MELBOURNE

Friday, May 1, 2009

MEN’S INFO

Assalammualaikum..

Ketika aku melabuhkan diri di katil merahku… Tiba-tiba aku terfikir akan kelemahan seorang lelaki. Sebulan yang lalu, aku ada terbaca mengenai isu rampasan ubat-ubatan penguat tenaga batin bagi lelaki di Malaysia.

Pelik! Adakah lelaki Malaysia semuanya lemah? Dan info tambahan, peratus pembeli yang paling tinggi adalah kaum MELAYU

So, conclusionnya, adakah lelaki Melayu Malaysia lemah tenaga batin?

Dan untuk menjawab persoalan aku ni, aku pun buat sedikit research mengenai "Permasalahan Lelaki dalam SEX." Dan inilah yang menyebabkan seseorang lelaki tu mencari jalan penyelesaian untuk masalah dia. Nak bertanya, malu. Nak pergi jumpa doctor, kedekut. So, pilih jalan sendiri, akhirnya bertambah teruk.

ALERT: Ubat-ubatan yang dijual di pasar malam dan di kedai kopi, sebenarnya akan mendatangkan keburukan daripada penyelesaian masalah.

Kita seharusnya kena mempersiapkan diri dan mengetahui gejala-gejala yang mungkin akan melemahkan tenaga batin kita.

INGAT! Di Malaysia, lebih kurang 3juta:20juta (setiap 1 diantara 3 lelaki Malaysia) mengalami masalah lemah tenaga batin.

Antara permasalahan lelaki adalah:

  1. Pramasa Ejakulasi.

    Kalau nak tahu apa dia, sila cari sendiri. Ini adalah masalah yang banyak berlaku dikalangan lelaki Asia. Oleh disebabkan ini la, lelaki-lelaki Asia, mencari jalan mudah dengan mengambil pil-pil penguat tenaga batin di pasar malam, atau di kedai-kedai runcit tanpa merujuk nasihat doctor terlebih dahulu.

    Faktor-faktor terjadinya pramasa ejakulasi adalah disebabkan kelemahan daya tahan lelaki, gangguan hormon, kelemahan fikiran, mental dan pengawalan nafsu.

    Persetubuhan yang normal bagi lelaki berlangsung antara 1-2 minit (10-20 gerakan). Dan ada sesetengah yang kuat, 5-10 minit tanpa apa-apa ubat atau perangsang.

    Dan ingat, pramasa ejakulasi adalah salah satu kelemahan lelaki yang memalukan.

  2. Otot zakar lemah

    Secara amnya, semua tahu apa yang dimaksudkan. Ini adalah disebabkan daya tahan diri sendiri. Dan ada sesetengah lelaki, lambat atau susah untuk bernafsu sehinggakan lama kelamaan, otot zakar menjadi lemah.

    Dan diingatkan jugak, kepada remaja, ONANI jugak adalah penyebab kelemahan ini. Kekerapan berONANI akan menyebabkan otot-otot zakar over action dan hilang daya tahan untuk terus tegang, disfuntion. Selain ONANI, menahan air mani keluar juga merupakan factor otot zakar lemah dan mengendur.

  3. Saiz dan kecacatan zakar.

    Saiz zakar juga memainkan peranan penting dalam hubungan seksual. Dan saiz zakar bagi lelaki asia adalah 5-7 inci. Jangan bagi isteri gelak di malam pertama.

    Selain itu, ada beberapa kecacatan bentuk zakar dikalangan lelaki (boleh check sendiri). Rambut sama hitam, zakar lain-lain.. Haha.. LAWAK SEX..

Rasanya ini je kelemahan tenaga batin lelaki yang aku baru tahu. Selain itu juga, ada masalah lain dalam hubungan seksual, macam suami malu melakukan hubungan seksual, sayang isteri sehinggakan tak nak bersetubuh. Kes-kes ini bukan dibawah tenaga batin lelaki, tetapi bermain dengan mental dan fikiran seseorang lelaki itu.

