MELBOURNE

Monday, August 31, 2009

:: Maafkan Aku ::

Assalammualaikum..

Kepada kawan-kawan aku...



Aku mintak maaf, specially kepada kawan-kawan aku yang merokok...

Pada post aku yang bertajuk ::Kenapa DIA?::, banyak aku marah daripada nasihat..memang sebenarnya aku marah..

Ramai yang salahkan orang lain, daripada diri aku sendiri.. Salahkan abang-abang usrah yang x mengajar..

Aku mintak maaf...dan kesalahan itu adalah datang dari aku sendiri.. Abang-abang usrah ajar, aku je yang x amalkan..

Salahkan aku.. aku minta maaf..

Tapi sebenarnya, aku takut...takut kawan-kawan aku jadi macam dalam iklan tu..

Of course sekarang ni, kita nampak rokok tu merapatkan siratulrahim sesama kawan-kawan kita..tapi macam endingnya nanti..

Aku x nak kawan-kawan aku ada yang kena lung cancer, potong kaki.. Aku x nak kawan2 aku mati kerana rokok... Of course, kalau kencing manis pun kena potong kaki, tapi tu bukan sebab rokok..

Kesian la kat orang yang melihat keadaan hang suatu hari nanti macam tu.. Aku sedih tengok orang2 macam tu.. Serious, hati aku sebak tengok iklan tu.. Itu, aku baru tgk orang yg aku x kenal, kalau suatu hari nanti aku tengok kawan aku terbaring macam tu..

Macam mana aku nak tahan perasaan ni.. X nak, sihat selalu la kawan-kawanku..

[tu yang aku x boleh jadi doctor, kesian kat orang.. nak bedah orang nanti, mata berair la pulak]

Aku x kisah... Kalau suatu hari nanti aku yang terbaring atas katil tu...Tapi aku tak nak lihat kawan aku yang terbaring atas katil tu..

Aku sedih..

Orang yang melihat, sedih.. orang yang terbaring, sakit.. Lebih baik aku pilih orang yang terbaring, sakit, makan ubat, potong kaki..dah x sakit.. Orang yang melihat, sedih sampai mati..

Pernah aku dengar kematian kawan2 aku... aku terkejut.. aku sedih.. aku menyesal..

Aku x memainkan peranan sebagai kawan.. Sampai sekarang, kalau aku terkenang, aku sedih.. Dah la aku xde, waktu hari kematian dia tu.. Aku rasa seperti kawan yang x guna..

Aku tak nak benda ni berulang lagi...pedih..

Setiap kali lepas solat, aku akan mendoakan kebahagian kawan-kawan aku, semoga panjangkan umur kawan2 aku..Sihat selalu..

Kalau boleh aku dah x nak dengar berita kematian lagi...specially kematian kawan2 aku, orang2 kesayangan aku..

Aku takut..

"Jagalah kesihatan kawan-kawanku, sesungguhnya ada orang yang masih menyayangi dirimu.."

Bahagiakan kawanku,
FERZLY aka the 1st.

Sunday, August 30, 2009

:: Takut Akan Cinta ::

Assalammualaikum..

Cinta sesama manusia..

Apa sebenarnya itu cinta sesama manusia?

Aku tahu apa itu "SAYANG"..tapi aku x tahu apa itu "CINTA"...

Ada orang kata CINTA tu adalah SAYANG.. Kenapa x kata SAYANG je?

Macam orang putih, LOVE tu boleh jadi CINTA, boleh jadi SAYANG..

Senang..

Kalau cakap pasal CINTA, most of people will think about COUPLE, AWEK, BALAK.. Jarang ada orang terfikir CINTA je, terbayang mak bapak, negara, agama..

Tapi bukan itu yang aku nak sampaikan...

CINTA.. Dari apa yang aku nampak.. CINTA itu membawa masalah kepada manusia.. Manusia sedar tapi tetap "mengejarnya".. Adakah ini yang diajar oleh Rasullullah saw?

Takut..

Hidup senang-senang.. tiba-tiba CINTA datang membawa masalah.. Kalau CINTA kerana benda lain, kerana agama ke... x kisah la.. tapi ini, CINTA kerana seorang wanita..

"I feel like a LOSER.."

Sanggup habiskan duit.. sanggup habiskan masa.. kerana seorang wanita..

Itu kalau CINTA datang sendiri.. Ini kalau kita yang cari CINTA..

"I'm a LOSER.."

Sebab CINTA, kita lalai.. Kita hanyut.. Kita sedar yang kita lalai dan hanyut.. tapi terus bercinta kerana CINTA tu seronok.. Apa yang seronoknya? Ada orang kata..

"CINTA itu layannnn!!"

Dan sebenarnya, CINTA la yang membuka mata aku, akan keburukan CINTA itu sendiri.. Aku banyak tengok kawan-kawan aku..

..Merokok kerana CINTA..
..Tension kerana CINTA..
..Air Mata kerana CINTA..

Semuanya kerana CINTA

Kenapa manusia mencari masalah untuk dirinya sendiri? Sedangkan semuanya telah dijelaskan oleh ISLAM.. Manusia berubah kerana CINTA.. kalau berubah menjadi lebih baik x pe, tapi kepada yang lebih teruk..

Takut..

Sanggup menghabiskan masa bersama CINTA, tapi x sanggup menghabiskan masa bersama PELAJARAN.
Sanggup berlari mengejar CINTA ke oversea, tapi penat mengerja MASA ke lecture..

Manusia berubah kerana CINTA... sanggup meninggalkan DUNIAWI dan AKHIRAT..

Aku x tahu samada nak respect orang yang macam ni atau pun x.. Ada kawan pernah cakap kat aku sebab aku x boleh jawab soalan:
"Nama je datang oversea tapi...sambung sendiri...."

Sebenarnya, waktu tu aku tersenyum, tapi dalam terasa pedih.. Sekarang ni, aku tetap tersenyum di luar, tapi tergelak di dalam...

