MELBOURNE

Wednesday, June 10, 2009

::Talking Fish::

Assalammualaikum..

Sorry la..dekat-dekat exam ni xde post baru.. semua ambik kat Youtube je..

Nak hilangkan rasa letih study..

Ni lagi satu, prank dari Japan, perkena budak-budak.. Hehe..

[MESTI TONTON: Dekat last-last, sedih n lawak..Respect la budak ni]



Budak-budak ni, memang sejenis makhluk yang mudah percaya.. Hati bersih.. Xde tanggapan buruk terhadap org sekeliling dia..

Aku suka sikap budak-budak.. Kenapa bila dah besar, kita ada perasan benci, meluat terhadap seseorang? So, wujud peperangan, bunuh membunuh..

Mana silapnya? Adakah disebabkan system pendidikan manusia?

Sedangkan aku sendiri x tahu mana silapnya..dan aku pulak la bakal jadi pendidik..

Apa yang aku nak buat? Pelik, susah...tiada jawapan..

Dari zaman nabi lagi ada peperangan.. Pernah dak dunia ni AMAN?

Suara hati,
FERZLY a.k.a The 3rd

Sunday, June 7, 2009

::Zombie vs Kids::

Asalammualaikum..

Boring-boring..xde kerja nak buat.. Buat exam macam susah sangat. Tension..

Nak dapat semangat balik..tertengok bebudak ni..



Ada jugak la perasaan sedih...and lawak jugak la..

Bebudak ni berusaha tak nak kalah pada zombie.. Aku pun x boleh menyerah kalah..

Kena berusaha jugak..

Bersemangat!!

Yang cool,
FERZLY a.k.a The 1st

Tuesday, May 19, 2009

::Seorang Wanita Berjilbab::

Assalammualaikum..


Jilbab atau lebih dikenali sebagai TUDUNG, memang begitu familiar dikalangan orang Islam. Apa itu tudung sebenarnya?

Tudung adalah hanya sekadar sehelai kain.. Tiada apa yang lebih dan istimewa padanya..

Yang padanya kadang manik-manik yang menyilaukan sinaran matahari.. Menyebarkan sinaran matahari kepada tumbuh-tumbuhan untuk berfotosintesis..

Sedap mata memandang.. hati rasa tenang..

Tapi kadang-kadang plain...tanpa warna.. Putih, hitam, coklat.. Seolah-oleh seperti melihat awan yang berwarna-warni, mewarnai suasana.. membuat aku tersenyum seorang diri..

Rasa luas pemandangan.. Luas lagi pemikiran..

Tapi sekarang tudung tidak seperti dulu...

Jernih seperti embun di subuh hari.. Sejuk dan muram, mata melihatnya.. Tidak lagi seperti dulu... Kelihatan duri-duri rambut keluar dikelahan benang-benang tudung.. Tidak lagi sekemas dahulu, kelihat serabut jiwa si pemilik, serabut lagi mata si melihat..

Singkat dan dililit pada leher seperti menjerot leher. Tapi still boleh bernafas lagi la.. Adakah ini salah satu cara untuk memanjangkan leher si pemilik..?

Ermm..mungkin..

Ketat seperti ada saiz XXXS... Kelihatan seperti mengubah manusia kepada seperti seekor alien.. Takut untuk memandang.. Adakah ini caranya untuk menghalang kaum Adam melihat kaum Hawa?

X sangka..

Adakah ni semua fesyen? Dan yang pentingnya, adakah ini menutup aurat?

'Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menyekat pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka. Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan baju dengan tudung kepala mereka. Dan janganlah mereka menampakkan perhiasaannya, kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak mereka, anak-anak tiri mereka, saudara-saudara mereka, anak-anak bagi saudara mereka yang laki-laki, anak-anak bagi saudara mereka yang perempuan,wanita islam, hamba-hamba yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki yang tidak berkeinginan kepada wanita (sida-sida), anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka agar diketahui orang perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.' (Surah An-Nuur :31)

Sedih bila aku melihat di luar saya... Suasana tidak seperti apa yang aku bayangkan..

Aku takut untuk memilih pasanganku di atas dunia ini.. Aku takut kalau aku memilih seseorang kerana kecantikannya bukan kerana hati budi dan agamanya.. Seperti lelaki lain, aku jua mempunyai nafsu, menginginkan untuk memiliki yg cantik dan indah.

Tapi adakah itu akan membahagiakan aku? Adakah aku dapat membuat pilihan yang tepat?

Seorang wanita berjilbab... adalah seorang wanita yg sentiasa terukir dihati aku.. Biar sehodoh mana rupanya, asalkan ia mengerti erti NIKAH yg sebenar.. Biar segelap mana warna kulitnya, asalkan hatinya seputih awan di langit yg cerah..

Tudung itu indah dipakai oleh wanita.. Indah lagi jika ianya dipakai mengikut Islam..

Yang Ikhlas
FERZLY aka The 1st

Monday, May 18, 2009

::Cintaku yang Terkunci::

Assalammualaikum..

..Cinta itu adalah fitrah bagi setiap makhluk...

Aku akui...

