MELBOURNE

Thursday, June 10, 2010

:: Aku adalah Aku ::

Assalammualaikum..

Aku adalah aku

Adalah sesuatu yang ingin aku sampaikan tentang aku... apa yang aku cuba maksudkan adalah aku... apa yang dimaksudkan oleh "aku"?

Aku adalah aku

Aku adalah Ferzly... seorang lelaki yang berkaca mata, pinggan 30", dada 32", bahu 32.5".. Nak kata handsome, ada rupa... Nak kata smart, ada gaya.. Nak kata hot, terasa kehangatannya..

Aku adalah aku

Segalanya bagi aku adalah tentang aku... Senang kata, aku lebih mengutamakan diri sendiri daripada orang lain...

bukan mementingkan diri sendiri..

Aku adalah aku

Aku seorang yang lebih suka bersendirian daripada berkumpulan... tapi aku lebih prefer berpasangan daripada bersendirian..

Apa-apa pun, buat masa sekarang aku masih belum lagi mampu untuk menaruh kepercayaan dan harapan pada manusia...

Itu la sebabnya kalau nampak aku pergi mana2, aku seorang-seorang... p kerja seorang2, pergi NZ seorang-seorang..

Ada banyak advantages bergerak seorang daripada bergerak berkumpulan:
  1. Senang! Kemana nak pergi, atas kehendak kaki sendiri.. xperlu nak ikut kaki orang lain..
  2. Orang senang nak tegur kita... kalau bergerak dalam kumpulan, orang takut nak tegur kita.. Dan kita pun senang nak tegur orang.. Bergerak seorang dapat kenal lebih ramai orang..
  3. Kita xkan rasa tersisih ataupun menjadi bahan tawa/permainan..
  4. Lebih berdikari..
  5. Banyak belajar untuk terus bergerak..
Seronok sebenarnya bila kita bergerak sendiri...

Manusia
bukan boleh percaya sangat sebenarnya...

Manusia
hanya menjadikan kawan sebagai alat kemudahan untuk hidup

Manusia
hanya jadi kawan pada masa senang..

Lagi pun, manusia sendiri nasihat..."berkawan berpada-pada..."

Aku pelik..

Bila merokok, lagi best berjemaah.... Tapi bila solat, orang lebih prefer seorang-seorang.. Solat berjemaah x best ke?

Bila main bola, kena ada lebih daripada seorang...Kalau x cukup orang, kita sanggup call kawan2, berusaha cari orang bagi cukup team... Tapi bila solat, kita senyap-senyap je solat seorang-seorang..

Bila nak pergi jalan-jalan, nak buat apa-apa... nak buat berkumpulan, tapi bila azan berkumandang, semua orang lari masuk dalam bilik masing-masing...

Sekarang ni, bagi aku solat sepatutnya diutamakan utk berjemaah... yang lain x berjemaah pun xpe..

Dan dalam urusan lain, diri sendiri harus diutamakan sebelum kita nak fikir pasal diri orang lain... Ini bukan soal mementingkan diri sendiri ataupun tak, tapi ini adalah untuk kita untuk terus hidup..

Aku adalah aku

Aku adalah Ferzly..

Yang diakui,
FERZLY aka the 4th..

Monday, June 7, 2010

:: Aku Mencintai Beddo ::

Assalammualaikum..

Keadaan makin sejuk... setiap hari mendung... awan gelap dari pagi hingga ke malam.. Mana la Matahari menghilangkan diri??

Mungkin selama ni aku terlalu merindui Bulan sehinggakan aku melupakan tentang Matahari...

"Matahari, adakah engkau meminggirkan diri dari aku?"

Uuuuhhhh!! Kalau nak keluar rumah, kena pakai baju tebal2.. Stoking berlapis-lapis... Kalau boleh, macam nak bawa je selimut tebal aku bersama..

Beddo!!... Masjid Beddo!!... dah lama x pergi solat berjemaah... sebab sejuk hingga ke tulang sum-sum...

"Aaaah!! Semua tu alasan je, Ferzly."

Teringat waktu kecik-kecik dulu..waktu 1st and 2nd year.. Ooo.. terlupa lagi satu year... 3rd year..

Rajin pergi Beddo...

Baik dak? Huhuhu.. Baik apa, niat pergi Beddo x betul.. Hehehe...