Sebenarnya cara mengatasi masalah ini adalah senang.

  • Jaga kesihatan dari segi pemakanan dan senaman. Ingat! Orang yang berotot, tak semestinya kuat di atas katil.
  • Gejala seperti merokok, onani, pengambilan ubat-ubatan berlebihan, dadah adalah factor mengundang permasalahan ini. So, kawan2 aku yang merokok dan ada yang pening sikit, panadol. Kawal ok? BAHAYA!!
  • Rujuk nasihat doctor sebelum pengambilan pil-pil atau rawatan tradisional.

Mungkin ada yang kata pelik, kenapa aku membincangkan topic macam ni? Sesuai ke? Atau perlu ke? Orang dulu x payah belajar pun macam mana nak bersetubuh, x risau pun.

FIKIR..

  • Wanita dulu sangat bergantung pada suami. Beza dengan wanita-wanita sekarang, lebih independent, berpelajaran, berkerjaya. Wanita sekarang ada WOMEN'S RIGHT.. Bebas bersuara.

    Pernah dak kita terfikir, kenapa Era dan Yusri bercerai? Hehe.. (Tak de kena-mengena pun) Tapi, permasalahan dalam hubuang seksual juga adalah salah satu factor yang menyebabkan penceraian dalam rumah tangga.

  • Dan dari segi Islamnya, sebagai seorang suami, kita wajib memberi NAFKAH BATIN kepada isteri kita. So, harap kita dapat tunaikan benda wajib ni.
  • Persediaan dan peringatan awal adalah lebih baik daripada menunggu result dia. Dan remaja sekarang bukan seperti remaja zaman dulu. Peratusan gejala ONANI dikalangan remaja adalah lebih tinggi kalau nak dibandingkan dengan lelaki yang sudah berumah tangga. Walaupun ada beberapa kebaikan berONANI tetapi KEBURUKAN di masa hadapan seharusnya perlu difikirkan oleh para remaja sekarang.
  • Dan aku rasa semua yang baca blog aku ni dah 18 tahun ke atas.

So, kepada sesiapa yang membaca post kali ni… Sokong lah SEX Education untuk diperkenalkan di Malaysia. Haha.. Aku akan naik parlimen untuk membincangkan hal ni. Support aku dari belakang..

Haha…

Comment post:

Kalau setuju dengan SEX Education diperkenalkan di Malaysia, TAIP "YA". Kalau tidak setuju, TAIP "TIDAK". Sila beri alasan kepada jawapan anda.


Thanks to,

FERZLY a.k.a The 3rd

Thursday, April 30, 2009

::Manusia Oh Manusia::

Assalammualaikum..

Manusia oh manusia...

Hati aku mengeluh di malam hari yang dingin.. Sekarang ni, angin-angin sejuk mula hadir untuk menggantikan musim autumn di Melbourne ni dengan winter..

Sedingin angin di luar, dingin lagi hati ini...

Seketika aku melihat cahaya bulan dan bintang pada malam terakhir April, sambil menghirup udara dingin Melbourne.. Aku terkenang masa aku first year di Monash University.

Masa itu semuanya indah, dapat kenal ramai orang dalam setahun.. Ramai sangat!! Suka!! Sahak, Abg Ijat, Abg Budin, Abg Hilmi, semua la.. Best meriah!!

Tapi manusia berubah, aku pun berubah. Masing-masing ada jalan sendiri, masing-masing ada pendapat dan pendirian sendiri. Aku tak boleh nak buat apa-apa, selain melihat perubahan tu.

Setelah melihat semuanya, aku mula nampak kelemahan pada manusia. Tapi susah bagi aku untuk melihat kelemahan diri sendiri.

Yang bercouple, tiba-tiba putus.
Yang single, tiba-tiba berdua.
Yang baik, tiba-tiba jahat.

Langit tak sentiasa cerah, awan hitam akan muncul.

Tapi beza dengan keadaan cuaca dan musim...

Hari cerah akan muncul setelah awan hitam pergi.. Musim bunga akan tiba selepas musim dingin.

