MELBOURNE

Tuesday, May 19, 2009

::Seorang Wanita Berjilbab::

Assalammualaikum..


Jilbab atau lebih dikenali sebagai TUDUNG, memang begitu familiar dikalangan orang Islam. Apa itu tudung sebenarnya?

Tudung adalah hanya sekadar sehelai kain.. Tiada apa yang lebih dan istimewa padanya..

Yang padanya kadang manik-manik yang menyilaukan sinaran matahari.. Menyebarkan sinaran matahari kepada tumbuh-tumbuhan untuk berfotosintesis..

Sedap mata memandang.. hati rasa tenang..

Tapi kadang-kadang plain...tanpa warna.. Putih, hitam, coklat.. Seolah-oleh seperti melihat awan yang berwarna-warni, mewarnai suasana.. membuat aku tersenyum seorang diri..

Rasa luas pemandangan.. Luas lagi pemikiran..

Tapi sekarang tudung tidak seperti dulu...

Jernih seperti embun di subuh hari.. Sejuk dan muram, mata melihatnya.. Tidak lagi seperti dulu... Kelihatan duri-duri rambut keluar dikelahan benang-benang tudung.. Tidak lagi sekemas dahulu, kelihat serabut jiwa si pemilik, serabut lagi mata si melihat..

Singkat dan dililit pada leher seperti menjerot leher. Tapi still boleh bernafas lagi la.. Adakah ini salah satu cara untuk memanjangkan leher si pemilik..?

Ermm..mungkin..

Ketat seperti ada saiz XXXS... Kelihatan seperti mengubah manusia kepada seperti seekor alien.. Takut untuk memandang.. Adakah ini caranya untuk menghalang kaum Adam melihat kaum Hawa?

X sangka..

Adakah ni semua fesyen? Dan yang pentingnya, adakah ini menutup aurat?

'Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menyekat pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka. Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan baju dengan tudung kepala mereka. Dan janganlah mereka menampakkan perhiasaannya, kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak mereka, anak-anak tiri mereka, saudara-saudara mereka, anak-anak bagi saudara mereka yang laki-laki, anak-anak bagi saudara mereka yang perempuan,wanita islam, hamba-hamba yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki yang tidak berkeinginan kepada wanita (sida-sida), anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka agar diketahui orang perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.' (Surah An-Nuur :31)

Sedih bila aku melihat di luar saya... Suasana tidak seperti apa yang aku bayangkan..

Aku takut untuk memilih pasanganku di atas dunia ini.. Aku takut kalau aku memilih seseorang kerana kecantikannya bukan kerana hati budi dan agamanya.. Seperti lelaki lain, aku jua mempunyai nafsu, menginginkan untuk memiliki yg cantik dan indah.

Tapi adakah itu akan membahagiakan aku? Adakah aku dapat membuat pilihan yang tepat?

Seorang wanita berjilbab... adalah seorang wanita yg sentiasa terukir dihati aku.. Biar sehodoh mana rupanya, asalkan ia mengerti erti NIKAH yg sebenar.. Biar segelap mana warna kulitnya, asalkan hatinya seputih awan di langit yg cerah..

Tudung itu indah dipakai oleh wanita.. Indah lagi jika ianya dipakai mengikut Islam..

Yang Ikhlas
FERZLY aka The 1st

Monday, May 18, 2009

::Cintaku yang Terkunci::

Assalammualaikum..

..Cinta itu adalah fitrah bagi setiap makhluk...

Aku akui...

