MELBOURNE

Wednesday, January 19, 2011

::Muzium Padi::

 Assalammualaikum..

17 January 2011.. Aku pergi Muzium Padi.. Tetiba rasa ingin berjalan-jalan buat kali terakhir sebelum berangkat meninggalkan Kedah.. Hehe.. Sayang aku kat Kedah, specially kat KDYMM Sultan Kedah.. Hehe..

Ok2..mengenai Muzium Padi..

Nampak dari luar macam takde apa-apa yang menarik.. Macam bosan je.. *memang pun* Kalau kita pergi ramai-ramai.. Dengan kawan-kawan, memang xde apa yang best pun.. Sebab Muzium Padi adalah suatu tempat yang sesuai untuk orang-orang yang memahami erti keindahan, kesenian dan sejarah.. Hehe..*ceh!!*

Aku pun akui, subject sejarah dulu pun agak membosankan.. Sampai terangguk-angguk, geleng-geleng dalam kelas sejarah.. Pastu kena la baling kapur la, pemadam papan itam la.. Macam-macam cikgu baling untuk bangunkan kita..

Dan pada hari ini, walaupun aku masih kurang meminati sejarah.. Tapi aku menghormati dan ingin mengenali sejarah tentang AKU..
Muzium Padi.. 
Masuk x free.. 
Kena bayar 3 ringgit seorang diri.. 
Bawa camera kena tambah 2 ringgit lagi..
Nak buat macam mana demi sejarah padi..

Bahagian luar Muzium Padi..

Banyak boneka/patung diukir bagi menarik padangan si pengunjung. CANTIK!!
Inilah Muzium Padi

Sedikit info tentang Muzium Padi
Muzium Padi

Di tingkat 1, Muzium Padi banyak mempamerkan jenis-jenis padi di seluruh dunia termasuklah Malaysia.. Dan di Malaysia saja ada berpuluh jenis padi, itu pun belum termasuk padi-padi yang telah digredkan.. Menarikkan!! Selama ni, aku tak ambik kisah pun pasal padi ataupun beras.. Yang penting NASI... Hehe..
Ada banyak jenis padi seluruh dunia dipamerkan di ruang legar level 1 Muzium Padi. Malaysia sahaja ada berpuluh jenis padi.. AWESOME!!
Di tingkat 1 ni jugak dipamerkan pelbagai hasil karya seni lukisan yang mengagumkan anak-anak mata aku... Cantik-cantik..
Tengah-tengah tu adalah padi dan orang-orang yang berbaju merah tu adalah kebanyakannya pemimpin-pemimpin kita. Nak menunjukan yang hasil padi inilah yang melahirkan pemimpin2 dan memajukan Malaysia sampai ke hari ini.

Kedah adalah salah satu negari pengeluaran beras yang terbesar. BANGGA!!

Ini adalah lukisan-lukisan pertanian yang ada di Malaysia
Kedah jugak giat dalam bidang penternakan
Ni adalah salah satu hasil karya seni lukisan ketika waktu senja di sawah padi.. Tenangnya..
Yang ni Tasik Pedu di Kedah
Selain menceritakan mengenai padi dan beras.. Pelbagai product yang berasaskan beras dipamerkan di tingkat 1 Muzium Padi..
Tak tahu la beras digunakan untuk buat bedah
Inilah emping beras.. Aku pun tak pernah makan.
Kuih muih daripada beras
INILAH PADI!!
Sehinggakan pagar-pagar di tingkat 1 ni ada ukiran padi.. Memang Muzium Padi laa..

Di tingkat ground pulak..ada macam-macam peralatan bersawah.. Dan kebanyakkannya adalah peralatan bersawah zaman nenek moyang kita dulu.. Menarik!! Macam-macam jenis peralatan ada, ada banyak yang aku tak pernah tengok.. Jahil jugak aku dalam pengurusan padi ni.. Ini la orang kata, "TAU MAKAN JEE!"
Aku pernah buat benda yang kat atas tu.. Tapi dulu la, waktu umur 9 tahun. Tolong pakcik aku menuai padi.. Susah!! Sakit pinggang. Tapi hari ni, benda ni dah masuk muzium.. Hehe..

Sebar sedikit peralatan yang bersankung-paut dengan padi, beras dan NASI.. Kalau nak tau semua, pergi la Muzium Padi.

Ada pelbagai sajak, pantun dan macam-macam cerita dipamerkan di tingkat ground Muzium Padi.
Inilah P.A.D.I
Di tingkat paling atas.. iaitu tingkat 3.. Adalah tempat paling best.. Menarik!! Aku terpegun dan terpesona.. Di tingkat ni, kita akan dikelilingi lukisan pemandangan sebenar di luar Muzium Padi.. Sungguh AWESOME!! Hehe...
Ini adalah laluan ke tingkat 3.. macam berjalan ke dalam gua.. BEST!!
Ini adalah lukisan-lukisan yang ada pada tingkat 3 ni.. Mesti terpersona bila berada di tingkat ni.
One of my favorite picture in level 3
Huhu.. Memang best la Muzium Padi.. Memang sesuai sebagai tempat me-release tension bila diri ni keliru... bercampur-aduk sedih dan gembira mendengar khabar KPLI.. Hahaha...

