Dengan ini, saya sebagai wakil pembela nasib SIPUT BABI sedunia, ingin bersama-sama mengajak seluruh manusia untuk berkempen seumur hidup, untuk memelihara, menjaga spesis SIPUT BABI..dan berhati-hati ketika berjalan lepas hujan..dan kutip mayat siput babi yg dipijak.. dengan bertemakan

"Bersatu Untuk Siput Babi Untuk Generasi"

The Siput-Babi-man
FERZLY aka the 3rd

Saturday, April 24, 2010

::The Bulletproof::

Assalammualaikum..

Sesungguhnya ketika aku menulis post kali, hati aku "berdarah".. Perasaan aku seperti awam hitam yang suram..

"I can take all the bullets.. I can take all the shoots on me... But one thing you should know, I'm not a bulletproot.."

Kecewa..

Mungkin salah aku.. tapi kenapa aku x melawan? Kenapa aku x balas semuanya? Kenapa aku terima semuanya? Kenapa aku x membela diri aku?? Kenapa aku senyap?

Kenapa aku biar orang marah aku sehinggakan aku rasa sangat RENDAH & HINA?

Kenapa?!

Penakut? Pengecut?!!

Dari kecik lagi, aku selalu berdoa.. agar diberi kekuatan untuk aku MARAH.. untuk aku berani MENINGGIKAN suara.. untuk aku berani TUMBUK seseorang yang aku marah.. Tapi sampai sekarang aku masih x mampu untuk melepaskan kemarahan aku..

Apa yang aku buat, just BERSABAR.. tapi sampai bila? Sampai semua orang sekeliling aku NAIK LEMAK...??

Semua kemarahan, aku jadikan air mata.. Aku tanggung sendiri. Aku neutralize kesemua kemarahan aku.. Demi menjaga keselesaan orang sekeliling aku..

Aku bukan NABI tapi aku sentiasa berusaha untuk jadi seperti NABI.. Aku x sempurna seperti NABI, tapi aku berusaha menyempurnakan diri aku seperti NABI..

Aku respect Rasullullah saw.. Aku tahu baginda seorang yang penyabar, sangat penyabar..

"Ya Rasullullah, macam mana la kamu boleh bertahan? Tak remuk ke hatimu? Tak tercalar ke hatimu? Dengan kutukkan, cacian dari bangsa, kaum sendiri.. Ya Rasullullah, kau ajarlah aku. Ajarlah aku apa itu sabar?"

Baru macam ni, aku dah rasa pedihnya bersabar nak menanggung kutukan, kemarahan kawan-kawan.. Macam mana la Rasullullah saw dapat tahan, dapat bersabar dengan karenah seluruh kaumnya, malah dapat hidup lagi dengan orang-orang yg mencaci dan hina baginda.

Aku mencintaimu, ya Rasullullah.

Memang sikap manusia suka "menembak".. Aku sabar pun salah, dikatakan pulak bagi muka sangat kat orang..

Aku x suka melafaskan kemarahan sebab aku takut aku menyakiti orang lain.. Aku tak nak hati orang lain tercakar sebab kemarahan aku.. Aku lebih prefer mendahului dengan kasih sayang dan kemarahan adalah cara yang paling last dan kalau boleh dielakkan, aku elak..

Aku berpegang pada satu statement,
"Apa yang kita buat, pasti akan dapat balasannya."

Tapi pada usia ni, aku mula ingin melepaskan pegangan itu..

Kita hormat orang, tapi belum tentu orang akan hormat kita.. Kita sayang kawan-kawan kita, tapi belum tentu kawan-kawan kita akan sayang kita.. Malah ada yang akan buat jahat kat kita, caci kita, hina kita.. maki hamun kita..

Mana kebenaran, "buat baik dibalas baik"..

Satu sifat aku... Hari ni aku terluka, esok pasti akan sembuh.. Aku yakin senyuman dapat menghilangkan kemarahan dan kesedihan.. Jangan menyimpan dendam, rosak hati..

"Sedangkan NABI ampunkan umat..inikan aku yang sekadar manusia.."