Tapi manusia itu kekal.....

Dan sekarang ni, jauh disudut hati, aku pasrah dengan sifat-sifat manusia. Aku takut sebab aku x pernah nampak KESETIAAN dalam diri manusia. Aku tak pernah nampak sifat KEPERCAYAAN dalam diri manusia. Mungkin aku jua tidak pernah ada sifat-sifat tu.

Aku kian tidak mempercayai seorang wanita untuk dijadikan awek. Sebab aku tahu, ada perkataan "CLASH", "PUTUS CINTA".

Aku kian tidak mempercayai seorang wanita untuk dijadikan isteri. Kerana aku tahu, ada perkataan "CERAI", "TALAK".

Aku jua tidak mempercayai seorang teman. Kerana aku tahu ada perkatan "MUSUH", "KAWAN X GUNA".

Keadaan dunia semakin menakutkan. Wujud ke seseorang yang mampu menjanjikan KESETIAN dan sepenuh KEPERCAYAAN?

Cuba kita lihat keadaan sekeliling, FIKIR adakah kawan kita sekarang ini, akan jadi kawan kita lagi dua, tiga tahun depan? FIKIR adakah awek kita, akan jadi isteri kita di masa hadapan nanti?

Kalau kita x sure, kenapa kita nak buang masa dengan dia?

AKU X FAHAM!!!

Thanks,
FERZLY a.k.a The 1st.

Thursday, April 2, 2009

Kawan! Tolong jangan lemah!!

Assalammualaikum..

Ketika aku menaip blog ni.. Aku seharusnya berasa sangat bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan macam hampa semua..

Thanks for involve in my life

Walaupun kadang-kadang tu, kawan itu sendiri yang membawa masalah kat kita tapi..

Tanpa masalah dalam kehidupan, kita sebenarnya x akan belajar apa-apa pun.. Mungkin selama ni aku inginkan kegembiraan, keriangan dalam kehidupan aku..

And now I know that:
"being happy will not make your life perfect!"

Kadang-kadang tu, kehidupan ni kena dihiasi dengan cabaran dan dugaan.. Dan dari situ la, kita akan lebih menghargai makhluk disekeliling kita.. Dan mensyukuri segala pemberian..

(Base on true stroy)

Itu la wujudnya, assignment, test, project... and final exam.. Untuk mewujudkan masalah dalam kehidupan seseorang tu, agar dia belajar erti kehidupan sebenar.. Semua tu la yang akan mendewasakan kita...

Memang betul...Kehidupan ni, x boleh ditempuhi seorang diri...

Aku yakin..

"KAWAN" sebenarnya bukan sekadar seseorang yang sentiasa disisi kita...seseorang yang sentiasa memberi semangat... seseorang yang memahami.. atau pun seseorang yang mempunyai persamaan dengan kita..

Tapi bagi aku, KAWAN itu adalah lebih kepada suatu jiwa, sebahagian daripada aku... sehingga la kejayaan aku pada hari ni adalah sebahagian daripada kejayaan kawan-kawan aku...

Terima kasih..

Dan sebenarnya, kawan tidak perlu sentiasa ada disisi kita, cukup sekadar kekuatannya di hati kita.. Semangat dan kenangan, yang terus menyokong kita dari belakang..

Dan apa yang akan jadi, jika kekuatan itu hilang?

Nescaya, kita jua akan turut terasa sebahagian daripada kita hilang... lemah, tiada dorongan dan sokongan.. That is it, I called TRUE FRIEND!!

Aku x tahu macam mana kawan-kawan aku sekarang(kat oversea) fikir....

Tapi bagi seseorang yang dibesarkan dalam kehidupan masyarakat yang biasa-biasa saja.. Budak kampung(kampung la sangat!!).. Yang suka main selut, mandi sungai, main lintah.. dengan geng-geng kampung..

Seseorang yang x pernah ada cita-cita pun, untuk pergi oversea.. Dan x pernah hairan pun dengan kelebihan budak-budak SBP, MARA ataupun sewaktu dengannya..

