MELBOURNE

Monday, January 17, 2011

::i-City Alor Setar::

Assalammualaikum..

i-City di Alor Setar... AWESOME!! Cantik sangat.. Aku bangga jadi salah seorang anak Kedah.. Walaupun aku bukan anak jati Kedah.. Anak campuran.. Apa-apa pun aku anak jati Malaysia... Aaahh! Tak kisah la. Aku tetap berbangga..*tetiba emo lak*

Macam kat Shah Alam kena bayar.. Kat sini x payah kena bayar.. Free je..*my favorite word..FREE* Di buat kat depan Masjid Zahir.. Antara masjid yang tertua di Kedah... Antara salah satu tempat tarikan pelancong..

Tambah-tambah malam ni(15 Jan) adalah malam cuti sebab keesokkannya adalah hari Keputeraan Sultan Kedah yang ke-83.. So ramai la orang datang malam ni.. Meriah!! Walau pun dah hampir pukul 11 malam, budak-budak masih aktif berlari ke sana sini.. Dengan makbapak yang sedang beristirehat melihat anak-anak mereka.. Kedengaran gelak ketawa riang ria pada malam ni... Tak lupa jugak pasangan-pasangan bercouple pun mengambil bahagian dalam memeriahkan lagi keadaan..

Walaupun x seberapa, x banyak pokok-pokok lampu seperti di i-City Shah Alam tapi ok la.. Agak menyeronokan dan membanggakan jugak.. Nama pun free, x boleh la nak demand lebih-lebih, betul dak?? Hehe..


Ada lebih kurang 20 pokok elektrik yang mengeluarkan lampu yang warna-warni.. mencerahkan malam Kota Setar pada malam ni.. Alhamdullillah, kecantikkannya memang menjadi satu memory yang tak mungkin mudah dilupakan..

Bukan hanya ada pokok elektrik yang berwarna-warni.. Keadaan malam tu jugak diceriakan lagi dengan pokok-pokok yang dihiasi dengan lampu-lampu yang berwarna-warni.. Cantik!!




Kemeriahan malam ni jugak dirasai di Istana Anak Bukit.. Dekat dengan rumah aku.. Kat istana pun ada jugak pokok-pokok macam ni.. Pokok-pokok yang berlampu dan pokok-pokok yang dihiasi dengan lampu.. Memang pada malam tu, istana sangat berwarna-warni..
Hehe.. Memang best malam tu, dapat ronda-ronda kat Kota Setar.. Dan Kota Setar pada malam Keputeraan Sultan tu sangat meriah dan cantik.. Macam tak rasa berada di Alor Setar Kedah..Malaysia.. Hehe.. Best, jemput-jemput la datang ke Kedah.. Hehe..

Kedah Best,
F.E.R.Z.L.Y aka the 3rd
 

Sunday, January 16, 2011

::Bola Tera'jang - KEDAH vs KELANTAN::

Assalammualaikum..

15 January 2011... Kedah vs Kelantan... First time pergi tengok bola kat Stadium DarulAman setelah hampir 15 tahun menetap di Kedah... Huhu... Tiket RM5, duduk kat mana kita suka... Nice!!

1 Tiket RM5.. Masuk tak boleh keluar..

Totally, the match was not too "awesome" but ok la. Sekadar mengisi masa lapang dan release tension sikit. Menjerit-jerit sikit. Haha..

Kelantan KALAH.. Kena 1-0.. Mungkin sebab aku sokong Kelantan kot.. tu yang kalah tu.. Uhhh!! :(

GOMO KELANTAN GOMO!!!

Bermula la satu memory..
Baju biru tu.. Gomo Kelantan Gomo..
Pasukan Kedah
Team Kedah mengatur langkah
Team Kelantan.. Awesome!!
Penyorak team Kedah..
Team Kedah banyak menyerang.
Sepakan Abe Famous kito
Rimbatan penjaga goal Kedah
Elok lepas ni terus.. GOALLLL
Team Kelantan banyak yg gelap2
Team Kedah main kasaq.. Hehe..
Seorang team Kelantan tumbang..
Penuh bergaya.. Gomo Kelantan Gomo..
Seorang lagi kena belasah dengan Kedah
Walau macam mana pun..tiada kad yg dikenakan.. Haha..
Berlakon je.. Boleh je jalan lagi..
Khairul Fahmi Che Mat..
Cara Fahmi warming up..
Fahmi tengah control macho
Seorang lagi terkangkang, kena dengan team Kedah
Boleh je berdiri..main balik..
Fahmi penat main dengan Team Kedah.. Haha..
 Huhu.. Memang best pergi tengok bola kat stadium.. tapi walau macammana pun, masih ada yg aku tak selesa.. sebab ramai orang.. Kalau orang sikit, best tengok.. Kalau orang ramai pening kepala.. ada yang bising giler2.. ada yang emo terlebih.. ada yang merokok la.. Dah tahu kawasan umum, tempat orang ramai, kat situ jugak la depa nak merokok.. Hormat la orang sekeliling.

