Assalammualaikum..
Tahun ni adalah first time aku tinggal seorang diri dalam satu rumah, satu bilik.. Aku duduk share accomodation.. Housemates aku, orang Hong Kong 2 orang, orang Negro seorang.
And semua housemates aku adalah student postgrade.. Semua tak lekat kat rumah.. So mcm duduk seorang-seorang je la...
First duduk rumah tu macam takut jugak.. Hehe.. Sebab sunyi sepi..
Tapi selamat la aku ada speaker 5.1 Altec Lansing yang mampu tu memecahkan kesunyian dalam rumah aku tu.. Hehe.. Bukan setakat kesunyian, malah rumah tu pun boleh pecah, kalau aku duduk seorang2.. Haha..
Salah satu sifat Ferzly..Benci akan kesunyian.
Itu la, aku bengang dengan sapa-sapa yang x balas panggilan aku and x reply SMS aku.. Hehe..
Duduk seorang2 memang bosan, kalau kita sendiri tak tahu macam mana nak mencari keriangan tu. Kadang-kadang walaupun kita berada dalam situasi yang sangat meriah, tapi kalau hati dan fikiran kita tak boleh terima situasi tu. Kita akan tetap rasa seperti keseorangan.
Apa yang aku dapat selama 22 tahun aku hidup.. Sebenarnya kehidupan kita ni, bermain dengan hati dan pemikiran kita saja. Sesuatu benda tu, kita rasa susah adalah disebabkan kita sendiri tiada keyakinan untuk buat benda tu. Semua perasaan yang bermain dalam kehidupan adalah dikawal oleh hati dan pemikiran kita. Ini ikut idea aku la..
So, sekarang ni, aku rasa macam seronok duduk seorang-seorang.. Seolah-oleh, tiada tali yang mengikat kaki aku.
Macam dulu asik bergerak dalam kumpulan je. Kalau pergi shopping, asik ikut kawan tu, kawan ni..Last, kita yang x dapat pergi kat mana yang kita nak. Sekarang ni, kalau pergi shopping, aku boleh pergi mana aku suka dan aku boleh duduk berapa lama pun dalam kedai tu. Dan boleh beli barang-barang yang "baik".. Hehe..
Lagi satu, aku x berapa suka sangat duduk dalam kumpulan, sebab selalunya aku hanya jadi bahan ketawa je kepada kawan-kawan aku untuk gelak. Tapi sekarang ni, aku lebih suka jalan seorang-seorang, tengok adegan orang sekeliling aku, kenal dengan orang2 OZ. Best!!
Dan dalam kehidupan ni, x semuanya sempurna, semua ada baik buruknya. Duduk seorang2 pun ada buruknya jugak. Duduk seorang2 seperti mendapat kebebasan, boleh buat apa yang kita nak, xde siapa pun tahu melainkan Allah. Dan lama-lama, kita dapat rasakan that we can stand alone, x payah nak mengharapkan siapa-siapa pun. And at last, kita rasa setiap orang disekeliling kita x penting dalam kehidupan kita. Ini yang dikatakan SELFISH!
Dan ini yang aku takutkan.. Dalam keseronokan aku bersendirian, tanpa disedari, aku juga membentuk hati aku. Hati untuk menjadi SELFISH..
So, doakan la agar aku masih lagi memerlukan kamu... Amin..
Thanks
Ferzly a.k.a The 1st
No comments:
Post a Comment