MELBOURNE

Thursday, April 2, 2009

Kawan! Tolong jangan lemah!!

Assalammualaikum..

Ketika aku menaip blog ni.. Aku seharusnya berasa sangat bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan macam hampa semua..

Thanks for involve in my life

Walaupun kadang-kadang tu, kawan itu sendiri yang membawa masalah kat kita tapi..

Tanpa masalah dalam kehidupan, kita sebenarnya x akan belajar apa-apa pun.. Mungkin selama ni aku inginkan kegembiraan, keriangan dalam kehidupan aku..

And now I know that:
"being happy will not make your life perfect!"

Kadang-kadang tu, kehidupan ni kena dihiasi dengan cabaran dan dugaan.. Dan dari situ la, kita akan lebih menghargai makhluk disekeliling kita.. Dan mensyukuri segala pemberian..

(Base on true stroy)

Itu la wujudnya, assignment, test, project... and final exam.. Untuk mewujudkan masalah dalam kehidupan seseorang tu, agar dia belajar erti kehidupan sebenar.. Semua tu la yang akan mendewasakan kita...

Memang betul...Kehidupan ni, x boleh ditempuhi seorang diri...

Aku yakin..

"KAWAN" sebenarnya bukan sekadar seseorang yang sentiasa disisi kita...seseorang yang sentiasa memberi semangat... seseorang yang memahami.. atau pun seseorang yang mempunyai persamaan dengan kita..

Tapi bagi aku, KAWAN itu adalah lebih kepada suatu jiwa, sebahagian daripada aku... sehingga la kejayaan aku pada hari ni adalah sebahagian daripada kejayaan kawan-kawan aku...

Terima kasih..

Dan sebenarnya, kawan tidak perlu sentiasa ada disisi kita, cukup sekadar kekuatannya di hati kita.. Semangat dan kenangan, yang terus menyokong kita dari belakang..

Dan apa yang akan jadi, jika kekuatan itu hilang?

Nescaya, kita jua akan turut terasa sebahagian daripada kita hilang... lemah, tiada dorongan dan sokongan.. That is it, I called TRUE FRIEND!!

Aku x tahu macam mana kawan-kawan aku sekarang(kat oversea) fikir....

Tapi bagi seseorang yang dibesarkan dalam kehidupan masyarakat yang biasa-biasa saja.. Budak kampung(kampung la sangat!!).. Yang suka main selut, mandi sungai, main lintah.. dengan geng-geng kampung..

Seseorang yang x pernah ada cita-cita pun, untuk pergi oversea.. Dan x pernah hairan pun dengan kelebihan budak-budak SBP, MARA ataupun sewaktu dengannya..

Apa yang aku ingin kecapi just nak jadi pandai, agar dapat didik kawan-kawan aku jadi pandai dalam MATHS.. Sebab subject tu je yang aku mahir pun... Maaf!!

Oleh tu, aku nak sangat kawan-kawan aku, specially yang ada kat Malaysia, "nampak" aku.. Dan berharap, aku dapat melahirkan lonjakkan paradikma dalam diri kawan-kawan aku, agar tidak mudah menyerah kalah...terus berdiri...

Kini aku sedar, bila aku lihat kawan-kawan aku "lemah", bukan dari segi fizikalnya sahaja..Tapi "keseluruhannya".. aku pun turut terasa.. Kelemahan tu..

Walaupun banyak dugaan yang bakal aku tempuhi di masa depan, aku x gentar..Sebab aku tahu, aku x seorang kat dunia ni..

Dan aku yakin.. ada sesuatu yang pasti akan membantu kita bila kita berada dalam kesusahan..

Percaya la...

Thanks
FERZLY a.k.a The 2nd

(be strong man!!)

No comments:

Post a Comment