Apa yang aku ingin kecapi just nak jadi pandai, agar dapat didik kawan-kawan aku jadi pandai dalam MATHS.. Sebab subject tu je yang aku mahir pun... Maaf!!

Oleh tu, aku nak sangat kawan-kawan aku, specially yang ada kat Malaysia, "nampak" aku.. Dan berharap, aku dapat melahirkan lonjakkan paradikma dalam diri kawan-kawan aku, agar tidak mudah menyerah kalah...terus berdiri...

Kini aku sedar, bila aku lihat kawan-kawan aku "lemah", bukan dari segi fizikalnya sahaja..Tapi "keseluruhannya".. aku pun turut terasa.. Kelemahan tu..

Walaupun banyak dugaan yang bakal aku tempuhi di masa depan, aku x gentar..Sebab aku tahu, aku x seorang kat dunia ni..

Dan aku yakin.. ada sesuatu yang pasti akan membantu kita bila kita berada dalam kesusahan..

Percaya la...

Thanks
FERZLY a.k.a The 2nd

(be strong man!!)

Wednesday, April 1, 2009

::SEX Education::

Assalammualaikum..

Cakap pasal SEX.. Semua orang akan melarikan diri, malu nak terangkan… Betul ke?

Semua orang tahu apa itu SEX. Ada siapa-siapa yang x tahu?! Haha.. (Gelak kat orang..)

Sex, dari segi noun is either of the two main categories (male and female) into which humans and most other living things are divided on the basis of their reproductive functions. (Concise Oxford Dict.) Tapi kalau dari segi ‘verb’nya, tahu-tahu la kan…(muka malu..Hehe!!)

Bagi aku, sex education seharusnya diperkenalkan di Malaysia. Dan bagi aku tiada salahnya kalau sex education disampaikan kepada golongan tertentu, pada tahan tertentu, mengikut syllabus yang telah ditapis dan ditetapkan.

Kebanyakkan orang yang kenal aku, dan kebanyakkannya berpendapat yang aku ni ‘bersih’. Haha.. Don’t make me laugh! Aku bersih, terima kasih la.. Bagi pendapat diri sendiri, aku bukan yang bersih sangat, just lack of sex education.. Banyak jugak la yang aku dah belajar kat sini (Australia). Terima kasih kepada semua yang mengajar. Jasamu akan ku kenang di Padang Mashyar. Haha..

Kadang-kadang malu nak tanya, apa tu threesome, oral sex, bisexual.. Umur dah 22, benda-benda simple pun x tahu. Macam mana nak kahwin ni? Hehe.. (alasan nak kahwin..x boleh blaaa...)

Threesome, aku ingatkan salah satu chapter dalam Maths. One night stand, aku ingatkan just party sampai lewat malam je. Maria Ozawa pun x kenal. Haha.. Nak buat macam mana aku kurang didedahkan pada benda-benda tu. Tambah-tambah sekarang ni, macam-macam symbol lucah.. Orang tunjuk kat aku, just tersenyum, seronok.. Entah apa-apa..

Orang yang tunjuk tu pun kesian je kat aku.. Kenapa la mamat ni tersenyum bila aku tunjuk simbul tu? Pelik, pelik..

So, bukan apa, aku x nak generasi akan datang nanti jadi mcm aku.. (Ceh!!) Orang buat apa, cakap apa, aku tersenyum, suka pulak.. Mudah tertipu.

Dan Sex is not just having a fun, sex melibatkan system kekeluargaan.. Apa itu keganasan dan penderaan dalam sex? Having the right ways to have sex.. ‘Accident’ in sex. Implikasi-implikasi mengamalkan sex bebas, sumbang mahram, homosexual.. Soal kes rogol lari. Pelacuran, GRO.. Banyak lagi yang boleh dibincang dan banyak yang mungkin boleh diatasi dan dihindari.

Mungkin kes-kes yang berkaitan dengan sex di Malaysia adalah disebabkan kekurangan ilmu tentang sex.. Hehe.. (pandai-pandai je..)