Kedah is The Best
F.E.R.Z.L.Y aka the 1st

Monday, January 17, 2011

::i-City Alor Setar::

Assalammualaikum..

i-City di Alor Setar... AWESOME!! Cantik sangat.. Aku bangga jadi salah seorang anak Kedah.. Walaupun aku bukan anak jati Kedah.. Anak campuran.. Apa-apa pun aku anak jati Malaysia... Aaahh! Tak kisah la. Aku tetap berbangga..*tetiba emo lak*

Macam kat Shah Alam kena bayar.. Kat sini x payah kena bayar.. Free je..*my favorite word..FREE* Di buat kat depan Masjid Zahir.. Antara masjid yang tertua di Kedah... Antara salah satu tempat tarikan pelancong..

Tambah-tambah malam ni(15 Jan) adalah malam cuti sebab keesokkannya adalah hari Keputeraan Sultan Kedah yang ke-83.. So ramai la orang datang malam ni.. Meriah!! Walau pun dah hampir pukul 11 malam, budak-budak masih aktif berlari ke sana sini.. Dengan makbapak yang sedang beristirehat melihat anak-anak mereka.. Kedengaran gelak ketawa riang ria pada malam ni... Tak lupa jugak pasangan-pasangan bercouple pun mengambil bahagian dalam memeriahkan lagi keadaan..

Walaupun x seberapa, x banyak pokok-pokok lampu seperti di i-City Shah Alam tapi ok la.. Agak menyeronokan dan membanggakan jugak.. Nama pun free, x boleh la nak demand lebih-lebih, betul dak?? Hehe..


Ada lebih kurang 20 pokok elektrik yang mengeluarkan lampu yang warna-warni.. mencerahkan malam Kota Setar pada malam ni.. Alhamdullillah, kecantikkannya memang menjadi satu memory yang tak mungkin mudah dilupakan..

Bukan hanya ada pokok elektrik yang berwarna-warni.. Keadaan malam tu jugak diceriakan lagi dengan pokok-pokok yang dihiasi dengan lampu-lampu yang berwarna-warni.. Cantik!!




Kemeriahan malam ni jugak dirasai di Istana Anak Bukit.. Dekat dengan rumah aku.. Kat istana pun ada jugak pokok-pokok macam ni.. Pokok-pokok yang berlampu dan pokok-pokok yang dihiasi dengan lampu.. Memang pada malam tu, istana sangat berwarna-warni..
Hehe.. Memang best malam tu, dapat ronda-ronda kat Kota Setar.. Dan Kota Setar pada malam Keputeraan Sultan tu sangat meriah dan cantik.. Macam tak rasa berada di Alor Setar Kedah..Malaysia.. Hehe.. Best, jemput-jemput la datang ke Kedah.. Hehe..

Kedah Best,
F.E.R.Z.L.Y aka the 3rd
 

Sunday, January 16, 2011

::Bola Tera'jang - KEDAH vs KELANTAN::

Assalammualaikum..

15 January 2011... Kedah vs Kelantan... First time pergi tengok bola kat Stadium DarulAman setelah hampir 15 tahun menetap di Kedah... Huhu... Tiket RM5, duduk kat mana kita suka... Nice!!

1 Tiket RM5.. Masuk tak boleh keluar..

Totally, the match was not too "awesome" but ok la. Sekadar mengisi masa lapang dan release tension sikit. Menjerit-jerit sikit. Haha..

Kelantan KALAH.. Kena 1-0.. Mungkin sebab aku sokong Kelantan kot.. tu yang kalah tu.. Uhhh!! :(

GOMO KELANTAN GOMO!!!

Bermula la satu memory..
Baju biru tu.. Gomo Kelantan Gomo..
Pasukan Kedah
Team Kedah mengatur langkah
Team Kelantan.. Awesome!!
Penyorak team Kedah..
Team Kedah banyak menyerang.
Sepakan Abe Famous kito
Rimbatan penjaga goal Kedah
Elok lepas ni terus.. GOALLLL
Team Kelantan banyak yg gelap2
Team Kedah main kasaq.. Hehe..
Seorang team Kelantan tumbang..
Penuh bergaya.. Gomo Kelantan Gomo..
Seorang lagi kena belasah dengan Kedah
Walau macam mana pun..tiada kad yg dikenakan.. Haha..
Berlakon je.. Boleh je jalan lagi..
Khairul Fahmi Che Mat..
Cara Fahmi warming up..
Fahmi tengah control macho
Seorang lagi terkangkang, kena dengan team Kedah
Boleh je berdiri..main balik..
Fahmi penat main dengan Team Kedah.. Haha..
 Huhu.. Memang best pergi tengok bola kat stadium.. tapi walau macammana pun, masih ada yg aku tak selesa.. sebab ramai orang.. Kalau orang sikit, best tengok.. Kalau orang ramai pening kepala.. ada yang bising giler2.. ada yang emo terlebih.. ada yang merokok la.. Dah tahu kawasan umum, tempat orang ramai, kat situ jugak la depa nak merokok.. Hormat la orang sekeliling.

