MELBOURNE

Friday, May 1, 2009

MEN’S INFO

Assalammualaikum..

Ketika aku melabuhkan diri di katil merahku… Tiba-tiba aku terfikir akan kelemahan seorang lelaki. Sebulan yang lalu, aku ada terbaca mengenai isu rampasan ubat-ubatan penguat tenaga batin bagi lelaki di Malaysia.

Pelik! Adakah lelaki Malaysia semuanya lemah? Dan info tambahan, peratus pembeli yang paling tinggi adalah kaum MELAYU

So, conclusionnya, adakah lelaki Melayu Malaysia lemah tenaga batin?

Dan untuk menjawab persoalan aku ni, aku pun buat sedikit research mengenai "Permasalahan Lelaki dalam SEX." Dan inilah yang menyebabkan seseorang lelaki tu mencari jalan penyelesaian untuk masalah dia. Nak bertanya, malu. Nak pergi jumpa doctor, kedekut. So, pilih jalan sendiri, akhirnya bertambah teruk.

ALERT: Ubat-ubatan yang dijual di pasar malam dan di kedai kopi, sebenarnya akan mendatangkan keburukan daripada penyelesaian masalah.

Kita seharusnya kena mempersiapkan diri dan mengetahui gejala-gejala yang mungkin akan melemahkan tenaga batin kita.

INGAT! Di Malaysia, lebih kurang 3juta:20juta (setiap 1 diantara 3 lelaki Malaysia) mengalami masalah lemah tenaga batin.

Antara permasalahan lelaki adalah:

  1. Pramasa Ejakulasi.

    Kalau nak tahu apa dia, sila cari sendiri. Ini adalah masalah yang banyak berlaku dikalangan lelaki Asia. Oleh disebabkan ini la, lelaki-lelaki Asia, mencari jalan mudah dengan mengambil pil-pil penguat tenaga batin di pasar malam, atau di kedai-kedai runcit tanpa merujuk nasihat doctor terlebih dahulu.

    Faktor-faktor terjadinya pramasa ejakulasi adalah disebabkan kelemahan daya tahan lelaki, gangguan hormon, kelemahan fikiran, mental dan pengawalan nafsu.

    Persetubuhan yang normal bagi lelaki berlangsung antara 1-2 minit (10-20 gerakan). Dan ada sesetengah yang kuat, 5-10 minit tanpa apa-apa ubat atau perangsang.

    Dan ingat, pramasa ejakulasi adalah salah satu kelemahan lelaki yang memalukan.

  2. Otot zakar lemah

    Secara amnya, semua tahu apa yang dimaksudkan. Ini adalah disebabkan daya tahan diri sendiri. Dan ada sesetengah lelaki, lambat atau susah untuk bernafsu sehinggakan lama kelamaan, otot zakar menjadi lemah.

    Dan diingatkan jugak, kepada remaja, ONANI jugak adalah penyebab kelemahan ini. Kekerapan berONANI akan menyebabkan otot-otot zakar over action dan hilang daya tahan untuk terus tegang, disfuntion. Selain ONANI, menahan air mani keluar juga merupakan factor otot zakar lemah dan mengendur.

  3. Saiz dan kecacatan zakar.

    Saiz zakar juga memainkan peranan penting dalam hubungan seksual. Dan saiz zakar bagi lelaki asia adalah 5-7 inci. Jangan bagi isteri gelak di malam pertama.

    Selain itu, ada beberapa kecacatan bentuk zakar dikalangan lelaki (boleh check sendiri). Rambut sama hitam, zakar lain-lain.. Haha.. LAWAK SEX..

Rasanya ini je kelemahan tenaga batin lelaki yang aku baru tahu. Selain itu juga, ada masalah lain dalam hubungan seksual, macam suami malu melakukan hubungan seksual, sayang isteri sehinggakan tak nak bersetubuh. Kes-kes ini bukan dibawah tenaga batin lelaki, tetapi bermain dengan mental dan fikiran seseorang lelaki itu.

Sebenarnya cara mengatasi masalah ini adalah senang.

