MELBOURNE

Sunday, September 27, 2009

::Tepuk Tak Berbunyi::

Assalammualaikum...

"Aku x kisah"

Aku tahu siapa aku...?
Aku x sehebat budak-budak yang lain...

pandai bermain bola..
pandai bermain Dota..
pandai berkata-kata...

Aku x sewarak abg-abg yang lain..
hafal al-Quran
hafal sunnah

Aku adalah Ferzly, seorang yang tak mempunyai apa-apa..

hanya setakat TV plasma 42", tiada akan menjamin apa-apa..walaupun ada warranty 3 tahun lagi..[Hehe..xde kena-mengena]


[...Kembali ke mood jiwang...]
Aku tak kisah kalau "dia" x memandang aku... Aku tak kisah kalau "dia" x bercerita tentang aku...

Biar lah dia tidak menyedari kehadiran dan kewujudan aku..asalkan dia bahagia di mata ku...

Aku redha...

Cukup la..cukup la sekadar aku yang "bertindak"..

Aku yang bertepuk x berbunyi

Aku x memaksa dia untuk menunggu aku..dan aku akan tetap terus berusaha untuk berubah...

Mungkin aku bukan untuk dia...dan dia berhak memiliki seseorang yang lebih baik..

Bukan aku..

Kalau nak tunggu aku berubah, bila? Adakah aku dah cukup sesuai untuk dia? Belum..

Dengan kehadirannya membahagiakan aku...menenangkan aku... Cukup sekadar itu...

Alhamdullillah..mungkin masa terlalu awal untuk membuat keputusan..

Dia bukan milikku..

The Single & Available
Ferzly aka The 1st

::Ferzly VS Benci::

Assalammualaikum..

"Bila kita DISAKITI, kita belajar untuk MEMBENCI...Dan bila kita MENYAKITI, kita pulak akan DIBENCI.."

Seolah-olah tiada jalan penyelesaian... Seperti roda..

Adakah aku menpunyai sifat BENCI?

Kebencian membawa kepada Kesakitan.. Dan Benci tiada penamatnya..

Manusia terus membenci sesama dan terus menyakiti sesama.. Apa guna?

Kadang-kadang tu, aku "kena" dulu...aku DISAKITI.. Dan mereka x sedar yang mereka MENYAKITI aku.. Dan aku terus MEMBENCI...

Dan BENCI yang membawa aku untuk MENYAKITI mereka...dan aku pulak DIBENCI...dan MENBENCI..disakiti..menyakiti... Mana penamatnya?

So, siapa yang memulakan MEMBENCI dan siapa yang harus berhenti MEMBENCI?

Aku

Tapi adakah itu akan menyelesaikan segalanya?

Tak Tahu...


Bersabar..
FERZLY the 1st.

Wednesday, September 23, 2009

::Persepsi Orang Melayu::

Assalammualaikum...

"Setiap orang ada persepsi masing-masing"

Hehe..

Ayat ni, aku masih ingat lagi.. walaupun pada waktu tu, bukan kena pada batang hidung aku.. Tapi aku terasa jugak..

Kalau kita cakap pasal.."Persepsi Orang Melayu", adakah statement di atas boleh dibuktikan benar?

Errmmm..

Persepsi orang melayu... adakah orang melayu kolot?

"Wei, aku orang Melayu.. Hang kata aku kolot ke? Hang pun orang Melayu.. Melayu murtad ke?"

Huhu..

Berapa diantara kita boleh terima statement tu..? Nak buat macam mana..Kebanyakkan orang melayu x dapat terima kritikkan.. Termasuk aku jugak la. Bak kata orang tua-tua...

"Biar mati anak, jangan mati adat"

Ada beberapa perkara yang aku dah buat test, tengok reaction pelajar melayu tentang beberapa perkara. Dan ini just pendapat aku je, conclusion yg dapat aku buat la.

Jaga tepi kain orang:
---Kebanyakkan(bukan SEMUA) orang melayu selalu salah faham apa itu "jaga tepi kain orang" dan "ambil berat". Kalau kita menginginkan kebaikan terhadap seseorang itu atau menginginkan yang terbaik terhadap diri seseorang itu... Itu bukan menjaga tepi kain dia, itu mengambil berat.
---Bagi aku, x salah kalau kita nak tahu apa perkembangan diri kawan-kawan kita, macam mana keadaan dia.. sihat ke? Kalau sakit, sakit apa? Study macam mana?
---Tapi of course, kalau bertindak keterlaluan, itu adalah menjaga tepi kain orang.

