Assalammualaikum..
Jilbab atau lebih dikenali sebagai TUDUNG, memang begitu familiar dikalangan orang Islam. Apa itu tudung sebenarnya?
Tudung adalah hanya sekadar sehelai kain.. Tiada apa yang lebih dan istimewa padanya..
Yang padanya kadang manik-manik yang menyilaukan sinaran matahari.. Menyebarkan sinaran matahari kepada tumbuh-tumbuhan untuk berfotosintesis..
Sedap mata memandang.. hati rasa tenang..
Tapi kadang-kadang plain...tanpa warna.. Putih, hitam, coklat.. Seolah-oleh seperti melihat awan yang berwarna-warni, mewarnai suasana.. membuat aku tersenyum seorang diri..
Rasa luas pemandangan.. Luas lagi pemikiran..
Tapi sekarang tudung tidak seperti dulu...
Jernih seperti embun di subuh hari.. Sejuk dan muram, mata melihatnya.. Tidak lagi seperti dulu... Kelihatan duri-duri rambut keluar dikelahan benang-benang tudung.. Tidak lagi sekemas dahulu, kelihat serabut jiwa si pemilik, serabut lagi mata si melihat..
Singkat dan dililit pada leher seperti menjerot leher. Tapi still boleh bernafas lagi la.. Adakah ini salah satu cara untuk memanjangkan leher si pemilik..?
Ermm..mungkin..
Ketat seperti ada saiz XXXS... Kelihatan seperti mengubah manusia kepada seperti seekor alien.. Takut untuk memandang.. Adakah ini caranya untuk menghalang kaum Adam melihat kaum Hawa?
X sangka..
Adakah ni semua fesyen? Dan yang pentingnya, adakah ini menutup aurat?
'Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menyekat pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka. Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan baju dengan tudung kepala mereka. Dan janganlah mereka menampakkan perhiasaannya, kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak mereka, anak-anak tiri mereka, saudara-saudara mereka, anak-anak bagi saudara mereka yang laki-laki, anak-anak bagi saudara mereka yang perempuan,wanita islam, hamba-hamba yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki yang tidak berkeinginan kepada wanita (sida-sida), anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka agar diketahui orang perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.' (Surah An-Nuur :31)
Sedih bila aku melihat di luar saya... Suasana tidak seperti apa yang aku bayangkan..
Aku takut untuk memilih pasanganku di atas dunia ini.. Aku takut kalau aku memilih seseorang kerana kecantikannya bukan kerana hati budi dan agamanya.. Seperti lelaki lain, aku jua mempunyai nafsu, menginginkan untuk memiliki yg cantik dan indah.
Tapi adakah itu akan membahagiakan aku? Adakah aku dapat membuat pilihan yang tepat?
Seorang wanita berjilbab... adalah seorang wanita yg sentiasa terukir dihati aku.. Biar sehodoh mana rupanya, asalkan ia mengerti erti NIKAH yg sebenar.. Biar segelap mana warna kulitnya, asalkan hatinya seputih awan di langit yg cerah..
Tudung itu indah dipakai oleh wanita.. Indah lagi jika ianya dipakai mengikut Islam..
Yang Ikhlas
FERZLY aka The 1st
No comments:
Post a Comment