  • Jaga kesihatan dari segi pemakanan dan senaman. Ingat! Orang yang berotot, tak semestinya kuat di atas katil.
  • Gejala seperti merokok, onani, pengambilan ubat-ubatan berlebihan, dadah adalah factor mengundang permasalahan ini. So, kawan2 aku yang merokok dan ada yang pening sikit, panadol. Kawal ok? BAHAYA!!
  • Rujuk nasihat doctor sebelum pengambilan pil-pil atau rawatan tradisional.

Mungkin ada yang kata pelik, kenapa aku membincangkan topic macam ni? Sesuai ke? Atau perlu ke? Orang dulu x payah belajar pun macam mana nak bersetubuh, x risau pun.

FIKIR..

  • Wanita dulu sangat bergantung pada suami. Beza dengan wanita-wanita sekarang, lebih independent, berpelajaran, berkerjaya. Wanita sekarang ada WOMEN'S RIGHT.. Bebas bersuara.

    Pernah dak kita terfikir, kenapa Era dan Yusri bercerai? Hehe.. (Tak de kena-mengena pun) Tapi, permasalahan dalam hubuang seksual juga adalah salah satu factor yang menyebabkan penceraian dalam rumah tangga.

  • Dan dari segi Islamnya, sebagai seorang suami, kita wajib memberi NAFKAH BATIN kepada isteri kita. So, harap kita dapat tunaikan benda wajib ni.
  • Persediaan dan peringatan awal adalah lebih baik daripada menunggu result dia. Dan remaja sekarang bukan seperti remaja zaman dulu. Peratusan gejala ONANI dikalangan remaja adalah lebih tinggi kalau nak dibandingkan dengan lelaki yang sudah berumah tangga. Walaupun ada beberapa kebaikan berONANI tetapi KEBURUKAN di masa hadapan seharusnya perlu difikirkan oleh para remaja sekarang.
  • Dan aku rasa semua yang baca blog aku ni dah 18 tahun ke atas.

So, kepada sesiapa yang membaca post kali ni… Sokong lah SEX Education untuk diperkenalkan di Malaysia. Haha.. Aku akan naik parlimen untuk membincangkan hal ni. Support aku dari belakang..

Haha…

Comment post:

Kalau setuju dengan SEX Education diperkenalkan di Malaysia, TAIP "YA". Kalau tidak setuju, TAIP "TIDAK". Sila beri alasan kepada jawapan anda.


Thanks to,

FERZLY a.k.a The 3rd

10 comments:

  1. Salam...Bagus act artikel nie..
    Untuk survey tue, saya nk bg jawapan xpasti as minda rakyat Msia bukanlah minda kelas pertama lagi..ssh act nk perkenalkan pendidikan seks as Malaysian generally tersangat lah kreatif.Cthnya motor. Motor dicipta utk memudahkan tetapi apabila Mat Rempit dpt motor, lain jdnya..Sama jugek dgn pendidikan seks, saya khuatir kalo diorang tahu ape yg menyebabkan seks itu bahaya, tkt diorang buat exactly oppose ape yg disarankan. Cnthnya mcm ko Ferzly, kalo org suruh buat something yg baik, mesti ko nk buat exactly oppose jugek kan?betul x?

    ReplyDelete
  2. Ehh..Mana ada.. Itu Ferzly yang lain kot.. Salah orang ni.. Hehe..

    Kes Mat Rempit tu, satu hal jugak.. Sapa yang nak dipersalahkan.. Bagi pendapat saya la.. Walaupun, mak bapa adalah orang yang paling berhak dipersalahkan. Tapi kalau semua org take it serious, masalah ni dapat dielakkan.

    Dari segi pendidikan, tidak seharusnya ditumpukan pada akedemik saja, dari segi rohaniah dan mental atau pendik kata agama/iman dalam diri remaja sekarang perlu dititik berat oleh para pendidik. Cuba tengok sahsiah para mat rempit, ada dak mat rempit yang sopan santun, berbudi bahasa. Hehe..

    Dan kerajaan seharusnya memandang lebih serious berkenaan masalah ni. Bukan sibuk dengan pilihan raya saja dan perebutan kuasa. Compare to Australia, kadar pengeluaran motorsikal adalah lebih rendah daripada pengeluaran kenderaan lain. Pada masa yang sama, tingkatkan kualiti public transport.

    Apa yang kerajaan kita buat? Bina banggunan tinggi2, megah, bagi nama Malaysia menjulang tinggi di mata dunia.. Tak salah, tapi kerajaan seharusnya menitikberatkan hal-hal rakyat terdahulu sebelum hal negara.

