MELBOURNE

Wednesday, August 26, 2009

:: Sehari Bersama BOSS!! ::

Assalammualaikum..

Huhu.. layan video ini dulu..



Sehari bersama Boss adalah suatu hari yang memenatkan.. Hehe..

Tapi at least, terukir kenangan..

Hehe..

Penat melayan budak Boss ni, macam-macam adegan... ada-ada je..

Huhu..

Memang best New Zealand.. Setakat nak melancong la.. Tapi kalau nak stay lama-lama aku x prefer jugak.. Lebih suka duk Malaysia lagi. New Zealand memang sebuah negara yang cantik..

Tapi keadaan lagi meriah kalau ada kawan-kawan.. Walau kat mana kita pergi, jangan pergi seorang-seorang..nanti bosan..

Memang aku travel ke New Zealand, seorang-seorang.. Tapi aku tahu, aku yakin.. Ferzly x akan keseorangan.. Kat mana aku pergi, ada sesuatu yang membuat aku strong, selain daripada IMAN, adalah UKWAH yang telah terbina..

"Abg Syeid Syatir, saya dah buktikan, saya pun boleh berdikari. Saya dah x bergantung pada siapa2 pun.. Hehe.."

Alhamdullillah..

Kemana aku pergi, dengan siapa aku duduk.. mesti tercipta KENANGAN.. mesti tercipta UKHWAH.. Bukan setakat dengan Boss je, dengan Iwan.. Hehe.. K, Pokjat, Acap, Boboi, Fifi dan lain..juniors aku.. Malah dengan orang-orang yang aku x kenal pun, boleh kenal..

X tahu la kenapa.. Mungkin itu suatu KELEBIHAN.. Hehe..

Alhamdullillah..

Aku x suka bergerak dalam kumpulan.. sebab itu membuat fikiran aku tertutup.. Tak boleh bergerak bebas.. Ada kalanya kita kena berada dalam kumpulan..dan ada kalanya kita kena bergerak sendiri dan BELAJAR..

Aku lebih banyak belajar kalau bergerak sendiri.. Tapi dalam bab-bab yang memang x pro, kena la berada dalam kumpulan...

Hehe...



Memang best la trip ke New Zealand..

Terima la kasih saya kepada orang-orang New Zealand..

Yang memberi kasih
FERZLY aka the 3rd

Tuesday, August 25, 2009

:: Ramadhan Itu Pelik ::


Assalammualaikum..


"Ramadhan itu sungguh pelik."


Sedar dak? Aku yang paling suka di waktu Ramadhan adalah melihat keadaan manusia..


"Yang x bertudung, kini bertudung.."
"Yang dulunya ketat, 32,24, 30..kini dilonggarkan.."
"Yang dulunya singkat, kini dilabuhkan.."
"Yang dulunya x bangun Subuh, kini bangun awal daripada Subuh.."
"Yang dulunya x pernah pergi masjid. kini turun jugak masjid.."


"Ramadhan, engkau sungguh hebat!"


Pelik..


Manusia berubah di bulan Ramadhan..


Alhamdullillah..

Kita boleh nampak, sejahat mana seseorang itu, dia masih ada IMAN dalam hati dia.. Walaupun sikit dipaparkan di bulan Ramadhan..

Kita boleh tengok kehidupan Islam yang sebenar dalam bulan Ramadhan..Pergi uni sekarang, kebanyakan manusia cuba memaparkan perwatakan Islam, specially wanita.

Aku terkejut, selama ni x pernah tengok "dia" pakai tudung.. Tiba-tiba, Ramadhan ni, bertudung, cantik rupa.. Alhamdullillah..Adakah ini yang diinginkan oleh Allah?

Suka..suka...

Aku terkejut, selama ni x pernah tengok "dia" pergi masjid, sebab dia selalunya busy.. Maklum la student ada lab sampai petang, kena pergi sana la, pergi sini.. tiba-tiba dia ada kat masjid, sanggup korbankan waktu lab dia tu, semata-mata untuk beribadat kepada Allah..

Aku respect dia.. tinggalkan hal dunia, semata-mata untuk Allah..

Kan bagus kalau bulan Ramadhan ni tiada penghujungnya.. Maka, semoga bahagia la manusia-manusia yang berubah..

Suka.. :)

Yang tersentuh
FERZLY aka the 1st

Friday, August 21, 2009

:: Rindu akan Rindu ::

Assalammualaikum..

