MELBOURNE

Tuesday, August 11, 2009

::Duit Oh Duit::

Assalammualaikum..

Kenapa la nak beli sesuatu kena guna duit?

"Duit Oh Duit"

Tapi at least, aku patut bersyukur la...sebab account aku x kosong lagi...ada sesetengah tu dah negative dah..

Kesian..

Alhamdullillah, tengah kering2 ni, tiba2 duit tax return masuk...

Tersenyum...

Aku percaya, Allah akan tolong kita bila kita berada dalam kesusahan..

Itu specialnya orang Islam..

Terima kasih Allah.. Sayang Allah...

Kepada kawan2 yang lain sabar je la.. Nak buat macam mana? Kita ni student scholarship..depend kat sponsor masing-masing..

Nak marah pun x boleh...Bukan duit kita.. kan ditariknya duit tu...mati kelaparan la pulak..

Alhamdullillah, kat Beddo selalu jugak ada makan2 waktu-waktu tgh kering ni... Hehe..

Alhamdullillah, semoga murah rezeki orang yang buat makan2 ni..dan jugak murah jugak rezeki orang2 yang pergi makan...

Hehe...

Tapi kalau ada duit banyak kat tangan pun MASALAH jugak...cepat pulak la duit tu habis.. Ada kelebihan jugak duit scholar masuk lambat...

Tapi whatever la, yang pasti setakat ini, aku ditahap yang selamat...

Semua bill dah bayar, rent dah bayar.. stock makanan untuk ramadhan dah beli...

So, duduk dalam rumah senyap2... Kena berjimat..

Hehe..

Yang senang hati
Ferzly aka the 2nd.

Monday, August 10, 2009

::Kenapa DIA?::


Assalammualaikum..

::Sebelum membaca post kali ni, aku mintak MAAF dengan kata-kata yang akan aku gunakan dalam post kali ni.. Specially yang ada kena-mengena::

Kenapa dia menjadi pilihan hang? Kenapa dia menjadi jalan penyelesaian bagi semua masalah hang?

BODOH KE?

Maaf apa yang akan aku katakan ni...

"Kerajaan hantar kita bukan untuk merosakkan kita...Buat habis duit kerajaan je..Kerajaan bagi duit, kita bakar pulak duit tu.. Banyak lagi students kat Malaysia tu, yang memerlukan duit tu.. X reti bersyukur ke?"

Nama je budak top student kat sekolah masing-masing.... Tapi akhirnya, BODOH serupa lembu jugak.. Lembu pun x bodoh macam kau, tahu bezakan mana rumput dan rokok..

Nak kata BANGANG, datang oversea... Nak kata BODOH, marah pulak..

Kalau hang x bangang, x bodoh.. apasal perkara yang senang pun tak boleh nak fikir..

Aku x tahu la.. Rokok tu haram ke, halal ke... Tapi yang pasti, rokok membahayakan kesihatan..

Dan yang pasti, kita semua yang datang oversea ni.. BERPELAJARAN!

Mana pergi otak hampa?! Letak kat kepala mana?

Bukankah BODOH+BANGANG namanya tu, kalau seseorang yang berpelajaran..tahu apa yang baik dan buruk terhadap DIRI dia...tapi tetap memilih yang buruk untuk dirinya...

Aku x boleh terima...

Kalau kau nak membazir kat mana-mana sekali pun.. aku x kisah... Tapi kalau kau nak membazir ke jalan yang pasti 100% akan merosakkan diri, kesihatan dan otak hang..aku x boleh terima...

Tambah-tambah lagi, kau tu budak sponsor... Cuba fikir, dari mana duit tu datang? Dan hang guna duit tu untuk beli rokok...

Senang-senang je..

Memang aku xde hak nak maki-hamun, aku xde hak nak marah kau indirectly...face to face...

Tapi cuba fikir..kalau seorang rakyat Malaysia cakap:

"Aku x halal duit yang ayah aku bagi kat kerajaan..dan duit tu pulak diberikan kepada student2 scholarship...dan duit tu digunakan pulak untuk beli ROKOK.. Aku x halal!!"

Itu baru seorang, kalau 1 uni ada dekat 10ribu org...darab pulak dengan berpuluh uni kat Malaysia tu..

Apa kita nak jawab kat Padang Masyar nanti?!

Aku tahu ayah aku pun merokok.. Tapi at least, dia beli rokok guna duit dia sendiri.. Nasihat anak-anak supaya JANGAN SEKALI-KALI MEROKOK!!

Yang hairannya, mak bapak kau x pernah nasihat ke?

Tengok!! Sedar la...pergi balik, mak bapak jugak yang dipersalahkan.. Kesian, sedih kat mak bapak kau.. Orang x akan kutuk kau sangat, orang akan salahkan mak bapak x ajar..

