MELBOURNE

Tuesday, August 10, 2010

::Berakhir Satu Kisah::

Assalammualaikum...
Selama 3.5 tahun berada di Australia, kini aku menutup sebuah buku kehidupan aku di tempat asing..

"Hello, can I ask you, how to get to Clayton station?"

"Ooo.. Yes, you can take bus 703 to Middle Brighton and don't take 703 to Blackburn.. It is the other way.. Or you can take bus 631 to Southland.. But you have to wait at there.."

Sambil aku menunjuk ke pondok perhentian bus yang lain..

Tetiba aku terkenang waktu aku mula-mula menjejak kaki di Clayton ni... aku pun tanya benda yang sama..

Terukir senyuman kecil dibibir aku... Semoga budak tu akan berjaya dalam kehidupan dia.. Amin Ya Robb..

Dalam hati terbisik sesuatu..

"Wah, hebatnya aku.. dah tahu selok-beloh di Clayton ni.. Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa aku ditakdirkan pulang ke tanah air.."

Jauh di sudut hati, aku keliru... Samada aku perlu sedih ataupun gembira... Akhirnya, aku x rasa apa-apa pun.. Tak sedih, tak gembira..

BIASA jeee...

Degree yang aku genggam sekarang.. hanya la sekeping kertas, tak lebih daripada tu.. Adakah sekeping kertas ini yang manusia jadikan sebagai ganti diri aku ketika mencari kerja..?

SEDIH..

Jam 0418, aku masih lagi di depan laptop ni.. Tersenyum seorang diri, mengenangkan jalan-jalan kehidupan aku selama 3.5 tahun di tempat asing..

Alhamdullillah.. Bersyukur sangat..

Ya Allah, Kau la segala-segalanya.. Penentu hidup dan mati aku.. Penentu kebahagiaan dan kesedihan hati aku.. Aku bersyukur di atas semua kurniaan-Mu.. Tidak pernah ku impikan sebegini, tapi Kau berikannya kepada ku.. Kau berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang aku inginkan.. Sesungguhnya hanya Kau mengetahui apa yang terbaik bagi aku..

Alhamdullillah..

Kalau ini adalah masa untuk aku pulang ke Malaysia, maka akan ku pulang dengan kerelaan dan keikhlasan hati aku.. Aku redha.. Kerna aku tahu ini semua adalah yang terbaik bagi aku, yang telah Engkau susun kepada aku...

Amin Ya Robb..

Alhamdullillah..
FERZLY aka The Ultimate..

*Ferzly 1st, 2nd, 3rd!! Jom balik.. Packing semua barang ek..

Tuesday, August 3, 2010

::Ferzly Nak Balik Malaysia::

Assalammualaikum
Pada post kali ni, aku ingin menge-post-kan salah satu email aku kepada KPM, yang jugak aku inginkan berkongsi dengan kekawan semua bertapa bertuahnya kita pada hari ni..

Cuba tanya dalam diri kita, pernah dak kita berterima kasih? Pernah dak kita berasa syukur?



Assalammualaikum,

Yang berbahagia dan dihormati kepada semua kakitangan kementerian pendidikan Malaysia(KPM) khususnya kepada Pn. Arniza, En. Asfia, Pn. Rohaya dan Pn. Dianawati..

Seperti nama email ni, saya Mohd Norferzly sudah berjaya menamatkan ijazah saujana muda di Monash University, Australia pada 16 July 2010. Alhamdullillah. Dan kini saya memohon kepada KPM untuk membenarkan saya pulang ke Malaysia. Saya dah mula memetik ulam2 di Australia dijadikan makanan harian. Tapi kalau KPM nak tanggung saya sampai hujung tahun ni. Saya sangat la berbesar hati.. kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.. Hehehe...

Di sini, saya sertakan jugak borang tiket penerbangan balik ke Malaysia. Harap KPM dapat meluluskannya. Dan disebabkan saya sudah apply borang tiket penerbangan ini, jika saya dapat menyambung pengajian saya pada tahun hadapan (honours year), saya akan guna duit saya sendiri untuk tiket penerbangan ke Australia semula. Semuanya sudah ternyata dalam perjanjian kita dulu, dimana KPM hanya akan menangung tiket penerbangan pergi dan balik pengajian, sekali sahaja. Tapi lagi sekali, kalau KPM sayang kat saya dan x berkira, saya sangat-sangat la berbesar hati..