Maaf..sepatutnya aku cerita pasal bulan Ramadhan.. tapi kerinduan aku terhadap Aisyah dan Imah masih kuat lagi... Sampai termimpi-mimpi..
Memang x patut aku bersikap macam ni..tapi aku dah cuba nak lepaskan apa yang dah jadi tapi dalam otak aku asik terfikir...asik terkenang..

Pemergian(Kehilangan) Aisyah dan Imah mengingatkan aku tentang binatang-binatang aku yang lain..

Faizal & Nurul Aina
Sayang sangat kat dia.. Comel.. Tido dengan aku..

Suka main-main dengan dia..

After that, aku tahu..aku kena bagi nafkah batin jugak kat dia.. So, aku nikahkan Faizal dengan Nurul Aina...

Tapi tak semua pasangan kat atas dunia ni, dijamin kebahagian selamanya... Faizal dan Nurul Aina x bahagia..

Bergaduh pada malam pertama..

Kaki Faizal patah waktu bergaduh dengan Aina..

Risau gile..
Malam tu jugak, aku capai Faizal, bawa pergi klinik VET.. tapi malangnya..dah tutup sebab malam.. Nak buat macam mana? Malam tu aku berjaga, teman Faizal..

Banyak kenangan bersama Faizal.. Disebabkan sikap Aina mcm tu, aku bagi Aina kat orang lain...tapi at last, Faizal hilang jugak..

Puteri Alia & Putera Alias
Depa ni memang comel.. Comel sangat..

Puteri selalu masuk dalam selimut aku waktu tido... Bangun-bangun esok pagi, tgk2 ada Puteri depan mata.. Comel sangat..

Tapi at last, aku bagi Puteri kat orang sebab aku nak tumpukan perhatian kat Faizal yang patah kaki..

Putera meninggal dunia sebab keracunan makanan.. Sedih..

Ikan Mas
Aku jugak ada ikan mas.. tapi ikan mas aku mati sebab keracunan udara dalam bilik aku.. Ada orang kentut busuk sangat.. Bukan aku ekkk..

Anyway, x kisah la..aku maafkan dia.. Mungkin bukan sebab tu, mungkin ada sebab lain.

Pastu aku bela, ikan guppies.. Comel je aquarium aku..

Sharifah Shahira & Syeid Shahid(bukan gambar sebenar, ala2 je)
Aku bagi nama ni sempena hari Ahad(Sunday).. Aku ambik depa hari Sunday, so nama depa kena mula dgn huruf "S".. Depa ni adalah guinea pig.. Bukan babi, tapi keluarga tikus..

Comel sangat..

Kalau masuk dalam bilik aku, mesti gigi buku-buku aku..Ada lagi bekas-bekas gigi depa.. Depa ni lama jugak dengan aku, tapi akhirnya, pasangan ni mati shahid..mati keras atas kecuaian aku jugak..

Ahmad NorFikri
Dia ni paling comel.. Tapi x lama dengan aku.. Aku jumpa dia waktu tgh kerja kat ladang.. Dia keseorangan dan kesejukan dalam hujan..

So, aku ambik dia.. Waktu aku ambik dia, lemah sangat.. Aku ambil dia bela dalam seminggu, keadaan dia masih lemah..dan makin lemah.. Aku x tahu nak buat apa, so aku minta cuti.. nak bawa balik Clayton.

Sampai Clayton, aku terus bawa Fikri ke klinik VET.. tapi aku terlambat..

Aku menyesal giler.. Kalau la aku mintak cuti dari awal, mesti aku dapat selamatkan nyawa si kecil ni.. Rupanya aku seorang yang mementingkan duit..

Menyesal..

Amira & Omar
Yang ni ketika aku berkerja kat ladang.. Comel sangat dua beradik.. Aku pun sempat jugak berkenalan dengan mak depa..

Lepas kerja, mesti aku akan ke Line 49, pokok ke-3.. Tengok keadaan depa..

Dari baru meletas..xde bulu..tgk sekarang, dah berbulu.. Suka sangat..

Macam mana la sekarang ni.. Mesti dah kahwin apa? Semoga bahagia terbang di udara..

Sedihnya.. Semoga semuanya selamat..

Salahkan la aku, aku memang berhak dipersalahkan.. Kalau la, aku dapat memohon maaf atas segala salah silap aku terhadap apa yang aku buat kat semua "kawan2 bukan sejenis" aku..tapi apakan daya, aku bukan Nabi Sulaiman...

Animal Lover
FERZLY aka the 2nd

Thursday, August 20, 2009

:: Kehilangan Serpihan Hati ::

Assalammualaikum..

"IMAH!! AISYAH!! Mana kau? Ayang tgh sedih ni, balik la."

