MELBOURNE

Tuesday, November 29, 2011

::Persahabatan Seperti Station Bus::

Assalammualaikum..

Tajuk aku kali ini..... Hahaha.. sangat menarik perhatian aku sendiri..

*SYOK SENDIRI*

-PERSAHABATAN SEPERTI STATION BUS-

Aku pernah terlepas cakap kat kawan-kawan aku..

"Kita berkawan hanya sementara.. tak kekal.. Biasa la, ini lah kehidupan... Lepas semua ni abis, abis la persahabatan kita.. Kita akan dapat kawan baru pulak.. Sedangkan kahwin, adanya cerai.. Sedangkan benda pun akan rosak.. tak ada benda yang kekal.. At last kita akan tinggalkan semuanya... MATI.."

Kekadang aku marah... penat.. menjadi seperti alat permainan kehidupan.. Rasa letih dan penat menjaga sesuatu yang kita sayang, tapi at last kita terpaksa lepaskannya..

"SENTIASA BERGANTI-GANTI... TIADA BENDA YANG PASTI."

Pengalaman hidup mengajar aku... x tahu jalan apa yang aku pilih.. x tahu sama ada lurus ataupun bengkang-bengkok.. Tapi aku yakin ini lah jalan yang aku pilih..

Pernah dulu aku berkawan... the first friend in my life... And he was not my last friend.. Kenapa ek??

Itu lah persoalan yang aku sentiasa tanya pada diri aku... ketika aku jumpa kawan baru.

"Sampai bilakah aku akan berkawan dengan dia?? Sampai abis belajar je kot?? Sampai habis KPLI je kot??"

Ermm.. xde apa yang akan kekal... Masing-masing ada "perahu" masing-masing... Kita mungkin mendayung bersama-sama... tapi bukan dalam satu kapal yang besar.. Sampai destinasi, masing-masing akan ikut haluan masing-masing.. Siapa yang sanggup kongsi perahu dengan aku??

FEEL LONELY..

Tapi aku dah set minda aku... walau macam mana pun, kita sebenarnya tak pernah seorang diri.. Sebab kita ada Allah.. Apa yang kita nak, kita minta je... Kita nak kawan, kita pohon je.. InsyaAllah, kita akan dapat.. Tapi satu je, segala pemberian-Nya tak akan kekal kat kita... Sebab itu semuanya hanya la PINJAMAN.. Termasuklah kehidupan kita pada hari ini... Ini semua hanya lah belas kasih dari Allah kepada kita..

Tapi aku bersyukur dengan segala pemberian-Nya.. Kekadang semua ini mendidik aku untuk lebih menghargai segala yang aku ada pada hari ini.. Sebab aku tahu benda yang aku dapat pada hari ini, tak kekal... Ia akan pergi suatu hari nanti... Kalau kita tak sayang dia hari ini.. kalau kita x menghargai dia hari ini.. Adakah kita akan ada hari esok bersama dia?? Tiada siapa yang tahu..

Dulu aku ada kawan.. sangat baik... sampai sekolah, aku tunggu dia datang. Balik sekolah, aku tunggu dia sampai ayah dia dtg ambik.. After PMR, dia cemerlang dari aku.. Then aku dapat seorang yang lebih baik, pergi balik sekolah, kami bersama-sama.. sampailah suatu hari, tiada persefahaman.. Seterusnya aku dapat kawan baru.. pergi balik sekolah bersama.. sefahaman dan sebulu.. TERBAIK.. Lepas SPM, aku pulak cemerlang..

Kisah persahabatan diteruskan.. Aku dapat kawan yang pergi balik uni bersama.. makan bersama, main bersama... Tinggal bersama.. Sampai ke oversea, bersama... *tersenyum mengenang sejarah, alhamdullillah* Sampai suatu saat, semuanya tidak selalu indah, langit tidak selalu cerah.. Aku pasrah.. Nak buat macam mana, kehidupan perlu diteruskan..