Dan adakah CINTA mampu mengubah manusia kepada yang baik?

Aku masih x nampak.. Adakah benar Ayat-ayat Cinta itu wujud?

Kepada wanita, kau mampu mengubah dunia seperti mana yang kau mahu...

Yang takut,
FERZLY aka the 1st

Friday, August 28, 2009

:: Aku Bukan Mamalia ::

Assalamualaikum..

Pernah aku cakap, manusia adalah makhluk yang pelik..(Dibuktikan manusia memang pelik di akhir post kali ni)

Pelik, pelik..

Mungkin ada kawan2 aku cakap..

"Dia yang pelik, dia x sedar.. tu yang dia kata manusia pelik.."

Huhu.. x tahu la.. siapa yang pelik sekarang ni.. Tapi aku tetap dengan stand aku yang mengatakan,

"Aku Bukan Mamalia"

Dalam al-Quran, dalam hadis.. dan mana-mana pendapat x ada yang mengatakan yang kita ni mamalia..

Betul dak?

Ada seorang abang pernah berpesan kat aku,

"Walau kat mana pun hang berada, walau kumpulan mana pun hang join.. Ingat satu je, jangan terima apa-apa pendapat, apa-apa ilmu selagi hang x jumpa bukti yang sahih mengenai ilmu tersebut.. Selidik dulu, cari kesahihan ilmu yang disampaikan tu. Jangan tau dengar je.."

Dari sini la, aku applikasikan dalam kehidupan aku.. apa-apa nakkan bukti dari al-Quran, hadis.. atau dari sumber yang boleh dipercayai..

Orang putih kata aku mamalia.. mana buktinya?

Okla, dia kata aku berdarah panas.. bersuhu tetap.. Tapi sebenarnya masih belum kukuh.. Sebelum kita nak buat sebarang aktiviti, kita akan warming up.. Kenapa kita buat macam tu? Sedar x pada waktu kita melakukan aktiviti, suhu darah kita x tetap, specially sebelum swimming, kita dinasihatkan utk warming-up, kenapa? Pada pengalaman aku, kalau aku x warming-up sebelum swiming, aku akan lebih cepat sejuk..berbanding aku warming-up sebelum aku swiming. So warming-up tu sebenarnya mengubah suhu badan kita. Ini aku cakap berdasarkan pengalaman. So, aku terima yang aku berdarah panas sebab alasan aku x strong.[Aku bukan student medic.]

Mamalia melahirkan anak.. Yang ni memang ternyata sah aku bukan mamalia, aku x boleh melahirkan anak.. Adakah aku mamalia? Dah la aku x boleh melahirkan anak, aku BERTELUR pulak.. Tapi sampai sekarang aku masih belum mempunyai cahaya mata, sebab telur x meletas.. Tapi ini x membuktikan aku REPTILIAR pulak.. Satgi kena buat post lain pulak, tajuk "AKU BUKAN REPTILIAR." Huhu..

Mamalia menyusukan anak.. Aku yakin aku x boleh menyusukan anak.. Betul dak? Siapa yang boleh buktikan aku boleh menyusukan anak? Adakah aku mamalia kalau aku x boleh menyusukan anak?

Pelik..pelik..
-------------------------------------------------------
So, sekarang ni conclusion yang aku dapat setakat ni:

Statement 1: "Ferzly is NOT a mammal."(yang ni aku yang cakap)
Statement 2: "Human is a mammal."(yang ni manusia yang cakap)

ANALYSIS:
"If FERZLY is not a mammal, then FERZLY is not a human."(Yang ni statement 1 is true)
"If human is a mammal, then human is not FERZLY."(Yang ni statement 2 is true)
[You cannot said that human is not a mammal because the conclusion will be, "If human is not a mammal, then human is a FERZLY." Here human is definitely not a FERZLY, but FERZLY is a human. So, here there are NO inverse elements. Other than that statement 1 and 2 are FIXED.]

CONCLUSION:
"FERZLY is not a mammal if and only if FERZLY is not a human."

So, kita boleh check kesahihan CONCLUSION yang aku dapat:

Then, berbalik pada persoalan "siapa yang pelik?", we assume "mammal pelik" sekarang ni.. Adil! Manusia x pelik, FERZLY pun x pelik..

If FERZLY is a mammal, then FERZLY is "pelik". But from the conclusion said that FERZLY is not a mammal, that conclude FERZLY is not "pelik". But the other side, if human is a mammal, then human is "pelik".

PROVEN..

So, setakat ni dimanakah kebenaran yang telah aku capai ni? Kena jumpa lecturer ni, discuss about this.

Doakan aku boleh buat honors, buat research tentang species diri sendiri..

Haha...

Yang alien,
FERZLY aka the 3rd.

Wednesday, August 26, 2009

:: Sehari Bersama BOSS!! ::

Assalammualaikum..

Huhu.. layan video ini dulu..



Sehari bersama Boss adalah suatu hari yang memenatkan.. Hehe..

Tapi at least, terukir kenangan..

Hehe..

Penat melayan budak Boss ni, macam-macam adegan... ada-ada je..

Huhu..

Memang best New Zealand.. Setakat nak melancong la.. Tapi kalau nak stay lama-lama aku x prefer jugak.. Lebih suka duk Malaysia lagi. New Zealand memang sebuah negara yang cantik..

Tapi keadaan lagi meriah kalau ada kawan-kawan.. Walau kat mana kita pergi, jangan pergi seorang-seorang..nanti bosan..

Memang aku travel ke New Zealand, seorang-seorang.. Tapi aku tahu, aku yakin.. Ferzly x akan keseorangan.. Kat mana aku pergi, ada sesuatu yang membuat aku strong, selain daripada IMAN, adalah UKWAH yang telah terbina..

"Abg Syeid Syatir, saya dah buktikan, saya pun boleh berdikari. Saya dah x bergantung pada siapa2 pun.. Hehe.."

Alhamdullillah..