*tapi ada suatu situation, yang aku x pasti adakah aku bertindak kerterlaluan:

Kalau kawan kita x buat kerja sekolah, kita tanya dia, "Dah buat ke?".."Tak buat lagi!".. Kenapa? Ada masalah ke? Susah ke?" Dia x jawab. Dan aku berusaha nak tahu apa punca dia x buat kerja sekolah. Adakah itu suatu tindakan keterlaluan? Atau pun patut aku biar je, asalkan aku dah siap. Cukup la. Tapi aku rasa seperti selfish pulak. Patut ke aku rasa aku selfish, bukan salah aku pun? Atau better selfish daripada jaga tepi kain orang. [Solution please!]

Hipocrik:
"Kita memang tak boleh jadi orang lain.. tapi kita boleh jadi orang yang lebih baik" Nur Kasih Episod 10 [21:49/38:16]
---Kawan aku pernah cakap, jangan percaya semua orang atas dunia sekarang, semuanya hipocrik. Kalau macam tu, macam mana dengan mak bapak kita.
---Aku percaya kepada seseorang itu, kalau dia ikhlas dalam perhubungan dia. Itu sebab aku percaya kepada mak ayah aku, family aku..dan orang yang ikhlas menyayangi aku.
---Tapi kebanyakkan orang melayu, nampak orang baik sikit..."Dia tu hipocrik je.." Huhu.. Kalau kena kat telinga sendiri, PANASSS je..
---Bagi aku, kita xde hak nak cakap seseorang tu hipocrik, sebab kita x tahu apa niat dalam hati dia. Mungkin dia buat sesuatu tu dengan keikhlasan hati dia. Itu bukan hipocrik.

"Don't judge the book by its cover."

Huhu..

Banyak lagi yang perlu diperbetulkan.. dulu, aku pun ada persepsi macam tu jugak..

Sekarang ni, makin besar, makin belajar.. Sikit-sikit memperbaharui persepsi aku..

Yang rajin terlebih
FERZLY aka the 3rd.

Monday, September 21, 2009

::Di Hari Raya::

Assalammualaikum..

Ada beberapa perkara yang tak patut aku buat di hari raya..

Nak kata malu... malu kot.. Ada jugak marah..

X semua orang yang aku jumpa, aku salam...minta maaf.. sepenuh hati..

Bukan x nak salam.. pikir 2,3 kali..
"Nak salam ke x nak salam? x10"

Pening kepala aku... Kenapa aku rasa was-was nak salam dia.. nak jumpa dia..

Aku takut, dah la aku x pernah tegur dia sejak aku duduk kat luar... dulu, waktu duduk kat Deakin Hall(accommodation in uni), kami baik sangat..

Semenjak duduk luar masing-masing dah buat hal sendiri.. So, semua rasa macam ganjil sikit...

Aku takut... selama ni, dah la aku x pernah nak tegur dia, hari raya baru nak tegur dia.. nak minta maaf semua.. Nak melawak-lawak pun dah xde modal..

Bagi sesiapa yang kenal Ferzly yg sebenarnya... Ferzly seorang yang susah nak minta maaf.. Ada perasaan malu nak cakap dengan orang yang kenal.

Aku selesa dengan orang yang aku x kenal... Tapi aku malu, takut nak tegur dengan orang yang aku pernah baik dengan dia, tiba-tiba kami menyepi, buat hal masing-masing.. Then, muncul kembali, aku dah rasa x selesa.

Hehe.. Nampak je senyum dibibir, siapa tahu di hati menyimpan seribu rahsia... Kenangan menyimpan rasa...

So, x semua kawan yang aku jumpa and salam pada hari raya.. kadang-kadang tu, buat-buat x nampak.. jalan bertemu bahu pun, x bertegur sapa.. X nak jumpa dia.. takut...

Mesti ada orang kata aku berlagak... sombong...

Bukan x nak jumpa...x tahu apa ayat nak dimulakan.. x tahu apa nak cakap..

So, aku minta maaf la kat kawan-kawan yang tersedar tingkah laku aku tu..

Sebenarnya, aku tunggu hang tegur aku dulu.. Hang pun senyap jeee, aku pun senyap je la..

Raya sebulan...harap ada masa kita berjumpa dan berbual macam dulu...

Maaf,
FERZLY aka the 2nd.

Friday, September 18, 2009

::Selamat Hari Raya::

Assalammualaikum..

Selamat Hari Raya..

Aku takut bila tiba hari raya.. Cepatnya masa berlalu..

Selamat 19 tahun aku beraya dengan family aku dan hari raya adalah hari yang paling dinanti-nanti oleh aku... dan semenjak pergi oversea, aku tidak lagi mencium tangan kedua ibu bapak ku.. Dan hari raya adalah hari yang paling ditakuti bagi aku...

Adakah perasaan first year aku muncul lagi?

Aku minta maaf..

Waktu 2nd year aku mula merasakan yang aku semakin jauh..jauh dari sesiapa pun..

Inikan 3rd year.. aku memang dah jauh..

Dan dengan apa yang telah terjadi sepanjang kehidupan ni.. aku x boleh terima kebenaran yg telah aku alami..

Ibu bapa adalah sesuatu yang paling berharga bagi aku.. nak harapkan kawan-kawan.. mungkin dulu aku seorang yang bodoh sebab aku terlalu mengharapkan kat "kawan baik" aku..

Akhirnya kawan makan kawan.. Aku memang sedih dengan apa yang terjadi, aku doakan depa TAK AKAN bahagia hingga ke anak cucu..

Hehe.. Melawak je.. Melawak ke? Melawak je, betul!!! Betul sangat2!!

Entahlah..sebenarnya kawan yang setia, kawan baik dah pupus kat atas dunia ni..

Anyway, biar la kat orang. Yang penting diri sendiri, bukan penting diri.. Hehe..

Waktu first year, aku rasa aku adalah orang paling sedih.. 2nd year, aku marah waktu hari raya..

Hehe.. orang bermaaf-maafan, aku bengang kat orang pulak.. Sebab ada orang kacau aku punya privacy.. Marah la..

This year, aku kecewa.. kecewa sebab kawan-kawan aku.. Kecewa dengan manusia.

Bila kecewa tapi sayang.. aku jadi x tahu arah..

Apa yang perlu aku buat?

Satu je terfikir dalam otak, aku nak peluk mak ayah aku.. Cerita semua yang telah terjadi.. Aku xnak lagi berahsia..

Maafkan aku
FERZLY aka the 2nd

Monday, September 14, 2009

::Allah Selamatkan Kamu::

Assalammualaikum..

Selamat Hari Jadi Abah.. Yang ke-52.. Dah tua rupanya abah..

Hehe..[Nakal punya anak]

Tapi angah tengok, abah still maintain and strong.. look hensem..

Apa rahsia? Mesti tiap malam Ali Cafe ni.. Setiap malam mesti:
"Angah, bancuh Ali Cafe satu untuk abah.."

Kalau macam ni, boleh la start yang baru.. yang ke-2 pulak.. Anak-anak dah besar..
[Bagi cadangan pulak.. mati aku, kalau mak aku baca post kali ni.. anak bapak..]

Angah kena mencontohi abah ni.. Agar look strong from outside and inside.. Boleh pasang sampai 4.. Kalahkan abah..

Insya-Allah.. make doa daddy..

Walau macam mana pun.. Alhamdullillah, dah besar rupanya ayah aku ni..

Hehe..

Semoga abah terus sihat, dijauhkan segala penyakit mahupun SWINE flu..

Errmm...bukan nak bangga la, tapi kenyataan.. Hehe..

Antara 5 orang anak dalam family aku, aku la yang paling banyak menghabiskan masa muda aku bersama mak ayah aku. Kakak aku masuk asrama sejak tingkatan 1. Adik-adik aku xde masa nak melawak dengan mak ayah aku sebab aku ambik bahagian depa semua..

Hehe.. Jahatnya abang ni.. Rampas kasih sayang adik-adik sendiri.. Hehe..

Tu ada orang kata aku seorang anak manja. Cakap pasal manja..

Hehe..flash back usia 8tahun:

Waktu ni, aku darjah 2, bergaduh kat sekolah... Pastu, aku kalah.. Apa lagi, aku menangis la. Hehe..
Ferzly :Aku balik ni, aku bagi tahu kat ayah aku..
Winner: Eee.. anak manja.. Ferzly anak manja! Ferzly anak manja!

Budak tu ejek-ejek aku..tapi apa aku kisah, aku nak bagi tau jugak kat ayah aku..Balik rumah terus duduk atas riba ayah, mengadu...

Ferzly:Abah, tadi kat sekolah ada orang kata kat angah 'anak manja'.
Abah :Dia kata anak abah ni, anak manja.. Ish! ish! Memang anak abah ni anak manja! Abah bagi kasih sayang sepenuhnya pada anak-anak abah. Biar orang nak kata kat angah anak manja.. Angah kata balik kat dia, "Aku memang anak manja! Hang bukan anak manja ke? Ayah hang x manjakan hang ke? Kesiannya." kata kat dia macam tu.

Si anak di atas reba, tersenyum...x sedih dah... kembali ceria..

Terima kasih abah..

Dan aku jugak memang terkenal dikalangan adik-beradik sebagai anak kaki bodek..

Abis la korang semua..Harta dapat kat angah laa... Hehe..

Walau mcm mana pun, ayah aku still the best.. The best father in the father's day.. Heheee...[Ayat-ayat bodek..hehe..]

Terima kasih abah.. semenjak dari proses penghasilkan angah sampai la kepada proses pembesaran angah..

Hehe..

Sayang abah..

Semoga murah rezeki, bahagia ke anak cucu [x lama lagi dapat cucu..Hehe]..
Semoga dipanjangkan usia, tanpa sebarang penyakit..

Amin..

Anak Yang Bertuah
FERZLY aka the 2nd

Sunday, September 13, 2009

::Mak @ Bakal Isteri::

Assalammualaikum..

Bila cakap pasal bakal isteri... Mak aku paling excited..

Kecil-kecil dulu, kalau cakap pasal "awek", "pakwe"...mak n abah pasti marah..

"Hang nak belajar ke... nak bercinta-cintun.."

Takut

Kalau ada kawan perempuan tu, just kawan biasa je.. Cakap-cakap, pastu blah...

Xde berani menyimpan CINTA..

Hehe.. Pernah dulu..

Waktu 2nd year, saje je nak melawak dengan mak.. Aku kata aku nak bertunang kat Australia ni..

"Assalammualaikum mak.. Angah nak bertunang la.. Kat sini.. Mak redha dak?"kata seorang anak.
"Waa'laikummussalam.. Angah nak bertunang?! Kenapa awal sangat? Kenapa kat sana? X boleh ke tunggu dulu, balik Malaysia dulu, tunggu habis belajar dulu..?"jawab seorang ibu.

Mak aku dah mula menggelabah.. Dalam hati aku tersenyum mendengar jawapan mak aku..[sifat menggelabah.. aku turun mak aku rupanya.. Hehe..]

Nakal betul la anak kedua ni...

Pastu, aku senyap je...sebab tengah tahan gelak.. mak aku sambung..

"Sampai hati angah buat macam ni..."kata mak aku dengan nada ter-esak-esak.. "Balik la dulu, belajar la bagi habis dulu.. Kesian kan mak dan abah kat sini.. Adik-adik lagi.."sambung mak aku.

Pastu, aku tersenyap.. serious.. Apa sal mak aku emotional pulak ni?

"Mak! Apa ni? Angah melawak je la.. Mana ada angah nak bertunang.. Mesti la angah fikir mak dan abah dulu sebelum nak bertunang ke, nak kahwin ke.. Ala, mak ni, take serious pulak.. Hehe.."kata seorang anak yang nakal.

"Tapi kalau betul la, mak redha dak? Hehe.."tambah si anak nakal.
"Angah ni! Kalau betul, mak x redha.. tunggu balik Malaysia dulu, habiskan belajar dulu.."jawab mak tersayang.

Tapi

Sekarang dah berubah.. Banyak yang dah berubah..

Alhamdullillah, aku dikurniakan mak macam tu... mak yang giler-giler, mean x serious la..bukan kata mak aku gila.. Hehe..[belum citer pasal ayah aku lagi..huhu..]

Sayang mak..

Kemesraan kekeluargaan
FERZLY aka the 3rd

Friday, September 11, 2009

::Setiap Hari Adalah Senyuman::

Assalammualaikum..

Setiap hari adalah SENYUMAN.

Itu yang dapat aku simpulkan sepanjang bulan ramadhan ni..

Walaupun ada jugak berita yang menyedihkan dan menyakitkan..

Aku terima semuanya dengan redha..

Alhamdullillah..

Dan aku pun dah malas nak fikir hal-hal yang memaksa orang lain.. As long as aku dah nasihat dia, ajak dia.. Sudah la..

X kan la aku nak duduk sebelah dia setiap masa. Kena jadi manager tanpa gaji pulak..

"Xde masa!"

So, kena ada masa jugak dengan dengan diri sendiri.. layan diri sendiri..

Itu yang buat aku tersenyum..

Boleh tengok hampir setiap hari aku tersenyum.. sebab aku tahu setiap hari mesti ada perkara yang menyeronokkan akan berlaku.. Ada benda yang aku akan buat aku ketawa..

Alhamdullillah..

Walaupun kadang-kadang tu, macam takut nak menempuh hari-hari esok.. Tapi kalau fikir balik, sayang la kalau aku menghabiskan masa aku dengan "tido" je.. lebih baik mati je kalau macam tu..

Hehe..

Setiap hari mesti ada benda yang buat aku senyum, aku ingatkan kalau duduk seorang2 akan sunyi, xde siapa nak bercakap...

Rupanya aku salah.. sebenarnya aku duduk seorang2, aku bebas nak bercakap dengan siapa pun.. Sebab aku rasa sunyi la aku mula bercakap dengan jiran aku, housemate aku... Itu yang boleh kenal Uncle Jimmy, Uncle Nick..

Best!!

Specially kalau bercakap dengan orang tua, depa ni memang banyak cakap la...banyak bagi nasihat.. dan banyak memuji...

Kembang aku.. Hehe..

Apa2 pun, keseronokan itu bermula dengan senyuman... Jangan la asik masam je..

Hehe..

Yang tersenyum,
FERZLY aka the 2nd.

Sunday, September 6, 2009

::Ramadhan Yang Berlalu::

Assalammualaikum..

Pejam celik... Hari ni dah 17 Ramadhan 1430..

Cepatnya masa berlalu..

Kadang-kadang tu, macam x percaya.. Aku masih bernafas sehingga hari ni..

Bagi aku, ini suatu kejayaan.. Alhamdullillah..

Semenjak sperma lagi, aku berusaha untuk terus hidup.. Terus mencari kejayaan, mencari ovum.. Walapun penat berenang, tapi aku gagahkan jugak..

So, aku xkan sia-siakan usaha aku waktu zaman sperma aku dulu...

Tak semua manusia pada hari ini akan hidup esoknya.. Dan kita yang masih hidup, masih ada ruang untuk kita memperbetulkan sikap kita.. salah kita..

Alhamdullillah...

Kalau imbaskan kembali waktu zaman kecik-kecik dulu.. Memang x sangka, kini aku banyak belajar..

Inikah kehidupan?

Kadang-kadang tu, rasa takut nak hadapi masa hadapan..

Sebab esok kena hantar assignment.. Aku x siap lagi.. Bulan 11 dah exam.. Kadang-kadang tension..

Tapi dulu pun aku pernah ada assignment, ada exam.. Macam mana aku hadapi rintangan tu?

Seolah-oleh aku x boleh lari...dan aku xkan lagi.. Sebab rintangan la buat kehidupan aku lebih mencabar..

Ferzly sukakan cabaran.. Hehe..

Harap2, dalam hari terakhir di bulan Ramadhan ni, bagi la semuanya selamat...selamat dunia dan akhirat..

Amin..

Yang tertinggal..
FERZLY aka the 2nd

Tuesday, September 1, 2009

:: Dia Bukan Nama Sebenar ::

Assalammualaikum..

Lagu ini aku tujukan khas kepada si "dia"...




Sebab hari ni aku nampak "dia" tersenyum..

Hehe..

Malu nak lafaskan.. segan nak ungkapkan..

Tak nak cakap banyak..

Dan "dia" bukan nama sebenar..

Hehe..
[Kurang pahala puasa aku hari ni... Tapi jauh di sudut hati, aku bersyukur. Alhamdullillah.]

Yang nakal,
FERZLY aka the 3rd