Alhamdullillah, Allah masih ada.. Dikurniakan seorang yang membawa aku dekat kepada Nya di tengah kesedihan aku.. Walaupun kekadang tidak sefahaman adalah kerana aku tidak mahu memahamkannya.. Aku belajar.. Alhamdullillah, aku bukan sahaja dapat segulung ijazah tapi kawan yang banyak mendidik dan sentiasa cuba memahami aku.. Tapi berpisah di akhir cerita..

Tapi cerita aku tak abis di sini.. Sambung KPLI, aku berjumpa semula kekawan yang lama.. Tapi ada yang "baru" dalam yang lama... ada yang "lain" dalam yang biasa.. walaupun seorang, sudah cukup memberi kelainan kepada kehidupan ini.. Telah banyak membantu aku untuk terus maju ke hadapan tanpa mengenangkan sejarah hitam aku.. CUKUP la... Alhamdullillah..

TERSENYUM


See.. aku rasa selama ini, Allah membaca blog aku ini... Dynamics 4.. Itu lah, Dia sentiasa ada dan tidak pernah mengabaikan aku.. Alhamdullillah.. Aku je yang selalu lupa dan leka dengan segala pemberian dan kurniaan-Nya.. Astaghfirullah Hal Azim..

Oklah, x sabar nak tunggu tahun depan.. NEXT STOP!!!

Yang Menanti Hari Cerah,
F.E.R.Z.L.Y aka The 2nd

Friday, November 25, 2011

RIAK

Pada manusia di mana-mana
keangukahannya berkaca
kesombangannya merata
hangit dan membusukkan
tergadai kemanusiaan
diledak laser globalisasi harga diri
dihakis jagat raya kebendaan.

Warga bumi ini
terkurung ingin di luar
terhimpit ingin di atas
terseksa ingin di syurga
menangis tidak berair mata.

Hamba tuhan ini telunjuknya lurus
kelingkingnya berkait memperakukan kebenaran
membenarkan kepalsuan
memalsukan kebenaran
korupsi melilit batin
penuh kudis riak
panas kesombangan mewabak

Penghuni di mandala jagat raya ini
jiwa tiada norma suci
keangkuhan bertakhta dan berkota
di persada singgahsana maharaja kebatilan
buas, ganas dan rakus menjilat
tanda sedikit pun tiada sisa
untuk marhean kecil di sini semuanya dikunyah kesombangan
sehingga lupa harga diri

Niah, Sarawak

Tuesday, October 25, 2011

::Cikgu Muhammad Noor::

Assalammualaikum..

Ahh.. Kalau panjang umur, tahun depan aku akan digelar CIKGU MOHAMMAD NOOR.. with double "O".. Hahaha..

"Cikgu Mohammad Noor bukan nama sebenar.."

Ada beberapa cita-cita pada permulaan aku menjadi seorang guru.. Ermm, boleh dikatakan "prinsip" aku dalam menjadi seorang pendidik..

Seorang guru yang penyayang.
....Aku memegang satu persepsi dimana "keganasan atau kekerasan bukan lah satu teknik mengajar." Walau bagaimana pun ketegasan itu perlu dalam membentuk individu dan pada situasi yang sesuai. Maksudnya, TEGUR vs MARAH. Kekadang kita keliru.. dan kalanya kita tak sedar samada itu marah ataupun tegur. Tapi orang yang melihat kita pada waktu itu, boleh tahu samada kita marah ataupun tegur. Oleh itu, seorang guru mesti ada perasaan sayang terhadap anak muridnya. Aku percaya kepada kuasa CINTA aka kasih sayang. Lagi pun, Islam telah banyak mengajar kita untuk saling menyayang antara satu sama lain. Kenapa??

....Dengan perasaan kasih sayang, semua benda jadi senang.. Kalau kita menyayangi sesuatu, kita akan cuba buat yang terbaik.. Kita akan menjaganya dengan baik.. Dan kalau marah, marah dengan perasaan kasih sayang... Marah dengan perasaan benci DAN marah dengan perasaan kasih sayang adalah satu tindakan yang berbeza. Dengan perasaan kasih sayang juga, kerja penat tidak terasa.. Malah akan bertambah bersemangat.