Untuk pengetahuan semua pihak, saya akan menyambung mana-mana pengajian saya, samada tahun kepujian(honours year) ataupun KPLI, pada tahun hadapan, 2011. Saya menginginkan sedikit waktu bersama keluarga tersayang yang telah ditinggalkan selama 3.5tahun. Harap KPM membenarkan tindakan saya ini. Jika saya dapat menyambung tahun kepujian(honours) pada tahun hadapan, saya akan maklumkan kepada KPM sebelum December 2010.

Saya akhiri email saya pada kali ni dengan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak KPM samada yg masih kekal di KPM ataupun yang sudah meninggalkan KPM.. yang telah berusaha keras menguruskan kami, specially saya.. Hehe.. Dan saya harap semua kakitangan KPM tidak pernah lelah menguruskan kami dan terus menguruskan adik-adik dan kawan-kawan saya yang lain. Semoga berkat usaha KPM, akan membentuk Malaysia menjadi sebuah negara yang diberkati oleh Allah. Semoga ketenatan kakitangan KPM mendapat rahmat dan kemurahan-Nya. Amin..

"RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Dari Ferzly, one of anak Malaysia.



Kepada siapa sebenarnya aku berterima kasih? Adakah kekawan aku, rakyat ataupun kerajaan Malaysia? Ataupun diri aku??

Thanks from
The Ultimate Ferzly aka the 1st, 2nd, 3rd n 4th...

Monday, August 2, 2010

::Hariku Semakin Singkat::

Assalamualaikum..

Huhuhu... topic post aku kali ni macam sedih je.. Macam aku dah nak mati je.. Tapi sebenarnya TAK..

::Hari aku semakin singkat::

Kalau 1 hari kita tu dipenuhi dengan gelak tawa, senyuman, suka ria... kita akan rasa hari tu begitu singkat...

Alangkah bagusnya kalau hari tu berpanjangan..
Alangkah bagusnya kalau hari tu tiada malam..
Alangkah bagusnya kalau hari tu tiada penghujungnya..

Tapi kalau fikir balik... selfish giler diri ni.. Macam mana dengan orang yang mempunyai bad day pada hari tu??

Allah tu Maha Adil... sebab tu la walau hari apa pun pada hari tu... Isnin ke, Selasa ke, Rabu ke.. Bad or not..

tetap 24jam...

Hari-hari aku penuh dengan senyuman... Tak pernah 1 hari aku bazirkan hari aku dengan air mata...

Memang dah jadi prinsip aku... TAK SUKA MEMBAZIR..

Hehehe...

Walau macam mana 'bad' hari tu, aku akan berusaha mencari SENYUMAN untuk hari tu..

Bagi aku, KEBAHAGIAN bukan sesuatu yang telah ditetapkan tetapi sesuatu yang kita kena berusaha mencari untuk diri kita... untuk hari kita...

Kehidupan atas dunia ni, bukannya akan berkekalan.. Kita akan mati.. So, bagi aku, agak membazir la kalau suatu hari kita penuhkan hari tu dengan air mata, kemarahan, tension, sakit hati..

Tak rasa rugi ke, hari yang sepatutnya kita SENYUM.. tapi kita menangis, marah, tension..??

Seolah-olah macam BODOH je buat macam tu... Macam melepaskan sesuatu yang berharga, yang dah ada dalam genggaman kita..

::Hari aku semakin singkat::

Walaupun aku tahu hari aku semakin singkat... Aku tak sedih, tapi sebaliknya aku bersyukur pada Illahi kerna rahmat dan kemurahan-Nya aku masih lagi hidup dalam kehidupan yg singkat ni...

Well.. semua orang tahu kita semua akan mati... mungkin esok, lusa... bila-bila je..

Mati itu sudah pasti...

So, beringat-ingat la dalam apa sekali pun yang kita buat... Salah ke, betul ke... Tak semua benda yang happy tu, DIREDHAI...

Kita buat benda yang DIREDHAI, nescaya kita akan rasa happy... rohani dan jasmani...mental dan fizikal...

::Hari aku semakin singkat::

Bukan susah sebenarnya nak cari SENYUMAN...

Hidarkan semua perkara yang membusukkan hati... Nescaya SENYUMAN akan lahir secara semula jadi...