Sedih x terhingga.. Orang nak kata apa, kata la..

Nak kata aku gila ke..

Tak kisah..

Aku nak Imah dan Aisyah aku balik..

Aku tahu suatu hari nanti akan terjadi jugak mcm ni.. Tapi kenapa sekarang? Aku belum bersedia lagi..

Orang mungkin tak kisah..
"Siapa la Imah dan Aisyah tu, binatang je."

Tolong jangan cakap statement tu depan aku, manusia pun dikategorikan binatang.. Malah kadang-kadang tu binatang lebih bagus daripada manusia yang berakal..

Sedih..

Ferret(Cempelai) adalah binatang karnivor, yang aggressive..

Aku ambik depa dari umur 7minggu.. aku didik dengan sepenuh kasih sayang.. Sayang sangat.. Walaupun depa gigit aku sampai berdarah, bercalar.. Aku x pernah marah, malah aku sayang lagi..

Mendidik dengan penuh kesabaran..

Sampai 3bulan, depa dan kenal siapa aku, mula menunjukkan kasih sayang depa kat aku..

Suka sangat..

Lari-lari keliling kaki aku, panjat badan aku...duduk atas bahu.. Suka sangat..

Terasa hasil titik peluh aku mendidik depa...Terasa dihargai..

Sedih..

Baru hari Ahad 16hd August hari tu, aku dapat depa. Setelah 2bulan aku bagi orang bela sebab aku ke New Zealand. Hari Selasa malam, depa hilang..

Tgh malam tu jugak, aku keluar mencari..dengan sejuk.. Aku tak kisah.. Dalam otak aku, "mana engkau? Aisyah, Imah."

Sedih gile..

Aku tahu semua ni sebab kecuaian aku jugak.. lupa nak tutup balik sangkar lepas bagi makan depa tgh hari tadi.. Tapi..tapi.. aku nak buat macam mana.. aku nak balik Imah dan Aisyah aku..

Aku dah cuba cari sekeliling rumah.. aku nak pergi Klinik Veterina, buat aduan kata ferret aku hilang, klinik tu pulak tutup.. Aku dah x tahu nak buat macam mana?

Aku dah berdoa, aku dah buat solat hajat.. solat tahajjud..

"Ya Allah, ketemukan lah aku dengan Aisyah dan Imah aku. Aku x kisah duit scholar x masuk ke, xnak masuk ke..aku still mampu bagi nafkah zahir dan batin kat Aisyah dan Imah. Ya Allah, bantu la hamba-Mu ini."

[Nafkah batin tu, bukan aku buat dengan binatang. Kami ada club ferret kat Melbourne ni, bulan 9 adalah bulan mengawan utk ferret. So, aku akan cari jantan untuk Aisyah dan Imah. Then lepas musim tu abis, aku akan ambik balik Aisyah dan Imah aku.]

Sedih..apa lagi yang boleh aku buat?

Aku memang useless la.. aku x boleh nak buat apa-apa.. Semuanya salah aku.. Kenapa dengan aku ni?

Sedih..

Kenangan bersama Imah dan Aisyah, memang x akan aku lupa sampai bila-bila..

Tapi aku x sempat nak ucap terima kasih..x sempat nak ucap selamat tinggal..

Sedih..

Banyak lagi kenangan yang aku nak cipta bersama Imah dan Aisyah..

Pulang la.. aku sangat merindui kamu berdua..

Yang bersedih
FERZLY aka the 3rd

Monday, August 17, 2009

:: Kaulah BABI ::

Assalammualaikum..

"Kaulah Babi!"
Perkataan ni pernah ada orang kata kat aku...

Specially yang duduk kat Kedah.. Perkataan-perkataan yang kotor ni, memang senang nak dengar kat belah-belah utara... Dah lali dah..

Macam-macam la, "anak haram" la.. "mak hang"... "pak hang"..

Hehe..

Dulu waktu sekolah, selalu dengar, tengok kawan2 bergaduh..

Bila aku tengok depa bergaduh, aku pun dilontarkan perkataan-perkataan kotor tu..

"Babi kau..tengok2 apa?"

Hehe...tapi aku tersenyum.. Kawan-kawan aku semua pelik...

Tapi waktu tu, aku terfikir, perlu ke aku marah? Orang cakap aku BABI, kena marah ke?

Tapi aku bukan BABI.. nak marah ke? Itu la, aku just tersenyum je..tergelak dengan pemikiran sendiri..

So, conclusion-nya, aku x marah.. Malah tersenyum, ketawa bila orang kata kat aku BABI..

