Assalammualaikum..
Maaf la, lama aku x menaip kat blog ni... tapi x semestinya aku berhenti menzahirkan perasaan aku.. Hehe.. Dah banyak tempat-tempat yang boleh aku zahirkan perasaan aku.. salah satunya facebook..
Semenjak ber-KPLI ni, aku agak busy sikit... dah al dilantik menjadi Ketua Opsyen.. so banyak kebajikan kekawan aku, perlu di ambil kisah... Wah!! Ala-ala cikgu yang 'sharing is caring' pulak aku ni.. Hehe..
Berbalik kepada topik kali ni... KAPAL SAHABAT aka FRIEND-SHIP..
Seronok sangat naik KAPAL ni.. dah banyak kapal aku naik.. KAPAL SAHABAT lagi banyak pernah aku naik.. Tapi banyak yang telah KARAM. Banyak suka duka.. banyak ombak dan badai.. itu la kehidupan di atas KAPAL..
Pernah aku berlayar jauh.. sejauh akal pemikiran aku.. jauh yang tidak pernah tercatat dalam dairi kehidupan ku.. Tapi inilah dugaan dan ujian bagi aku.. Ternyata aku pergi dengan KAPAL, aku pulang dengan SAMPAN.. atau mungkin sekadar PELAMPUNG.
Hati mana tak pedih, hati mana tak terguris.. Bagaikan terbelah dua hati ini.. aku kecewa, semuanya salah aku.. kerna aku yang tidak tahu 'mengemudi' sebuah kapal.. lalu dirempuhnya satu 'batu karang' yang besar.. Hancur berkecai, menjadi seperhan-seperhan kayu yang bertaburan di lautan yang luas... hanya 'sekeping papan' aku berpaut sebagai 'penyelamat' aku di tengah laut..
Seorang diri berpaut di tengah lautan yang luas dan gelap.. melawan ombak yang tidak pernah lelah bergelombang.. yang tidak berketepian.. bairpun aku tahu berenang, namun tangan aku tetap terus mengenggam 'kepingan papan kapal sahabat' ku.. kerana kepingan kapal itu adalah satu-satunya yang aku ada..
Dan kini, aku temui sebuah kapal sahabat yang baru.. yang menyelamatkan aku di tengah lautan.. Dan percayalah, kepingan kapal lama itu tetap aku SIMPAN kerana itu adalah KAPAL itu telah banyak BERBAKTI pada aku.. yang banyak kenangan, suka duka aku bersama-sama di tengah lautan.
Dan hari ini, aku sepatutnya lebih bersedia.. belajar mengemudi kapal... menyediakan sampan keselematan.. bersedia segalanya agar aku tetap terus berdayung sejauh-jauhnya sehinggalah aku DIBERHENTIKAN...
Jom berlayar!!!!!!!!!!
Yang Berlayar,
FERZLY aka the 3rd
No comments:
Post a Comment