MELBOURNE

Saturday, February 20, 2010

::Jari Jemari::

Assalammualaikum..

Hari ni terbaca sebuah blog mengenai jari jemari kita.. Memang lawak.. tapi banyak yang tersedar daripada blog tu..

Jari ibu ni melambangkan agama islam atau IMAN!, merupakan jari yg terpenting sekali dlm ke semua jari-jemari, tanpa jari ini(insyaAllah) tak boleh nak suap nasi ke mulut, nak pegang pisau, nak hantar SMS, nak picit jerawat, nak tekan spacebar, nak itu-ini.

Sebegitulah pentingnya iman pada hidup ini.. dan bila jadi mayat kelak... sangat penting!!!

Jari telunjuk pulak mewakili ILMU, contoh bila org tanya mana masjid? Tu, sambil menunjukkan dengan jari telunjuk. Mana binatang jahat tu? Tuuuuuuu…tunjuk ngan jari telunjuk menunjukkan ilmu yg ada dan bukan nak menunjuk-nunjuk.

Jari hantu mewakili jari nafsu. Sekarang cuba bandingkan, kelihatan jari ‘nafsu’ ni lebih tinggi dari jari ilmu, (jari hantu lebih tinggi dari jari telunjuk). Ini bermakana walau camne terer pun ilmu agama , nafsu tetap mendahului, sebab tu nabi suruh kahwin cepat cepat!!! (tak tahulah kalau jari korang sama panjang-alien ke apa?)

Jari manis di ibaratkan sebagai seorang isteri yang manis.. isteri yang dapat meredakan nafsu shahwat lelaki. Bila kita renung akan jari manis ini, maka kita dapati, jari manis dan jari ilmu akan mengapit jari nafsu…(jari manis dan jari telunjuk akan mengapit jari hantu!), maka nafsu akan terkawal… begitulah pentingnya iman, ilmu amalan dan isteri solehah!! (amin.. Ya rabbil a’lamin)

Dan jari kelingkel mewakili anak2. Inilah satu kehidupan yg sempurna, Sabda Nabi lebih kurang maksud: org yg berkahwin telah meyempurnakan separuh dari agama…ustaz pulak kata;yg separuh lagi(5 jari) adalah rukun islam!

Huhu...

Yang Benar,
FERZLY aka The 2nd

Sunday, February 7, 2010

::Couple itu HARAM::

Assalammualaikum..

Post kali ni adalah satu email yang aku dapat daripada sesorang..
-------------------------------------------------
Couple: Hukum dan Pandangan

Assalmmualaikum..

"Dan janganlah kamu campur-adukkan yang hak dengan yang batil, dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedangkan kamu mengetahuinya.."
(surah al-Baqarah: 44)


Saya memulakan hujah saya dengan ayat al-Quran sebagai asas:

1. Saya x menafikan ramai yang kata "kami x buat apapun, duduk,borak2 je" dan yg lebih parah ada yang kata "walaupun couple tapi kami xpernah buat maksiat".

Hujah:
Firman Allah di dalam kalamnya:
"Dan jangalah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalha suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(surah al-Isra':32)


Sebenarnya zina terdiri dari pelbagai jenis. Saya x nafikan ada jugak pasangan couple yang x melakukan zina secara zahiri(hakikat) tapi mampukah pasangan ini mengelakan zina mata, tangan, kaki dan hati?
  • Zina mata - memandang pasangan, x kisah la reality ataupun imaginary.
  • Zina tangan - menaip mesej yang berunsurkan ayat cinta yang melalaikan, tersentuh dan berpegangan tangan.
  • Zina kaki - melangkah untuk bertemu pasangan sedangkan niat pertemuan adalah untuk seuatu yang lagho'.
  • Zina hati - terbayangkan pasangan.
  • Dan juga zina mata, lidah, telinga dan anggota lain.
Sekiranya pasangan couple dapat mengelakkan semua jenis kategori zina ni, teruskan bercouple. Tapi adalah sesuatu yang mustahil untuk setiap manusia yang dikurniakan akal dan nafsu dari tidak memikirkan mengenai pasangan masing-masing.