At least, kalau x nak dengar nasihat orang lain pun...Fikir la mak dan ayah kita.. Kalu mak bapak kau tahu, mesti sedih.. Anak-anak merokok. Ada ke mak bapak yang nak anak-anak merokok?

Kalau ada, mak ayah perokok tu pun BODOH sekali la.. Memang dasar datang daripada keturunan yang BODOH kot...

KAU!! Kalau perbuatan kau, x beri effect kat mak bapak kau... Tak kisah..

Kalau menitis air mata ibu tu, atas sebab kau merokok...memang neraka la tempat kau..

Biar padan dengan muka kau...

::Kalau xnak fikir pasal apa yang orang akan cakap kat kita... at least, fikir la, apa yang orang akan cakap kat mak bapak kita::

Everthing that we do, will effect people around us...specially our parent and family...

Marah la aku.. Benci la aku..

Kalau xnak maafkan aku...at least minta maaf la kat mak bapak hang..

Yang memohon
FERZLY aka The 4th

Sunday, August 9, 2009

::Friendship vs Family::

Agak2 gambar ni dituju khas untuk friend ke parent?

Assalammualaikum...

::This post to all my brothers..my real brothers and my non-real brothers::

Diceritakan.. Kalau la, kawan baik kita dan mak kita, lemas dalam sungai, siapa yang akan kita selamatkan dulu?

Kalau nak selamatkan mak, mak besar daripada kita.. nak tarik ke tebing pun susah.. silap2 kita pun lemas sekali... Kalau selamatkan kawan, saiz lebih kurang kita je.. Kemungkinan untuk berjaya tarik dia ke tebing, tinggi..

So, tarik kawan baik dulu la...mak second round...

Huhu....

Ini lah pemikiran remaja sekarang... Friend come first, then family..

Angah dulu pun pernah muda..

Dulu waktu sekolah, kalau boleh tu, macam nak duduk serumah sekali dengan kawan...malas nak balik rumah...

Macam xde apa pun kat rumah tu... Lebih baik keluar lepak dengan kawan...Sembang-sembang kat kedai kopi..

Sedangkan ada perasaan yang sanggup bersusah payah.. sangguh mati untuk kawan baik kita...

Tapi pada 12 January, tahun 2005...suatu perkara membuat mata hati aku terbuka...akan kepentingan mak dan ayah disisi kita...

Bila sekali Allah tunjukkan kebenaran di depan mata aku... Aku tersentak, terhenti nafas.. Kecawa setelah begitu banyak pengorbadan aku sebagai seorang kawan... Dan ini balasannya..

Aku sedih..Hampa..Kecewa...

Kemana aku pergi? Kepada siapa aku mengadu? Ke mana aku menitiskan air mata ni?

Mak bapak...

Adakah selama ni aku buta? Aku abaikan tanggungjawab aku sebagai seorang anak.. Adakah mak bapak aku bahagia dengan kehadiran aku?

Adakah kita seorang yang tidak bersyukur? Aku sedih dan kesal... atas sikap aku yang lebih mementingkan kawan-kawan aku daripada mak bapak aku sendiri..

Maafkan angah...

Aku seharusnya menghabiskan masa bersama mereka... hormat mereka... bahagiakan mereka.. mengukir senyuman di bibir mereka..

Bukannya, kecikkan hati mereka... tinggikan suara dengan mereka.. menitiskan air mata mereka..

Maafkan angah...

Angah nasihatkan adik-adik angah, jaga la mak dan abah...

Bukan susah pun, bukan yang kena beli teddybear mcm beli kat awek.. Bukannya nak kena belanja makan bila keluar.. Tak payah beli rose bila valentine..

Just sayang mereka...hormat mereka... Dan kebahagian mereka adalah kebahagian anak-anak..

Susah ke? Susah ke jadi seorang anak?

Jangan ulangi kesilapan angah... Angah menyesal...

Hormat mak bapak kita... sementara anugerah Allah tu masih berada di depan mata...

Maafkan angah...

Yang kesal akan kebodohan diri sendiri,
Ferzly aka The 3rd.

Saturday, August 8, 2009

::Memorial In My Heart::


Assakammualaikum..

"Hai la hati, hai la kenangan.."

Kenapa la aku terus membuat kenangan? Sedangkan aku tahu kelak aku akan tersesak kerananya...

Disebabkan kenangan la, aku merindui seseorang, aku merindui sesuatu.. Home sick.. Semuanya indah kalau kita flash back, zaman-zaman muda dulu...

Dari sekolah tadikanya, dipenuhi dengan nyanyian lagu kanak-kanak..disayangi oleh mak bapak...suka main game..suka bila menyambut harijadi.. suka duduk dalam pelukkan mak dan abah..Semuanya bahagia..xde exam..tak ada gred..