Hidup ni tak lama, sehari kita sedih.. kita dah membazir 24jam kehidupan kita yg sepatutnya kita gembira, kita senyum..

Sedih atau marah, FERZLY akan terus dan tetap akan SENYUM.. Biar senyuman itu PALSU atau BENAR, asalkan semua orang bahagia dengan senyuman aku, aku senang hati..

Inilah FERZLY.

*tak salah kalau nak marah.. tapi kalau kemarahan itu menyakiti seseorang, itu bukan mendidik tapi ia akan meninggalkan satu kesan parut kat hati dia.. Tegur la dengan kasih sayang dan kesabaran.. Ini la sebab aku tak suka marah.. Maaf..

The Forbidden to be Angry,
F.E.R.Z.L.Y aka the 2nd

Tuesday, April 6, 2010

::Bayangan Muslimah::

Assalammualaikum..

Pernah dulu aku dinasihat:

"Hang kalau nak jadi jahat, jadi la.. asalkan hang jangan tinggal solat, specially solat SUBUH.. dan bercita-cita la untuk dapat isteri yang baik/solehah."

Waktu tu, aku rasa aku umur 13tahun.. Dulu aku ni, agak lurus bendul jugak la.. Apa yang orang cakap, telan je.. Apa yang aku terfikir waktu tu adalah..

"Ooo..boleh jadi jahat rupanya, asalkan tak tinggal solat SUBUH dan nak isteri yg baik, solehah.. Nak isteri yg pakai tudung labuh."

Lepas aku tanam perception macam tu, sebenarnya..

"Nak bangun SUBUH lagi susah daripada nak jadi jahat... macam mana nak jadi jahat, asik tinggal solat SUBUH?? Macam tu, kena jadi baik je la.."

Point ke-2, pasal isteri.. Perangai hodoh, berangan nak isteri baik/solehah.. Memang susah la nak dapat...

Dalam Al-Quran sendiri tertulis:

"Wanita-wanita yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat. Lelaki-lelaki yang jahat untuk wanita-wanita yang jahat. Wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. Mereka (yang baik-baik itu) lepas dari tuduhan yang dilontarkan. Bagi mereka keampunan dan rezeki yang baik."(An-Nuur 26)

Ayat ni memang famous kalau bercakap pasal jodoh. Tapi apa yang menariknya adalah ayat 3 dalam surah yang sama, An-Nuur:

"Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin mengahwini melainkan wanita yang berzina atau wanita yang musyrik. Dan wanita yang berzina tidak ingin dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan demikian itu terlarang (melakukannya)kepada orang-orang yang beriman."(An-Nuur 3)

Dalam ayat ni, diterangkan oleh Allah bahawa lelaki yang penzina hanya akan berkahwin dengan perempuan yang penzina.. Dan ingatlah apa itu ZINA? Bukan setelah mendapat anak luar nikah, baru dikatakan ZINA..

Aku terfikir, bercouple pun banyak melakukan zina.. Maka memang ternyata la ayat An-Nuur 3 ni. Aku tersentak, baru sekarang aku sedar setelah sekian lama aku bercakap pasal couple. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.

Subhanallah..

Ayat An-Nuur 26 tu, menyatakan Islam telah mengaturkan cara-cara pemilihan pasangan, iaitu kedua suami isteri itu sekufu dan bersesuaian mengenai kecerdasan, kemahuan dan tingkah lakunya, agar kuat perhubungan di antara kedua-duanya, sehinggakan tidak dapat diputuskan oleh penceraian.

Itulah sebabnya, kalau kita berkahwin kerana NAFSU, maka kita akan dapat NAFSU.. Kalau kerana kecantikan, maka kita akan dapat kecantikan.. Tapi semua tu hanyalah sementara, lepas dah puas.. mula timbul rasa kecewa dan menyesal, itu la timbul "PENCERAIAN" bila perkahwinan bukan kerana niat yang betul.

Dalam ayat 187 surah Al-Baqarah, Allah berfirman:

"Perempuan(isteri) itu adalah pakaian kamu dan kamu juga pakaian bagi mereka."