::Hari aku semakin singkat::

Seperti post kali ni pun ada penghujungnya.... macam tu jugak la hari-hari aku...

Lumrah kehidupan..

Walau macam mana pun, aku bersyukur sangat dengan segala kurniaan ke atas aku..

So, hiasi lah hari anda dengan SENYUMAN...

Yang tersenggeh,
FERZLY aka the 2nd


Monday, July 5, 2010

:: Wanita Di Hati ::


Assalammualaikum..

Adakah sudah tiba masa "mengawan"? Adakah masih terlalu awal bagi aku? Atau sudah terlewat..?

Buat masa sekarang, aku masih lagi mencari.. tapi aku tak jumpa yang berkenan...

Kenapa?

Aku ni seorang yang memilih ke?? Taste aku ni tinggi ke??

Apa yang aku lihat pada wanita??

*Saiz badan*
Aku suka wanita badan besar-besar aka GEMUK... sebab orang gemuk ni comel, cute.. Manja.. Hehehe.. Kalau dia marah, lagi bertambah comel.. Tapi sekarang ni, semua kawan perempuan sekolah dulu, semua dah kurus-kurus.. :(

Orang gemuk ni, hati depa kecik...mudah terasa.. Depa ni sebenarnya inginkan perhatian dan bila dapat perhatian tu, depa akan jaga elok-elok.. sebab depa tahu bukan senang depa nak dapat peluang ke-2... Depa akan menghargai sesuatu yang depa ada... Itu yang aku suka..

Lagi satu, perempuan gemuk x banyak saingan dengan lelaki lain... Aku x suka bersaing kerana perempuan.. nampak sangat kaum lelaki bodoh.. berebut seorang perempuan..

*Make-up*
Aku x suka perempuan yg suka ber-make-up... Specially yang make-up tebal-tebal.. Nak bagi nampak cantik konon, padahal nampak macam hantu.. Takut aku.. Aku suka perempuan yang biasa-biasa je.. pakai bedak sikit2 sudah..

Tapi sekarang ni, perempaun kalau pakai gincu.. macam nak bagi tahu semua orang yg dia pakai gincu.. nampak jelas gincu dia.. Kenapa ek? Bibir dia hitam ke? Negro relax je..

Kalau pakai maskara tu, bulu mata jadi lentik giler.. Takut aku, nampak macam x normal.. X nampak macam manusia biasa.. Tak suka perempuan nampak macam artis.. Bagi aku, kecantikkan pada artis tu tak PURE..

*Pakaian*
Of course, pemakaian kena menutup aurat.. Kalau pemakaian awal2 lagi x menutup aurat, memang dah out of list aku.. Sekarang ni, banyak perempuan pakai tudung tapi pakai t-shirt lengan pendek, baju body.. PELIK giler!! 1. entah apa-apa... 2. macam orang giler.. Tak cantik langsung..

Ke-2, aku x suka perempuan pakai seluar jin.. Sebab mana-mana seluar jin yang aku tengok, semua ketat kat bontut.. Kalau nak pakai, pakai la dengan baju labuh-labuh sikit..

Aku x suka perempuan pakai tudung lilit leher dia.. Aku suka perempuan yang pakai tudung lepas.. Menutup dada...

Dan the killer bagi aku adalah perempuan yang pakai kain batik.. Suka perempuan pakai kain batik.. Suka gadis kampung... Nampak manis.. Tapi sekarang ni, x ramai perempuan suka pakai kain batik.. Tak tahu kenapa??

*********

Aku tak kisah siapa pun perempuan tu... as long as dia tahu siapa diri dia dan agama dia, cukup la... Dia x reti masak, aku reti masak... Dia tak reti mengemas, aku reti mengemas.. Dia x reti basah baju, mesin basuh ada...

Sebenarnya, xde apa yang aku nak pada bakal isteri aku.. Cukup sekadar mencintai aku, sudah la..

Tapi masalahnya sekarang, aku sendiri x berkenan pada mana-mana perempuan zaman sekarang.. Semua perempuan yang aku kenal, suka make-up, suka pakai seluar jin, tudung lilit2.. Susahnya nak jumpa perempuan yg suka pakai KAIN BATIK, tudung menutup dada..

Nak balik Malaysia.. mengajar kat kampung-kampung pedalaman la.. nak mencari pasangan.. Hahaha.. sambil menyelam, minum air..