Tapi bila meningkat dewasa, kehidupan semakin mencabar.. Banyak halang, banyak yang kena buat... Dah ada matlamat hidup...

Dalam perjalanan hidup, aku dah jumpa banyak manusia. Ada yang baik, ada yang buruk... Ada yang kawan, ada yang musuh... Dalam perjalannan tu, aku telah buat something yang akan ingat hingga mati...

Itu yang aku takut...

Manusia berubah...manusia x akan terus setia pada satu sama lain...

Kita membesar...

Aku x salahkan hang.. Dan aku jugak x salahkan siapa-siapa..

Lumrah manusia...

Keadaan semakin menyedihkan... Semakin dewasa, semakin mencabar... Ada di antara kita, ada yang terjatuh...ada yang berputus asa... Ada yang tidak ambil kisah... Dan kemanakah aku?

Cikgu aku pernah berpesan...:

"Biar seorang je kawan kita kat dunia ni, daripada beratus-ratus kawan yang belum pasti betul-betul nak kawan dengan kita.."

Kata-kata ini aku ingat kembali...

Adakah betul kawan-kawan aku ikhlas berkawan dengan aku?

Kata-kata ni, buat aku berhati-hati bila aku berjumpa dengan orang lain.. Bukan atas sebab aku USRAH, tapi atas sebab aku dah x percaya pada manusia..

Baik perempuan, ataupun lelaki..

Itu lah sebab aku xde awek lagi.. Hehe..

Perhubungan yang bukan kerana Allah, tak akan kekal lama.. Ini yang aku pegang..

Yang Ikhlas
Ferzly aka The 1st

Wednesday, August 5, 2009

::Naruto aka Ferzly::


Assalammualaikum..

Naruto Shippunden adalah satu anime yang sangat famous bukan sahaja dikalang kanak-kanak bawah umur...

Tetapi jugak dapat menarik perhatian kanak-kanak atas umur seperti FERZLY...Hehe..(suka hati la orang nak kata apa..aku suka anime ni)

Anime ni, aku tonton sejak aku form 4 lagi...dan citer ni mengingatkan aku waktu zaman muda-muda dulu.. Solat magharib x khusyuk..

Sekarang dah khusyuk dah.. Hehe..

Sinopsis sikit tentang citer ni:
Mengisahkan tentang seorang budak, Naruto, yang gigih berusaha untuk mencapai matlamat hidup dia, utk menjadi seorang ninja dan ketua negara, Hokage. Seorang budak yang dipandang hina dan x ada siapa2 yang menghiraukan kewujudan dia..

Sedih..ala-ala kehidupan aku sikit.. Hehe..

Tapi suatu hari Sasuke, kawan baik Naruto, telah berpaling tadah, menyebelahi musuh kampung Konoha.. Tapi bagi Naruto, dia tahu siapa sebenarnya Sasuke. Bagi Naruto, dia tahu Sasuke mempunyai alasan tersendiri dan dia percaya, dia mampu untuk bawa balik Sasuke ke pangkal jalan. Dan itu adalah janji Naruto kepada Sakura.. Dan matlamat Naruto sekarang adalah untuk membawa balik Sasuke ke Konoha dan menjadi Tuan Hokage..

Bagi saya, anime ni memaparkan banyak nilai-nilai kehidupan yang boleh dipractikkan dalam kehidupan manusia. Seperti:
  • KEAZAMAN yang tinggi untuk mencapai matlamat hidup.
  • PENGORBANAN seorang rakyat dan seorang kawan.
  • PERSAHABATAN bukan sekadar atas nama "kawan".
  • KERJASAMA dalam satu pasukkan.
Dan banyak lagi yang dapat diambil pengajaran dalam anime ni..

Setakat ni dah 220 episodes untuk season 1 dan 120 episodes untuk season 2...telah berjaya mengeluarkan 5 movies, semuanya memang gempak!!

Dan movie ke-6 akan keluar x lama lagi.. Kat Japan dah keluar, versi English belum lagi..
Naruto Shippuden 3: Inheritors of the Will of Fire


Dan ni adalah link ke website Naruto Central, dimana kita boleh download semua episodes dan movies Naruto.. Boleh tgk website tu, ada segalanya tentang Naruto..

Dan kalau ada apa-apa pertanyaan tentang Naruto, boleh ajukan aja kepada saya.. Hehe...

The Naruto,
Ferzly aka the 3th.

Tuesday, August 4, 2009

:: Ferzly is a Miracle ::


Assalammualaikum..

Ferzly is a miracle to someone that very very know who he is... Hehe..

People might see him just like a normal kid..in this world.. That doesn't important to this world..