....BTW, aku bukan yang mengajar budak sekolah rendah, yang perlu berteriak satu kelas. Aku pun pernah muda dan pernah bersama pelbagai jenis guru. Kekadang kita tak suka guru memaki-hamun kita di hadapan kawan2 kita.. Betul dak?? Ada kalanya kita memerlukan teguran tetapi dengan cara yang berhemah dan tidak memalukan. Kalau berhadapan dgn guru yang lemah dan statik, tahu mengajar tanpa menghiraukan pelajar, pun susah jugak.

Seorang guru yang low profile
....Aku tak pernah bercita-cita untuk jadi kaya.. Bagi aku, "money is not the important thing in human's life." Duit tu kat mana-mana pun boleh dapat. Jalan-jalan pun boleh jumpa duit.. Haha.. Apa yang aku cuba cakap, "YA, memang benar duit itu PERLU, tapi bukan la sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan." Bahkan, ada banyak benda lain yang perlu kita fikirkan dalam hidup ni.

Tapi semua ni bergantung kepada individu/diri kita masing-masing.. Ada di antara kita, perlukan DUIT.. Tak salah, sebab masing-masing ada asalan masing-masing.. Bagi aku, aku pun ada matlamat aku sendiri dan duit bukanlah matlamat aku.

K, enough with money issue.

Aku bercita-cita untuk jadi seorang guru yang mementingkan "public transportation". Kalau boleh, aku nak naik bus pergi ke sekolah. Wah! Naik bus sekali dengan anak murid, bunyinya seperti menyeronokkan. Betul dak?? Hehe..

Bagi aku, ada kelebihannya selain dapat berjimat-cermat...*bukan kedekut*. Antaranya:
  • aku boleh mengetahui dan mengenali anak murid aku dengan lebih dekat.
  • aku boleh mendidik anak murid aku betapa pentingnya public transport.
  • aku nak mengajar biar kita bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Aku taknak kereta mewah-mewah bawa ke sekolah.. kalau aku ada pun, aku nak tinggal kat rumah, untuk kegunaan berjalan-jalan.

Seorang guru zaman dahulu
....Ah! Macam guru zaman dulu, kena kayuh basikal ke sekolah, kena jalan kaki berbatu-batu.. Kesannya, guru zaman dahulu lebih dihargai daripada guru zaman sekarang.  Pelajar pun tahu macam guru bersusah payah untuk mendidik mereka.

Aku tak boleh naik basikal sangat, sebab aku selalu jatuh basikal.. Haha.. Waktu sekolah menengah dulu berapa kali jatuh basikal dalam masa 5 tahun.. Sampai berjahit sana sini, terseliuh sendi-sendi.. Alhamdullillah, masih dipanjangkan umur.. Haha.. dan alhamdullillah, luka dan seliuh itu membuahkan hasil.. Tidak terasa sakit dan tidak terlihat parut..yang terbayang adalah Gold Coast.. Hahaha...

Kalau nak kata, mungkin akan sampai lewat ke sekolah kalau naik public transport.. Kenapa cikgu zaman dahulu boleh, kenapa sekarang x boleh?? Kalau guru zaman dahulu boleh keluar awal pagi, kenapa guru sekarang x boleh??

Kesimpulannya
....Aku nak jadi seorang guru yang lain daripada yang lain... Dan yang sebenarnya, apa yang aku cuba capai adalah untuk menjadi seperti guru-guru zaman dahulu... Yang ramai yang kata,

"Cikgu dulu xde kereta besar, xde rumah besar.. DG41 sampai  nak pencen... tetap dapat melahirkan perdana menteri pada hari ini.Tapi apa yang ada cikgu pada hari ini adalah kereta besar, rumah besar... pusat tuisyen dua tiga cawangan. Apa hasilnya?? Peningkatan kes buang bayi, kes pelajar mengandung... Guru liwat .. guru rogol..guru dera.."

Sebagai salah seorang bakal pendidik dan bakal jadi seorang cikgu...