    Selain tu, media-media masa jugak dapat memberi impact yang berkesan kepada masyarakat dengan membuat iklan-iklan berkenaan dengan kemalangan jalan raya, dadah, rokok. Boleh tgk iklan-iklan kat Australia ni. Kadang-kadang iklan seminit tapi maksud dia dalam sangat, buat kita berfikir. Kreatif!!

    Sama la, untuk memperkenalkan SEX EDUCATION, bukan ikut suka macam tu je. Seharusnya semua pihak harus bagi kerjasama, bukan UMNO buat hal sendiri, PAS buat hal sendiri..

    Pada masa yang sama, kadar pelacuran di Malaysia jugak perlu diselidik. Penubuhan-penubuhan kelab malam, pusat judi, seharusnya ditapis dan disiasat dengan detail.

    Memang la saya nak memperkenalkan SEX EDUCATION kat Malaysia.. Tapi saya tak boleh buat seorang-seorang.. Masih memerlukan orang dari semua pihak. Engineer, Accountant, Doctor, Pendidik, Pendakwah, Abg-abg Tablik, Kerajaan.. Semua kena bangun, bergading bahu..

    ReplyDelete
  3. About moto in Aus, mmg la kerajaan Aus xakan kuarkan motor byk coz sini sejuk.cuba bygkan time winter, ko sendiri pun malas nk jln ke Beddoe..Sama jugek seperti saya yg akan terasa berat utk kayuh basikal ke Beddoe...hehehe..

    Ape2 pun, saya masih tetap dgn pendirian Malaysia boleh mengadakan pendidikan seks, tetapi bukan dalam jangka waktu yg terdekat nie..

    Tp saya setuju with one of ur points there which is kita kena bina iman and sebarkan dakwah islam kepada setiap individu itu dulu.tp sebelum kita bina iman org lain, kita sendiri kena mempunyai iman yg kuat adn amalkan islam sendiri...mksdnya di sini kita perlu bina iman dalam diri kita dl...perlu ker???

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum..

    Pasal moto tu, bukan sebab sejuk.. "nak seribu daya, x hendak seribu dalih".. Pernah dak mat-mat rempit bagi alasan kalau depa nak rempit? Walaupun hujan sanggup diredah, biarkan pun panas sanggup menghitam.

    Itu la semangat org muda.. Dimana kerajaan Malaysia dah membazirkannya..

    Samalah, dengan kes Beddo, kalau kita betul-betul bersemangat dan ikhlas kerana Allah, mustahil kita akan bagi alasan. Walau jauh macam mana pun kita sanggup redah. Tapi di sini, aku akui jua yang iman aku semakin goyang. Tapi, insyaAllah, kita nasihat sesama sendiri.

    Cuba tgk kawan-kawan kita yang tak pernah dapat nasihat, ajakan untuk buat benda baik. apa yang jadi? Adakah kita terus nak memperbetulkan diri kita sendiri?

    Tak salah kalau kita nak bina iman dalam diri sendiri dulu..itu betul sangat!! Tapi, betul ke kita boleh bina iman tu sendiri? Duduk dalam bilik seorg-seorg, iman terbina. Kita bukan nabi yang dah dibersihkan hati daripada sifat-sifat mazmumah. Itu la wujudnya "DAKWAH" untuk manusia.

    Sama la juga kalau di-apply-kan dalam SEX EDUCATION.. SEX EDUCATION, bunyi macam lebih kepada SEX..Tapi sebenarnya depend pada kita macam mana nak menyampaikan SEX itu dalam cara yang betul, cara ISLAM.. Seperti mana yang aku cakap sebelum ni, semua org perlu terlibat.

    Dan SEX EDUCATION yang ingin aku perkenalkan bukan lebih kepada mcm mana nak ber-SEX, tapi lebih kepada cara mengatasi SEX tidak sihat dan masalah-masalah SEX. Dan penekanan dalam Islam harus diberi tumpuan dalam subject ni.

