MELBOURNE

Tuesday, October 25, 2011

::Cikgu Muhammad Noor::

Assalammualaikum..

Ahh.. Kalau panjang umur, tahun depan aku akan digelar CIKGU MOHAMMAD NOOR.. with double "O".. Hahaha..

"Cikgu Mohammad Noor bukan nama sebenar.."

Ada beberapa cita-cita pada permulaan aku menjadi seorang guru.. Ermm, boleh dikatakan "prinsip" aku dalam menjadi seorang pendidik..

Seorang guru yang penyayang.
....Aku memegang satu persepsi dimana "keganasan atau kekerasan bukan lah satu teknik mengajar." Walau bagaimana pun ketegasan itu perlu dalam membentuk individu dan pada situasi yang sesuai. Maksudnya, TEGUR vs MARAH. Kekadang kita keliru.. dan kalanya kita tak sedar samada itu marah ataupun tegur. Tapi orang yang melihat kita pada waktu itu, boleh tahu samada kita marah ataupun tegur. Oleh itu, seorang guru mesti ada perasaan sayang terhadap anak muridnya. Aku percaya kepada kuasa CINTA aka kasih sayang. Lagi pun, Islam telah banyak mengajar kita untuk saling menyayang antara satu sama lain. Kenapa??

....Dengan perasaan kasih sayang, semua benda jadi senang.. Kalau kita menyayangi sesuatu, kita akan cuba buat yang terbaik.. Kita akan menjaganya dengan baik.. Dan kalau marah, marah dengan perasaan kasih sayang... Marah dengan perasaan benci DAN marah dengan perasaan kasih sayang adalah satu tindakan yang berbeza. Dengan perasaan kasih sayang juga, kerja penat tidak terasa.. Malah akan bertambah bersemangat.

....BTW, aku bukan yang mengajar budak sekolah rendah, yang perlu berteriak satu kelas. Aku pun pernah muda dan pernah bersama pelbagai jenis guru. Kekadang kita tak suka guru memaki-hamun kita di hadapan kawan2 kita.. Betul dak?? Ada kalanya kita memerlukan teguran tetapi dengan cara yang berhemah dan tidak memalukan. Kalau berhadapan dgn guru yang lemah dan statik, tahu mengajar tanpa menghiraukan pelajar, pun susah jugak.

Seorang guru yang low profile
....Aku tak pernah bercita-cita untuk jadi kaya.. Bagi aku, "money is not the important thing in human's life." Duit tu kat mana-mana pun boleh dapat. Jalan-jalan pun boleh jumpa duit.. Haha.. Apa yang aku cuba cakap, "YA, memang benar duit itu PERLU, tapi bukan la sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan." Bahkan, ada banyak benda lain yang perlu kita fikirkan dalam hidup ni.

Tapi semua ni bergantung kepada individu/diri kita masing-masing.. Ada di antara kita, perlukan DUIT.. Tak salah, sebab masing-masing ada asalan masing-masing.. Bagi aku, aku pun ada matlamat aku sendiri dan duit bukanlah matlamat aku.

K, enough with money issue.

Aku bercita-cita untuk jadi seorang guru yang mementingkan "public transportation". Kalau boleh, aku nak naik bus pergi ke sekolah. Wah! Naik bus sekali dengan anak murid, bunyinya seperti menyeronokkan. Betul dak?? Hehe..

Bagi aku, ada kelebihannya selain dapat berjimat-cermat...*bukan kedekut*. Antaranya:
  • aku boleh mengetahui dan mengenali anak murid aku dengan lebih dekat.
  • aku boleh mendidik anak murid aku betapa pentingnya public transport.
  • aku nak mengajar biar kita bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Aku taknak kereta mewah-mewah bawa ke sekolah.. kalau aku ada pun, aku nak tinggal kat rumah, untuk kegunaan berjalan-jalan.

Seorang guru zaman dahulu
....Ah! Macam guru zaman dulu, kena kayuh basikal ke sekolah, kena jalan kaki berbatu-batu.. Kesannya, guru zaman dahulu lebih dihargai daripada guru zaman sekarang.  Pelajar pun tahu macam guru bersusah payah untuk mendidik mereka.

Aku tak boleh naik basikal sangat, sebab aku selalu jatuh basikal.. Haha.. Waktu sekolah menengah dulu berapa kali jatuh basikal dalam masa 5 tahun.. Sampai berjahit sana sini, terseliuh sendi-sendi.. Alhamdullillah, masih dipanjangkan umur.. Haha.. dan alhamdullillah, luka dan seliuh itu membuahkan hasil.. Tidak terasa sakit dan tidak terlihat parut..yang terbayang adalah Gold Coast.. Hahaha...

Kalau nak kata, mungkin akan sampai lewat ke sekolah kalau naik public transport.. Kenapa cikgu zaman dahulu boleh, kenapa sekarang x boleh?? Kalau guru zaman dahulu boleh keluar awal pagi, kenapa guru sekarang x boleh??

Kesimpulannya
....Aku nak jadi seorang guru yang lain daripada yang lain... Dan yang sebenarnya, apa yang aku cuba capai adalah untuk menjadi seperti guru-guru zaman dahulu... Yang ramai yang kata,

"Cikgu dulu xde kereta besar, xde rumah besar.. DG41 sampai  nak pencen... tetap dapat melahirkan perdana menteri pada hari ini.Tapi apa yang ada cikgu pada hari ini adalah kereta besar, rumah besar... pusat tuisyen dua tiga cawangan. Apa hasilnya?? Peningkatan kes buang bayi, kes pelajar mengandung... Guru liwat .. guru rogol..guru dera.."

Sebagai salah seorang bakal pendidik dan bakal jadi seorang cikgu...

AKU TERASA...

Dan aku akan cuba untuk meraih kembali penghormatan dan kepercayaan masyarakat akan kewibawaan seorang guru... Dan ingat lah, bukan semua guru zaman sekarang lihat pada DUIT.. masih ada lagi cikgu yang ingin mendidik dan berkongsi pengalaman serta ilmu... yang ikhlas semata-mata sebagai seorang guru..

Yang bersemangat menjadi guru tahun 2012,
F.E.R.Z.L.Y aka the 2nd

No comments:

Post a Comment