Assalammualaikum..
17 January 2011.. Aku pergi Muzium Padi.. Tetiba rasa ingin berjalan-jalan buat kali terakhir sebelum berangkat meninggalkan Kedah.. Hehe.. Sayang aku kat Kedah, specially kat KDYMM Sultan Kedah.. Hehe..
Ok2..mengenai Muzium Padi..
Nampak dari luar macam takde apa-apa yang menarik.. Macam bosan je..
*memang pun* Kalau kita pergi ramai-ramai.. Dengan kawan-kawan, memang xde apa yang best pun.. Sebab Muzium Padi adalah suatu tempat yang sesuai untuk orang-orang yang memahami erti keindahan, kesenian dan sejarah.. Hehe..
*ceh!!*
Aku pun akui, subject sejarah dulu pun agak membosankan.. Sampai terangguk-angguk, geleng-geleng dalam kelas sejarah.. Pastu kena la baling kapur la, pemadam papan itam la.. Macam-macam cikgu baling untuk bangunkan kita..
Dan pada hari ini, walaupun aku masih kurang meminati sejarah.. Tapi aku menghormati dan ingin mengenali sejarah tentang
AKU..
Muzium Padi..
Masuk x free..
Kena bayar 3 ringgit seorang diri..
Bawa camera kena tambah 2 ringgit lagi..
Nak buat macam mana demi sejarah padi..
Bahagian luar Muzium Padi..
|
Banyak boneka/patung diukir bagi menarik padangan si pengunjung. CANTIK!! |
|
Inilah Muzium Padi |
|
Sedikit info tentang Muzium Padi |
|
Muzium Padi |
|
|
Di tingkat 1, Muzium Padi banyak mempamerkan jenis-jenis padi di seluruh dunia termasuklah Malaysia.. Dan di Malaysia saja ada berpuluh jenis padi, itu pun belum termasuk padi-padi yang telah digredkan.. Menarikkan!! Selama ni, aku tak ambik kisah pun pasal padi ataupun beras.. Yang penting
NASI... Hehe..
|
Ada banyak jenis padi seluruh dunia dipamerkan di ruang legar level 1 Muzium Padi. Malaysia sahaja ada berpuluh jenis padi.. AWESOME!! |
Di tingkat 1 ni jugak dipamerkan pelbagai hasil karya seni lukisan yang mengagumkan anak-anak mata aku... Cantik-cantik..
|
Tengah-tengah tu adalah padi dan orang-orang yang berbaju merah tu adalah kebanyakannya pemimpin-pemimpin kita. Nak menunjukan yang hasil padi inilah yang melahirkan pemimpin2 dan memajukan Malaysia sampai ke hari ini. |
|
Kedah adalah salah satu negari pengeluaran beras yang terbesar. BANGGA!! |
|
|
|
Ini adalah lukisan-lukisan pertanian yang ada di Malaysia |
|
Kedah jugak giat dalam bidang penternakan |
|
Ni adalah salah satu hasil karya seni lukisan ketika waktu senja di sawah padi.. Tenangnya.. |
|
Yang ni Tasik Pedu di Kedah |
Selain menceritakan mengenai padi dan beras.. Pelbagai product yang berasaskan beras dipamerkan di tingkat 1 Muzium Padi..
|
Tak tahu la beras digunakan untuk buat bedah |
|
Inilah emping beras.. Aku pun tak pernah makan. |
|
Kuih muih daripada beras |
|
INILAH PADI!! |
|
Sehinggakan pagar-pagar di tingkat 1 ni ada ukiran padi.. Memang Muzium Padi laa.. |
Di tingkat ground pulak..ada macam-macam peralatan bersawah.. Dan kebanyakkannya adalah peralatan bersawah zaman nenek moyang kita dulu.. Menarik!! Macam-macam jenis peralatan ada, ada banyak yang aku tak pernah tengok.. Jahil jugak aku dalam pengurusan padi ni.. Ini la orang kata,
"TAU MAKAN JEE!"
|
Aku pernah buat benda yang kat atas tu.. Tapi dulu la, waktu umur 9 tahun. Tolong pakcik aku menuai padi.. Susah!! Sakit pinggang. Tapi hari ni, benda ni dah masuk muzium.. Hehe.. |
|
Sebar sedikit peralatan yang bersankung-paut dengan padi, beras dan NASI.. Kalau nak tau semua, pergi la Muzium Padi. |
|
Ada pelbagai sajak, pantun dan macam-macam cerita dipamerkan di tingkat ground Muzium Padi. |
|
Inilah P.A.D.I |
Di tingkat paling atas.. iaitu tingkat 3.. Adalah tempat paling best.. Menarik!! Aku terpegun dan terpesona.. Di tingkat ni, kita akan dikelilingi lukisan pemandangan sebenar di luar Muzium Padi.. Sungguh AWESOME!! Hehe...
|
Ini adalah laluan ke tingkat 3.. macam berjalan ke dalam gua.. BEST!! |
|
Ini adalah lukisan-lukisan yang ada pada tingkat 3 ni.. Mesti terpersona bila berada di tingkat ni. |
|
One of my favorite picture in level 3 |
Huhu.. Memang best la Muzium Padi.. Memang sesuai sebagai tempat me-release tension bila diri ni keliru... bercampur-aduk sedih dan gembira mendengar khabar KPLI.. Hahaha...
Kedah is The Best
F.E.R.Z.L.Y aka the 1st