Whatever… Don’t matter…

Kalau sex education diperkenalkan kat Malaysia, aku boleh jadi volunteer untuk mengajar. Aku boleh belajar dari sekarang.. Haha.. Siap sanggup buat tuisen free untuk subject tu. Hehe..

Kalau tak faham ke, ada soalan ke, datang je, jumpa Cikgu Ferzly. Cikgu akan terangkan dari hujung rambut hingga ke hujung dunia.. HAHAHAHAHAHA…

(Apa la, nak jadi hang ni? Ferzlyyy…Ferzlyyy..)

I will be The First Sex Education Teacher in Malaysia..

..Thanks..

Ferzly a.k.a The 3rd

Monday, March 30, 2009

::Mr. Lonely::

Assalammualaikum..

Tahun ni adalah first time aku tinggal seorang diri dalam satu rumah, satu bilik.. Aku duduk share accomodation.. Housemates aku, orang Hong Kong 2 orang, orang Negro seorang.

And semua housemates aku adalah student postgrade.. Semua tak lekat kat rumah.. So mcm duduk seorang-seorang je la...

First duduk rumah tu macam takut jugak.. Hehe.. Sebab sunyi sepi..

Tapi selamat la aku ada speaker 5.1 Altec Lansing yang mampu tu memecahkan kesunyian dalam rumah aku tu.. Hehe.. Bukan setakat kesunyian, malah rumah tu pun boleh pecah, kalau aku duduk seorang2.. Haha..

Salah satu sifat Ferzly..Benci akan kesunyian.
Itu la, aku bengang dengan sapa-sapa yang x balas panggilan aku and x reply SMS aku.. Hehe..

Duduk seorang2 memang bosan, kalau kita sendiri tak tahu macam mana nak mencari keriangan tu. Kadang-kadang walaupun kita berada dalam situasi yang sangat meriah, tapi kalau hati dan fikiran kita tak boleh terima situasi tu. Kita akan tetap rasa seperti keseorangan.

Apa yang aku dapat selama 22 tahun aku hidup.. Sebenarnya kehidupan kita ni, bermain dengan hati dan pemikiran kita saja. Sesuatu benda tu, kita rasa susah adalah disebabkan kita sendiri tiada keyakinan untuk buat benda tu. Semua perasaan yang bermain dalam kehidupan adalah dikawal oleh hati dan pemikiran kita. Ini ikut idea aku la..

So, sekarang ni, aku rasa macam seronok duduk seorang-seorang.. Seolah-oleh, tiada tali yang mengikat kaki aku.

Macam dulu asik bergerak dalam kumpulan je. Kalau pergi shopping, asik ikut kawan tu, kawan ni..Last, kita yang x dapat pergi kat mana yang kita nak. Sekarang ni, kalau pergi shopping, aku boleh pergi mana aku suka dan aku boleh duduk berapa lama pun dalam kedai tu. Dan boleh beli barang-barang yang "baik".. Hehe..

Lagi satu, aku x berapa suka sangat duduk dalam kumpulan, sebab selalunya aku hanya jadi bahan ketawa je kepada kawan-kawan aku untuk gelak. Tapi sekarang ni, aku lebih suka jalan seorang-seorang, tengok adegan orang sekeliling aku, kenal dengan orang2 OZ. Best!!

Dan dalam kehidupan ni, x semuanya sempurna, semua ada baik buruknya. Duduk seorang2 pun ada buruknya jugak. Duduk seorang2 seperti mendapat kebebasan, boleh buat apa yang kita nak, xde siapa pun tahu melainkan Allah. Dan lama-lama, kita dapat rasakan that we can stand alone, x payah nak mengharapkan siapa-siapa pun. And at last, kita rasa setiap orang disekeliling kita x penting dalam kehidupan kita. Ini yang dikatakan SELFISH!

Dan ini yang aku takutkan.. Dalam keseronokan aku bersendirian, tanpa disedari, aku juga membentuk hati aku. Hati untuk menjadi SELFISH..