But to whom that know Ferzly more than he is, Ferzly is not just a normal human that you can find at side road, Ferzly is more than that.. extranormal but not paranormal.. Hehe..

Sometime, Ferzly can be like WATER that looks full of peaceful and joys. 1001 senyuman terukir di bibir, mewarnai kehidupannya... The WATER that will bring a smile into some population.. Because of that, someone might think that Ferzly doesn't have any problems in his life.. Huhu.. From WATER, he can be a WAVE, HURRICANE that will bring a disaster to human that never appreciate him....

Sometime, Ferzly can be like EARTH(soil) that will give a lot advantages to humans and never ask for repayment.. Do what ever you want me to do, as long as I can help you as a friend. And then they forget about all my goods and use all the advantages without care about my feeling. So, the EARTH will shaking because too angry with humans' attitude. Earthquake will come and suck everything that he had done to you.

Sometime, Ferzly can be like WIND that will bring a lot of good news to humans.. The wind that will bring peaceful and smiles... And blow away the sadness inside you, dry all of your tears.. Trying to be a good friend to the nature. But when humans think that WIND bring smoke, bring a disease to humans.. blame someone because of their own mistake.. STORM will come and blow away the useless humans being..and bring a lot of damage into their life..

Sometime, Ferzly can be like FIRE that will give a light to someone that need it. Warm someone that cold.. And then they play with me, not serious in using me. And I can also play with you, burn everything that will make you know who I am.. Of course, you can play with me, but not to much..

So, it is your choice, which Ferzly you want me to be?

The Reality
FERZLY aka Dynamics 4

Sunday, August 2, 2009

::Ayam Belanda & Ayam Hutan::

Assalammualaikum..

Dalam dunia ni, ada macam-macam jenis manusia..

Macam ayam jugak, ada macam-macam jenis ayam.. ayam kampung, ayam siam...anak ayam, bapak ayam, ayam bandar.. Huhu..

Dan x semua jenis ayam boleh hidup dalam satu reban.. Macam ayam belanda, x boleh duk dalam satu reban dengan ayam hutan..

Bukan x boleh, tapi kadang-kadang tu x sesuai.. Bukan ayam belanda bencikan ayam hutan, tapi keadaan, sikap yang merasakan tidak sesuai..tidak selesa.

Tapi ada kalanya, ada juga ayam hutan yang ingin berkawan dengan ayam belanda..begitu jugak sebaliknya.. Dan disebabkan persepsi dan pendiriran yang berbeza dalam diri masing-masing, mewujudkan jurang yang dalam diantara 2 jenis ayam ni.

Dulu aku x suka berkawan dengan perokok sebab mak pernah berpesan:
"Angah, kawan tu berkawan la jugak, jangan sampai merosakkan diri. Pilih kawan yang elok.."

Semenjak tu, aku x suka berkawan dengan perokok.. Once dia merokok, dia bukan lagi kawan aku..

Sampai lagu tu sekali...

Tapi Allah tu Maha Mengetahui.. Banyak yang Dia dah tunjukkan kat aku..

Of course, ada sunnah menggatakan:
Hadis riwayat Abu Musa ra.: Dari Nabi saw., beliau bersabda: Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang saleh dan berkawan dengan orang jahat adalah seperti seorang penjual minyak wangi (misk) dan seorang peniup dapur tukang besi. Penjual minyak wangi, dia mungkin akan memberikan kamu atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapatkan aroma harum darinya. Tetapi peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu atau kamu akan mencium bau yang tidak sedap. (Shahih Muslim No.4762)

Tapi apa salahnya, kalau orang yang berkawan dengan minyak wangi tu, berkawan jugak dengan tukang besi.. Mungkin kalau tukang besi tu terbau wangi kawannya, tergerak hati untuk tukang besi memakai minyak wangi ketika berkerja.

Kalau xnak pakai minyak wangi pun..at least, pakai deodorant..wangi jugak...

Dari situ, aku tersedar, kenapa selama ni aku begitu benci PEROKOK? Sedangkan ayah aku sendiri pun perokok.. Malah, aku boleh cuba untuk buat perubahan..

::Tapi aku bersyukur juga dengan sikap aku yang anti-perokok, ada juga perokok yang x merokok kat depan aku.. at least, he respect my perception..Aku akan doakan dia semoga terus berhenti merokok.::

Huhu.. Walaupun ayam belanda tu besar, hodoh daripada ayam hutan, rupa paras bukan penghalang.. Yang penting adalah keikhlasan hati masing-masing untuk berkawan..

Dari situ, kita boleh hapuskan semua jurang diantara kita..

Macam gambar bawah ni..

Ayam belanda dan Ayam Hutan
Hehe..

Jangan marah,
Ferzly aka the 3rd.