"Dijadikan indah kepada manusia dengan keinginan-keinginan nafsu; perempuan, anak-anak, harta benda yang melimpah-ruah daripada emas dan perak, kuda pilihan, binatang-binatang peliharaan dan tanam-tanaman. Itulah kesenangan hidup di dunia. Dan kepada Allah jualah tempat kembali yang sebaik-baiknya" (Surah Ali Imran : 14)

  1. Harta benda memang dah tak muat bilik. Dan cip-cip dalam CPU aku ni diperbuat daripada emas dan perak. Astaghfirullah-al'azim.
  2. Binatang peliharaan. Ferret, ikan, guinea pig...Tapi aku xde nafsu kat binatang. JANGAN SALAH FAHAM.
  3. Tanaman. Hari tu tanam pokok pudina, sampai seminggu reput.
  4. Kuda pilihan. Hari tu nak beli, tapi x tahu nak letak mana? Junior aku x bagi letak rumah depa.
  5. Anak. Teringin sangat. Tapi apa boleh buat? Aku kena ada pasangan.
  6. Perempuan........
Ternyata aku jua tidak boleh lari daripada semua yang telah dinyatakan dalam Al-Quran..

Benar..


Cintaku yang terkunci dalam peti emas jauh di sudut hati ni...

Bukan aku tidak mencintai, tapi adakah benar aku dicintai? Aku tidak ingin sama sekali bertepuk sebelah tangan..


Malu & Hina..

Dan siapa la diri ni.. Hanya sekadar seorang lelaki ala-ala hero Korea, nak 'diikatkan' dengan seorang wanita Islam Melayu terakhir..

Cermin la diri..

Benar.. memang mcm hero Korea..

"Wanita-wanita yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat. Lelaki-lelaki yang jahat untuk wanita-wanita yang jahat.
Wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. Mereka (yang baik-baik itu) lepas dari tuduhan yang dilontarkan (oleh orang-orang yang menuduh). Bagi mereka keampunan dan rezeki yang baik (dalam syurga)." (Surah An-Nuur :26)

Maka, dimanakah letaknya tempat aku sebagai hero Korea? Dan adakah awek Korea adalah pasangan aku? (Errmm..ok jugak)

Tapi apa yang diinginkan oleh hati ini bukan lah sekadar kegebuan awek Korea..

Benar.. Cinta itu buta..

Aku inginkan seseorang seperti 'dia'.. ('dia' bukan nama sebenar)

Berikanku peluang untuk menjadi seorang lelaki Islam Melayu terakhir...

Akan ku cari kunci peti cinta ku... (sebut statement ni laju-laju)


Yang ikhlas,
FERZLY a.k.a The 2nd

Saturday, May 16, 2009

::Tension Study::

Assalammualaikum..

Tension study... Banyak yang kena baca... yang kena ulangkaji...

Muka masam...badan masam.. semua masam...

Bilik berbau..Bau bau bau bau... Haha :)

Layan..



Thanks
Ferzly a.k.a The 3rd

Thursday, May 7, 2009

::Exam's Period::

Assalammualaikum..

Aaa!! Exam is just around the corner..

15hb June '09 - SCI2010
17hb June '09 - MTH3160
18hb June '09 - MTH3051
19hb June '09 - MTH3011

All papers in one week.. Haha!! Alhamdullillah, what else can I say?

Ya Allah, give me a strength to face all Your tests... guide me in my way to became a teacher...

Errmm.. Please make doa for me and all our friends that face the same situation...Hopefully, we all succeed in what we want to be as long as our existence give benefits to others.

Hopefully.. InsyaAllah...

Tension study!! Reading others materials..
Hehe..

Thanks,
FERZLY a.k.a The 1st.

Saturday, May 2, 2009

::Simple but Complicated::

Assalammualaikum…

Ketika melayan HEROES Season 3 episode 22 di TV Plasma aku… yang disambungkan directly dari CPU yang ber-motherboard-kan FATALY..ber-RAM 3gb, walaupun mempunyai grafic card setakat GeForce 8600GT yang tidak sehebat mana pun kalau nak dibandingkan dengan orang lain.. Aku tetap bersyukur memiliki semua ni..

Alhamdullillah..


Tiba-tiba aku terfikir, adakah aku inginkan semuanya bersaiz XXXL atau lebih?

Mungkin..


Macam nak tukar selera.. try yang kecik-kecik..

Orang kata yang kecik2 ni, sedap mata memandang, sedap lagi tuan yang memilikinya..

Aku pun try layari internet yang begitu luas alamnya.. Search yang kecik-kecik, yang boleh usung dimana saja..