    Dan ingat, kalau kita memperkenalkan SEX EDUCATION kat Malaysia (CEH!! :) ). Kita bukanlah negara pertama yang memperkenalkan subject ni. Analysis impact kepada masyarakat yang sudah mengamalkan subject ni dalam nagara depa. Mungkin kita dapat tahu advantages and disadvantages SEX EDUCATION. Tapi sebagai negara ISLAM, SEX EDUCATION harusnya berlandaskan pengetahuan ISLAM.

    Dan benda ini tak akan jadi, kalau kita je yang kuat, orang lain hayut. Sepertimana yang aku belajar time kem Jalinan Musim Luruh, hidup kita ni lebih bermakna kalau berguna kepada masyarakat..Bukan untuk diri sendiri.

    Dan bukan bila dah jadi USTAZ, jadi IMAM, President Famsy ke, baru boleh nasihat orang, baru boleh cakap pasal ISLAM. Pemikiran macam ni lah buat negara kita jatuh. Kalau orang lekeh2 ni, cakap pasal ISLAM, org x pandang. Orang pandang golongan yg berpendidikan tinggi. Kalau USTAZ dari MESIR buat ceramah, penuh dewan. Kalau USTAZ lepasan UiTM, orang kampung je hadir, tu pun x semua. Haha..

    Inilah pemikiran melayu..

    ReplyDelete
  5. cadangan tu amatlah bagus..tapi persoalan utamanya bukanlah sebab 'mahu seribu daya tak nak seribu dalih'. persoalannya...adakah masyarakat kita mampu menerima pendidikan jenis ini?.mampukah masyarakat kita memikul tanggungjawab untuk MENGAJAR dan DIAJARI dengan sistem ini..belom terbukti lagi pendidikan Islam di sekolah dapat melahirkan masyarakat Islam malaysia yg berkualiti SECARA MENYELURUH...inikan pula 'INI'..

    maaf diatas pendapat naif dan daif ini...ini hanyalah opinion dr orng kurang ilmu dan bukan fact (maybe some of them are facts)....krukrukru...

    ReplyDelete
  6. tok nenek moyang kita tak pernah bercakap tentang sex education atau sex... mantap saja hubungan kekeluarga mereka... kini, terdapat lebihan exposure kepada so-called "sex education" di Internet dan dari pelbagai sumber lain... namun... hmmm... lebih banyak masalah kucar-kacir kekeluargaan di Malaysia...

    how's that for a thought?

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum..

    red pisces:
    adakah masyarakat kita mampu menerima pendidikan jenis ini?-->Tepuk dada tanya selera..Persoalan ni yang tengah bermain dalam fikiran aku ketika aku menulis post ni..Dan persoalan ni lah yang sebenarnya post aku kali ni, mempersoalkan...

    Adakah hang boleh terima idea ni, sebelum hang nak terima reality-nya? Sebelum aku ajar anak-anak hang tentang sex.. Haha..Sebab hang adalah salah seorang daripada masyarakat Malaysia.

    mampukah masyarakat kita memikul tanggungjawab untuk MENGAJAR dan DIAJARI dengan sistem ini?-->Aku mampu pikul tanggungjawab utk menjagar subject ni.. Hehe!! Kawan-kawan aku yang lain macam mana? Cuba tanya Azri, Faris, Billy, Ime, Azam dan lain2..

    Dan ingat, dalam subject ni, bukan diajar macam mana nak pakai condom ke? Nak bersetubuh ke? Nak menggorat perempuan ke? SEX bukan semata-mata tentang 18 tahun ke atas jeee.. Untuk 18 tahun ke bawah, kita boleh ajar mengenai gejala-gejala yg ke arah SEX bebas? Apa itu SEX yang sebenarnya? Sedangan kita boleh jugak cakap pasal COUPLE dan SEX, PEMBIAKAN & SEX. Of course, tahap pengajaran dan input-input akan ditapis mengikut peringat umur.

    belom terbukti lagi pendidikan Islam di sekolah dapat melahirkan masyarakat Islam malaysia yg berkualiti SECARA MENYELURUH.--> BETUL!! Sebab dalam pendidikan ISLAM Malaysia banyak menghalang kita daripada melakukan kesalahan tanpa memberi alasan yang strong.

    SEX Education adalah salah satu teknik untuk menarik perhatian anak-anak muda untuk lebih dekat mengenali apa itu ISLAM yang sebenarnya.