Yang searching,
FERZLY aka the 2nd

Thursday, June 10, 2010

:: Aku adalah Aku ::

Assalammualaikum..

Aku adalah aku

Adalah sesuatu yang ingin aku sampaikan tentang aku... apa yang aku cuba maksudkan adalah aku... apa yang dimaksudkan oleh "aku"?

Aku adalah aku

Aku adalah Ferzly... seorang lelaki yang berkaca mata, pinggan 30", dada 32", bahu 32.5".. Nak kata handsome, ada rupa... Nak kata smart, ada gaya.. Nak kata hot, terasa kehangatannya..

Aku adalah aku

Segalanya bagi aku adalah tentang aku... Senang kata, aku lebih mengutamakan diri sendiri daripada orang lain...

bukan mementingkan diri sendiri..

Aku adalah aku

Aku seorang yang lebih suka bersendirian daripada berkumpulan... tapi aku lebih prefer berpasangan daripada bersendirian..

Apa-apa pun, buat masa sekarang aku masih belum lagi mampu untuk menaruh kepercayaan dan harapan pada manusia...

Itu la sebabnya kalau nampak aku pergi mana2, aku seorang-seorang... p kerja seorang2, pergi NZ seorang-seorang..

Ada banyak advantages bergerak seorang daripada bergerak berkumpulan:
  1. Senang! Kemana nak pergi, atas kehendak kaki sendiri.. xperlu nak ikut kaki orang lain..
  2. Orang senang nak tegur kita... kalau bergerak dalam kumpulan, orang takut nak tegur kita.. Dan kita pun senang nak tegur orang.. Bergerak seorang dapat kenal lebih ramai orang..
  3. Kita xkan rasa tersisih ataupun menjadi bahan tawa/permainan..
  4. Lebih berdikari..
  5. Banyak belajar untuk terus bergerak..
Seronok sebenarnya bila kita bergerak sendiri...

Manusia
bukan boleh percaya sangat sebenarnya...

Manusia
hanya menjadikan kawan sebagai alat kemudahan untuk hidup

Manusia
hanya jadi kawan pada masa senang..

Lagi pun, manusia sendiri nasihat..."berkawan berpada-pada..."

Aku pelik..

Bila merokok, lagi best berjemaah.... Tapi bila solat, orang lebih prefer seorang-seorang.. Solat berjemaah x best ke?

Bila main bola, kena ada lebih daripada seorang...Kalau x cukup orang, kita sanggup call kawan2, berusaha cari orang bagi cukup team... Tapi bila solat, kita senyap-senyap je solat seorang-seorang..

Bila nak pergi jalan-jalan, nak buat apa-apa... nak buat berkumpulan, tapi bila azan berkumandang, semua orang lari masuk dalam bilik masing-masing...

Sekarang ni, bagi aku solat sepatutnya diutamakan utk berjemaah... yang lain x berjemaah pun xpe..

Dan dalam urusan lain, diri sendiri harus diutamakan sebelum kita nak fikir pasal diri orang lain... Ini bukan soal mementingkan diri sendiri ataupun tak, tapi ini adalah untuk kita untuk terus hidup..

Aku adalah aku

Aku adalah Ferzly..

Yang diakui,
FERZLY aka the 4th..

Monday, June 7, 2010

:: Aku Mencintai Beddo ::

Assalammualaikum..

Keadaan makin sejuk... setiap hari mendung... awan gelap dari pagi hingga ke malam.. Mana la Matahari menghilangkan diri??

Mungkin selama ni aku terlalu merindui Bulan sehinggakan aku melupakan tentang Matahari...

"Matahari, adakah engkau meminggirkan diri dari aku?"

Uuuuhhhh!! Kalau nak keluar rumah, kena pakai baju tebal2.. Stoking berlapis-lapis... Kalau boleh, macam nak bawa je selimut tebal aku bersama..

Beddo!!... Masjid Beddo!!... dah lama x pergi solat berjemaah... sebab sejuk hingga ke tulang sum-sum...

"Aaaah!! Semua tu alasan je, Ferzly."

Teringat waktu kecik-kecik dulu..waktu 1st and 2nd year.. Ooo.. terlupa lagi satu year... 3rd year..

Rajin pergi Beddo...

Baik dak? Huhuhu.. Baik apa, niat pergi Beddo x betul.. Hehehe...