Ini ada sikit gambar Abe Famous kito selepas perlawanan... Khairul Fahmi Che Mat.. Nice guy.. Tapi aku x sempat bergambar dengan dia.. Uhhhh!! :_( Dapat salam dengan dia awal2 tu.. Then bila time aku nak bergambar dengan dia, dia sempat tepuk bahu aku je.. X kisah la, semoga anak-anak aku TAKKAN JADI PEMAIN BOLA.

Hahaha..




Secara kesimpulannya, memang best.. tapi satu aktiviti yang x sihat.. Sekali sekala boleh la pergi, cari pengalaman.. Hehe..

What A Wonderful Life..
F.E.R.Z.L.Y aka The 3rd

Friday, January 14, 2011

::BANGUN TIDUR::

Assalammualaikum...

"Aku bagaikan baru bangun tidur." Itu la satu ungkapan yang dapat aku ungkapkan setelah mendengar khabar mengenai KPLI.. Hehe.. Setelah hampir 7 bulan bercuti tanpa gaji.. Aku akan kembali ke alam pembelajaran semula... Alhamdullillah..

Wah!! Lama rupanya aku bercuti.. Tapi sebenarnya rasa sekejap je.. Macam x cukup je 7 bulan.. nak cuti lagi lama.. Pada hal cuti 7 bulan ni aku bukan buat apa sangat..

Tapi selama 7 bulan ni, sudah cukup untuk aku recovery and restore aku punya system balik... Macam computer, kekadang tu kita kena ada masa untuk susun semula file-file, kena scan virus.. kena run cleaner.. Baru lambat rosak.. baru la tak serabut..

Nanti mesti ramai yang tanya.. "Apa yang hang buat selama 7 bulan cuti?" Soalan ni mesti famous punya nanti.. Haha.. Jawapan dia..."Aku buat macam-macam.. tapi the best part and the best place..and the best time is when I in my home..where there I can see my parent, my family..where I'm belong.. Seriously, there are not better place to be.. Haha.."

Kekadang tu, kita mencari sesuatu yang ada di depan mata.. Bagi aku, aku nampak kebahagiaan tu berada pada family aku.. Tak kisah walau best macam mana pun sesuatu tempat tu, kalau ada makbapak disisi, lagi best.. Aku pernah pergi Gold Coast, best dia memang x ingat.. Sejujurnya, aku tak pernah rasa syok macam mana aku pergi kat Gold Coast dulu selama 2 minggu.. 18 JULY -31 JULY 2010.. will remember those days till die.. Hehe..

Tapi what can I say... It still an empty space in my heart... Ada sesuatu yang tak cukup.. Orang kata kalau sesuatu kegembiraan tu dapat dikongsi, pasti akan lebih bermakna... Betul la!! Aku seorang yang kurang mempercayai atau taknak meletakkan kepercayaan aku kat sesiapa melainkan family aku... Sepertimana dalam post aku sebelum ni...::Friendship::...

Then Allah itu Maha Penyayang dan Maha Memahami setiap makhluk-Nya.. Maka aku dianugerahkan cuti 7 bulan ni... Alhamdullillah... Huhu.. Jangan ingat senang-senang je aku dapat cuti untuk 7 bulan ni.. Hehe.. I still have to fight for my freedom...

Anyway, pasti akan ada orang kat luar sana menganggap aku seperti MEMBUANG MASA.. Memberi alasan: lebih baik habiskan study, kerja cepat-cepat, dapat duit sendiri.. Personally, aku hanya gelak dalam hati.. Setiap orang tak sama, ada orang mengejar kekayaan, ada orang mengerja kejayaan.. Bila kita bercakap pasal kekayaan, kita bercakap pasal harta dunia.. Bila kita bercakap pasal kejayaan, bukan harta dunia yang menjadi isu...

