MELBOURNE

Tuesday, April 6, 2010

::Bayangan Muslimah::

Assalammualaikum..

Pernah dulu aku dinasihat:

"Hang kalau nak jadi jahat, jadi la.. asalkan hang jangan tinggal solat, specially solat SUBUH.. dan bercita-cita la untuk dapat isteri yang baik/solehah."

Waktu tu, aku rasa aku umur 13tahun.. Dulu aku ni, agak lurus bendul jugak la.. Apa yang orang cakap, telan je.. Apa yang aku terfikir waktu tu adalah..

"Ooo..boleh jadi jahat rupanya, asalkan tak tinggal solat SUBUH dan nak isteri yg baik, solehah.. Nak isteri yg pakai tudung labuh."

Lepas aku tanam perception macam tu, sebenarnya..

"Nak bangun SUBUH lagi susah daripada nak jadi jahat... macam mana nak jadi jahat, asik tinggal solat SUBUH?? Macam tu, kena jadi baik je la.."

Point ke-2, pasal isteri.. Perangai hodoh, berangan nak isteri baik/solehah.. Memang susah la nak dapat...

Dalam Al-Quran sendiri tertulis:

"Wanita-wanita yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat. Lelaki-lelaki yang jahat untuk wanita-wanita yang jahat. Wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. Mereka (yang baik-baik itu) lepas dari tuduhan yang dilontarkan. Bagi mereka keampunan dan rezeki yang baik."(An-Nuur 26)

Ayat ni memang famous kalau bercakap pasal jodoh. Tapi apa yang menariknya adalah ayat 3 dalam surah yang sama, An-Nuur:

"Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin mengahwini melainkan wanita yang berzina atau wanita yang musyrik. Dan wanita yang berzina tidak ingin dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan demikian itu terlarang (melakukannya)kepada orang-orang yang beriman."(An-Nuur 3)

Dalam ayat ni, diterangkan oleh Allah bahawa lelaki yang penzina hanya akan berkahwin dengan perempuan yang penzina.. Dan ingatlah apa itu ZINA? Bukan setelah mendapat anak luar nikah, baru dikatakan ZINA..

Aku terfikir, bercouple pun banyak melakukan zina.. Maka memang ternyata la ayat An-Nuur 3 ni. Aku tersentak, baru sekarang aku sedar setelah sekian lama aku bercakap pasal couple. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.

Subhanallah..

Ayat An-Nuur 26 tu, menyatakan Islam telah mengaturkan cara-cara pemilihan pasangan, iaitu kedua suami isteri itu sekufu dan bersesuaian mengenai kecerdasan, kemahuan dan tingkah lakunya, agar kuat perhubungan di antara kedua-duanya, sehinggakan tidak dapat diputuskan oleh penceraian.

Itulah sebabnya, kalau kita berkahwin kerana NAFSU, maka kita akan dapat NAFSU.. Kalau kerana kecantikan, maka kita akan dapat kecantikan.. Tapi semua tu hanyalah sementara, lepas dah puas.. mula timbul rasa kecewa dan menyesal, itu la timbul "PENCERAIAN" bila perkahwinan bukan kerana niat yang betul.

Dalam ayat 187 surah Al-Baqarah, Allah berfirman:

"Perempuan(isteri) itu adalah pakaian kamu dan kamu juga pakaian bagi mereka."

So, pakaian tu mesti la sesuai dengan badan si pemakai. Kalau x, memang x tahan lama la pakaian tu..

So, kesimpulannya.. Kalau x solat Subuh, jadi baik..tapi kalau jadi baik tapi x solat Subuh macam mana nak dapat isteri yang solehah...

Baru sekarang aku terfikir... Aku kena TIPU rupanya.. tapi tipuan itu la yang mendorong aku untuk terus jadi baik dan berhasrat untuk mendapat sesuatu yang baik, untuk aku mengenal apa itu kebaikan yang sebenar.

Alhamdullillah..
*kepada adik-adik bawah umur, lepas ni jangan x solat subuh pulak... sebab abg Ferzly cakap kalau x solat subuh, jadi baik... Mati aku, sampaikan ajaran sesat pulak.. hehe..

Yang Tertipu,
FERZLY aka The 2nd

1 comment: