MELBOURNE

Wednesday, August 5, 2009

::Naruto aka Ferzly::


Assalammualaikum..

Naruto Shippunden adalah satu anime yang sangat famous bukan sahaja dikalang kanak-kanak bawah umur...

Tetapi jugak dapat menarik perhatian kanak-kanak atas umur seperti FERZLY...Hehe..(suka hati la orang nak kata apa..aku suka anime ni)

Anime ni, aku tonton sejak aku form 4 lagi...dan citer ni mengingatkan aku waktu zaman muda-muda dulu.. Solat magharib x khusyuk..

Sekarang dah khusyuk dah.. Hehe..

Sinopsis sikit tentang citer ni:
Mengisahkan tentang seorang budak, Naruto, yang gigih berusaha untuk mencapai matlamat hidup dia, utk menjadi seorang ninja dan ketua negara, Hokage. Seorang budak yang dipandang hina dan x ada siapa2 yang menghiraukan kewujudan dia..

Sedih..ala-ala kehidupan aku sikit.. Hehe..

Tapi suatu hari Sasuke, kawan baik Naruto, telah berpaling tadah, menyebelahi musuh kampung Konoha.. Tapi bagi Naruto, dia tahu siapa sebenarnya Sasuke. Bagi Naruto, dia tahu Sasuke mempunyai alasan tersendiri dan dia percaya, dia mampu untuk bawa balik Sasuke ke pangkal jalan. Dan itu adalah janji Naruto kepada Sakura.. Dan matlamat Naruto sekarang adalah untuk membawa balik Sasuke ke Konoha dan menjadi Tuan Hokage..

Bagi saya, anime ni memaparkan banyak nilai-nilai kehidupan yang boleh dipractikkan dalam kehidupan manusia. Seperti:
  • KEAZAMAN yang tinggi untuk mencapai matlamat hidup.
  • PENGORBANAN seorang rakyat dan seorang kawan.
  • PERSAHABATAN bukan sekadar atas nama "kawan".
  • KERJASAMA dalam satu pasukkan.
Dan banyak lagi yang dapat diambil pengajaran dalam anime ni..

Setakat ni dah 220 episodes untuk season 1 dan 120 episodes untuk season 2...telah berjaya mengeluarkan 5 movies, semuanya memang gempak!!

Dan movie ke-6 akan keluar x lama lagi.. Kat Japan dah keluar, versi English belum lagi..
Naruto Shippuden 3: Inheritors of the Will of Fire


Dan ni adalah link ke website Naruto Central, dimana kita boleh download semua episodes dan movies Naruto.. Boleh tgk website tu, ada segalanya tentang Naruto..

Dan kalau ada apa-apa pertanyaan tentang Naruto, boleh ajukan aja kepada saya.. Hehe...

The Naruto,
Ferzly aka the 3th.

No comments:

Post a Comment