Samsung Q1 Ultra

Fujitsu LifeBook U810

WiBrain B1E UMPC

HTC Shift

Processor

Intel A110 800MHz

Intel A110 800MHz

VIA C7-M 1.2 GHz

Intel A110 800MHz

RAM

1gb

1gb

512 mb

1gb

Storage

60gb

40gb

30gb

40gb

Screen

Max Resolution

7"

1024x600

5.6"

1024x600

4.8"

1024x600

7"

800x480

Camera

1.3MP

0.3MP

Integrated

0.3MP

Battery(hours)

4.5

5.5

-

2

Samsung Q1 Ultra

Fujitsu LifeBook U810

WiBrain B1E UMPC

HTC Shift

Tapi sekecik-kecik benda ni, fungsi tetap sama, still a lot of fungsi.. Mantap!! Tapi harga pun x kurang hebatnya..

Pernah berangan-angan untuk memiliki IPOD Touch, iPhone.. Sebab tengok kawan-kawan aku semua ada IPOD Touch, iPhone…


Tiba-tiba aku tersentak… sejenak berfikir menggunakan hati aku..

"Ini bukan FERZLY!"

"Ferzly x pernah inginkan apa yang orang lain inginkan."

"Ferzly x pernah buat apa yang orang lain buat."

"Itulah FERZLY!!"

Hehe…

..Se-simple mana pun diri ini diperwatakan, hanya orang yang pernah mengenali diri ini yang tahu begitu complicated-nya FERZLY..


Credit to,

FERZLY a.k.a The 3rd

Friday, May 1, 2009

MEN’S INFO

Assalammualaikum..

Ketika aku melabuhkan diri di katil merahku… Tiba-tiba aku terfikir akan kelemahan seorang lelaki. Sebulan yang lalu, aku ada terbaca mengenai isu rampasan ubat-ubatan penguat tenaga batin bagi lelaki di Malaysia.

Pelik! Adakah lelaki Malaysia semuanya lemah? Dan info tambahan, peratus pembeli yang paling tinggi adalah kaum MELAYU

So, conclusionnya, adakah lelaki Melayu Malaysia lemah tenaga batin?

Dan untuk menjawab persoalan aku ni, aku pun buat sedikit research mengenai "Permasalahan Lelaki dalam SEX." Dan inilah yang menyebabkan seseorang lelaki tu mencari jalan penyelesaian untuk masalah dia. Nak bertanya, malu. Nak pergi jumpa doctor, kedekut. So, pilih jalan sendiri, akhirnya bertambah teruk.

ALERT: Ubat-ubatan yang dijual di pasar malam dan di kedai kopi, sebenarnya akan mendatangkan keburukan daripada penyelesaian masalah.

Kita seharusnya kena mempersiapkan diri dan mengetahui gejala-gejala yang mungkin akan melemahkan tenaga batin kita.

INGAT! Di Malaysia, lebih kurang 3juta:20juta (setiap 1 diantara 3 lelaki Malaysia) mengalami masalah lemah tenaga batin.

Antara permasalahan lelaki adalah:

  1. Pramasa Ejakulasi.

    Kalau nak tahu apa dia, sila cari sendiri. Ini adalah masalah yang banyak berlaku dikalangan lelaki Asia. Oleh disebabkan ini la, lelaki-lelaki Asia, mencari jalan mudah dengan mengambil pil-pil penguat tenaga batin di pasar malam, atau di kedai-kedai runcit tanpa merujuk nasihat doctor terlebih dahulu.

    Faktor-faktor terjadinya pramasa ejakulasi adalah disebabkan kelemahan daya tahan lelaki, gangguan hormon, kelemahan fikiran, mental dan pengawalan nafsu.

    Persetubuhan yang normal bagi lelaki berlangsung antara 1-2 minit (10-20 gerakan). Dan ada sesetengah yang kuat, 5-10 minit tanpa apa-apa ubat atau perangsang.

    Dan ingat, pramasa ejakulasi adalah salah satu kelemahan lelaki yang memalukan.