Kemana aku pergi, dengan siapa aku duduk.. mesti tercipta KENANGAN.. mesti tercipta UKHWAH.. Bukan setakat dengan Boss je, dengan Iwan.. Hehe.. K, Pokjat, Acap, Boboi, Fifi dan lain..juniors aku.. Malah dengan orang-orang yang aku x kenal pun, boleh kenal..

X tahu la kenapa.. Mungkin itu suatu KELEBIHAN.. Hehe..

Alhamdullillah..

Aku x suka bergerak dalam kumpulan.. sebab itu membuat fikiran aku tertutup.. Tak boleh bergerak bebas.. Ada kalanya kita kena berada dalam kumpulan..dan ada kalanya kita kena bergerak sendiri dan BELAJAR..

Aku lebih banyak belajar kalau bergerak sendiri.. Tapi dalam bab-bab yang memang x pro, kena la berada dalam kumpulan...

Hehe...



Memang best la trip ke New Zealand..

Terima la kasih saya kepada orang-orang New Zealand..

Yang memberi kasih
FERZLY aka the 3rd

Tuesday, August 25, 2009

:: Ramadhan Itu Pelik ::


Assalammualaikum..


"Ramadhan itu sungguh pelik."


Sedar dak? Aku yang paling suka di waktu Ramadhan adalah melihat keadaan manusia..


"Yang x bertudung, kini bertudung.."
"Yang dulunya ketat, 32,24, 30..kini dilonggarkan.."
"Yang dulunya singkat, kini dilabuhkan.."
"Yang dulunya x bangun Subuh, kini bangun awal daripada Subuh.."
"Yang dulunya x pernah pergi masjid. kini turun jugak masjid.."


"Ramadhan, engkau sungguh hebat!"


Pelik..


Manusia berubah di bulan Ramadhan..


Alhamdullillah..

Kita boleh nampak, sejahat mana seseorang itu, dia masih ada IMAN dalam hati dia.. Walaupun sikit dipaparkan di bulan Ramadhan..

Kita boleh tengok kehidupan Islam yang sebenar dalam bulan Ramadhan..Pergi uni sekarang, kebanyakan manusia cuba memaparkan perwatakan Islam, specially wanita.

Aku terkejut, selama ni x pernah tengok "dia" pakai tudung.. Tiba-tiba, Ramadhan ni, bertudung, cantik rupa.. Alhamdullillah..Adakah ini yang diinginkan oleh Allah?

Suka..suka...

Aku terkejut, selama ni x pernah tengok "dia" pergi masjid, sebab dia selalunya busy.. Maklum la student ada lab sampai petang, kena pergi sana la, pergi sini.. tiba-tiba dia ada kat masjid, sanggup korbankan waktu lab dia tu, semata-mata untuk beribadat kepada Allah..

Aku respect dia.. tinggalkan hal dunia, semata-mata untuk Allah..

Kan bagus kalau bulan Ramadhan ni tiada penghujungnya.. Maka, semoga bahagia la manusia-manusia yang berubah..

Suka.. :)

Yang tersentuh
FERZLY aka the 1st

Friday, August 21, 2009

:: Rindu akan Rindu ::

Assalammualaikum..

Maaf..sepatutnya aku cerita pasal bulan Ramadhan.. tapi kerinduan aku terhadap Aisyah dan Imah masih kuat lagi... Sampai termimpi-mimpi..
Memang x patut aku bersikap macam ni..tapi aku dah cuba nak lepaskan apa yang dah jadi tapi dalam otak aku asik terfikir...asik terkenang..

Pemergian(Kehilangan) Aisyah dan Imah mengingatkan aku tentang binatang-binatang aku yang lain..

Faizal & Nurul Aina
Sayang sangat kat dia.. Comel.. Tido dengan aku..

Suka main-main dengan dia..

After that, aku tahu..aku kena bagi nafkah batin jugak kat dia.. So, aku nikahkan Faizal dengan Nurul Aina...

Tapi tak semua pasangan kat atas dunia ni, dijamin kebahagian selamanya... Faizal dan Nurul Aina x bahagia..

Bergaduh pada malam pertama..

Kaki Faizal patah waktu bergaduh dengan Aina..

Risau gile..
Malam tu jugak, aku capai Faizal, bawa pergi klinik VET.. tapi malangnya..dah tutup sebab malam.. Nak buat macam mana? Malam tu aku berjaga, teman Faizal..

Banyak kenangan bersama Faizal.. Disebabkan sikap Aina mcm tu, aku bagi Aina kat orang lain...tapi at last, Faizal hilang jugak..

Puteri Alia & Putera Alias
Depa ni memang comel.. Comel sangat..

Puteri selalu masuk dalam selimut aku waktu tido... Bangun-bangun esok pagi, tgk2 ada Puteri depan mata.. Comel sangat..

Tapi at last, aku bagi Puteri kat orang sebab aku nak tumpukan perhatian kat Faizal yang patah kaki..

Putera meninggal dunia sebab keracunan makanan.. Sedih..

Ikan Mas
Aku jugak ada ikan mas.. tapi ikan mas aku mati sebab keracunan udara dalam bilik aku.. Ada orang kentut busuk sangat.. Bukan aku ekkk..

Anyway, x kisah la..aku maafkan dia.. Mungkin bukan sebab tu, mungkin ada sebab lain.

Pastu aku bela, ikan guppies.. Comel je aquarium aku..

Sharifah Shahira & Syeid Shahid(bukan gambar sebenar, ala2 je)
Aku bagi nama ni sempena hari Ahad(Sunday).. Aku ambik depa hari Sunday, so nama depa kena mula dgn huruf "S".. Depa ni adalah guinea pig.. Bukan babi, tapi keluarga tikus..

Comel sangat..

Kalau masuk dalam bilik aku, mesti gigi buku-buku aku..Ada lagi bekas-bekas gigi depa.. Depa ni lama jugak dengan aku, tapi akhirnya, pasangan ni mati shahid..mati keras atas kecuaian aku jugak..

