MELBOURNE

Saturday, April 24, 2010

::The Bulletproof::

Assalammualaikum..

Sesungguhnya ketika aku menulis post kali, hati aku "berdarah".. Perasaan aku seperti awam hitam yang suram..

"I can take all the bullets.. I can take all the shoots on me... But one thing you should know, I'm not a bulletproot.."

Kecewa..

Mungkin salah aku.. tapi kenapa aku x melawan? Kenapa aku x balas semuanya? Kenapa aku terima semuanya? Kenapa aku x membela diri aku?? Kenapa aku senyap?

Kenapa aku biar orang marah aku sehinggakan aku rasa sangat RENDAH & HINA?

Kenapa?!

Penakut? Pengecut?!!

Dari kecik lagi, aku selalu berdoa.. agar diberi kekuatan untuk aku MARAH.. untuk aku berani MENINGGIKAN suara.. untuk aku berani TUMBUK seseorang yang aku marah.. Tapi sampai sekarang aku masih x mampu untuk melepaskan kemarahan aku..

Apa yang aku buat, just BERSABAR.. tapi sampai bila? Sampai semua orang sekeliling aku NAIK LEMAK...??

Semua kemarahan, aku jadikan air mata.. Aku tanggung sendiri. Aku neutralize kesemua kemarahan aku.. Demi menjaga keselesaan orang sekeliling aku..

Aku bukan NABI tapi aku sentiasa berusaha untuk jadi seperti NABI.. Aku x sempurna seperti NABI, tapi aku berusaha menyempurnakan diri aku seperti NABI..

Aku respect Rasullullah saw.. Aku tahu baginda seorang yang penyabar, sangat penyabar..

"Ya Rasullullah, macam mana la kamu boleh bertahan? Tak remuk ke hatimu? Tak tercalar ke hatimu? Dengan kutukkan, cacian dari bangsa, kaum sendiri.. Ya Rasullullah, kau ajarlah aku. Ajarlah aku apa itu sabar?"

Baru macam ni, aku dah rasa pedihnya bersabar nak menanggung kutukan, kemarahan kawan-kawan.. Macam mana la Rasullullah saw dapat tahan, dapat bersabar dengan karenah seluruh kaumnya, malah dapat hidup lagi dengan orang-orang yg mencaci dan hina baginda.

Aku mencintaimu, ya Rasullullah.

Memang sikap manusia suka "menembak".. Aku sabar pun salah, dikatakan pulak bagi muka sangat kat orang..

Aku x suka melafaskan kemarahan sebab aku takut aku menyakiti orang lain.. Aku tak nak hati orang lain tercakar sebab kemarahan aku.. Aku lebih prefer mendahului dengan kasih sayang dan kemarahan adalah cara yang paling last dan kalau boleh dielakkan, aku elak..

Aku berpegang pada satu statement,
"Apa yang kita buat, pasti akan dapat balasannya."

Tapi pada usia ni, aku mula ingin melepaskan pegangan itu..

Kita hormat orang, tapi belum tentu orang akan hormat kita.. Kita sayang kawan-kawan kita, tapi belum tentu kawan-kawan kita akan sayang kita.. Malah ada yang akan buat jahat kat kita, caci kita, hina kita.. maki hamun kita..

Mana kebenaran, "buat baik dibalas baik"..

Satu sifat aku... Hari ni aku terluka, esok pasti akan sembuh.. Aku yakin senyuman dapat menghilangkan kemarahan dan kesedihan.. Jangan menyimpan dendam, rosak hati..

"Sedangkan NABI ampunkan umat..inikan aku yang sekadar manusia.."

Hidup ni tak lama, sehari kita sedih.. kita dah membazir 24jam kehidupan kita yg sepatutnya kita gembira, kita senyum..

Sedih atau marah, FERZLY akan terus dan tetap akan SENYUM.. Biar senyuman itu PALSU atau BENAR, asalkan semua orang bahagia dengan senyuman aku, aku senang hati..

Inilah FERZLY.

*tak salah kalau nak marah.. tapi kalau kemarahan itu menyakiti seseorang, itu bukan mendidik tapi ia akan meninggalkan satu kesan parut kat hati dia.. Tegur la dengan kasih sayang dan kesabaran.. Ini la sebab aku tak suka marah.. Maaf..