Kenapa manusia begitu BUTA sehinggakan x dapat membezakan haiwan dan manusia.

Tapi, kenapa banyak-banyak binatang kat atas dunia ni, BABI menjadi pilihan kawan-kawan aku?

Pelik..

Bagi aku, BABI adalah haiwan yang boleh dikatakan COMEL.. walaupun, sifat BABI, malas dan pengotor, tapi adakalanya BABI ada keunikannya juga..macam haiwan2 yang lain...

Orang nak samakan BABI dan manusia, sebab BABI tu hodoh, hidung besar, jijik..

Kesihan BABI..

Orang kutuk BABI, kutuk keadaan dia, orang jijik kat dia, specially Melayu... Kadang-kadang tu, cuba kita bayangkan kita berada di tempat BABI.. mcm mana rasa? Orang kutuk kita, jijik nak duduk dekat dengan kita..

At least, BABI dan BABI, x pernah nak jijik sesama depa.. Walaupun kawan dia BABI, tahu mcm mana sikap dan perangai kawan dia, dia tetap terima kawan dia.. Sebab dia pun BABI..

Hahaha....

Tahu, dalam al-Quran pun ada cakap pasal BABI, tapi Islam x suruh kita musnahkan BABI, pupuskan BABI.. BABI pun makhluk Allah.. So, aku rasa kita patut menghargai kewujudan BABI..

Kalau x, buat apa Allah cipta BABI.. Adakah Allah tercipta(x sengaja) BABI?

Allah itu Maha Mengetahui, aku yakin x ada salah atau silap sikit pun dalam penciptaan Allah.. Masalahnya, adalah kita...Kita yang x dapat menerima kewujudan BABI..

Kita menghina BABI..bukankah kita menghina ciptaan Allah? Kita kata BABI bawa swine flu.. Adakah Allah mencipta BABI untuk membawa swine flu kat manusia?

Kita fikir-fikirkan lah...

Tapi bagi aku, BABI adalah binatang yang ada kecomelannya.. Walaupun bukan pada zahirnya, tetapi ada pada batinnya..

Hahahaha...(jangan salah faham)

"Sabar je la, BABI"

::Kempen Menghargai Kewujudan BABI Sedunia::
"Sayangi la BABI, sementara BABI masih ada"

Yang tersenyum
FERZLY aka the 3rd.

Saturday, August 15, 2009

::Tak Nampak @ Tak Faham::

Assalammualaikum...

Keadaan yang gelap, membuat kita x nampak....

Betul ke?

Mungkin sebab tak ada "cahaya", itu yang kita tak nampak..

Kalau "malam", kita x nampak...Kalau tersepak apa2, kita salahkan keadaan yang "gelap".. Kenapa kita x salahkan "cahaya" x hadir?

Pelik..

Itu la manusia..salahkan "cahaya" pulak, sedangkan kita x berusaha nak cari..

Malas..

Lebih baik tunggu "siang"...

Sedar dak? Kita selalu salahkan keadaan yang berlaku disekeliling kita.. Tapi kita x pernah cuba untuk mengubahnya..

Kadang-kadang mulut kata lain, hati rasa lain, otak mengelamun, anggota bertindak sendiri..

Tak faham...

Siapa yang bagi arahan?

Susah nak cermin diri dalam keadaan "gelap".. So, selama ni kita perasaan diri kita hensem, cantik..

Tapi reality nya, orang disekeliling kita je yang perasaan.. Itu yang pentingnya, manusia disekeliling kita.. Specially yang rapat dengan kita..

Walaupun segelap-gelap "malam".... at least, malan ada "bulan", ada "bintang".. Walapun "hujan" di waktu malam, aku tahu, kat atas sana still ada "bulan" dan "bintang"...

Mulai sekarang, aku nak Ferzly sedar, yang waktu "malam" yang gelap, sebenarnya tetap ada "bulan" dan "bintang" kat atas sana..

Jangan takut, walaupun "hujan" dan "ribut"... Tak semua orang sedarrr...

Alhamdullillah..

::Disebabkan gelap la, manusia tak nampak..dan manusia tak faham apa yang berlaku dan terjadi::

Yang bermimpi
Ferzly aka the 2nd

Thursday, August 13, 2009

::OPICK - Album Baru::


Assalammualaikum...

Opick!! Lagu kegemaran aku..

Memang best la OPICK!!

Ni lagu baru dia, kepada sesiapa yang nak dengar...

OPICK - Di Bawah Langit Mu

Yang best
Ferzly aka the 1st