AKU TERASA...

Dan aku akan cuba untuk meraih kembali penghormatan dan kepercayaan masyarakat akan kewibawaan seorang guru... Dan ingat lah, bukan semua guru zaman sekarang lihat pada DUIT.. masih ada lagi cikgu yang ingin mendidik dan berkongsi pengalaman serta ilmu... yang ikhlas semata-mata sebagai seorang guru..

Yang bersemangat menjadi guru tahun 2012,
F.E.R.Z.L.Y aka the 2nd

Sunday, October 23, 2011

::Aaaaahhh.. Dah pagi ke??::

Assalammualaikum..
Dah lama aku tak ber-blogging..  Dalam tak sedar, dah 6 bulan blog Dynamics 4 aku ni 'membisu'..

Sorry la guys, I'm quite busy in completing my KPLI.. and in the same time, I am the important person in IPG KTI.. Ketua Opsyen kot.. Hehe... A lot thing have to be done.. A lot thing have to carry out.. Well, as you all known, a great power come along with a great responsibility..

I accept it..

Ok, dah lama tido... nak aku citerkan 'mimpi' aku, memang tak dapat nak huraikan semuanya di sini.. Pendek kata, tidak dapat ditaksirkan melalui kata-kata.. Mimpi selama setahun ber-KPLI di IPG KTI dapat dirumuskan dengan SENYUMAN!!

AWESOME!!

Memang best.. Banyak benda aku dah buat... banyak benda aku belajar.. Banyak benda aku dah buat GILA.. Haha.. Dengan Rancangan Orientasi Sekolah(ROS), Praktikal di SMKBBU.. mengajar dan belajar.. bercamping.. bersukan.. berkenalan dengan ramai kawan, cikgu dan pelajar-pelajar sekolah...

There were the best ever memories that I will never ever forget it.. Alhamdullillah..

SUKA..SUKA..

Kalau nak citer satu-satu, memang tak cukup untuk post kali ni.. So better tak payah citer.. Nak tahu apa yang lagi seronok, cuba la sendiri... Haha.. Macam cakap Yuna, "Nak tahu apa yang lagi seronok, guna la Libresse." Haha..

Pengalaman memang dah banyak mendewasakan aku... Kekadang terfikir, aku ini bukan la seorang yang baik sangat, bukannya 5 waktu pergi masjid.. bukannya Tafis.. Al-Quran pun x hafal semua.. still penuh dengan dosa.. ada je buat benda jahat-jahat.. Tapi Allah tetap memberi perhatian kat aku.. Kekadang rasa hina sangat dengan diri sendiri..

Dari masa ke masa, tetap cuba untuk membaiki diri sendiri... tapi aku rasa tetap ada je dosa setiap hari aku lakukan.. Betapa tak sempurna diri aku..

Yang peliknya, aku tetap dikurniakan segala kemewahan di dunia.. diberi pengalaman yang indah-indah.. diberi rezeki setiap bulan RM****.. dikurniakan para sahabat yang menyayangi aku.. Hehe.. Alhamdullillah..


Aku rasa sepanjang aku hidup.. segala permintaan aku dimakbulkan.. Aku nak hidup dengan selesa walaupun tidak mempunyai rumah besar, tidak berduit.. Aku nak hidup dengan penuh kasih dan sayang.. Aku nak hidup dengan gembira walau kat mana aku ada. Aku nak Allah kekalkan SENYUMAN aku sepanjang zaman..

Sebab aku suka ungkapan.."HADAPINYA DENGAN SENYUMAN." Hahaha..

Wah!! Dah lama aku x luahkan perasaan di Dynamics 4 ni, rasa kekok la.. Haha.. Well, semoga diberikan kelapangan masa di masa hadapan untuk blog Dynamics 4 aku ni..

K, jumpa lagi..

Yang baru bangun tido,
F.E.R.Z.L.Y aka the 1st

Sunday, May 8, 2011

::KAPAL SAHABAT::

Assalammualaikum..