Beddo selalu buat makan-makan... Sedap makanan orang Arab, pastu boleh makan banyak-banyak.. Nasi Arab, perrhh!! Sehingga menjilat pinggang plastik..

Suka-suka.. sedap-sedap..

Memang waktu dulu niat ke masjid, tak betul... tapi dari situ la secara tak langsung mendidik aku untuk terus ke masjid dan sembahyang berjemaah... make friends..

Aku dengar banyak alasan kawan-kawan aku.. Bila ada kenduri kat Beddo, semua orang macam takut je nak datang... alasan:

"Kalau ada makan-makan, baru nak datang Beddo, nak datang masjid...Nanti orang kata apa pulak.."

Bagi aku.... Biar la kita nak datang masjid, rumah Allah..at least kita datang masjid daripada pergi lepak kat Chatstone(the nearest shopping complex in Clayton)...

Waktu dulu pun, ramai je kata kat aku macam tu...

"Asalkan ada makan-makan je, ada je Ferzly."

So, what? Yang penting, perut aku terisi... Alhamdullillah... Hehehe...

Lagi pun, yang akan sound kita macam tu, orang Melayu je.. Orang Arab, orang Islam lain tak cakap macam tu kat kita... malah sambut lagi kedatangan kita... suruh tambah lagi...

Berapa orang sangat orang Melayu yang datang Beddo.. dan daripada jumlah yang datang Beddo tu, hanya beberapa orang je yang akan sound kita...

See!! Kebarangkalian untuk kita di-sound "datang makan je" adalah kecik... So, datang, makan, solat dan balik dengan perut yg kenyang dan pahala berjemaah..

Hehehe...

Lepas tu, sikit-sikit la kita betulkan niat kita..

"Bila CINTA dah berputik, benda susah jadi senang.. sejuk jadi panas... alasan jadi cabaran..
CINTAI la rumah Allah.."


Hari ni aku dapat appel free untuk lunch dan sebungkus kentang dibawa balik ditaja khas oleh Masjid Beddo..

Terima kasih Beddo.. Sayang Beddo..

Aku mencintaimu, Beddo..
FERZLY aka 2nd

Saturday, June 5, 2010

:: Hari ni Hari Sabtu ::

Assalammualaikum...


Aku tengok kat luar... awan mendung seperti kelmarin.. Tak gelap macam malam, sebab sekarang baru kul 11 pagi...

Aku tengok dapur... beras dah nak abis, bawang dah abis.. gula dah abis, tepung dah abis... ayam dah abis.. Banyaknya bahan masak dah abis.. nak makan apa nanti? Exam dah dekat ni..

Aku tengok timetable aku... Hari ni ada Palestin Rally kat Melbourne.. Yang sepatutnya aku pergi.. Start kul 2pm..

Kalau aku pergi Clayton beli barang, sempat ke aku pergi Melbourne? Kalau aku pergi Melbourne, sempat ke aku balik beli ayam sebelum kul 5pm..? Kedai ayam tutup hari Sunday..

Kekawan semua sibuk study, sebab exam dah dekat.. Exam aku lambat lagi, 14hb ni...

So, aku buat keputusan pergi beli barang dapur dulu la... then kalau sempat aku pergi Melbourne.. Kalau x, duduk rumah buat Berry Tart..

Hehehe..

Kekadang rasa bersalah pulak, aku pun nak memperjuangkan Palestin jugak.. Tapi hausemate aku pesan, nak memperjuangkan Palestin x semestinya kena pergi perhimpunan tu.. Banyak benda lagi kita boleh buat...

Lagipun, abg Budin pernah pesan kalau kita nak mempertahankan apa2 pun, kena utamakan orang rumah dulu... Kena utamakan tanggungjawab kita dulu...

Kalau aku x pergi Clayton hari ni, bila lagi aku nak pergi beli barang.. Nanti lapar pulak kekawan aku yang nak exam ni...

So, hari ni hari Saturday, aku pergi Clayton la beli barang dapur.. Sambil tu boleh beli barang utk buat Berry Tart aku..

Huhu..

Hari tu dah buat Chicken Carry Pie...

Jadi!!! Sedap!!!

Alhamdullillah...

Oklah, satu pengajaran hari ni... walau apa pun perjuangan kita, jangan lupa tanggungjawab kita... respon terhadap orang-orang sekeliling kita..