"Dijadikan indah kepada manusia dengan keinginan-keinginan nafsu; perempuan, anak-anak, harta benda yang melimpah-ruah daripada emas dan perak, kuda pilihan, binatang-binatang peliharaan dan tanam-tanaman. Itulah kesenangan hidup di dunia. Dan kepada Allah jualah tempat kembali yang sebaik-baiknya" (Surah Ali Imran : 14)

  1. Harta benda memang dah tak muat bilik. Dan cip-cip dalam CPU aku ni diperbuat daripada emas dan perak. Astaghfirullah-al'azim.
  2. Binatang peliharaan. Ferret, ikan, guinea pig...Tapi aku xde nafsu kat binatang. JANGAN SALAH FAHAM.
  3. Tanaman. Hari tu tanam pokok pudina, sampai seminggu reput.
  4. Kuda pilihan. Hari tu nak beli, tapi x tahu nak letak mana? Junior aku x bagi letak rumah depa.
  5. Anak. Teringin sangat. Tapi apa boleh buat? Aku kena ada pasangan.
  6. Perempuan........
Ternyata aku jua tidak boleh lari daripada semua yang telah dinyatakan dalam Al-Quran..

Benar..


Cintaku yang terkunci dalam peti emas jauh di sudut hati ni...

Bukan aku tidak mencintai, tapi adakah benar aku dicintai? Aku tidak ingin sama sekali bertepuk sebelah tangan..


Malu & Hina..

Dan siapa la diri ni.. Hanya sekadar seorang lelaki ala-ala hero Korea, nak 'diikatkan' dengan seorang wanita Islam Melayu terakhir..

Cermin la diri..

Benar.. memang mcm hero Korea..

"Wanita-wanita yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat. Lelaki-lelaki yang jahat untuk wanita-wanita yang jahat.
Wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. Mereka (yang baik-baik itu) lepas dari tuduhan yang dilontarkan (oleh orang-orang yang menuduh). Bagi mereka keampunan dan rezeki yang baik (dalam syurga)." (Surah An-Nuur :26)

Maka, dimanakah letaknya tempat aku sebagai hero Korea? Dan adakah awek Korea adalah pasangan aku? (Errmm..ok jugak)

Tapi apa yang diinginkan oleh hati ini bukan lah sekadar kegebuan awek Korea..

Benar.. Cinta itu buta..

Aku inginkan seseorang seperti 'dia'.. ('dia' bukan nama sebenar)

Berikanku peluang untuk menjadi seorang lelaki Islam Melayu terakhir...

Akan ku cari kunci peti cinta ku... (sebut statement ni laju-laju)


Yang ikhlas,
FERZLY a.k.a The 2nd

Saturday, May 16, 2009

::Tension Study::

Assalammualaikum..

Tension study... Banyak yang kena baca... yang kena ulangkaji...

Muka masam...badan masam.. semua masam...

Bilik berbau..Bau bau bau bau... Haha :)

Layan..



Thanks
Ferzly a.k.a The 3rd

Thursday, May 7, 2009

::Exam's Period::

Assalammualaikum..

Aaa!! Exam is just around the corner..

15hb June '09 - SCI2010
17hb June '09 - MTH3160
18hb June '09 - MTH3051
19hb June '09 - MTH3011

All papers in one week.. Haha!! Alhamdullillah, what else can I say?

Ya Allah, give me a strength to face all Your tests... guide me in my way to became a teacher...

Errmm.. Please make doa for me and all our friends that face the same situation...Hopefully, we all succeed in what we want to be as long as our existence give benefits to others.

Hopefully.. InsyaAllah...

Tension study!! Reading others materials..
Hehe..

Thanks,
FERZLY a.k.a The 1st.

Saturday, May 2, 2009

::Simple but Complicated::

Assalammualaikum…

Ketika melayan HEROES Season 3 episode 22 di TV Plasma aku… yang disambungkan directly dari CPU yang ber-motherboard-kan FATALY..ber-RAM 3gb, walaupun mempunyai grafic card setakat GeForce 8600GT yang tidak sehebat mana pun kalau nak dibandingkan dengan orang lain.. Aku tetap bersyukur memiliki semua ni..

Alhamdullillah..


Tiba-tiba aku terfikir, adakah aku inginkan semuanya bersaiz XXXL atau lebih?

Mungkin..


Macam nak tukar selera.. try yang kecik-kecik..

Orang kata yang kecik2 ni, sedap mata memandang, sedap lagi tuan yang memilikinya..

Aku pun try layari internet yang begitu luas alamnya.. Search yang kecik-kecik, yang boleh usung dimana saja..


Samsung Q1 Ultra

Fujitsu LifeBook U810

WiBrain B1E UMPC

HTC Shift

Processor

Intel A110 800MHz

Intel A110 800MHz

VIA C7-M 1.2 GHz

Intel A110 800MHz

RAM

1gb

1gb

512 mb

1gb

Storage

60gb

40gb

30gb

40gb

Screen

Max Resolution

7"

1024x600

5.6"

1024x600

4.8"

1024x600

7"

800x480

Camera

1.3MP

0.3MP

Integrated

0.3MP

Battery(hours)

4.5

5.5

-

2

Samsung Q1 Ultra

Fujitsu LifeBook U810

WiBrain B1E UMPC

HTC Shift

Tapi sekecik-kecik benda ni, fungsi tetap sama, still a lot of fungsi.. Mantap!! Tapi harga pun x kurang hebatnya..

Pernah berangan-angan untuk memiliki IPOD Touch, iPhone.. Sebab tengok kawan-kawan aku semua ada IPOD Touch, iPhone…


Tiba-tiba aku tersentak… sejenak berfikir menggunakan hati aku..

"Ini bukan FERZLY!"

"Ferzly x pernah inginkan apa yang orang lain inginkan."

"Ferzly x pernah buat apa yang orang lain buat."

"Itulah FERZLY!!"

Hehe…

..Se-simple mana pun diri ini diperwatakan, hanya orang yang pernah mengenali diri ini yang tahu begitu complicated-nya FERZLY..


Credit to,

FERZLY a.k.a The 3rd