Tepuk dada, tanya apa kejayaan kita? Setiap orang itu mempunyai kejayaan masing-masing.. Dan bagi aku, kekayaan itu bukanlah kejayaan aku.. tapi kejayaan aku adalah kekayaan aku..

Yang ikhlas
FERZLY aka The One..

Monday, November 29, 2010

::Friendship::

Assalammualaikum...

"KAWAN"

Inilah yang pernah aku genggam sekuat hati aku dulu.. tapi hari ni, aku sendiri melepaskannya..

Banyak puisi.. banyak lagu-lagu.. banyak kata-kata semangat mengenai KAWAN.. Semuanya cantik.. semuanya indah.. Kini bagi aku, semua tu adalah RUBBISH..

Dulu aku ingatkan aku dah jumpa kawan sejati... kawan sehidup dan semati.. Tapi ternyata semua tu hanya mimpi..

Alhamdullillah, kehidupan mengajar aku sesuatu... Kehidupan ni mengubah presepsi aku terhadap perkataan KAWAN, apa yang dimaksudkan kawan... Aku tak tahu la samada ini adalah yang terbaik ataupun tak... Tapi buat masa sekarang, KAWAN adalah sesuatu yang tiada kelebihan, tiada keuntungan bagi aku..

Dulu aku mati-mati mempercayai kawan.. Kawan ini lah segala-galanya... mati hidup.. sedih tawa.. Sehinggakan aku sanggup berkorban demi kawan..

BODOH

Aku ini mudah mempercayai seseorang... Aku ingatkan aku akan dapat balik kepercayaan dia.. Tapi malangnya tu semua tak jadi.. Bila aku meletakkan kepercayaan kepada seseorang, lepas tu kepercayaan aku dipermainkan.. Malah digunakan untuk keuntungan dia...

Bila kita bertungkus-lumus mencari kerja sesama.. tetiba aku bersendirian..
Bila kita bertungkus-lumus membuat assignment.. tetiba aku dijadikan sumber jawapan..
Dan bila berjalan-jalan.. aku diabaikan..

Aku sedih.. pedih..

Aku nak marah.. Aku nak belasah dia..tumbuk..sepak dia.. tapi disebabkan perkataan KAWAN.. Seperti tembok yang menghalang aku daripada semua tindakkan tu..

Bagi aku semuanya sama.. baik yang baik ataupun yang buruk.. Semua orang cuba mengambil kesempatan untuk memajukan diri sendiri.. Apa yang penting? Bukan kerjasama tapi diri sendiri.. Kita hanya menggunakan perkataan KAWAN bila perlu je.. Dan bila dah x guna, kita simpan..ataupun kita buang je.. Betul la ada orang cakap:

"KAWAN ini seperti TANDAS.. Kita menggunakan ia bila perlu je.."

Kekadang aku cuba cari penyelesaian bagi masalah aku ini.. kenapa semuanya sama?? Adakah sebab semua kawan aku orang Malaysia? Atau sebab DUIT? POPULARITY?

Berakhir lah semuanya..

Mulai hari ini... aku hanya mempercayai agama aku..tuhan aku..rasul aku... family aku.. DIRI aku.. Cukup la setakat itu..

Dan orang sesekeliling aku, hanya la manusia... manusia yang ada sesuatu di hati mereka.. yang aku tak tahu.. Disebabkan itu aku berjanji pada diri aku.. aku tidak akan mempercayai manusia sehingga aku tahu isi hati mereka.. sehingga mereka betul-betul menjadi hak aku.. sehingga aku diberi hidayah untuk mempercayai mereka..

Semoga aku tidak selemah dulu..

Yang benar
FERZLY aka the 4th

Monday, November 22, 2010

::Aku Seorang Yang Sensitive::

Assalammualaikum..

Aku rasa aku ini seorang yang sensitive.. cepat terasa.. tapi bila aku terasa, aku akan senyap dan pendam.. Dan muka sentiasa terukir "senyuman palsu".. Aku confuse samada nak express-kan perasaan tu ataupun x.. Satgi kalau aku express-kan perasaan tu, ada orang kata:

"Itu pun nak terasa."

So, sebenarnya ada banyak perasaan yang aku telah pendam selama ni.. Untuk menjaga perasaan orang lain, untuk menjaga persahabatan, untuk menjaga silaturrahim yang telah lama terbina..

Adakah aku seorang yang berdendam??