The Forbidden to be Angry,
F.E.R.Z.L.Y aka the 2nd

Tuesday, April 6, 2010

::Bayangan Muslimah::

Assalammualaikum..

Pernah dulu aku dinasihat:

"Hang kalau nak jadi jahat, jadi la.. asalkan hang jangan tinggal solat, specially solat SUBUH.. dan bercita-cita la untuk dapat isteri yang baik/solehah."

Waktu tu, aku rasa aku umur 13tahun.. Dulu aku ni, agak lurus bendul jugak la.. Apa yang orang cakap, telan je.. Apa yang aku terfikir waktu tu adalah..

"Ooo..boleh jadi jahat rupanya, asalkan tak tinggal solat SUBUH dan nak isteri yg baik, solehah.. Nak isteri yg pakai tudung labuh."

Lepas aku tanam perception macam tu, sebenarnya..

"Nak bangun SUBUH lagi susah daripada nak jadi jahat... macam mana nak jadi jahat, asik tinggal solat SUBUH?? Macam tu, kena jadi baik je la.."

Point ke-2, pasal isteri.. Perangai hodoh, berangan nak isteri baik/solehah.. Memang susah la nak dapat...

Dalam Al-Quran sendiri tertulis:

"Wanita-wanita yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat. Lelaki-lelaki yang jahat untuk wanita-wanita yang jahat. Wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. Mereka (yang baik-baik itu) lepas dari tuduhan yang dilontarkan. Bagi mereka keampunan dan rezeki yang baik."(An-Nuur 26)

Ayat ni memang famous kalau bercakap pasal jodoh. Tapi apa yang menariknya adalah ayat 3 dalam surah yang sama, An-Nuur:

"Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin mengahwini melainkan wanita yang berzina atau wanita yang musyrik. Dan wanita yang berzina tidak ingin dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan demikian itu terlarang (melakukannya)kepada orang-orang yang beriman."(An-Nuur 3)

Dalam ayat ni, diterangkan oleh Allah bahawa lelaki yang penzina hanya akan berkahwin dengan perempuan yang penzina.. Dan ingatlah apa itu ZINA? Bukan setelah mendapat anak luar nikah, baru dikatakan ZINA..

Aku terfikir, bercouple pun banyak melakukan zina.. Maka memang ternyata la ayat An-Nuur 3 ni. Aku tersentak, baru sekarang aku sedar setelah sekian lama aku bercakap pasal couple. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.

Subhanallah..

Ayat An-Nuur 26 tu, menyatakan Islam telah mengaturkan cara-cara pemilihan pasangan, iaitu kedua suami isteri itu sekufu dan bersesuaian mengenai kecerdasan, kemahuan dan tingkah lakunya, agar kuat perhubungan di antara kedua-duanya, sehinggakan tidak dapat diputuskan oleh penceraian.

Itulah sebabnya, kalau kita berkahwin kerana NAFSU, maka kita akan dapat NAFSU.. Kalau kerana kecantikan, maka kita akan dapat kecantikan.. Tapi semua tu hanyalah sementara, lepas dah puas.. mula timbul rasa kecewa dan menyesal, itu la timbul "PENCERAIAN" bila perkahwinan bukan kerana niat yang betul.

Dalam ayat 187 surah Al-Baqarah, Allah berfirman:

"Perempuan(isteri) itu adalah pakaian kamu dan kamu juga pakaian bagi mereka."

So, pakaian tu mesti la sesuai dengan badan si pemakai. Kalau x, memang x tahan lama la pakaian tu..

So, kesimpulannya.. Kalau x solat Subuh, jadi baik..tapi kalau jadi baik tapi x solat Subuh macam mana nak dapat isteri yang solehah...

Baru sekarang aku terfikir... Aku kena TIPU rupanya.. tapi tipuan itu la yang mendorong aku untuk terus jadi baik dan berhasrat untuk mendapat sesuatu yang baik, untuk aku mengenal apa itu kebaikan yang sebenar.

Alhamdullillah..
*kepada adik-adik bawah umur, lepas ni jangan x solat subuh pulak... sebab abg Ferzly cakap kalau x solat subuh, jadi baik... Mati aku, sampaikan ajaran sesat pulak.. hehe..

Yang Tertipu,
FERZLY aka The 2nd