  2. Otot zakar lemah

    Secara amnya, semua tahu apa yang dimaksudkan. Ini adalah disebabkan daya tahan diri sendiri. Dan ada sesetengah lelaki, lambat atau susah untuk bernafsu sehinggakan lama kelamaan, otot zakar menjadi lemah.

    Dan diingatkan jugak, kepada remaja, ONANI jugak adalah penyebab kelemahan ini. Kekerapan berONANI akan menyebabkan otot-otot zakar over action dan hilang daya tahan untuk terus tegang, disfuntion. Selain ONANI, menahan air mani keluar juga merupakan factor otot zakar lemah dan mengendur.

  3. Saiz dan kecacatan zakar.

    Saiz zakar juga memainkan peranan penting dalam hubungan seksual. Dan saiz zakar bagi lelaki asia adalah 5-7 inci. Jangan bagi isteri gelak di malam pertama.

    Selain itu, ada beberapa kecacatan bentuk zakar dikalangan lelaki (boleh check sendiri). Rambut sama hitam, zakar lain-lain.. Haha.. LAWAK SEX..

Rasanya ini je kelemahan tenaga batin lelaki yang aku baru tahu. Selain itu juga, ada masalah lain dalam hubungan seksual, macam suami malu melakukan hubungan seksual, sayang isteri sehinggakan tak nak bersetubuh. Kes-kes ini bukan dibawah tenaga batin lelaki, tetapi bermain dengan mental dan fikiran seseorang lelaki itu.

Sebenarnya cara mengatasi masalah ini adalah senang.

  • Jaga kesihatan dari segi pemakanan dan senaman. Ingat! Orang yang berotot, tak semestinya kuat di atas katil.
  • Gejala seperti merokok, onani, pengambilan ubat-ubatan berlebihan, dadah adalah factor mengundang permasalahan ini. So, kawan2 aku yang merokok dan ada yang pening sikit, panadol. Kawal ok? BAHAYA!!
  • Rujuk nasihat doctor sebelum pengambilan pil-pil atau rawatan tradisional.

Mungkin ada yang kata pelik, kenapa aku membincangkan topic macam ni? Sesuai ke? Atau perlu ke? Orang dulu x payah belajar pun macam mana nak bersetubuh, x risau pun.

FIKIR..

  • Wanita dulu sangat bergantung pada suami. Beza dengan wanita-wanita sekarang, lebih independent, berpelajaran, berkerjaya. Wanita sekarang ada WOMEN'S RIGHT.. Bebas bersuara.

    Pernah dak kita terfikir, kenapa Era dan Yusri bercerai? Hehe.. (Tak de kena-mengena pun) Tapi, permasalahan dalam hubuang seksual juga adalah salah satu factor yang menyebabkan penceraian dalam rumah tangga.

  • Dan dari segi Islamnya, sebagai seorang suami, kita wajib memberi NAFKAH BATIN kepada isteri kita. So, harap kita dapat tunaikan benda wajib ni.
  • Persediaan dan peringatan awal adalah lebih baik daripada menunggu result dia. Dan remaja sekarang bukan seperti remaja zaman dulu. Peratusan gejala ONANI dikalangan remaja adalah lebih tinggi kalau nak dibandingkan dengan lelaki yang sudah berumah tangga. Walaupun ada beberapa kebaikan berONANI tetapi KEBURUKAN di masa hadapan seharusnya perlu difikirkan oleh para remaja sekarang.
  • Dan aku rasa semua yang baca blog aku ni dah 18 tahun ke atas.

So, kepada sesiapa yang membaca post kali ni… Sokong lah SEX Education untuk diperkenalkan di Malaysia. Haha.. Aku akan naik parlimen untuk membincangkan hal ni. Support aku dari belakang..

Haha…

Comment post:

Kalau setuju dengan SEX Education diperkenalkan di Malaysia, TAIP "YA". Kalau tidak setuju, TAIP "TIDAK". Sila beri alasan kepada jawapan anda.


Thanks to,

FERZLY a.k.a The 3rd