Ini ada sikit gambar Abe Famous kito selepas perlawanan... Khairul Fahmi Che Mat.. Nice guy.. Tapi aku x sempat bergambar dengan dia.. Uhhhh!! :_( Dapat salam dengan dia awal2 tu.. Then bila time aku nak bergambar dengan dia, dia sempat tepuk bahu aku je.. X kisah la, semoga anak-anak aku TAKKAN JADI PEMAIN BOLA.

Hahaha..




Secara kesimpulannya, memang best.. tapi satu aktiviti yang x sihat.. Sekali sekala boleh la pergi, cari pengalaman.. Hehe..

What A Wonderful Life..
F.E.R.Z.L.Y aka The 3rd

Friday, January 14, 2011

::BANGUN TIDUR::

Assalammualaikum...

"Aku bagaikan baru bangun tidur." Itu la satu ungkapan yang dapat aku ungkapkan setelah mendengar khabar mengenai KPLI.. Hehe.. Setelah hampir 7 bulan bercuti tanpa gaji.. Aku akan kembali ke alam pembelajaran semula... Alhamdullillah..

Wah!! Lama rupanya aku bercuti.. Tapi sebenarnya rasa sekejap je.. Macam x cukup je 7 bulan.. nak cuti lagi lama.. Pada hal cuti 7 bulan ni aku bukan buat apa sangat..

Tapi selama 7 bulan ni, sudah cukup untuk aku recovery and restore aku punya system balik... Macam computer, kekadang tu kita kena ada masa untuk susun semula file-file, kena scan virus.. kena run cleaner.. Baru lambat rosak.. baru la tak serabut..

Nanti mesti ramai yang tanya.. "Apa yang hang buat selama 7 bulan cuti?" Soalan ni mesti famous punya nanti.. Haha.. Jawapan dia..."Aku buat macam-macam.. tapi the best part and the best place..and the best time is when I in my home..where there I can see my parent, my family..where I'm belong.. Seriously, there are not better place to be.. Haha.."

Kekadang tu, kita mencari sesuatu yang ada di depan mata.. Bagi aku, aku nampak kebahagiaan tu berada pada family aku.. Tak kisah walau best macam mana pun sesuatu tempat tu, kalau ada makbapak disisi, lagi best.. Aku pernah pergi Gold Coast, best dia memang x ingat.. Sejujurnya, aku tak pernah rasa syok macam mana aku pergi kat Gold Coast dulu selama 2 minggu.. 18 JULY -31 JULY 2010.. will remember those days till die.. Hehe..

Tapi what can I say... It still an empty space in my heart... Ada sesuatu yang tak cukup.. Orang kata kalau sesuatu kegembiraan tu dapat dikongsi, pasti akan lebih bermakna... Betul la!! Aku seorang yang kurang mempercayai atau taknak meletakkan kepercayaan aku kat sesiapa melainkan family aku... Sepertimana dalam post aku sebelum ni...::Friendship::...

Then Allah itu Maha Penyayang dan Maha Memahami setiap makhluk-Nya.. Maka aku dianugerahkan cuti 7 bulan ni... Alhamdullillah... Huhu.. Jangan ingat senang-senang je aku dapat cuti untuk 7 bulan ni.. Hehe.. I still have to fight for my freedom...

Anyway, pasti akan ada orang kat luar sana menganggap aku seperti MEMBUANG MASA.. Memberi alasan: lebih baik habiskan study, kerja cepat-cepat, dapat duit sendiri.. Personally, aku hanya gelak dalam hati.. Setiap orang tak sama, ada orang mengejar kekayaan, ada orang mengerja kejayaan.. Bila kita bercakap pasal kekayaan, kita bercakap pasal harta dunia.. Bila kita bercakap pasal kejayaan, bukan harta dunia yang menjadi isu...

Tepuk dada, tanya apa kejayaan kita? Setiap orang itu mempunyai kejayaan masing-masing.. Dan bagi aku, kekayaan itu bukanlah kejayaan aku.. tapi kejayaan aku adalah kekayaan aku..

Yang ikhlas
FERZLY aka The One..