So, pakaian tu mesti la sesuai dengan badan si pemakai. Kalau x, memang x tahan lama la pakaian tu..

So, kesimpulannya.. Kalau x solat Subuh, jadi baik..tapi kalau jadi baik tapi x solat Subuh macam mana nak dapat isteri yang solehah...

Baru sekarang aku terfikir... Aku kena TIPU rupanya.. tapi tipuan itu la yang mendorong aku untuk terus jadi baik dan berhasrat untuk mendapat sesuatu yang baik, untuk aku mengenal apa itu kebaikan yang sebenar.

Alhamdullillah..
*kepada adik-adik bawah umur, lepas ni jangan x solat subuh pulak... sebab abg Ferzly cakap kalau x solat subuh, jadi baik... Mati aku, sampaikan ajaran sesat pulak.. hehe..

Yang Tertipu,
FERZLY aka The 2nd

Sunday, March 21, 2010

::"Lama tak ke Beddo"::

Assalammualaikum..

Huhu..selama hampir sebulan aku menyepikan diri.. kini kembali ke Dynamics 4..

Sebuah dunia ke-2 aku, yang memperbincang 4 pendapat yang berbeza dan kesimpulan yang 1, basic pada yang 1.. iaitu Islam..

Berdasarkan tajuk tu.. bukan la aku nak mencerita atau mengajak para pembaca blog aku ini untuk ke Beddo, sebuah masjid, satu-satu nya masjid untuk para student muslim di Monash University..

Tapi sebaliknya, statement tu dituju khas untuk aku...

"Lama hang x ke masjid.. sejak-sejak pergi class fitness terus x gi masjid."

Memang terasa.. tapi nak buat macam mana.. dah memang betul..

So, pada keesokkan harinya, aku pergi ke Beddo.. pada mulanya niat aku ikhlas..
"Nak ke Beddo, solat berjemaah.. besar pahalanya.. Lagi pun, memang dituntut oleh Rasullullah saw untuk kaum lelaki untuk bersolat berjemaah di Masjid."

Selepas solat, aku mencari seseorang yang pandai berkata-kata.. Jelas dalam pandangan dia x datang.. dalam hati aku tersenyum syaitan..
"Cakap je pandai.. suruh orang pergi masjid, tapi diri sendiri x nampak.. Huhu.."

Tetiba aku tersentak, Ferzly ke-2 masuk:
"Kenapa cakap macam tu? Kan x ikhlas pergi ke masjid.. astaghfirullah al azim."

Apa bezanya aku dengan orang lain kalau aku berfikiran macam tu..?

Kita selalu dengar statemant aku tu:
"Cakap je pandai, buat x pun.."

Tapi sebaliknya aku patut bersyukur. At least masih wujud dalam dunia ni, orang-orang yang menyeru ke arah kebaikan.. Walaupun dia x buat sepertimana yg dia cakap, at least dia suruh orang lain jadi baik daripada dia. Dan mungkin dia ada sebab2 tertentu.

Dan adalah lebih baik menyeru orang ke arah kebaikan daripada mengajak kekawan ke arah yang melalaikan..ke arah maksiat.. Betul dak?

Dulu, orang Malaysia suka cakap kat Ustaz Ahkil Haii.. "Cakap je pandai.." Tapi bila aku fikir balik..

At least dia pandai bercakap.. berdakwah.. cakap pasal Islam.. tapi kita hanya duduk dalam rumah tgk Melodi, mengutuk orang..

Memang la nampak macam x betul.. tapi sejauh mana kita tahu sebab-sebab situasi tu yg sebenar.. Bagus daripada kita yang hanya duduk dan mengkritik..

Kat sini aku nak katakan yang aku pun pernah buat silap.. pernah berfikir benda2 yang x elok...

Aku ni manusia, hamba Allah.. Aku x mampu memberhentikan diri aku daripada melakukan dosa, tapi aku mampu untuk mengawal diri aku mengurangkan melakukan dosa...

Amin..

Yang Memohon Maaf,
FERZLY aka The 1st.