Ahmad NorFikri
Dia ni paling comel.. Tapi x lama dengan aku.. Aku jumpa dia waktu tgh kerja kat ladang.. Dia keseorangan dan kesejukan dalam hujan..

So, aku ambik dia.. Waktu aku ambik dia, lemah sangat.. Aku ambil dia bela dalam seminggu, keadaan dia masih lemah..dan makin lemah.. Aku x tahu nak buat apa, so aku minta cuti.. nak bawa balik Clayton.

Sampai Clayton, aku terus bawa Fikri ke klinik VET.. tapi aku terlambat..

Aku menyesal giler.. Kalau la aku mintak cuti dari awal, mesti aku dapat selamatkan nyawa si kecil ni.. Rupanya aku seorang yang mementingkan duit..

Menyesal..

Amira & Omar
Yang ni ketika aku berkerja kat ladang.. Comel sangat dua beradik.. Aku pun sempat jugak berkenalan dengan mak depa..

Lepas kerja, mesti aku akan ke Line 49, pokok ke-3.. Tengok keadaan depa..

Dari baru meletas..xde bulu..tgk sekarang, dah berbulu.. Suka sangat..

Macam mana la sekarang ni.. Mesti dah kahwin apa? Semoga bahagia terbang di udara..

Sedihnya.. Semoga semuanya selamat..

Salahkan la aku, aku memang berhak dipersalahkan.. Kalau la, aku dapat memohon maaf atas segala salah silap aku terhadap apa yang aku buat kat semua "kawan2 bukan sejenis" aku..tapi apakan daya, aku bukan Nabi Sulaiman...

Animal Lover
FERZLY aka the 2nd

Thursday, August 20, 2009

:: Kehilangan Serpihan Hati ::

Assalammualaikum..

"IMAH!! AISYAH!! Mana kau? Ayang tgh sedih ni, balik la."

Sedih x terhingga.. Orang nak kata apa, kata la..

Nak kata aku gila ke..

Tak kisah..

Aku nak Imah dan Aisyah aku balik..

Aku tahu suatu hari nanti akan terjadi jugak mcm ni.. Tapi kenapa sekarang? Aku belum bersedia lagi..

Orang mungkin tak kisah..
"Siapa la Imah dan Aisyah tu, binatang je."

Tolong jangan cakap statement tu depan aku, manusia pun dikategorikan binatang.. Malah kadang-kadang tu binatang lebih bagus daripada manusia yang berakal..

Sedih..

Ferret(Cempelai) adalah binatang karnivor, yang aggressive..

Aku ambik depa dari umur 7minggu.. aku didik dengan sepenuh kasih sayang.. Sayang sangat.. Walaupun depa gigit aku sampai berdarah, bercalar.. Aku x pernah marah, malah aku sayang lagi..

Mendidik dengan penuh kesabaran..

Sampai 3bulan, depa dan kenal siapa aku, mula menunjukkan kasih sayang depa kat aku..

Suka sangat..

Lari-lari keliling kaki aku, panjat badan aku...duduk atas bahu.. Suka sangat..

Terasa hasil titik peluh aku mendidik depa...Terasa dihargai..

Sedih..

Baru hari Ahad 16hd August hari tu, aku dapat depa. Setelah 2bulan aku bagi orang bela sebab aku ke New Zealand. Hari Selasa malam, depa hilang..

Tgh malam tu jugak, aku keluar mencari..dengan sejuk.. Aku tak kisah.. Dalam otak aku, "mana engkau? Aisyah, Imah."

Sedih gile..

Aku tahu semua ni sebab kecuaian aku jugak.. lupa nak tutup balik sangkar lepas bagi makan depa tgh hari tadi.. Tapi..tapi.. aku nak buat macam mana.. aku nak balik Imah dan Aisyah aku..

Aku dah cuba cari sekeliling rumah.. aku nak pergi Klinik Veterina, buat aduan kata ferret aku hilang, klinik tu pulak tutup.. Aku dah x tahu nak buat macam mana?

Aku dah berdoa, aku dah buat solat hajat.. solat tahajjud..

"Ya Allah, ketemukan lah aku dengan Aisyah dan Imah aku. Aku x kisah duit scholar x masuk ke, xnak masuk ke..aku still mampu bagi nafkah zahir dan batin kat Aisyah dan Imah. Ya Allah, bantu la hamba-Mu ini."

[Nafkah batin tu, bukan aku buat dengan binatang. Kami ada club ferret kat Melbourne ni, bulan 9 adalah bulan mengawan utk ferret. So, aku akan cari jantan untuk Aisyah dan Imah. Then lepas musim tu abis, aku akan ambik balik Aisyah dan Imah aku.]

Sedih..apa lagi yang boleh aku buat?

Aku memang useless la.. aku x boleh nak buat apa-apa.. Semuanya salah aku.. Kenapa dengan aku ni?

Sedih..

Kenangan bersama Imah dan Aisyah, memang x akan aku lupa sampai bila-bila..

Tapi aku x sempat nak ucap terima kasih..x sempat nak ucap selamat tinggal..

Sedih..

Banyak lagi kenangan yang aku nak cipta bersama Imah dan Aisyah..

Pulang la.. aku sangat merindui kamu berdua..

Yang bersedih
FERZLY aka the 3rd

Monday, August 17, 2009

:: Kaulah BABI ::

Assalammualaikum..

"Kaulah Babi!"
Perkataan ni pernah ada orang kata kat aku...

Specially yang duduk kat Kedah.. Perkataan-perkataan yang kotor ni, memang senang nak dengar kat belah-belah utara... Dah lali dah..

Macam-macam la, "anak haram" la.. "mak hang"... "pak hang"..

Hehe..

Dulu waktu sekolah, selalu dengar, tengok kawan2 bergaduh..

Bila aku tengok depa bergaduh, aku pun dilontarkan perkataan-perkataan kotor tu..

"Babi kau..tengok2 apa?"