Yang Pergi Clayton Hari Saturday,
FERZLY aka the 3rd

Sunday, May 30, 2010

::The Secrets of Beauty ::

Assalammualaikum...
Getah pokok...

Nyanyian burung berkicauan di pagi hari, memecah kesepian dunia.. rerama melintasi anak mata, membuat hati terasa tenang..

Bertapa amannya dunia..

Kelihatan sepasukan semut mengiringi perjalanan aku.. Manakala lebah begitu khusuk menjalankan tugasnya di awal pagi untuk menjaga keseimbangan dunia..

Alhamdullillah..

Burung-burung berterbangan di atas kepala seperti meraikan sesuatu.. Angin bertiup merdu, membawa semangat untuk terus hidup, menempuh cabaran dan ujian Mu.. Pepohon melambai-lambai seperti mendoakan kejayaan manusia...

Aku melihat sekeliling... aku merasai keagungan-Mu..

Alangkah bahagianya..

Disebelah kanan, ada sepasukan semut dan kiri, pepohon yang melambai...

Tapi dalam poket kanan ada Ipod Touch 2nd Generation 16GB yang mampu mengisi lebih daripada 1000 lagu dan video, pelbagai games sudah di-install...

Manakala di poket kiri, ada LG Veiwty KU990 yang mempunyai camera 5.0megapixel, ISO800 dengan Image Stabilizer dan di-support lagi dengan DIVX...

Kekadangan tu, kita x sedar yang disekeliling kita, semuanya ada.. Dan kita, pada hari ni, terlalu mengagung-agung "i" dan "e"... Ipod, Ipad, Iphone.. E-book, E-mail, E-business, E-bay.. dan mungkin pada masa akan datang, kita akan mengagungkan lebih banyak huruf A-Z...

Huhu..

Adakah technology melupakan kita tentang alam semula jadi??

Mungkin...

Nilai sesuatu kecantikkan semakin hilang disudut mata manusia...

Tak cukup ke dengan semua yang kita ada sekarang?

Kenapa kita perlu berkelahi?
...Padahal selama ni, kita berkongsi
Kenapa kita berperang?
...Kita hanya memusnahkan apa yang kita ada sekarang...

Semoga aku terus melihat kecantikan dunia lebih daripada kecantikan yang ditafsir oleh manusia..

Yang diperbuat daripada tanah,
FERZLY aka the 2nd

Friday, May 28, 2010

:: Saya ISLAM? ::

Assalammualaikum..

Alhamdullillah, hari ni, kita ada ahli baru dalam keluarga kita...

Dengan pelbagai fitnah yg telah dilemparkan pada umat Islam pada hari ini, still ada lagi manusia yang berminat untuk mengetahui apa itu Islam...cari apa itu Islam?

Lepas dia mengucap 2 kalimah shahadah yang panjang tu... Abu Omar(aka imam masjid Beddo) cetuskan satu persoalan untuk dia...

Dan persoalan tu jua seperti tamparan bagi aku...

Agak terkejut and terasa jugak la...

"Why made you choose Islam? How made you decide to choose Islam?"


Pernah dak kita tanya persoalan ni pada diri kita?

Kalau kita tanya diri kita pun, mesti ramai yg dapat jawab punya.. sebab kita Islam sejak lahir lagi. Ada sesetangah orang mungkin akan dapat jawab dengan alasan yg strong:
Islam ni agama yang menyatukan semua manusia.
Islam agama yang membawa keamanan dan kemakmuran atas dunia.
Islam mengajar manusia untuk menjadi manusia.
Islam membawa cahaya kepada manusia.

Kita akan memberi alasan yang mengagung-agungkan Islam... tapi adakah dalam hati kita benar-benar mengagungkan agama Islam?
Ramai yang kata, kita patut bersyukur dan bertuah sebab sejak lahir lagi dah Islam... Lahir dalam Islam... Tapi betul ke kita benar-benar rasa bertuah lahir dalam Islam?

Ada orang hanya di mulut je bertuah...hanya di mulut je agung... tapi perwatakan masih mengagung-agungkan budaya lain... Betul ke macam ni??