Beddo selalu buat makan-makan... Sedap makanan orang Arab, pastu boleh makan banyak-banyak.. Nasi Arab, perrhh!! Sehingga menjilat pinggang plastik..

Suka-suka.. sedap-sedap..

Memang waktu dulu niat ke masjid, tak betul... tapi dari situ la secara tak langsung mendidik aku untuk terus ke masjid dan sembahyang berjemaah... make friends..

Aku dengar banyak alasan kawan-kawan aku.. Bila ada kenduri kat Beddo, semua orang macam takut je nak datang... alasan:

"Kalau ada makan-makan, baru nak datang Beddo, nak datang masjid...Nanti orang kata apa pulak.."

Bagi aku.... Biar la kita nak datang masjid, rumah Allah..at least kita datang masjid daripada pergi lepak kat Chatstone(the nearest shopping complex in Clayton)...

Waktu dulu pun, ramai je kata kat aku macam tu...

"Asalkan ada makan-makan je, ada je Ferzly."

So, what? Yang penting, perut aku terisi... Alhamdullillah... Hehehe...

Lagi pun, yang akan sound kita macam tu, orang Melayu je.. Orang Arab, orang Islam lain tak cakap macam tu kat kita... malah sambut lagi kedatangan kita... suruh tambah lagi...

Berapa orang sangat orang Melayu yang datang Beddo.. dan daripada jumlah yang datang Beddo tu, hanya beberapa orang je yang akan sound kita...

See!! Kebarangkalian untuk kita di-sound "datang makan je" adalah kecik... So, datang, makan, solat dan balik dengan perut yg kenyang dan pahala berjemaah..

Hehehe...

Lepas tu, sikit-sikit la kita betulkan niat kita..

"Bila CINTA dah berputik, benda susah jadi senang.. sejuk jadi panas... alasan jadi cabaran..
CINTAI la rumah Allah.."


Hari ni aku dapat appel free untuk lunch dan sebungkus kentang dibawa balik ditaja khas oleh Masjid Beddo..

Terima kasih Beddo.. Sayang Beddo..

Aku mencintaimu, Beddo..
FERZLY aka 2nd

Saturday, June 5, 2010

:: Hari ni Hari Sabtu ::

Assalammualaikum...


Aku tengok kat luar... awan mendung seperti kelmarin.. Tak gelap macam malam, sebab sekarang baru kul 11 pagi...

Aku tengok dapur... beras dah nak abis, bawang dah abis.. gula dah abis, tepung dah abis... ayam dah abis.. Banyaknya bahan masak dah abis.. nak makan apa nanti? Exam dah dekat ni..

Aku tengok timetable aku... Hari ni ada Palestin Rally kat Melbourne.. Yang sepatutnya aku pergi.. Start kul 2pm..

Kalau aku pergi Clayton beli barang, sempat ke aku pergi Melbourne? Kalau aku pergi Melbourne, sempat ke aku balik beli ayam sebelum kul 5pm..? Kedai ayam tutup hari Sunday..

Kekawan semua sibuk study, sebab exam dah dekat.. Exam aku lambat lagi, 14hb ni...

So, aku buat keputusan pergi beli barang dapur dulu la... then kalau sempat aku pergi Melbourne.. Kalau x, duduk rumah buat Berry Tart..

Hehehe..

Kekadang rasa bersalah pulak, aku pun nak memperjuangkan Palestin jugak.. Tapi hausemate aku pesan, nak memperjuangkan Palestin x semestinya kena pergi perhimpunan tu.. Banyak benda lagi kita boleh buat...

Lagipun, abg Budin pernah pesan kalau kita nak mempertahankan apa2 pun, kena utamakan orang rumah dulu... Kena utamakan tanggungjawab kita dulu...

Kalau aku x pergi Clayton hari ni, bila lagi aku nak pergi beli barang.. Nanti lapar pulak kekawan aku yang nak exam ni...

So, hari ni hari Saturday, aku pergi Clayton la beli barang dapur.. Sambil tu boleh beli barang utk buat Berry Tart aku..

Huhu..

Hari tu dah buat Chicken Carry Pie...

Jadi!!! Sedap!!!

Alhamdullillah...

Oklah, satu pengajaran hari ni... walau apa pun perjuangan kita, jangan lupa tanggungjawab kita... respon terhadap orang-orang sekeliling kita..

Yang Pergi Clayton Hari Saturday,
FERZLY aka the 3rd