Hehe...tapi aku tersenyum.. Kawan-kawan aku semua pelik...

Tapi waktu tu, aku terfikir, perlu ke aku marah? Orang cakap aku BABI, kena marah ke?

Tapi aku bukan BABI.. nak marah ke? Itu la, aku just tersenyum je..tergelak dengan pemikiran sendiri..

So, conclusion-nya, aku x marah.. Malah tersenyum, ketawa bila orang kata kat aku BABI..

Kenapa manusia begitu BUTA sehinggakan x dapat membezakan haiwan dan manusia.

Tapi, kenapa banyak-banyak binatang kat atas dunia ni, BABI menjadi pilihan kawan-kawan aku?

Pelik..

Bagi aku, BABI adalah haiwan yang boleh dikatakan COMEL.. walaupun, sifat BABI, malas dan pengotor, tapi adakalanya BABI ada keunikannya juga..macam haiwan2 yang lain...

Orang nak samakan BABI dan manusia, sebab BABI tu hodoh, hidung besar, jijik..

Kesihan BABI..

Orang kutuk BABI, kutuk keadaan dia, orang jijik kat dia, specially Melayu... Kadang-kadang tu, cuba kita bayangkan kita berada di tempat BABI.. mcm mana rasa? Orang kutuk kita, jijik nak duduk dekat dengan kita..

At least, BABI dan BABI, x pernah nak jijik sesama depa.. Walaupun kawan dia BABI, tahu mcm mana sikap dan perangai kawan dia, dia tetap terima kawan dia.. Sebab dia pun BABI..

Hahaha....

Tahu, dalam al-Quran pun ada cakap pasal BABI, tapi Islam x suruh kita musnahkan BABI, pupuskan BABI.. BABI pun makhluk Allah.. So, aku rasa kita patut menghargai kewujudan BABI..

Kalau x, buat apa Allah cipta BABI.. Adakah Allah tercipta(x sengaja) BABI?

Allah itu Maha Mengetahui, aku yakin x ada salah atau silap sikit pun dalam penciptaan Allah.. Masalahnya, adalah kita...Kita yang x dapat menerima kewujudan BABI..

Kita menghina BABI..bukankah kita menghina ciptaan Allah? Kita kata BABI bawa swine flu.. Adakah Allah mencipta BABI untuk membawa swine flu kat manusia?

Kita fikir-fikirkan lah...

Tapi bagi aku, BABI adalah binatang yang ada kecomelannya.. Walaupun bukan pada zahirnya, tetapi ada pada batinnya..

Hahahaha...(jangan salah faham)

"Sabar je la, BABI"

::Kempen Menghargai Kewujudan BABI Sedunia::
"Sayangi la BABI, sementara BABI masih ada"

Yang tersenyum
FERZLY aka the 3rd.

Saturday, August 15, 2009

::Tak Nampak @ Tak Faham::

Assalammualaikum...

Keadaan yang gelap, membuat kita x nampak....

Betul ke?

Mungkin sebab tak ada "cahaya", itu yang kita tak nampak..

Kalau "malam", kita x nampak...Kalau tersepak apa2, kita salahkan keadaan yang "gelap".. Kenapa kita x salahkan "cahaya" x hadir?

Pelik..

Itu la manusia..salahkan "cahaya" pulak, sedangkan kita x berusaha nak cari..

Malas..

Lebih baik tunggu "siang"...

Sedar dak? Kita selalu salahkan keadaan yang berlaku disekeliling kita.. Tapi kita x pernah cuba untuk mengubahnya..

Kadang-kadang mulut kata lain, hati rasa lain, otak mengelamun, anggota bertindak sendiri..

Tak faham...

Siapa yang bagi arahan?

Susah nak cermin diri dalam keadaan "gelap".. So, selama ni kita perasaan diri kita hensem, cantik..

Tapi reality nya, orang disekeliling kita je yang perasaan.. Itu yang pentingnya, manusia disekeliling kita.. Specially yang rapat dengan kita..

Walaupun segelap-gelap "malam".... at least, malan ada "bulan", ada "bintang".. Walapun "hujan" di waktu malam, aku tahu, kat atas sana still ada "bulan" dan "bintang"...

Mulai sekarang, aku nak Ferzly sedar, yang waktu "malam" yang gelap, sebenarnya tetap ada "bulan" dan "bintang" kat atas sana..

Jangan takut, walaupun "hujan" dan "ribut"... Tak semua orang sedarrr...

Alhamdullillah..

::Disebabkan gelap la, manusia tak nampak..dan manusia tak faham apa yang berlaku dan terjadi::

Yang bermimpi
Ferzly aka the 2nd

Thursday, August 13, 2009

::OPICK - Album Baru::


Assalammualaikum...

Opick!! Lagu kegemaran aku..

Memang best la OPICK!!

Ni lagu baru dia, kepada sesiapa yang nak dengar...

OPICK - Di Bawah Langit Mu

Yang best
Ferzly aka the 1st

Tuesday, August 11, 2009

::Duit Oh Duit::

Assalammualaikum..

Kenapa la nak beli sesuatu kena guna duit?

"Duit Oh Duit"

Tapi at least, aku patut bersyukur la...sebab account aku x kosong lagi...ada sesetengah tu dah negative dah..

Kesian..

Alhamdullillah, tengah kering2 ni, tiba2 duit tax return masuk...

Tersenyum...

Aku percaya, Allah akan tolong kita bila kita berada dalam kesusahan..

Itu specialnya orang Islam..

Terima kasih Allah.. Sayang Allah...

Kepada kawan2 yang lain sabar je la.. Nak buat macam mana? Kita ni student scholarship..depend kat sponsor masing-masing..

Nak marah pun x boleh...Bukan duit kita.. kan ditariknya duit tu...mati kelaparan la pulak..

Alhamdullillah, kat Beddo selalu jugak ada makan2 waktu-waktu tgh kering ni... Hehe..