Tapi kalau kita cakap pasal perwatakan, penampilan... mula la keluar..
"Don't judge the book by its cover"
Huhu.. tapi kena ingat sekarang... para ulama dah lama mengkaji alasan tu.. Don't judge the book by its cover, tak boleh diguna-pakai dalam Islam...

Kalau nak suruh terang... kena buat post lain la.. menarik jugak topic tu..

So, sesama la kita fikir siapa diri kita sebenarnya...

Adakah kita hanya Islam pada Mycard & surat beranak...ataupun Islam pada hati dan budi..?

Yang Benar Tak Bohong
FERZLY aka the 1st

Sunday, May 23, 2010

::All about Mathematics::

Assalammualaikum..
Aku mungkin bukan seorang yg pandai.. nak kata bijak, pun x...

Yang ni aku boleh proof-kan, dengan result aku selama ni... Hehe..

Proven..

Walau macam mana pun, memang ternyata aku bukan seorang yang bodoh..

Sesiapa yang kenal aku, aku seorang yang suka keluarkan idea-idea yang pelik...

Ada setengah orang kata "idea bodoh". Anyway, at least, I try to come out with something rather than just copy and paste...or better than just sit and complain..

Contohnya ANAK(A)= HARTA(L) + ISTERI(OE)

Yang ni aku ambil daripada formula account.. and apply-kan dalam situasi yg berbeza..

Menarik..

Ramai yang berpendapat...

Mathematicians is a crazy..

Mungkin...

Ramai orang x nampak apa itu matematik sebenarnya... dan pada hal, matematik tu ada disekeliling kita...

Apa yang orang nampak, matematik adalah mengenai formula, number..integral..differential..

Tapi pada hal, matematik tu luas... luas sangat.. sedangkan setiap benda boleh dikaji dalam matematik..

Contohnya.. mencari jalan keluar... jalan keluar dari realiti ataupun masalah.. dan kajian jugak boleh dibuat terhadap binatang, object atau pun manusia sendiri..

Macam mencari jalan keluar untuk 100 pintu, jalan mana yg paling akan dipilih.. mencari pemilihan yg terbaik.. mengkaji cara sesuatu species membuat keputusan..

Semuanya ada relationship dengan matematik..

Menarik..

Of course mathematics is about formula... from the formula, it will produce a theory.. from theory, it relate to a phenomena..from phenomena, it will appear a life..

Someone said, "Aaaa...it just mathematics, not like engineering, medic.. That is easy.."

Here, no one realize how hard "mathematics" is? How big it can be?

Anyways, the questions is not about how difficult or big mathematics can be in a real life... but how wonderful, miracle it can be in our life...

Awesome..

Kekadang terfikir... aku begitu special sebab aku ambil bidang MATHEMATICS...dimana x ramai orang Malaysia yang sedar akan kelebihan bidang ni.... Yang kita tahu, Engineer, Doctor, Law...

Bila kita bercakap pasal engineer, kita boleh bercakap pasal chemical engineer, electrical engineer.. Doctor pakar, doctor sakit puan/tuan..tapi bila kita bercakap pasal matematik, matematics adalah subject di sekolah...

Huhu..

That is special sebab matematik ni x jelas, orang x nampak... dia datang secara senyap, dia pergi secara senyap..

I'm a Mathematicians,
FERZLY aka the 3rd.

Friday, May 7, 2010

:: The NATURE ::

Assalammualaikum..

This post is only about pictures.. a lot of pictures.. and the theme is NATURE..

You all have my permission to take them as yours.. because the nature is ours..

"All the pictures are around us.. Don't waste them.."

Enjoy.. :)

They are just tiny flowers

Just a bunch of flowers with a little bit focus.

Actually a normal can be abnormal.

From a simple can be complicated

The beauty is around us.

It just a drop of water.

Everything is perfect where they are.

Flowers..

Like blue berries..

The busy bee in the morning.

It is still early for SPRING..
With the difference angle, give the difference image.
Fruits

The duck that never get dirty.

Love flowers.. they all beautiful wherever they are.

Smile, you are in the picture.

Dragonfly.. Nice..

1..2..3.. JUMP!!

It make me feel like in Malaysia.

The ROS Garden.
Nice to see them freely swim around me.

The cute duck in Monash University.

Time to learn how to fly.

This is my "friend" that help me to "catch" all these above.
Picture of you
FERZLY aka the 3rd