MELBOURNE

Thursday, April 30, 2009

::Manusia Oh Manusia::

Assalammualaikum..

Manusia oh manusia...

Hati aku mengeluh di malam hari yang dingin.. Sekarang ni, angin-angin sejuk mula hadir untuk menggantikan musim autumn di Melbourne ni dengan winter..

Sedingin angin di luar, dingin lagi hati ini...

Seketika aku melihat cahaya bulan dan bintang pada malam terakhir April, sambil menghirup udara dingin Melbourne.. Aku terkenang masa aku first year di Monash University.

Masa itu semuanya indah, dapat kenal ramai orang dalam setahun.. Ramai sangat!! Suka!! Sahak, Abg Ijat, Abg Budin, Abg Hilmi, semua la.. Best meriah!!

Tapi manusia berubah, aku pun berubah. Masing-masing ada jalan sendiri, masing-masing ada pendapat dan pendirian sendiri. Aku tak boleh nak buat apa-apa, selain melihat perubahan tu.

Setelah melihat semuanya, aku mula nampak kelemahan pada manusia. Tapi susah bagi aku untuk melihat kelemahan diri sendiri.

Yang bercouple, tiba-tiba putus.
Yang single, tiba-tiba berdua.
Yang baik, tiba-tiba jahat.

Langit tak sentiasa cerah, awan hitam akan muncul.

Tapi beza dengan keadaan cuaca dan musim...

Hari cerah akan muncul setelah awan hitam pergi.. Musim bunga akan tiba selepas musim dingin.

Tapi manusia itu kekal.....

Dan sekarang ni, jauh disudut hati, aku pasrah dengan sifat-sifat manusia. Aku takut sebab aku x pernah nampak KESETIAAN dalam diri manusia. Aku tak pernah nampak sifat KEPERCAYAAN dalam diri manusia. Mungkin aku jua tidak pernah ada sifat-sifat tu.

Aku kian tidak mempercayai seorang wanita untuk dijadikan awek. Sebab aku tahu, ada perkataan "CLASH", "PUTUS CINTA".

Aku kian tidak mempercayai seorang wanita untuk dijadikan isteri. Kerana aku tahu, ada perkataan "CERAI", "TALAK".

Aku jua tidak mempercayai seorang teman. Kerana aku tahu ada perkatan "MUSUH", "KAWAN X GUNA".

Keadaan dunia semakin menakutkan. Wujud ke seseorang yang mampu menjanjikan KESETIAN dan sepenuh KEPERCAYAAN?

Cuba kita lihat keadaan sekeliling, FIKIR adakah kawan kita sekarang ini, akan jadi kawan kita lagi dua, tiga tahun depan? FIKIR adakah awek kita, akan jadi isteri kita di masa hadapan nanti?

Kalau kita x sure, kenapa kita nak buang masa dengan dia?

AKU X FAHAM!!!

Thanks,
FERZLY a.k.a The 1st.

2 comments:

  1. wafa'-kesetiaan...

    Manusia mmg susah setia pd makhluk lain. kesetiaan dpt digoyah dgn cari week point...

    Tp fahamla ferzly, yg kesetiaan Allah pd kita adalah kekal!..Dia Setia sebagai Tuhan kiga, Dia juga Setia dalam memberi kita nafas, rezeki, ilmu, dan sbg...

    Persoalannya...Mampukh kita setia pada Dia? Even dgn manusia kita luluh dan hancur? Pegangla pada janji2 Allah, ia amat berbeda, jika ferzly inginkn wanita yg setia dgn ferzly,

    nah insyaAllah selagi mana ferzly setia pd yg satu, maka Allah akan temukan ferzly dgn bunga yg juga setia pd Allah malahan juga setia pada suaminya. kerana dia Percaya, selagi mana dia setia pada suaminya setia pada Allah, selagi itu dia dikategorikan sbg makhluk yg setia pada tuhannya...

    ReplyDelete
  2. Ermmn..thanks..good info..

    So, kita x perlu risau lah tentang bakal isteri kita di masa hadapan. Just buat masa sekarang, focus diri kepada agama..memperbetulkan diri.. Macam tu ke? Tapi tengok diri sendiri mcm x terbetul pun, walaupun dah lama..Hehe.. Ada something wrong ni..

    Macam mana kita nak tahu tiba masanya? Masa untuk menamatkan zaman bujang kita.. Masa untuk cari pasangan kita.. Kalau macam ferret, September adalah musin mengawan..

    Tengok kawan-kawan semua dah ada..Saya x nak jadi bujang lapuk.. Saya nak anak. Nanti TV plasma saya, saya nak waris kat sapa?

    ReplyDelete