Alhamdullillah, semoga murah rezeki orang yang buat makan2 ni..dan jugak murah jugak rezeki orang2 yang pergi makan...

Hehe...

Tapi kalau ada duit banyak kat tangan pun MASALAH jugak...cepat pulak la duit tu habis.. Ada kelebihan jugak duit scholar masuk lambat...

Tapi whatever la, yang pasti setakat ini, aku ditahap yang selamat...

Semua bill dah bayar, rent dah bayar.. stock makanan untuk ramadhan dah beli...

So, duduk dalam rumah senyap2... Kena berjimat..

Hehe..

Yang senang hati
Ferzly aka the 2nd.

Monday, August 10, 2009

::Kenapa DIA?::


Assalammualaikum..

::Sebelum membaca post kali ni, aku mintak MAAF dengan kata-kata yang akan aku gunakan dalam post kali ni.. Specially yang ada kena-mengena::

Kenapa dia menjadi pilihan hang? Kenapa dia menjadi jalan penyelesaian bagi semua masalah hang?

BODOH KE?

Maaf apa yang akan aku katakan ni...

"Kerajaan hantar kita bukan untuk merosakkan kita...Buat habis duit kerajaan je..Kerajaan bagi duit, kita bakar pulak duit tu.. Banyak lagi students kat Malaysia tu, yang memerlukan duit tu.. X reti bersyukur ke?"

Nama je budak top student kat sekolah masing-masing.... Tapi akhirnya, BODOH serupa lembu jugak.. Lembu pun x bodoh macam kau, tahu bezakan mana rumput dan rokok..

Nak kata BANGANG, datang oversea... Nak kata BODOH, marah pulak..

Kalau hang x bangang, x bodoh.. apasal perkara yang senang pun tak boleh nak fikir..

Aku x tahu la.. Rokok tu haram ke, halal ke... Tapi yang pasti, rokok membahayakan kesihatan..

Dan yang pasti, kita semua yang datang oversea ni.. BERPELAJARAN!

Mana pergi otak hampa?! Letak kat kepala mana?

Bukankah BODOH+BANGANG namanya tu, kalau seseorang yang berpelajaran..tahu apa yang baik dan buruk terhadap DIRI dia...tapi tetap memilih yang buruk untuk dirinya...

Aku x boleh terima...

Kalau kau nak membazir kat mana-mana sekali pun.. aku x kisah... Tapi kalau kau nak membazir ke jalan yang pasti 100% akan merosakkan diri, kesihatan dan otak hang..aku x boleh terima...

Tambah-tambah lagi, kau tu budak sponsor... Cuba fikir, dari mana duit tu datang? Dan hang guna duit tu untuk beli rokok...

Senang-senang je..

Memang aku xde hak nak maki-hamun, aku xde hak nak marah kau indirectly...face to face...

Tapi cuba fikir..kalau seorang rakyat Malaysia cakap:

"Aku x halal duit yang ayah aku bagi kat kerajaan..dan duit tu pulak diberikan kepada student2 scholarship...dan duit tu digunakan pulak untuk beli ROKOK.. Aku x halal!!"

Itu baru seorang, kalau 1 uni ada dekat 10ribu org...darab pulak dengan berpuluh uni kat Malaysia tu..

Apa kita nak jawab kat Padang Masyar nanti?!

Aku tahu ayah aku pun merokok.. Tapi at least, dia beli rokok guna duit dia sendiri.. Nasihat anak-anak supaya JANGAN SEKALI-KALI MEROKOK!!

Yang hairannya, mak bapak kau x pernah nasihat ke?

Tengok!! Sedar la...pergi balik, mak bapak jugak yang dipersalahkan.. Kesian, sedih kat mak bapak kau.. Orang x akan kutuk kau sangat, orang akan salahkan mak bapak x ajar..

At least, kalau x nak dengar nasihat orang lain pun...Fikir la mak dan ayah kita.. Kalu mak bapak kau tahu, mesti sedih.. Anak-anak merokok. Ada ke mak bapak yang nak anak-anak merokok?

Kalau ada, mak ayah perokok tu pun BODOH sekali la.. Memang dasar datang daripada keturunan yang BODOH kot...

KAU!! Kalau perbuatan kau, x beri effect kat mak bapak kau... Tak kisah..

Kalau menitis air mata ibu tu, atas sebab kau merokok...memang neraka la tempat kau..

Biar padan dengan muka kau...

::Kalau xnak fikir pasal apa yang orang akan cakap kat kita... at least, fikir la, apa yang orang akan cakap kat mak bapak kita::

Everthing that we do, will effect people around us...specially our parent and family...

Marah la aku.. Benci la aku..

Kalau xnak maafkan aku...at least minta maaf la kat mak bapak hang..

Yang memohon
FERZLY aka The 4th

Sunday, August 9, 2009

::Friendship vs Family::

Agak2 gambar ni dituju khas untuk friend ke parent?

Assalammualaikum...

::This post to all my brothers..my real brothers and my non-real brothers::

Diceritakan.. Kalau la, kawan baik kita dan mak kita, lemas dalam sungai, siapa yang akan kita selamatkan dulu?

Kalau nak selamatkan mak, mak besar daripada kita.. nak tarik ke tebing pun susah.. silap2 kita pun lemas sekali... Kalau selamatkan kawan, saiz lebih kurang kita je.. Kemungkinan untuk berjaya tarik dia ke tebing, tinggi..

So, tarik kawan baik dulu la...mak second round...

Huhu....

Ini lah pemikiran remaja sekarang... Friend come first, then family..

Angah dulu pun pernah muda..

Dulu waktu sekolah, kalau boleh tu, macam nak duduk serumah sekali dengan kawan...malas nak balik rumah...

Macam xde apa pun kat rumah tu... Lebih baik keluar lepak dengan kawan...Sembang-sembang kat kedai kopi..

Sedangkan ada perasaan yang sanggup bersusah payah.. sangguh mati untuk kawan baik kita...