Maaf la, lama aku x menaip kat blog ni... tapi x semestinya aku berhenti menzahirkan perasaan aku.. Hehe.. Dah banyak tempat-tempat yang boleh aku zahirkan perasaan aku.. salah satunya facebook..

Semenjak ber-KPLI ni, aku agak busy sikit... dah al dilantik menjadi Ketua Opsyen.. so banyak kebajikan kekawan aku, perlu di ambil kisah... Wah!! Ala-ala cikgu yang 'sharing is caring' pulak aku ni.. Hehe..

Berbalik kepada topik kali ni... KAPAL SAHABAT aka FRIEND-SHIP..

Seronok sangat naik KAPAL ni.. dah banyak kapal aku naik.. KAPAL SAHABAT lagi banyak pernah aku naik.. Tapi banyak yang telah KARAM. Banyak suka duka.. banyak ombak dan badai.. itu la kehidupan di atas KAPAL..

Pernah aku berlayar jauh.. sejauh akal pemikiran aku.. jauh yang tidak pernah tercatat dalam dairi kehidupan ku.. Tapi inilah dugaan dan ujian bagi aku.. Ternyata aku pergi dengan KAPAL, aku pulang dengan SAMPAN.. atau mungkin sekadar PELAMPUNG.

Hati mana tak pedih, hati mana tak terguris.. Bagaikan terbelah dua hati ini.. aku kecewa, semuanya salah aku.. kerna aku yang tidak tahu 'mengemudi' sebuah kapal.. lalu dirempuhnya satu 'batu karang' yang besar.. Hancur berkecai, menjadi seperhan-seperhan kayu yang bertaburan di lautan yang luas... hanya 'sekeping papan' aku berpaut sebagai 'penyelamat' aku di tengah laut..

Seorang diri berpaut di tengah lautan yang luas dan gelap.. melawan ombak yang tidak pernah lelah bergelombang.. yang tidak berketepian.. bairpun aku tahu berenang, namun tangan aku tetap terus mengenggam 'kepingan papan kapal sahabat' ku.. kerana kepingan kapal itu adalah satu-satunya yang aku ada..

Dan kini, aku temui sebuah kapal sahabat yang baru.. yang menyelamatkan aku di tengah lautan.. Dan percayalah, kepingan kapal lama itu tetap aku SIMPAN kerana itu adalah KAPAL itu telah banyak BERBAKTI pada aku.. yang banyak kenangan, suka duka aku bersama-sama di tengah lautan.

Dan hari ini, aku sepatutnya lebih bersedia.. belajar mengemudi kapal... menyediakan sampan keselematan.. bersedia segalanya agar aku tetap terus berdayung sejauh-jauhnya sehinggalah aku DIBERHENTIKAN...

Jom berlayar!!!!!!!!!!

Yang Berlayar,
FERZLY aka the 3rd

Wednesday, January 19, 2011

::Muzium Padi::

 Assalammualaikum..

17 January 2011.. Aku pergi Muzium Padi.. Tetiba rasa ingin berjalan-jalan buat kali terakhir sebelum berangkat meninggalkan Kedah.. Hehe.. Sayang aku kat Kedah, specially kat KDYMM Sultan Kedah.. Hehe..

Ok2..mengenai Muzium Padi..

Nampak dari luar macam takde apa-apa yang menarik.. Macam bosan je.. *memang pun* Kalau kita pergi ramai-ramai.. Dengan kawan-kawan, memang xde apa yang best pun.. Sebab Muzium Padi adalah suatu tempat yang sesuai untuk orang-orang yang memahami erti keindahan, kesenian dan sejarah.. Hehe..*ceh!!*

Aku pun akui, subject sejarah dulu pun agak membosankan.. Sampai terangguk-angguk, geleng-geleng dalam kelas sejarah.. Pastu kena la baling kapur la, pemadam papan itam la.. Macam-macam cikgu baling untuk bangunkan kita..

Dan pada hari ini, walaupun aku masih kurang meminati sejarah.. Tapi aku menghormati dan ingin mengenali sejarah tentang AKU..
Muzium Padi.. 
Masuk x free.. 
Kena bayar 3 ringgit seorang diri.. 
Bawa camera kena tambah 2 ringgit lagi..
Nak buat macam mana demi sejarah padi..