Yang aku tahu, aku bukan jenis seorang yang suka berdendam..tapi suka pendam.. Bila aku dan terasa dengan seseorang, aku akan pendam rasa "tidak suka", bukan benci.. Tidak pernah ada niat untuk berdendam, membenci.. dan membalas dendam..

Aku tak benci seseorang tu, tapi bila aku dah tak suka, tak selesa dengan sikap seseorang.. Aku akan cuba menjauhi dia.. Aku pun faham, bukan semua orang selesa dengan kita dan kita pun bukan selesa dengan semua orang..

Adat dunia..

Ada orang suka kita...ada orang x suka kita... Ada orang selesa dengan sikap kita, ada orang kurang selesa dengan sikap kita... Walaupun kekadang tu bukan niat kita utk menyakiti hati orang lain, tetapi disebabkan sikap kita membuatkan kita x sedar apa yang kita dah lakukan...

Sedangkan lidah lagi tergigit..

Sesungguhnya aku pun pernah buat silap.. maka, ada kesilapan yang boleh kita terima dan ada kesilapan yang xboleh kita terima TAPI mungkin ada orang kata itu suatu kesilapan yang kecil...

Cara kita melihat sesuatu TAK SAMA..

Lagi satu, aku takut nak specific-kan statement aku kepada sesiapa, sebab aku takut bila aku express-kan perasaan aku tu akan menimbulkan rasa marah kepada orang yang aku specific-kan tu, malah mungkin akan melibatkan orang sekeliling dia.

Aku sendiri akui bukan senang kita nak menerima kesalahan kita, kelemahan kita.. keburukan kita...

So, selalunya aku akan general-kan stetament aku.. dan bila aku general-kan statement aku, semua orang akan terasa.. Kekadang tu, orang yang aku x bermaksud nak cakap kat dia, dia pulak yang terasa..

It's become a bit complicated..

Persoalan yang sentiasa bermain dalam kepala aku sekarang ni, adakah aku terlalu sensitive? adakah aku perlu sensitive? Hapuskan semua sensitivities aku, biar orang lain pijak kepala aku.. Mana yang aku perlu utamakan, hati aku atau hati orang??

Yang Sensitive
FERZLY aka the 3rd

Thursday, November 11, 2010

::My Articles::

Assalammualaikum...

Kali ni aku just nak share sikit je. Ada articles yg aku buat waktu zaman muda-muda dulu..

Jemput-jemput la download & baca ye..

Animal’s Rights
Walimatul Urs Agama atau Adat

Hopefully it will bring something good for you..

Thanks
FERZLY aka The 1st

Saturday, November 6, 2010

::Bumiku menangis::

Assalammualaikum..
Hujan turun dengan lebat pada hujung bulan October.. Keadaan menjadi sejuk, lembab, dingin.. sesuai untuk tidur sepanjang hari..

Alhamdullillah..

Dah 2 hari non-stop hujan.. Begitu lama Bumiku menangis.. Hati aku yang dulu berasa selesa menjadi risau.. Dan tertanya-tanya..
Kenapa engkau menangis, Bumiku? Adakah ini air kesedihan atau kegembiraan kepada kami? Berhenti lah menangis..

Bumi tidak memberi jawapan malah terus menangis.. melayan perasaan.. Aku berasa bersalah.. Sesungguhnya aku banyak melakukan dosa..

Air semakin membanjiri permukaan Bumi.. Melimpah-ruah segala sungai dan parit.. Dahulunya sawah padi terbentang luas, kini bagaikan sebuah lautan mengelilingi aku..
Bekalan air bersih ditutup.. bekalan elektrik terputus.. Yang ada hanya air mata mu yang masih mengalir.. Maka semua manusia kembali menghargai mu.. Yang dulu kami membuang segala sisa kehidupan kami di sungai mu.. Malah ada jugak yang membuang kawan-kawan kami yang dibunuh.. Membuang hasil penzinaan kami..Membuang segalanya yang ingin dibuang.. segala kejahatan dan kekotoran

Dah pada hari ini, di situ la kami mandi... di situ la kami membasuh.. di situ la kami men-cuci dan men-suci..

Di tempat dimana kami membuang segala kekotoran dan kini kami menjadikan tempat itu sebagai men-cuci dan men-suci..

Hinanya kami..

Adakah selama ini kami tidak pernah BERSYUKUR??

Yang Ikhlas
FERZLY aka The 1st