Saturday, February 20, 2010

::Jari Jemari::

Assalammualaikum..

Hari ni terbaca sebuah blog mengenai jari jemari kita.. Memang lawak.. tapi banyak yang tersedar daripada blog tu..

Jari ibu ni melambangkan agama islam atau IMAN!, merupakan jari yg terpenting sekali dlm ke semua jari-jemari, tanpa jari ini(insyaAllah) tak boleh nak suap nasi ke mulut, nak pegang pisau, nak hantar SMS, nak picit jerawat, nak tekan spacebar, nak itu-ini.

Sebegitulah pentingnya iman pada hidup ini.. dan bila jadi mayat kelak... sangat penting!!!

Jari telunjuk pulak mewakili ILMU, contoh bila org tanya mana masjid? Tu, sambil menunjukkan dengan jari telunjuk. Mana binatang jahat tu? Tuuuuuuu…tunjuk ngan jari telunjuk menunjukkan ilmu yg ada dan bukan nak menunjuk-nunjuk.

Jari hantu mewakili jari nafsu. Sekarang cuba bandingkan, kelihatan jari ‘nafsu’ ni lebih tinggi dari jari ilmu, (jari hantu lebih tinggi dari jari telunjuk). Ini bermakana walau camne terer pun ilmu agama , nafsu tetap mendahului, sebab tu nabi suruh kahwin cepat cepat!!! (tak tahulah kalau jari korang sama panjang-alien ke apa?)

Jari manis di ibaratkan sebagai seorang isteri yang manis.. isteri yang dapat meredakan nafsu shahwat lelaki. Bila kita renung akan jari manis ini, maka kita dapati, jari manis dan jari ilmu akan mengapit jari nafsu…(jari manis dan jari telunjuk akan mengapit jari hantu!), maka nafsu akan terkawal… begitulah pentingnya iman, ilmu amalan dan isteri solehah!! (amin.. Ya rabbil a’lamin)

Dan jari kelingkel mewakili anak2. Inilah satu kehidupan yg sempurna, Sabda Nabi lebih kurang maksud: org yg berkahwin telah meyempurnakan separuh dari agama…ustaz pulak kata;yg separuh lagi(5 jari) adalah rukun islam!

Huhu...

Yang Benar,
FERZLY aka The 2nd

Sunday, February 7, 2010

::Couple itu HARAM::

Assalammualaikum..

Post kali ni adalah satu email yang aku dapat daripada sesorang..
-------------------------------------------------
Couple: Hukum dan Pandangan

Assalmmualaikum..

"Dan janganlah kamu campur-adukkan yang hak dengan yang batil, dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedangkan kamu mengetahuinya.."
(surah al-Baqarah: 44)


Saya memulakan hujah saya dengan ayat al-Quran sebagai asas:

1. Saya x menafikan ramai yang kata "kami x buat apapun, duduk,borak2 je" dan yg lebih parah ada yang kata "walaupun couple tapi kami xpernah buat maksiat".

Hujah:
Firman Allah di dalam kalamnya:
"Dan jangalah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalha suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(surah al-Isra':32)


Sebenarnya zina terdiri dari pelbagai jenis. Saya x nafikan ada jugak pasangan couple yang x melakukan zina secara zahiri(hakikat) tapi mampukah pasangan ini mengelakan zina mata, tangan, kaki dan hati?
  • Zina mata - memandang pasangan, x kisah la reality ataupun imaginary.
  • Zina tangan - menaip mesej yang berunsurkan ayat cinta yang melalaikan, tersentuh dan berpegangan tangan.
  • Zina kaki - melangkah untuk bertemu pasangan sedangkan niat pertemuan adalah untuk seuatu yang lagho'.
  • Zina hati - terbayangkan pasangan.
  • Dan juga zina mata, lidah, telinga dan anggota lain.
Sekiranya pasangan couple dapat mengelakkan semua jenis kategori zina ni, teruskan bercouple. Tapi adalah sesuatu yang mustahil untuk setiap manusia yang dikurniakan akal dan nafsu dari tidak memikirkan mengenai pasangan masing-masing.