    CONTOH: Kenapa SEX BEBAS itu haram di sisi agama? Sebab berzina.
    Kenapa zina itu haram? Sebab dalam al-quran dah tertulis haram.

    Anak-anak muda tak akan faham selagi depa x nak nampak APA ITU HARAM dan implikasi melakukan benda haram?

    Kenapa SEX BEBAS x boleh? Sebab membawa kepada zina.
    Kenapa zina x boleh? Sebab agama Islam melarang perbuatan terkutuk tu. Selain itu, SEX Bebas juga boleh membawa kepada gejala-gejala yang kurang sihat, seperti melakukan sex sebelum kahwin, HIV, dadah, arak?

    Murid:"Cikgu,cikgu,cikgu... Apa beza buat sex sebelum kahwin dan selepas kahwin? Action tetap sama, hanya yang dah kahwin ada sijil, yang x kahwin xde sijil."
    FERZLY:"Sex selepas kahwin bukan disebabkan oleh sijil kahwin. Sijil kahwin bukan lah semata-mata permit kebenaran utk melakukan sex. Isteri yang dikahwini dengan sah adalah seorang wanita yang suci dan......"

    Tgk situasi yang mcm tu.. Kita boleh cakap banyak pasal ISLAM..Cara-cara pemilihan ISTERI berlandaskan ISLAM.. Pada masa yang sama, kita boleh "pangkah" gejala bercouple...

    Anak-anak muda sekarang...tingkatan 1 dah ada awek, dah main SMS.. Sebab apa?
    Sebab depa tak tahun apa yang akan berlaku seterusnya..
    So, memberi kesedaran itu lebih baik daripada mencegah sesuatu yang telah terjadi..

    Harap memjawab persoalan...

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum..

    gurukul:
    Zaman dahulu dan sekarang lain...

    Dulu xda internet, xda website porn..Nak dapatkan cerita-cerita porn pun susah.

    Sekarang, dah ada internet depan mata..taip je "PORN" kat Google, beribu keluar..
    Kat mana nak nak simpan? Pendrive, HHD, Memory Card..
    Berapa banyak boleh simpan? 1GB, 2GB, 500GB, 1TB..
    Kat mana nak tengok? Handphone, Laptop, 22" monitor, 42" Plasma TV.. Projector boleh jugak..

    Cerita-cerita PORN jugak ada dikeluarkan dalam bentuk VCD, DVD dan selalunya DVDRip gambar cantik.. Mungkin akan dikeluarkan jugak dalam bentuk BlueRay..

    So, macam mana nak halang benda ni? Mak bapa x selalu disisi anak-anak..Tambah-tambah mak bapak yang berkerja. So, semua depend pada diri anak-anak muda sendiri..

    "Allah selalu melihat kita"..Kita semua pernah muda.. Pernah dak kita terlepas statement di atas dalam fikiran kita?

    Anak-anak muda, depa ni tinggi perasaan ingin tahu.. tinggi perasaan ingin cuba.. Tapi depa tak tahu apa yang seterusnya akan berlaku..

    Itu lah fungsi SEX Education, untuk mengambarkan kepada anak-anak muda apa yang akan berlaku seterusnya..

    Harap menjawab..

    ReplyDelete
  9. wa'alaikumussalam...

    jawapan yang boleh diterimapakai...

    cuma kasihankan nasib para pendidik... dibebani tanggungjawab yang tak terbuat dek ibu bapa kerana terlalu sibuk dan asyik mengejar harta duniawi...

    balik-balik para pendidik juga yang kena prihatin... bila terlebih prihatin kadangkala sehingga seperti 100% tanggungjawab mendidik hanya diletakkan di atas bahu mereka...

    anak jadi bohsia, cikgu punya salah... anak jadi rempit, cikgu punya salah... anak tak tahu matters of the birds and the bees pun cikgu punya salah...

    just to contemplate on the fate of Malaysian future educators... not easy huh?

    ---------------
    note1: quote "semua pihak" --> termasuk para ibu bapa juga...

    note2: quote "Tapi, betul ke kita boleh bina iman tu sendiri? Duduk dalam bilik seorg-seorg, iman terbina." --> kadangkala duduk dalam bilik sorang-sorang bukan bina iman tapi bina koleksi bahan-bahan lucah... huhuhuhu...

    ReplyDelete