Tapi pada 12 January, tahun 2005...suatu perkara membuat mata hati aku terbuka...akan kepentingan mak dan ayah disisi kita...

Bila sekali Allah tunjukkan kebenaran di depan mata aku... Aku tersentak, terhenti nafas.. Kecawa setelah begitu banyak pengorbadan aku sebagai seorang kawan... Dan ini balasannya..

Aku sedih..Hampa..Kecewa...

Kemana aku pergi? Kepada siapa aku mengadu? Ke mana aku menitiskan air mata ni?

Mak bapak...

Adakah selama ni aku buta? Aku abaikan tanggungjawab aku sebagai seorang anak.. Adakah mak bapak aku bahagia dengan kehadiran aku?

Adakah kita seorang yang tidak bersyukur? Aku sedih dan kesal... atas sikap aku yang lebih mementingkan kawan-kawan aku daripada mak bapak aku sendiri..

Maafkan angah...

Aku seharusnya menghabiskan masa bersama mereka... hormat mereka... bahagiakan mereka.. mengukir senyuman di bibir mereka..

Bukannya, kecikkan hati mereka... tinggikan suara dengan mereka.. menitiskan air mata mereka..

Maafkan angah...

Angah nasihatkan adik-adik angah, jaga la mak dan abah...

Bukan susah pun, bukan yang kena beli teddybear mcm beli kat awek.. Bukannya nak kena belanja makan bila keluar.. Tak payah beli rose bila valentine..

Just sayang mereka...hormat mereka... Dan kebahagian mereka adalah kebahagian anak-anak..

Susah ke? Susah ke jadi seorang anak?

Jangan ulangi kesilapan angah... Angah menyesal...

Hormat mak bapak kita... sementara anugerah Allah tu masih berada di depan mata...

Maafkan angah...

Yang kesal akan kebodohan diri sendiri,
Ferzly aka The 3rd.

Saturday, August 8, 2009

::Memorial In My Heart::


Assakammualaikum..

"Hai la hati, hai la kenangan.."

Kenapa la aku terus membuat kenangan? Sedangkan aku tahu kelak aku akan tersesak kerananya...

Disebabkan kenangan la, aku merindui seseorang, aku merindui sesuatu.. Home sick.. Semuanya indah kalau kita flash back, zaman-zaman muda dulu...

Dari sekolah tadikanya, dipenuhi dengan nyanyian lagu kanak-kanak..disayangi oleh mak bapak...suka main game..suka bila menyambut harijadi.. suka duduk dalam pelukkan mak dan abah..Semuanya bahagia..xde exam..tak ada gred..

Tapi bila meningkat dewasa, kehidupan semakin mencabar.. Banyak halang, banyak yang kena buat... Dah ada matlamat hidup...

Dalam perjalanan hidup, aku dah jumpa banyak manusia. Ada yang baik, ada yang buruk... Ada yang kawan, ada yang musuh... Dalam perjalannan tu, aku telah buat something yang akan ingat hingga mati...

Itu yang aku takut...

Manusia berubah...manusia x akan terus setia pada satu sama lain...

Kita membesar...

Aku x salahkan hang.. Dan aku jugak x salahkan siapa-siapa..

Lumrah manusia...

Keadaan semakin menyedihkan... Semakin dewasa, semakin mencabar... Ada di antara kita, ada yang terjatuh...ada yang berputus asa... Ada yang tidak ambil kisah... Dan kemanakah aku?

Cikgu aku pernah berpesan...:

"Biar seorang je kawan kita kat dunia ni, daripada beratus-ratus kawan yang belum pasti betul-betul nak kawan dengan kita.."

Kata-kata ini aku ingat kembali...

Adakah betul kawan-kawan aku ikhlas berkawan dengan aku?

Kata-kata ni, buat aku berhati-hati bila aku berjumpa dengan orang lain.. Bukan atas sebab aku USRAH, tapi atas sebab aku dah x percaya pada manusia..

Baik perempuan, ataupun lelaki..

Itu lah sebab aku xde awek lagi.. Hehe..

Perhubungan yang bukan kerana Allah, tak akan kekal lama.. Ini yang aku pegang..

Yang Ikhlas
Ferzly aka The 1st

Wednesday, August 5, 2009

::Naruto aka Ferzly::


Assalammualaikum..

Naruto Shippunden adalah satu anime yang sangat famous bukan sahaja dikalang kanak-kanak bawah umur...

Tetapi jugak dapat menarik perhatian kanak-kanak atas umur seperti FERZLY...Hehe..(suka hati la orang nak kata apa..aku suka anime ni)

Anime ni, aku tonton sejak aku form 4 lagi...dan citer ni mengingatkan aku waktu zaman muda-muda dulu.. Solat magharib x khusyuk..

Sekarang dah khusyuk dah.. Hehe..

Sinopsis sikit tentang citer ni:
Mengisahkan tentang seorang budak, Naruto, yang gigih berusaha untuk mencapai matlamat hidup dia, utk menjadi seorang ninja dan ketua negara, Hokage. Seorang budak yang dipandang hina dan x ada siapa2 yang menghiraukan kewujudan dia..

Sedih..ala-ala kehidupan aku sikit.. Hehe..

Tapi suatu hari Sasuke, kawan baik Naruto, telah berpaling tadah, menyebelahi musuh kampung Konoha.. Tapi bagi Naruto, dia tahu siapa sebenarnya Sasuke. Bagi Naruto, dia tahu Sasuke mempunyai alasan tersendiri dan dia percaya, dia mampu untuk bawa balik Sasuke ke pangkal jalan. Dan itu adalah janji Naruto kepada Sakura.. Dan matlamat Naruto sekarang adalah untuk membawa balik Sasuke ke Konoha dan menjadi Tuan Hokage..