Jelaslah walau mengelak macam mana pun, zina tetap juga akan berlaku..sebab itu saya menegaskan couple adalah HARAM kecuali pasangan tersebut yakin tidak akan berlaku zina terhadap seluruh anggota badan dan hati.. NAMUN ITU ADALAH MUSTAHIL.

2. Niat x pernah menghalalkan cara. Islam telah menyatakan yang batil itu tetap batil dan yang hak tetap hak.
Perlu diingatkan dalam bercouple masih ada makhluk ketiga iaitu syaitan. Peranan syaitan adalah untuk menutup mata manusia agar sesuatu yang buruk itu dipandang indah. Syaitan telah berjanji dihadapan Allah untuk menyesatkan manusia dengan sesatan yg nyata. Tidak mustahil bagi syaitan untuk menjerumuskan pasangan yg tgh masyuk bercinta ke lembah zina. Nauzubillahi min zalik.
Hujah saya ini disandarkan pada firman Allah yang bermaksud:

"Dan juga kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan Allah, sedangkan mereka adalah golongan yang berpandangan tajam (mereka yg berpendidikan agama)"
(surah al-Ankabut: 38)


3. Couple bukan jaminan kebahagian. Alhamdullillah mungkin bidang undang-undang yang saya pilih mendedahkan saya kepada hakikat sebenar kehidupan rumahtangga kerana kehidupan harian saya di UKM banyak terisi dengan kes-kes kekeluargaan. Pada ketika ini, saya masih sibuk dengan kes perceraian seorang hamba Allah dari mahkamah syariah di satu negeri. Secara ringkas fakta kesnya, client saya telah bercinta selama 7 tahun tapi bernikah hanya dalam tempoh 40jam sahaja dan telah melafazkan cerai terhadap isteri dengan talak 2.
Pengalaman ini mendedahkan saya bahawa couple x menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga. Alasan yang dapat saya simpulkan adalah kerana perhubungan yang dibina berdasarkan nafsu dan hubungan sebelumnya yang tidak diredhai Allah tidak akan berjaya.
Kata Imam Nawawi:

"Aku mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu."

Alangkah indah akhlak muslim sekiranya cinta yang diberi berdasarkan kehidupan syariat yang telah dianjurkan.
Dalam sajak Aminah Qutbi buat bakal suaminya: (Beliau adalah asik kepada Syed Qutb yg mati di tali gantung kerana ketajaman penanya)

"sekiranya kita cinta kepada manusia, tak semestinya manusia cinta kepada kita."

Menjawab hujah awak:
"bercouple tapi endingnya ke pelamin"
Pendapat saya masih menegaskan Syariat tidak menghalalkan cara. Walaupun endingnya sesuatu yang baik, namun sedarkan awak yang permulaannya adalah sesuatu yang dimurkai. Sekiranya seseorang lelaki tersebut benar2 menyukai seorang perempuan, jumpalah ibubapa kan itu yang lebih baik untuk menzahirkan niat dihati, untuk apa bercouple kalo x berani jumpa ibubapa, bukankah itu tanda x bersedia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga?

  • Untuk maklumat awak, saya baru menyiapkan satu kajian mengenai faktor penceraian masyarakat di Wilayah Kuala Lumpur dan keputusannya amat mengejutkan kerana secara purata pasangan yang bercerai adalah yang telah lama bercouple sebelum kahwin.
FROM: (Doesn't need to mention name), Deparment of Islamic Law, 2010.
--------------------------------
Pernah dulu aku bercakap pasal couple tu HARAM... tapi ramai yang bangkang, marah.. "Ferzly pandai-pandai buat hukum".. Lepas tu, aku senyap..mungkin betul aku pandai-pandai buat hukum. Mungkin aku masih lagi kekurangan ilmu.....

Tapi bukan aku seorang je hidup atas bumi... dan bukan semua berfikiran macam aku, tapi still ada orang yang bersetuju dengan aku.

Alhamdullillah,
FERZLY aka The 1st