Bahagian luar Muzium Padi..

Banyak boneka/patung diukir bagi menarik padangan si pengunjung. CANTIK!!
Inilah Muzium Padi

Sedikit info tentang Muzium Padi
Muzium Padi

Di tingkat 1, Muzium Padi banyak mempamerkan jenis-jenis padi di seluruh dunia termasuklah Malaysia.. Dan di Malaysia saja ada berpuluh jenis padi, itu pun belum termasuk padi-padi yang telah digredkan.. Menarikkan!! Selama ni, aku tak ambik kisah pun pasal padi ataupun beras.. Yang penting NASI... Hehe..
Ada banyak jenis padi seluruh dunia dipamerkan di ruang legar level 1 Muzium Padi. Malaysia sahaja ada berpuluh jenis padi.. AWESOME!!
Di tingkat 1 ni jugak dipamerkan pelbagai hasil karya seni lukisan yang mengagumkan anak-anak mata aku... Cantik-cantik..
Tengah-tengah tu adalah padi dan orang-orang yang berbaju merah tu adalah kebanyakannya pemimpin-pemimpin kita. Nak menunjukan yang hasil padi inilah yang melahirkan pemimpin2 dan memajukan Malaysia sampai ke hari ini.

Kedah adalah salah satu negari pengeluaran beras yang terbesar. BANGGA!!

Ini adalah lukisan-lukisan pertanian yang ada di Malaysia
Kedah jugak giat dalam bidang penternakan
Ni adalah salah satu hasil karya seni lukisan ketika waktu senja di sawah padi.. Tenangnya..
Yang ni Tasik Pedu di Kedah
Selain menceritakan mengenai padi dan beras.. Pelbagai product yang berasaskan beras dipamerkan di tingkat 1 Muzium Padi..
Tak tahu la beras digunakan untuk buat bedah
Inilah emping beras.. Aku pun tak pernah makan.
Kuih muih daripada beras
INILAH PADI!!
Sehinggakan pagar-pagar di tingkat 1 ni ada ukiran padi.. Memang Muzium Padi laa..

Di tingkat ground pulak..ada macam-macam peralatan bersawah.. Dan kebanyakkannya adalah peralatan bersawah zaman nenek moyang kita dulu.. Menarik!! Macam-macam jenis peralatan ada, ada banyak yang aku tak pernah tengok.. Jahil jugak aku dalam pengurusan padi ni.. Ini la orang kata, "TAU MAKAN JEE!"
Aku pernah buat benda yang kat atas tu.. Tapi dulu la, waktu umur 9 tahun. Tolong pakcik aku menuai padi.. Susah!! Sakit pinggang. Tapi hari ni, benda ni dah masuk muzium.. Hehe..

Sebar sedikit peralatan yang bersankung-paut dengan padi, beras dan NASI.. Kalau nak tau semua, pergi la Muzium Padi.

Ada pelbagai sajak, pantun dan macam-macam cerita dipamerkan di tingkat ground Muzium Padi.
Inilah P.A.D.I
Di tingkat paling atas.. iaitu tingkat 3.. Adalah tempat paling best.. Menarik!! Aku terpegun dan terpesona.. Di tingkat ni, kita akan dikelilingi lukisan pemandangan sebenar di luar Muzium Padi.. Sungguh AWESOME!! Hehe...
Ini adalah laluan ke tingkat 3.. macam berjalan ke dalam gua.. BEST!!
Ini adalah lukisan-lukisan yang ada pada tingkat 3 ni.. Mesti terpersona bila berada di tingkat ni.
One of my favorite picture in level 3
Huhu.. Memang best la Muzium Padi.. Memang sesuai sebagai tempat me-release tension bila diri ni keliru... bercampur-aduk sedih dan gembira mendengar khabar KPLI.. Hahaha...

Kedah is The Best
F.E.R.Z.L.Y aka the 1st