Jelaslah walau mengelak macam mana pun, zina tetap juga akan berlaku..sebab itu saya menegaskan couple adalah HARAM kecuali pasangan tersebut yakin tidak akan berlaku zina terhadap seluruh anggota badan dan hati.. NAMUN ITU ADALAH MUSTAHIL.

2. Niat x pernah menghalalkan cara. Islam telah menyatakan yang batil itu tetap batil dan yang hak tetap hak.
Perlu diingatkan dalam bercouple masih ada makhluk ketiga iaitu syaitan. Peranan syaitan adalah untuk menutup mata manusia agar sesuatu yang buruk itu dipandang indah. Syaitan telah berjanji dihadapan Allah untuk menyesatkan manusia dengan sesatan yg nyata. Tidak mustahil bagi syaitan untuk menjerumuskan pasangan yg tgh masyuk bercinta ke lembah zina. Nauzubillahi min zalik.
Hujah saya ini disandarkan pada firman Allah yang bermaksud:

"Dan juga kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan Allah, sedangkan mereka adalah golongan yang berpandangan tajam (mereka yg berpendidikan agama)"
(surah al-Ankabut: 38)


3. Couple bukan jaminan kebahagian. Alhamdullillah mungkin bidang undang-undang yang saya pilih mendedahkan saya kepada hakikat sebenar kehidupan rumahtangga kerana kehidupan harian saya di UKM banyak terisi dengan kes-kes kekeluargaan. Pada ketika ini, saya masih sibuk dengan kes perceraian seorang hamba Allah dari mahkamah syariah di satu negeri. Secara ringkas fakta kesnya, client saya telah bercinta selama 7 tahun tapi bernikah hanya dalam tempoh 40jam sahaja dan telah melafazkan cerai terhadap isteri dengan talak 2.
Pengalaman ini mendedahkan saya bahawa couple x menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga. Alasan yang dapat saya simpulkan adalah kerana perhubungan yang dibina berdasarkan nafsu dan hubungan sebelumnya yang tidak diredhai Allah tidak akan berjaya.
Kata Imam Nawawi:

"Aku mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu."

Alangkah indah akhlak muslim sekiranya cinta yang diberi berdasarkan kehidupan syariat yang telah dianjurkan.
Dalam sajak Aminah Qutbi buat bakal suaminya: (Beliau adalah asik kepada Syed Qutb yg mati di tali gantung kerana ketajaman penanya)

"sekiranya kita cinta kepada manusia, tak semestinya manusia cinta kepada kita."

Menjawab hujah awak:
"bercouple tapi endingnya ke pelamin"
Pendapat saya masih menegaskan Syariat tidak menghalalkan cara. Walaupun endingnya sesuatu yang baik, namun sedarkan awak yang permulaannya adalah sesuatu yang dimurkai. Sekiranya seseorang lelaki tersebut benar2 menyukai seorang perempuan, jumpalah ibubapa kan itu yang lebih baik untuk menzahirkan niat dihati, untuk apa bercouple kalo x berani jumpa ibubapa, bukankah itu tanda x bersedia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga?

  • Untuk maklumat awak, saya baru menyiapkan satu kajian mengenai faktor penceraian masyarakat di Wilayah Kuala Lumpur dan keputusannya amat mengejutkan kerana secara purata pasangan yang bercerai adalah yang telah lama bercouple sebelum kahwin.
FROM: (Doesn't need to mention name), Deparment of Islamic Law, 2010.
--------------------------------
Pernah dulu aku bercakap pasal couple tu HARAM... tapi ramai yang bangkang, marah.. "Ferzly pandai-pandai buat hukum".. Lepas tu, aku senyap..mungkin betul aku pandai-pandai buat hukum. Mungkin aku masih lagi kekurangan ilmu.....

Tapi bukan aku seorang je hidup atas bumi... dan bukan semua berfikiran macam aku, tapi still ada orang yang bersetuju dengan aku.

Alhamdullillah,
FERZLY aka The 1st