Bagi saya, anime ni memaparkan banyak nilai-nilai kehidupan yang boleh dipractikkan dalam kehidupan manusia. Seperti:
  • KEAZAMAN yang tinggi untuk mencapai matlamat hidup.
  • PENGORBANAN seorang rakyat dan seorang kawan.
  • PERSAHABATAN bukan sekadar atas nama "kawan".
  • KERJASAMA dalam satu pasukkan.
Dan banyak lagi yang dapat diambil pengajaran dalam anime ni..

Setakat ni dah 220 episodes untuk season 1 dan 120 episodes untuk season 2...telah berjaya mengeluarkan 5 movies, semuanya memang gempak!!

Dan movie ke-6 akan keluar x lama lagi.. Kat Japan dah keluar, versi English belum lagi..
Naruto Shippuden 3: Inheritors of the Will of Fire


Dan ni adalah link ke website Naruto Central, dimana kita boleh download semua episodes dan movies Naruto.. Boleh tgk website tu, ada segalanya tentang Naruto..

Dan kalau ada apa-apa pertanyaan tentang Naruto, boleh ajukan aja kepada saya.. Hehe...

The Naruto,
Ferzly aka the 3th.

Tuesday, August 4, 2009

:: Ferzly is a Miracle ::


Assalammualaikum..

Ferzly is a miracle to someone that very very know who he is... Hehe..

People might see him just like a normal kid..in this world.. That doesn't important to this world..

But to whom that know Ferzly more than he is, Ferzly is not just a normal human that you can find at side road, Ferzly is more than that.. extranormal but not paranormal.. Hehe..

Sometime, Ferzly can be like WATER that looks full of peaceful and joys. 1001 senyuman terukir di bibir, mewarnai kehidupannya... The WATER that will bring a smile into some population.. Because of that, someone might think that Ferzly doesn't have any problems in his life.. Huhu.. From WATER, he can be a WAVE, HURRICANE that will bring a disaster to human that never appreciate him....

Sometime, Ferzly can be like EARTH(soil) that will give a lot advantages to humans and never ask for repayment.. Do what ever you want me to do, as long as I can help you as a friend. And then they forget about all my goods and use all the advantages without care about my feeling. So, the EARTH will shaking because too angry with humans' attitude. Earthquake will come and suck everything that he had done to you.

Sometime, Ferzly can be like WIND that will bring a lot of good news to humans.. The wind that will bring peaceful and smiles... And blow away the sadness inside you, dry all of your tears.. Trying to be a good friend to the nature. But when humans think that WIND bring smoke, bring a disease to humans.. blame someone because of their own mistake.. STORM will come and blow away the useless humans being..and bring a lot of damage into their life..

Sometime, Ferzly can be like FIRE that will give a light to someone that need it. Warm someone that cold.. And then they play with me, not serious in using me. And I can also play with you, burn everything that will make you know who I am.. Of course, you can play with me, but not to much..

So, it is your choice, which Ferzly you want me to be?

The Reality
FERZLY aka Dynamics 4

Sunday, August 2, 2009

::Ayam Belanda & Ayam Hutan::

Assalammualaikum..

Dalam dunia ni, ada macam-macam jenis manusia..

Macam ayam jugak, ada macam-macam jenis ayam.. ayam kampung, ayam siam...anak ayam, bapak ayam, ayam bandar.. Huhu..

Dan x semua jenis ayam boleh hidup dalam satu reban.. Macam ayam belanda, x boleh duk dalam satu reban dengan ayam hutan..

Bukan x boleh, tapi kadang-kadang tu x sesuai.. Bukan ayam belanda bencikan ayam hutan, tapi keadaan, sikap yang merasakan tidak sesuai..tidak selesa.

Tapi ada kalanya, ada juga ayam hutan yang ingin berkawan dengan ayam belanda..begitu jugak sebaliknya.. Dan disebabkan persepsi dan pendiriran yang berbeza dalam diri masing-masing, mewujudkan jurang yang dalam diantara 2 jenis ayam ni.

Dulu aku x suka berkawan dengan perokok sebab mak pernah berpesan:
"Angah, kawan tu berkawan la jugak, jangan sampai merosakkan diri. Pilih kawan yang elok.."

Semenjak tu, aku x suka berkawan dengan perokok.. Once dia merokok, dia bukan lagi kawan aku..

Sampai lagu tu sekali...

Tapi Allah tu Maha Mengetahui.. Banyak yang Dia dah tunjukkan kat aku..

Of course, ada sunnah menggatakan:
Hadis riwayat Abu Musa ra.: Dari Nabi saw., beliau bersabda: Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang saleh dan berkawan dengan orang jahat adalah seperti seorang penjual minyak wangi (misk) dan seorang peniup dapur tukang besi. Penjual minyak wangi, dia mungkin akan memberikan kamu atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapatkan aroma harum darinya. Tetapi peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu atau kamu akan mencium bau yang tidak sedap. (Shahih Muslim No.4762)

Tapi apa salahnya, kalau orang yang berkawan dengan minyak wangi tu, berkawan jugak dengan tukang besi.. Mungkin kalau tukang besi tu terbau wangi kawannya, tergerak hati untuk tukang besi memakai minyak wangi ketika berkerja.

Kalau xnak pakai minyak wangi pun..at least, pakai deodorant..wangi jugak...

Dari situ, aku tersedar, kenapa selama ni aku begitu benci PEROKOK? Sedangkan ayah aku sendiri pun perokok.. Malah, aku boleh cuba untuk buat perubahan..

::Tapi aku bersyukur juga dengan sikap aku yang anti-perokok, ada juga perokok yang x merokok kat depan aku.. at least, he respect my perception..Aku akan doakan dia semoga terus berhenti merokok.::

Huhu.. Walaupun ayam belanda tu besar, hodoh daripada ayam hutan, rupa paras bukan penghalang.. Yang penting adalah keikhlasan hati masing-masing untuk berkawan..

Dari situ, kita boleh hapuskan semua jurang diantara kita..

Macam gambar bawah ni..

Ayam belanda dan Ayam Hutan
Hehe..

Jangan marah,
Ferzly aka the 3rd.