So, doakan la agar aku masih lagi memerlukan kamu... Amin..

Thanks
Ferzly a.k.a The 1st

Thursday, March 26, 2009

Assalammualaikum...

Welcome to DYNAMICS 4

No longer known as “4 ELEMENTS IN 1 BODY”...

2008 adalah satu tahun yang “panjang” bagi FERZLY.. Tak sangka, Ferzly dapat harunginya dengan penuh rasa BENCI dan TERKILAN..

But don’t worry.. I will never let FERZLY keep all that RUBBISH(the memories) inside this body.. What had done, is done.. Rubbish should not be kept, just throw away.. Haha..

So, what is the most important thing in this life.. is myself.. “Always put yourself first!”.. Not your friend or...your family...no one except yourself... That’s reality..

The problem is, Ferzly still remain inside me. The weakness of me.. But it’s not a big deal.. He become weak... and weak everyday because of his fool mistakes.. Easy to believe someone.. Easy to give a trust to someone..

For me, humans always fight each others, to get what they want.. no matter how to get it,they will try so hard ..Until they will have a group of weaker and stronger.. And then the stronger will step on the weaker.. Or maybe just FORGETTING the existence of the weaker.. And for the weaker, it's like living underworld..

And then the stronger said that they were not “A SELFISH”... Haha! Only one word for them... BULLSHIT!!

First, I believe that it was good if FERZLY not change anything... FERZLY IS STILL FERZLY.. Because they like FERZLY as what FERZLY, he is..

But suddenly, they changed FIRST... and they hope that FERZLY never change.. S_R_W YOU!!

CHANGING is a part of LIFE!!

I not blame anyone because of changing.. I angry because of their HOPE!! The HOPE that never let me live for my life.. The HOPE that hold me from CHANGING.

So, I have to take a move... A step forward from the others.. from the BULLSHITsssss.. Never trust someone..

Everyone love to give an advice to someone. But not all know how to give in effective way. Ya! It’s not wrong to give an advice or listen to it... But to trust and to apply it, you have to THINK first, consider the effect in your life.. analyze all the possibilities... Before you go for it..

Ok, that all, I think.. Actually, I have a lot things to talk about.. But the more we talk, the more problems, we will face.. But if we remain silence, nothing can change..

SO THINK IT AGAIN...

...Ferzly a.k.a The 4th...

(Thanks to someone that help..and support..)

Tuesday, March 24, 2009

Maaf Mas!!

Assalammualaikum..

Kepada semua peminat setia Ferzly, saya mewakilkan diri saya sebagai Ferzly, ingin menyampaikan hasrat & pesan daripada Ferzly kepada semua peminat yang menantikan kemunculan beliau.

Ferzly minta maaf. Buat masa sekarang, Ferzly begitu sibuk dengan kehidupan baru beliau. Banyak yang perlu diuruskan oleh beliau. Banyak yang perlu diperbaiki dan diperelokkan lagi.

Sepertimana yang semua sedia maklum, Ferzly kini sudah menjadi 3rd year-student. Dan baru-baru ini, Ferzly telah menyambut ulang tahun lahir beliau yang ke-22. Tahniah diucapkan.

Kini, Ferzly berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran hidup. Kehidupan sebagai 3rd year-student bukan lagi suatu mainan tapi seperti jalan-jalan yang berliku, penuh dengan duri dan paku. The things become serious nowadays.

Lagi pun, "seru" sudah berkumandang, 'panggilan' sudah datang untuk menamatkan zaman bujang beliau. Insyah-Allah, mungkin lagi 5/6 tahun lagi. Tapi siapa tahu, mungkin esok.

Buat masa sekarang, Ferzly jarang online Yahoo Messanger kerna ketidakadakan internet service lagi, masih dalam proses. Harap sabar.

Saya rasa hanya ini sahaja buat masa sekarang. Terus la setia bersama "4 Elements in 1 Body".

Thanks.

Ferzly aka Ferzly.